Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

14-Fight

"Kau tunggu apa lagi! Turun la lembik!" badan lelaki itu ditolak di sebuah kawasan parkir kereta terbiar.

Tak ada warna tak ada corak. Semuanya kosong. Segala jenis grafiti graviti pun tak ada. Sampai sampah pun tak ada. Fuh... pelik2 tempat dia bawak.

Lelaki itu tidak mengendahkan perlakuan tadi. Dengan selamba dia turun dari motosikalnya. Tangan dimasukkan ke dalam poket. Dia hanya berpusing-pusing di kawasan itu.

Bosan.

"Woi macha! Lambat lagi ka nak jumpa tuan kau ni. Bosan ah!" soalannya tidak dibalas. Lelaki berbadan tegap tadi hanya menghadiahkan jelingan tajam sebelum kembali memandang telefon bimbitnya.

Legendary!

"Ceh... tanya sikit nak marah. Dah la main game tak kantoi...."

"Apa kau kata tadi budak!"

"Hehe nothing....." lelaki itu kembali bersiul untuk menghilangkan rasa bosan. Kawasan itu hanya disinari lampu kalimantang yang agak malap. Mood seram jugak ah lagi2 tengah malam ni kan.

Beberapa minit selepas itu muncul seorang lelaki berpakaian hoodie serta mask hitam. Ketiga orang manusia yang sibuk main game tadi segera berdiri tegak dihadapan lelaki hoodie itu. Lelaki yang sedang elok bersiul tadi menghentikan perbuatannya.

Dia tersenyum sinis.

"So ada apa nak jumpa aku." belum sempat lelaki hoodie itu membuka mulut.

"Or kau dah rasa tak layak nak sandang jawatan sebagai a-- eh silap. 'Menyamar' sebagai aku." ucapnya sinis. Lelaki hoodie tersentak. Perlahan-lahan dia menanggalkan mask nya. Wajah Fathan menghiasi tuan empunya badan.

"Aku nak kita berbincang Nuzhan." mendatar Fathan berkata. Dia tahu berjumpa Nuzhan ialah salah satu cara untuk menempah maut. Tapi mungkin roh orang lain pula yang tidak akan tenang nanti.

"Kau nak bincang apa lagi hah? Kau dah rampas hidup aku! Kau buat adik aku tak kenal aku tahu tak! Kau buat aku sengsara jadi kau! Anak yatim!" Nuzhan menahan amarah. Dadanya berombak laju.

Fathan hanya mampu mengetap rahang.

"Baba yang nak--"

"Kau dengan dia sama ja lah! Tak guna!" Nuzhan sudah hilang kawalan.

Dia menolak kasar tubuh Fathan hingga terdorong ke dinding. Anak buah Fathan sudah cuba menghalang.

"Bos...." Fathan hanya mengangkat tangannya agar membiarkan.

"Ouh so sekarang kau nak tunjuk hero lah. Kau guna semua anak buah aku lepastu kau guna2 datuk aku pulak! Macam tu!" Nuzhan sudah mula menggenggam penumbuknya.

"Kau tak faham Nuzhan..."

"Aku tak faham atau kau yang tak faham ha?!"

Puk!

"Itu sebab hantar hidup aku jadi anak yatim macam kau!"

Puk!

"Itu sebab kau guna2 datuk aku!"

Puk!

"Ini sebab kau sentuh adik aku selama ni!"

Fathan sudah terkulai lemah. Dia memandang Nuzhan dengan senyuman sinis. Ibu jadi dipusing ke bawah. Dia ketawa kecil.

Nuzhan sudah naik berang. Pisau rembo yang selalu menjadi penemannya dikeluarkan. Perlahan-lahan pisau itu dilerekkan di muka Fathan sebelum.....

Aaarrhhh!!!!

***

Angin malam menyapa pipi yang dingin. Motosikal diberhentikan dihadapan rumah banglo 2 tingkat.

"Dah turun." Rafael memberi arahan kepada Syifa. Syifa hanya menurut. Rambunya dikemaskan semula.

Sedang dia mengikat semula rambutnya ada tangan yang menyentuh kepalanya. Dia sedikit terkaku.

"Ha macam ni baru cantik." Rafael tersenyum manis.

Lidah Syifa sudah kelu. Buat pertama kali Rafael tersenyum manis seperti itu.

"Kenapa? Tak suka ka aku senyum?" Syifa bagai tersedar dari lamunan. Dia pantas menggelengkan kepalnya.

Rafael tersenyum sekali lagi.

"Err Raf... malam esok kita keluar boleh? Pukul 9 dekat Taman Damar."

"Kenapa?"

"Aku dah janji nak jumpa dia."

"Nuzhan?" Syifa mengangguk laju.

"Okay." Rafael mengusap rambut Syifa.

"Dah masuk cepat. Dah lewat ni." Rafael berpesan sebelum dia menyorong motosikal itu ke dalam kawasan rumah.

"Err habis tu kau nak balik macam mana?"

"Tak pe. Aku boleh call Grab." ujar Rafael sambil menggoyangkan telefonnya itu.

Syifa hanya mengangguk faham. Rafael sudah mula untuk menapak pergi.

"Ermm Raf...."

"Hmm?"

"Thanks untuk malam ni." ujar Syifa bersama senyuman kecil.

"Not a big deal. Good night bunny." Rafael mengenyitkan sebelah matanya sebelum melangkah keluar dari pintu pagar.

Pipi Syifa sudah berona merah.

Setelah membuka pintu rumah dia segera berlari ke arah bilik tidurnya.

Tapi sebelum tu dia dah buka kasut dan kunci pintu dulu la. Kalau tidak mahu meroyan dia kena turun balik nanti. Rumah ni besar woo. Jangan main2.

Dia terus menapak keatas katil sambil berguling-guling macam orang gila.

Kyaaaaaaaaa!!

Segala jenis bantal mak nenek ditedangnya hingga berselerak di atas lantai.

"Fuh...fuh... behave Syifa.....behave..." nafas ditarik lalu dihembus tenang.

"Aduh macam manalah dia boleh jadi sweet macam tu." Syifa masih menutup mukanya dengan kedua belah tangan.

Aku benci kau

Senyuman Syifa kian kendur. Dia teringat akan kata2 Rafael dahulu. Apa sebenarnya yang di maksudkannya. Apa perasaan sebenar kau Rafael.

Syifa mengimbas kembali apa yang telah berlaku di benak fikirannya.

"So Nuzhan tu memang abang aku?" Rafael hanya mengangguk perlahan.

"Kenapa eh baba buat macam tu..." soal Syifa dengan nada yang kesal. Ya dia kesal atas perbuatan orang tuanya itu. Walaupun sudah bertahun-tahun tidak bersua muka tapi imbasan wajahnya masih segar di bayang Syifa.

"Kau tak payah la nak sedih sangat." Rafael berkata selamba sambil menghabiskan aiskrimnya yang sudah kian cair.

Syifa hanya tunduk memikirkan nasibnya itu. Sedih. Kesal. Semuanya bermain-main dalam lubuk hatinya.

"Heh tak sangka kami senasib. Sedih betul." Syifa hanya bermonolog sendiri.

Lama mereka berdiam diri. Masing2 hanya melayan perasaan.

"Raf..." Rafael tidak menjawab. Matanya masih setia memandang ke langit. Melihat bintang2 yang bersinar dengan tenang.

"Kau.... betul2 suka aku ka?" Gugup Syifa melontarkan ayat itu. Rafael hanya tersenyum kecil.

"Kalau betul pun apa yang aku dapat?" ujar Rafael sedikit pasrah. Walaupun dia mengharapkan gadis itu untuk bersamanya tapi dia sedar

Cinta tidak boleh dipaksa.

"Habis tu kenapa kau cakap yang kau benci aku hari tu?" soal Syifa seperti kebudak-budakkan.

Rafael tertawa kecil.

"Memang aku benci kau time tu."

"Kenapa pulak?"

"Sebab aku cemburu." Rafael menarik pipi tembam Syifa. Oii! anak dara orang tu. Jangan nak buat main.

Syifa sudah memuncungkan mulutnya. Macam donald duck!

"Asal pulak kau nak cemburu!"

"Suka hati aku la!"

"Kau cemburu dengan siapa ha?" Rafael terdiam.

"Fathan...." jawab Rafael perlahan.

"Bahahaha!!! Asal cemburu dengan dia doh!"

"Sebab aku tahu kau suka dia." mendatar. Beku.Dingin.Tak berperasaan.

Syifa terdiam. Dia sendiri tidak faham dengan perasaannya.

Ya kadang kala dia benci dengan lelaki itu. Tapi dalam masa yang sama dia tak mampu untuk membencinya.

"Alah kau ni jangan ambil serius sangat. Aku tak kesah pun." Rafael kembali memecahkan kesunyian.

"Raf... kita still kawan kan?"

"Mesti la. Kau kawan aku selamanya Ayu." Rafael tersenyum kecil. Dia tidak mahu berasa janggal dengan gadis ini.

Syifa pula sudah tersenyum pahit. Dia tahu mesti lelaki dihadapannya itu sakit. Sakit sangat. Cinta tak berbalaskan faham2 sendiri je lah.

Setelah sekian lama mencuci mata mereka mengambil keputusan untuk pulang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro