Bab 7️⃣
Tak banyak sangat pun kerja yang boleh aku buat di sini. Kerana itulah kebosanan melanda diri ini yang sememangnya jenis tak boleh duduk diam. Aku sudah tolong susun pinggan, cedokkan lauk dan atur di atas meja. Jadi, apa je lagi aku boleh buat sementara menanti kedatangan para tetamu?
"Maya, Maya!" panggil mama.
Aku segera mendapatkan mama di dapur. Dia sedang memotong buah tembikai untuk dijadikan pencuci mulut. Melihat aku datang kepadanya, terus mana menolak pinggan berisi buah tersebut kepadaku. Dengan isyarat mulut, dia menyuruh aku membawanya ke depan.
Melihat itu, tanpa sepatah kata aku menurut arahan. Kedua-dua buah pinggan itu kucapai dan kubawa ke ruang depan. Beberapa orang tetamu lelaki sudah pun sampai dan berkumpul di ruang tamu utama. Di situlah solat isyak dan solat hajat akan dilakukan sebelum tahlil bermula.
Seperti biasa, mataku akan curi-curi pandang ke arah tetamu-tetamu lelaki tersebut. Semestinya, aku mengintai yang muda-muda. Gedik kan aku? Memang! Inilah peluang untuk aku tengok stok-stok lelaki soleh walaupun aku tahu tak baik mengintai anak teruna orang. Tak jaga mata.
Dari sebalik tirai yang memisahkan ruang tamu utama dengan ruang tamu kedua di mana para tetamu akan menjamu selera selepas ini, aku dapat tahu jumlah lelaki muda yang hadir adalah dalam lima orang termasuklah Baihaqi. Benar agakanku bahawa lelaki muda yang masih menghadiri majlis tahlil sudah kian pupus.
"Uish, mengintai. Ayok, Kak Maya mengintai orang lelaki!"
Tengah ralit aku mengira jumlah tetamu, tiba-tiba satu suara kanak-kanak bingit memecahkan suasana tenang. Di kala itu, darah merah menyerbu ke mukaku. Malu siot! Kenapa perlu jerit kuat-kuat katanya aku sedang mengintai anak teruna orang? Cis!
Budak-budak apa tahu? Aku cuma nak bilang berapa jumlah tetamu muda, bukannya menggeletis tak tentu arah macam sepupu-sepupu perempuanku yang lain. Jeritlah dekat dia orang. Mereka semua tengah mengintai dan ketawa gedik sesama sendiri di tirai satu lagi.
"Bila masa akak intai? Akak bilang jumlah mereka jelah. Nanti tak cukup pinggan pula," jawabku sambil berdehem perlahan. Tipu sunat. Ampun, dosa.
"Yakah? Acik tak percaya." Budak kecil berusia dalam lingkungan 10 tahun itu mengusap dagu dengan gaya seolah-olah berfikir dalam.
"Ya, betul. Pak cik yang suruh Kak Maya bilang jumlah tetamu. Nah gula-gula, Acik. Pergi cakap dengan Mak Teh yang Kak Maya kata nak kena tambah lagi 5 buah pinggan. Tetamu makin ramai tu."
Tatkala itu, aku terkejung. Suara itu... bukan ke milik Qaiser? Pantas aku berpaling ke belakang. Dan... di saat itu aku rasa nafasku sesak. Alamak, oksigen malas nak masuk ke paru-paru. Habis tu, aku macam mana? Takkan nak kena mati sebab Qaiser berdiri betul-betul di belakangku sambil tersenyum? Sumpah semua ini gila!
"Qai... Qaiser." Aku menayangkan senyuman dibuat-dibuat.
Kenapa Qaiser boleh ada di sini? Fikir punya fikir, barulah otakku ingat yang kampung ini pun kampung lelaki itu. Papa aku dan papa dia sekampung. Jadinya apabila papa dia diajak ke majlis tahlil di rumah nenek, maka dia ikut sekali. Ya, betullah kot. Tapi, sejak bila dia rajin balik kampung? Pelik aku!
"Tunggu apa lagi? Mak Teh dah tunggu tu." Qaiser menyuruh Acik pergi dari situ. Ingatan aku juga bersepai.
"Okey, Pak Cik Qai." Berdesup Acik lari masuk ke dapur.
Setelah kelibat Acik hilang daripada pandangan, Qaiser pandang aku. Matanya tajam menikam wajahku sampaikan aku berasa semakin tidak selesa. Kenapa entah perutku rasa memulas semacam apabila melihat mata helangnya. Padahal, pagi semalam elok je aku berani menentangnya siap pakej mencarut lagi.
"Berapa orang 'lelaki soleh' yang datang ke sini?" tanya Qaiser. Sarkastik gila ayat dia.
"Err..." Panas rasa pipiku. Qaiser ni macam tahu-tahu je aku skodeng stok lelaki soleh tadi.
"Jaga mata, sweetheart. Ke nak aku cepatkan tarikh kahwin kita?" Dia mengangkat kening. Senyuman nakal kukesan terukir di hujung bibirnya.
Aiseh!
"Siapa nak kahwin dengan kau?" Aku mencebik geram.
"Kaulah," jawab Qaiser sepatah.
Ayat Qaiser memang selamba habis sampaikan tahap geram aku melangit. Memang melangitlah sebab aku tak pernah cakap aku setuju dengan lamaran itu. Hanya sebab tidak mahu kecewakan mama, aku terima walau terpaksa. Tapi tunggu sajalah, pernikahan ini takkan terjadi. Titik!
"Look, Qaiser." Aku menarik nafas panjang lalu menghembusnya kasar.
"Aku..."
"Abang Qaiser, atuk panggil." Tanpa sempat aku berkata-kata, tiba-tiba seorang remaja lelaki muncul dari sebalik tirai.
Qaiser dilihat mengangguk tetapi sebelum dia mengorak langkah meninggalkan aku di situ, sekali lagi dia membuka mulut. Namun, kata-katanya membuatkan aku rasa nak ketawa macam mak lampir di situ juga. Perasaannya lahai Kanz Qaiser. Apa dia ingat dia tu imam Masjidil Haram ke?
Okey tak apa, aku nak tengok.
Jika tadi aku mengintai sebab nak tengok stok lelaki soleh, kini aku mengintai sebab nak tengok cara Qaiser imamkan solat isyak dan solat hajat serta kemudi majlis tahlil. Maklumlah, tadi dengan yakinnya lelaki itu cakap suaranya sedap setanding dengan imam Mekah.
Halah halah, perasan gila!
Kenapa Qaiser boleh jadi imam malam ini ialah kerana tok imam tiba-tiba tidak boleh datang sebab isterinya kemalangan. Jadinya, nenek rembat je mana-mana lelaki yang boleh jadi bidang terjun dan hasilnya, Qaiser yang baru sampai dengan keluarganya menjadi pilihan nenek.
Itu bisik-bisik yang aku dengar daripada sepupu-sepupu aku yang tak habis-habis menggeletis sedari tadi. Kena pula Qaiser mengambil tempat menjadi imam, semakin jadi ulat bululah mereka semua. Tergedik-gedik tengok muka tampan lelaki itu. Oh, please la! Menyampah.
"Allahu akbar."
Okey, Qaiser sudah mula imamkan solat. Mana nak dengar sedap ke tak dia baca surah al-Fatihah. Fokusku kepada barisan jemaah terutamanya imam solat betul-betul di tahap tertinggi dan hasilnya... oh mama. Macam ni ke suara bakal suami aku mengalunkan bacaan al-Quran?
Aku tergugat. Serius.
"Sedap kan suara bakal menantu mama?" Mama tiba-tiba muncul di tepiku.
"Erm..." Mataku tak lepas daripada memerhatikan Qaiser. Sumpah sedap sangat suaranya sampaikan aku nak dengar, dengar dan dengar lagi.
"Kenapa tak Bai je jadi imam?" Sedari tadi pertanyaan itu berlegar-legar di dalam fikiran.
"Bai sakit tekak. Batuk-batuk. Tak sesuailah jadi imam," jawab mama.
"Tu mama cakap, pilihan mama ni terbaik untuk Maya. Mama harap Maya terima Qaiser seikhlas hati," kata mama lagi. Pandai betul dia lencongkan bicara.
"Erm..." Sama seperti tadi, aku hanya mengiakan kata-kata mama.
Entahlah. Aku sebenarnya dah plan cantik untuk gagalkan majlis kahwin kami nanti. Antara rancangan tersebut ialah kehadiran seorang pengantin lelaki upahan yang akan membuat onar. Kalau tidak berjaya, aku akan buat-buat gila akibat terkena buatan orang.
Kalau tak berjaya juga, apa lagi ya? Banyak sangat rancangan sampaikan aku pun lupa apa aku tulis di dalam buku catatan. Haih. Balik nanti aku kena tengok semula apa pelan terdekat untuk musnahkan impian mama bermenantukan Qaiser. Ya, aku mesti tengok!
"Assalamualaikum warahmatullah..." Solat Isyak telah pun berakhir.
Selepas membacakan doa ringkas, Qaiser bangun untuk menunaikan solat isyak ba'diah. Perbuatannya dituruti oleh beberapa orang tua yang kukira selalu melakukan solat itu. Kemudian setelah selesai, barulah solat hajat dimulakan.
Sama seperti tadi, Qaiser membawa rombongan menghadap Allah dengan penuh tertib dan tawaduk. Ralit aku perhatikan tatacara solatnya. Memang tak payah cakap banyak, aku suka dengan sisinya yang satu ini. Seratus peratus kena dengan taste stok lelaki soleh pilihan aku!
Tanpa sedar, bibirku menguntumkan senyuman kecil. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang halus dan lembut mencuit tangkai jantungku. Dalam diam, aku menyukai rasa ini. Rasa aneh yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ia... terlalu indah.
"Mak Teh, Kak Maya skodeng Pak Cik Qaiser!"
Tengah ralit aku perhatikan Qaiser, tiba-tiba satu suara nyaring membelah suasana. Keadaan yang asalnya hening dan syahdu dengan alunan zikrullah terus bertukar suasana. Allahu. Siapa pula yang buat dajal ni? Sumpah aku rasa nak meraung. Malu woi!
Ps: Itu dia, itu diaaaa...!!! Habislah kau Maya 😂
28 Mac 2022
8.30 malam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro