Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17-Honesty

"Sebenarnya memang aku masih tak maafkan kau." jeda Rafael.

"Tapi aku masih ada perikemanusian. Aku pun tak sanggup tengok manusia tersadai sorang2 lepas bertumbuk." sambung Rafael lagi.

Fathan masih berdiam diri. Dia kelihatan sangat bersalah.

"Tak boleh ka kau maafkan aku?" Fathan bertanya sayu.

Rafael hanya memandang Fathan tanpa riak. Dia seperti mendapat satu akal.

"Boleh." riak wajah Fathan serta merta berubah. Matanya seperti bersinar-sinar.

"Tapi kau perlu ikut cakap aku." senyuman sinis terukir di bibir Rafael

"Semuanya..."

***

DONE!

Hidangan yang baru sahaja dihasilkannya dibau dengan sepenuh hati. Ini lah hasilnya selepas berjam-jam bertapa di dalam dapur usang itu.

Puas!

Kaki dihayunkan ke ruang tamu sambil menatang sepinggan lasagna dan fresh oren. Orkestra sudah lama bermain di dalam perutnya.

Dulang diletakkan dulu diatas meja kopi sebelum dia mula mencari alat kawalan jauh. Nampaknya pencarian ini mungkin akan mengambil masa yang agak lama.

"Aduh... mana pulak benda ni. Ni lah jadinya bila lama tak tengok tv!" Syifa bermonolog sendiri. Tangannya masih terkebil-kebil mencari alat kawalan jauh itu.

"Kau baru ja pindah kemarin. Bukannya lama sangat pun." satu suara menyapa dari arah tangga atas. Alat kawalan dilambungnya berkali-kali.

Syifa pantas menoleh kearah tuan empunya suara. Pandang yang sukar ditafsirkan terlakar di wajahnya.

"Dah kenapa kau tengok aku macam tu?" Rafael membelek pakaian serta rambutnya. Tak ada benda yang pelik  pun. Nak kata rambut rosak elok ja terletak.

"MACAM MANA KAU BOLEH MASUK RUMAH AKU HAAAA!!" Kusyen sudah selamat dibaling Syifa. 

Rafael yang masih tidak bersedia dengan serangan itu menutup segera menutup wajahnya. Bila tengah tak ready orang hebat macam mana pun akan auto macam ni.

1...

2...

3...

"Tak elok main baling barang. Benda ni bukan free." Fathan menepuk-nepuk kusyen yang baru sahaja ditangkapnya itu.

Mereka bertiga saling berpandangan.

"Apa?" Fathan menyoal hairan.

Rafael yang sedikit terkejut tadi segera memperbetulkan kedudukannya. Nasib tak kena tadi.

Syifa pula masih terkebil-kebil. Situasi ini cuba dihadam di dalam benak akalnya. Time macam ni lah line buat hal.

"Jap2 apa yang kau buat dekat sini dan macam mana kau boleh masuk ha? And apa yang manusia tu buat dekat sini. Dia nak apa lagi--

"Satu2 please candy. Telinga aku bukan berjuta dan tangkap soalan kau tu." Syifa hanya menayang muka toyanya. Kalau ya pun tak perlu la nak sindir.

Rafael mengajak mereka semua untuk duduk dahulu. Perbincangan ini memerlukan toleransi dan kerjasama dari semua pihak. Dia berharap yang semuanya berjalan dengan lancar.

"----dan begitulah ceritanya." Fathan menghabiskan kata-katanya dengan hembusan nafas yang berat. Manakala Rafael sudah hampir menghabiskan lagsana milik Syifa.

"Aku faham cerita dah habis tapi kau tak perlu kot nak habiskan makanan aku RAFAEL!" Syifa merampas makanan serta airnya daripada Rafael. Sempat lagi dia menampar belakang Rafael.

Alamatnya tidak semena-mena Fathan menjadi mangsa.

"Pffttttt!!!"

"Woi rosak muka aku!" Fathan sudah terkebil-kebil mencari tisu. Tanpa dijangka satu tangan tekun mengelap mukanya.

"Nasib tahu buat tahu tanggung." Perlahan-lahan Fathan membuka mata. Namun sangkaannya salah apabila sepasang mata unggu cair menyapa penglihatannya. 

Mereka bagai tersentak. Tangan yang tekun mengelap tadi serta merta terhenti.

Rafael sudah menjeling panas.

"Err.. sorry la baby besar tu bukan tahu nak cakap maaf." Syifa segera menghilangkan kejanggalan mereka. Sempat lagi dia menambah 'baby besar' dalam kata-katanya.

Nanti ada orang merajuk pulakan.

Rafael tersenyum lebar saat mendengar gelaran barunya. Hatinya seperti sudah berbunga-bunga.

Namun tidak bagi Fathan. Dia hanya mampu berdiam menelan kebenaran yang pahit.Dia sedar dia hanya bertepuk sebelah tangan.

Kasih sayangnya pada Syifa sebelum ini memang bukan sebagai seorang abang kepada adik tetapi sebagai seorang lelaki kepada perempuan.

Walaupun umur mereka masih muda sewaktu itu tapi ia tidak menghalang perasaan itu untuk muncul.

Kerana ianya fitrah.

"So kau datang sini just nak beritahu aku yang semua ni angkara baba ja? Like seriously?!  Dah la suka-suki masuk rumah orang. Makan makanan orang pula tu." Sempat lagi Syifa menjeling ke arah Rafael. Biar rasa sikit pedas tu.

"Eh bukan aku eh yang makan. Tu baby gorila kau tu yang makan." Nafi Fathan. Sempat lagi dia tergelak kecil.

Ketawa penutup duka.

"Ok2 aku salah. But jangan risau aku ada banyak lagi plan sebenarnya." Rafael meletakkan kedua tangannya dibelakang kepala lalu bersandar di sofa.

Telefon bimbit di tangan dimainnya menggunakan jari. Selepas selesai dia menyimpan semula telefon itu.

Pintu yang dikuak kuat mengejutkan Fathan dan Syifa. Namun tidak Rafael.

Kelihatan sepasang manusia melangkah masuk dengan gopohnya.

Lelaki itu mengenakan topi keledar. Manakala disebelah ialah seorang perempuan berambut merah jingga yang bercermin mata hitam.

Style dah mcm penyangak aku tengok.

"Alah kau nak acah pun acah la yang class sikit. Ni perompak?  Heh kau buat lawak ke weh." Rafael sedang menahan ketawa yang hampir meletus.

Fathan yang seperti budak blur dibisiknya sesuatu. Kelihatan Fathan hanya mengangguk perlahan. Matanya tiba2 sayu.

Sedih? Kecewa?

Entah

Gadis yang tadi segera mengetuk topi keledar lelaki itu.

"Kau kalau ya pun bagi la salam dulu. Dah la main tarik aku ja." Gadis tadi sudah bercekak pinggang.

Lelaki tadi menggaru kepala atau lebih tepat lagi topi keledarnya. Tapi berlengah lagi dia segera membuka topi keledarnya.

"Hehe sorry pumpkin. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH my creamy sister and dua ekor manusia disampingnya." Kata lelaki itu sambil menundukkan badannya.

Syifa memandang kearah Rafael dan pasangan itu silih berganti.

Dia tersenyum senget.

"Nice show for today Rafael."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro