Bab 8️⃣
Tahlil yang tergendala tadi diteruskan kembali seperti tiada apa-apa gangguan pun yang berlaku. Bagus Qaiser, aku puji cara kau kelolakan majlis. Relaks je dia sambung majlis dengan menaikkan suara apabila tiba perkataan lailahaillallah sampaikan jemaah lain pun turut ikut serta berzikir.
Acik si perosak majlis sekali gus pencemar maruah kupandang geram. Kepadanya mataku dijengilkan. Kecil besar je aku nampak budak tak cukup umur ni. Mulut lembik betullah. Kalau ya pun nak jerit, tak payahlah sebut nama aku. Tak reti aku malu gila ni? Aih, ni nak marah ni!
"Nakalnya Kak Maya. Tapi tak apa, Imah faham. Abang Qaiser tu hensem gila kan? Beruntungnya lahai siapa-siapa dapat kahwin dengan dia." Imah, sepupu aku yang menjadi ketua perempuan gedik yang turut sama mengintai di tirai sebelah tersenyum-senyum.
"Hensem la sangat." Aku membuat muka menyampah. Tumpuan kepada Acik kini beralih arah kepada Imah.
"Akak jangan cakap Abang Qaiser tak hensem ea. Imah debik Kak Maya nanti." Imah menjeling tajam kepadaku.
Eh, aku pula kena marah? Sekarang ni siapa lagi tua? Amboi, beraninya budak Imah ni jeling aku. Cucuk mata tu kang baru tak boleh nak intai anak teruna orang. Apalah nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang. Anak siapalah ni? Tak ada adab dengan orang lebih tua.
"Hensem ke? Langsung tak. Kalau nak banding dengan kucing akak, hensem lagi kucing putih tu." Aku sengaja menyimbah minyak panas ke dalam hati Imah.
"Eh, akak ni. Akan jangan macam-macam ya. Kami skuad peminat Abang Qaiser takkan benarkan akak cakap Abang Qaiser tak hensem. Abang Qaiser tu lelaki paling hot di alam semesta!" Seperti dijangka, Imah semakin berapi.
Kata-kata Imah disambut berjemaah oleh penyokong-penyokongnya yang terdiri daripada sepupu-sepupu perempuanku yang lain. Dasar gadis gedik semuanya. Pantang nampak lelaki kaya, sado, bergaya, kacak dan seangkatan dengannya, mulalah jadi ulat bulu. Sikit lagi nak jadi ulat beluncas terloncat-loncat terlentik-lentik.
"Alah jadi skuad peminat dia pula. Kau orang akan dapat apa je? Kahwin dengan dia?" Aku pun tak nak kalah. Lagilah aku simbah petrol biar marak menyala.
"Mestilah. Imah akan buat Abang Qaiser jatuh cinta kat Imah. Imah kan cantik." Imah flip tudung. Bangga kut dengan kecantikan dia. Haih, tak sedar diri SPM pun belum habis. Dahsyat budak sekarang bab menggeletis tak tentu arah ni. Kalah aku!
"Allahu budak-budak ni. Orang tengah bertahlil boleh pula duk berperang kat sini."
Entah bila mama pergi tadi, aku tak perasan. Sebab itulah Imah dan gengnya sesedap oren serang aku. Kini mama kembali muncul dengan membawa dua pinggan agar-agar merah. Baru sampai kot sebab tadi tak ada lagi.
"Kak Maya nilah Mak Teh. Dia cakap Abang Qaiser tak hensem. Imah tak boleh terimalah Mak Teh. Abang Qaiser tu hensem kot. Celah mananya dia tak hensem?" Imah mengadu kepada mama siap dengan nada dan ekspresi bersungguh-sungguh lagi.
"Betul ke Maya?" Mama berpaling kepadaku.
"Betullah. Mana ada Qaiser hensem? Dia tak hensem pun," jawabku selamba.
"Haaa Mak Teh tengok tu." Imah bercekak pinggang. Marah betul dia kepadaku.
"Haih, Maya, Maya. Tak baik tau cakap kat suami macam tu." Mama menggeleng kepala.
"Suami?" Imah dan gengnya serentak memandang mama.
"Ha'ah, suami. Abang Qaiser kau orang tu suami Kak Maya. Kau orang nanti jangan jadi penyondol tau. Mak Teh tak suka," jawab mama. Selamba habis!
"Apa? Abang Qaiser tu suami Kak Maya? Adwaee! Tidak! Tidak!" jerit Imah penuh dramatik dan ia turut dijerit sekali oleh gengnya yang turut patah hati dengan berita mengejutkan itu.
Sekali lagi, rumah tersebut gempar dengan suara jeritan patah hati. Dahsyat tak dahsyatnya jeritan suara ahli 'skuad peminat Abang Qaiser', tahlil terpaksa dihentikan sekali lagi. Tenggelam terus zikir mereka dek terkena penangan jemaah soprano tertelan mikrofon terlebih bateri.
Melihat itu, aku hanya mampu mencebik. Melebih-lebih sangat dia orang semua tu. Tak malu ke dengan orang ramai? Haih budak-budak zaman sekarang. Aku pun gedik juga tapi tak adalah over macam tu sekali. Aduh mak, ini semua salah Acik yang jerit kuat-kuat tadi. Mana budak tu? Nak luku sikit!
*****
Jam menunjukkan pukul 10 malam dan para tetamu telah pun pulang ke rumah masing-masing selepas menjamu selera. Namun, panas yang dirasai sejak tadi belum surut bahkan semakin bertambah-tambah pula panasnya. Suasana yang sepatutnya sejuk hasil daripada ketenangan zikrullah tidak sejuk malah kian panas.
"Apa ceritanya kamu semua ni hah? Tak malu ke tadi dengan orang kampung?" Nenek selaku tuan rumah bersuara tegas.
Krik krik.
Semua 'pesalah' tadi termasuklah aku tunduk di depan nenek dengan dikelilingi oleh kaum kerabat aku termasuklah keluarga Qaiser. Kami semua berada di ruang tamu utama. Keadaan sekarang tidak ubah seperti tempat perbicaraan terbuka. Nenek menjadi hakim. Harap-harapnya, nenek tak jadi hakim setan. Takut aku!
"Tergedik-gedik. Sedar tak diri tu anak dara? Malu muka nenek dengan kamu semua ni!" sembur nenek. Berapi.
Keadaan nenek seperti naga yang sedang menyemburkan api dari mulutnya. Terherot-herot mulut orang tua itu menghamburkan marah yang ditahan sedari tadi. Nafasnya turun naik menunjukkan lelahnya menahan malu disebabkan perangai tidak bertamadun para cucunya.
"Maya, kamu paling tua. Kamu sepatutnya tunjuk contoh baik kepada yang muda. Kenapa kamu pergi intai Qaiser?" Nenek jeling aku. Tajam betul matanya.
"Err..." Serius aku tak tahu nak jawab apa. Kecut perut aku dibuatnya.
"Maya..." Wajah mama dan papa kupandang dengan pandangan meminta tolong. Nak talian hayat please...
"Maya kan bakal isteri Qai, nek. Dia tak yakin Qai boleh handle majlis tahlil. Jadi Qai suruh dia tengok dengan mata kepala sendiri macam mana Qai handle majlis ni." Dalam aku tengah tertekan, tiba-tiba Qaiser bersuara. Terus aku pandang dia.
"Jadi sweetheart, macam mana tadi? Lulus tak jadi imam dunia akhirat?" Qaiser balas balik pandangan aku tapi dengan muka tak malu tambah selamba habis, dia panggil aku sweetheart depan seluruh kaum kerabat aku. Perghh, berani mati siot!
Aku dapat tengok muka masing-masing kaum kerabat aku tu. Semuanya terlopong dan tercengang dengan jawapan dan soalan Qaiser. Nenek pun sama sampaikan cermin mata yang bertenggek di atas batang hidungnya turut dibetulkan bagi melihat lelaki itu.
Sepupu-sepupu perempuanku yang gedik tadi? Uish, geli aku menengoknya. Melebih betul siap dengan gaya ala-ala nak pengsan apabila Qaiser panggil aku sweetheart. Genetik siapa entah mereka warisi sampaikan tahap gedik tu nauzubilllah, kalah setan.
"Err... lu... lulus," jawab aku sambil ketawa teragak-agak.
"Ibu." Mama akhirnya bergerak merapati nenek lalu tangan wanita tua itu diraih lembut.
"Maafkan Hani, bu. Ingat nak bagitahu esok tapi alih-alih dah jadi macam ni, Hani bagitahu teruslah. Qaiser dah lamar Maya untuk dijadikan isteri. Dia orang akan kahwin dalam masa terdekat ni," beritahu mama.
Mendengar berita itu, nenek terus diam. Aku nampak mukanya berkerut seribu. Kenapa, nenek tak suka ke? Baguslah kalau nenek tak suka sebab aku pun tak suka. Tapi aku rasa kesian pula dengan Qaiser kalau nenek tak setuju. Qaiser dah banyak tolong jaga air muka aku malam ni.
"Bila?" tanya nenek.
"13 Mei," jawab mama.
"Persiapan dah siap?" tanya nenek lagi.
"Dah," angguk mama.
"Kalau dah siap, buat apa tangguh lama-lama? Awalkan akad nikah. Aku dah tak sabar nak tengok Qaiser jadi cucu aku. Qaiser cucu nenek, mari sini. Terima kasihlah sudi kahwin dengan budak Maya ni," kata nenek seraya menggamit Qaiser supaya mendekatinya.
Adakah sekarang ni aku sedang bermimpi? Aku rasa kakiku tak jejak tanah apabila mendengar ayat nenek. Fikiranku terasa kosong walaupun jelas di mataku Qaiser tersenyum manis seraya berjalan mendekati nenek. Mama dan papa Qaiser pun turut sama pergi dekat nenek dan berbual mesra. Mesra sekali mereka semua berbicara sesama sendiri sedangkan aku?
Tiba-tiba duniaku terasa berputar hebat sebelum semuanya gelap.
Ps: Ah, sudah. Takkan sampai pengsan kut sebab nenek suh awalkan majlis kahwin? 😂
29 Mac 2022
8.30 malam.
PENTING!!!
Saya kini sedang mengalami kesibukan kerja yang luar biasa. Juga, saya dalam kontrak penulisan manuskrip novel bersama sebuah syarikat penerbitan. Oleh itu, novel ini tidak akan ada sambungan sehinggalah saya selesaikan kerja tersebut. Harap anda ambil maklum dan faham kekangan diri ini. Terima kasih atas perhatian. ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro