5
Lagi dua bulan . Lepasni tak dapatlah aku jumpa member BTS , ARMY , pergi sana , sini , photo shoot dan banyak lagi .
Sengaja aku tanda tangan kontrak yang tempohnya lebih singkat waktu perbaharui kontrak beberapa tahun lepas .
Aku rasa letih sangat jadi idol ni .
Ya , aku seronok . Sangat-sangat seronok lebih-lebih lagi bila aku di samping BTS dan ARMY .
Kasih sayang mereka , sokongan mereka ialah kekuatan aku .
Cumanya , dulu aku pernah terjatuh tangga tulang kaki aku mula retak .
Selepas sembuh , aku teruskan lagi menari dan menari lagi .
Sehingga satu hari baru aku tahu yang sebenarnya tisu kaki aku koyak .
Tapi masih , aku boleh berjalan dan menari seperti biasa .
Walaupun adalah beberapa part tarian yang perit untuk dilakukan , tapi aku masih gembira .
Oh , ada juga sebab lain mengapa aku ingin habis kontrak awal .
Aku nak kahwin dengan seorang gadis pilihan hati aku .
Cantik orangnya , comel , sopan .
Tahu tak dia siapa ?
Dia seorang cikgu . Tahun lepas dia berpindah kerana mengajar di sekolah elit yang terletak di England .
Jauh betul .
Dah empat tahun aku tangguhkan perkahwinan ni . Mula-mula memang kami bercadang nak kahwin dan rahsiakan perkahwinan tu dari media .
Tapi bila fikir balik . Aku takut . Macam mana kalau keselamatan dia tak terjamin atau ada orang nampak kami berdua ?
Ada dua sebab kenapa kontrak aku kali ini lebih singkat daripada member BTS yang lain .
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro