Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

19-Illness

Suasana di dalam hospital agak sepi. Memandangkan Nuzhan dan Vicra sudah meminta diri terlebih dahulu maka hanya tinggal Syifa dan Rafael sahaja.

Masing2 hanya mampu berdoa di dalam hati. Dengan harapan berita yang bakal mereka dengar tidak seperti yang dijangka.

Setelah beberapa minit seorang lelaki berkot putih keluar dari wad kecemasan.

Syifa dan Rafael segera mendapatkan lelaki itu. Masing2 berjalan dengan hati yang penuh tanda tanya.

"Siapa ahli keluarga pesakit dekat sini?" Syifa dan Rafael berpandangan sesama-sendiri. Tidak tahu ingin cara ingin membalas persoalan lelaki itu.

Kerana jawapannya ialah

Tiada

"Saya adik dia!" Rafael tergamam.

Dia melihat kearah Syifa yang sudah mengemam bibir. Bersedia dengan apa yang ingin dikatakan lelaki dihadapan mereka.

"Begini cik... Pesakit sudah sampai ke tahap kritikal. Saya harap cik dapat bersabar." Lelaki itu meminta ruang personal untuk bercakap dengan Syifa.

Rafael hanya akur. Langkah diatur perlahan-lahan ke tempat duduk semula.

Fikirannya jauh memikirkan keadaan lelaki itu. Lelaki yang menjadi teman sepermainannya dahulu.

Sungguh dia terkedu apabila mengetahui hal sebenar daripada mulut lelaki itu sendiri.

"Aku... Aku bukan Nuzhan.."

"Tak....kau tipu aku kan..."

"Aku minta maaf Rafael. Aku memang kejam. Jagakan Syifa untuk aku..."

"KAU TIPUKAU TIPU AKUKENAPA KAU TIPU SEMUA ORANG! KAU TAK ADA HATI PERUT!"

Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan dikhianati. Dikhianati sahabat sendiri.

"Aku akan cari kawan sebenar aku. Kau bukan kawan aku lagi...."

Rambut diraut kasar.

Kalau lah dia beri lelaki itu satu peluang. Pasti dia juga dapat bahagia walaupun sekejap.

"Aku bukan sahabat yang baik Han...."

Dalam setiap nafas yang berlalu dia tidak sedar bahawa setitis mutiara jernih sudah mengalir turun.

"Rafael....." Satu suara menyapa gegendang telinganya.

Senyuman sehabis manis cuba diukir. Namun segalanya hilang apabila melihat wajah gadis dihadapannya ini.

Wajah yang penuh dengan air mata.

Gadis itu memeluknya erat. Seakan melepaskan segala beban yang terpahat di hati.

"Aku...aku tak kuat.." gadis itu merintih. Mukanya disembamkan di baju Rafael.

Rafael melihat Syifa dengan pandangan sayu. Gadis ini masih terlalu lemah.

Kasihan...

Rafael hanya mampu menepuk lembut belakang Syifa. Ini sahaja cara yang dapat dilakukannya.

Setelah beberapa minit. Syifa melepaskan pelukan.

Nafasnya masih tercungap-cungap akibat menangis tadi.

"Now bagitahu aku. Everything."

Syifa menarik nafas dalam. Dia cuba menstabilkan nafasnya sebelum mula berkata-kata.

"Lymphoma. Kanser limfa yang boleh merebak ke beberapa organ termasuk peparu."

"Apa kaitan kanser limfa dengan peparu?" Rafael bertanya hairan. Entah apa la lymphoma bagai ni. Yang dia tahu itu hanyalah sejenis kanser.

"Kanser tu telah merebak ke peparu dan membentuk kanser baru." Syifa jeda. Tidak sanggup untuk meneruskannya.

"Lung cancer. Kanser peparu tahap 4." Satu suara menyapa mereka berdua.

Kelihatan doktor yang bersama Syifa tadi mendekati mereka.

"Itulah yang sedang dilawan oleh Fathan sekarang ini." Ujar doktor itu tenang.

"Saya doktor Haikal." Doktor itu menghulurkan tangannya kearah Rafael.

"Rafael." Jawab Rafael ringkas.

"Saya tahu ini mungkin agak sukar untuk kamu berdua. Jadi saya harap kamu berdua banyakkan berdoa untuk pesakit. Saya juga tak sangka yang dia boleh tahan sampai peringkat ini." Doktor itu memberikan sekuntum senyuman.

"Dia memang sangat cekal." Ujar doktor itu. Senyuman masih lagi tidak lekang diwajahnya.

Melihat keikhlasan doktor itu. Mereka sedikit sebanyak tersenyum juga.

"Erm.. doktor. Bila saya boleh lawat abang saya?" Syifa menyoal.

Doktor Haikal terdiam sebentar. Dia melihat kearah mereka berdua dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Buat masa ni kita biar Fathan berehat dahulu. Tapi jangan risau sebab kamu berdua dah mula melawat esok." Ujar doktor Haikal tenang.

Syifa dan Rafael hanya mengangguk faham. Mereka meminta izin untuk pulang. Doktor Haikal hanya tersenyum manis.

Rafael berjabat tangan sebelum mereka melangkah keluar dari hospital itu.

"Sabar okay. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni." Ujar Fathan tenang ketika didalam kereta.

Syifa hanya tersenyum kelat.

Harapnya begitulah....

***

"Grrr!!!!"

Rambutnya diserabutkan. Serabut rambutnya tidak dapat menandingi serabut lagi otaknya.

Memori semalam masih bermain-main di dalam akalnya.

Apa lagi yang diorang nak?!

"Aaarrhh!!!!" Barangan di atas meja ditolaknya kasar. Segala bantal dan teddy bear di atas katil habis dibalingnya ke lantai.

Namun semuanya masih tidak dapat menenangkan hatinya yang sudah membara dengan api kemarahan.

Telefon bimbit dikeluarkan. Dia mendail satu nombor lalu menekan butang hijau.

Telefon itu di dekatkan ke tepi telinganya.

"Hello....."

"..."

"Kau dekat mana?"

"..."

"Apa?! Habistu macam mana?"

"..."

"Kau balik sekarang. Bawak dia sekali. "

"..."

"Kalau aku cakap ye?"

"..."

Tut!

Talian dimatikan.

Telefon itu dicampakkan ke atas katil. Dirinya juga turut dihempas ke atas katil.

Kepala yang berdenyut itu diurutnya perlahan. Nafas ditarik lalu dihembus bagi menenangkan fikiran.

Satu bingkai gambar di lantai dikerlingnya.

Satu memori mula bermain-main di mindanya.

"Adry... I wanna talk with you."

Lelaki yang berusia 18 tahun itu hanya menuruti perintah ibunya.

"So what's it?" Lelaki itu menyoal.

"You know right that your sister nak datang sini."

Lelaki itu hanya mengangguk.

"I think dia dah cukup tua untuk berkahwin."

"What do you mean?" Lelaki itu bertanya hairan.

"Macam ni... You kenal dengan Rafael Diaz aren't you?" Wanita itu menyoal anak bongsunya.

"Yeah.. so apa kaitannya? He's my cousin."

"How if kita kahwinkan kakak you dengan dia. He such a good guy I thought." Ujar wanita itu dengan senyuman seribu makna.

Lelaki itu sudah tertawa sinis. Tahu sangat dengan niat ibunya itu.

"Bukan you jenis yang tak kisah ka? Good or bad, devil or angel you never care, aren't you?" Lelaki itu membidas sekali kata2 ibunya.

Wanita itu tertawa kuat. Nampaknya rahsianya mudah sahaja dibongkar oleh anaknya itu.

"You such a clever one! Memang sah you're my son!" Wanita itu tertawa lagi.

"How fool are you. Do you think that I'll help you? Absolutely not!" Lelaki itu menafi.

Serta merta ketawa wanita tadi terhenti.

"So how if kalau I buat you ikut? " Soal wanita itu sinis.

Lelaki itu sudah berdecit. Dia memandang tajam ke wajah ibunya.

"I'll go to Malaysia and I swear that your plan never been proceed!" Tengking lelaki itu. Dia sudah bersedia untuk mengangkat kaki dari situ.

Wanita itu hanya tersenyum sinis.

"You never know why right?"

Lelaki itu terdiam. Dia kembali memandang kearah wanita itu.

Lelaki itu tergelak kecil.

"Business." Ujarnya sepatah.

Wanita itu tergelak besar sehingga menyentakkan lelaki itu.

"But my target not that handsome guy okay..." Lelaki itu memandang tajam ke  arah wanita itu.

"That girl who always with him. You fikir cousin you tu saja2 ke pergi sana?" Lelaki itu agak terkejut.

What?! Seriously Rafael?!

"What do you want from that girl?" Nada lelaki itu kembali ditegaskan.

"Ermm something yang amat berharga in my business."

"What's it!" Lelaki itu kembali menengking.

"You'll never know..." Wanita hanya memberikan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Dan kerana itulah dia disini. Sentiasa berada disisi Rafael. Secara tidak langsung disisi Syifa.

Bingkai gambar itu ambilnya.

"Aku tak akan biar kau buat benda terkutuk tu lagi."

"Tak akan."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro