Bab 4️⃣
"Tolonglah kahwin dengan saya, Maya."
Wah, bahagia sekali! Tersenyum dan tersengih saja aku melihat figura Tengku Afzan di depanku. Ya Tuhan, macam ni ke perasaan bahagia apabila dilamar oleh crush? Sumpah macam dunia ni, aku yang punya!
"Saya... err..." Aku menggigit hujung jari telunjuk. Kemudian, tersengih-sengih. Blushing teruk.
"Awak akan bahagia dengan saya, Maya. Saya cintakan awak." Ujaran Tengku Afzan benar-benar menguji imanku.
"Saya..." Aku pandang Tengku Afzan. Bergetar bibirku ingin mengungkap kata.
"Saya..." Degup jantungku semakin beritma tidak sekata. Pandangan kujatuhkan ke bawah dan nafas kutarik perlahan bagi menenangkan diri.
Mahu tapi malu menguasai diri. Siapa je nak tolak lamaran Tengku Afzan? Bagai mendapat durian runtuh kot! Nak lagi over? Bagai bulan jatuh ke riba. Ya, akulah wanita bertuah yang berjaya menawan sekeping hati lelaki kacak tambah cool tambah budiman itu.
"Saya te..." kataku perlahan seraya mengangkat muka. Namun, di kala itu, serta-merta aku terlopong. Dadaku terasa ingin pecah!
"Kau akan cintai aku separuh mati." Tiada lagi Tengku Afzan, bahkan di depanku sekarang ialah Kanz Qaiser. Sinis lelaki itu ya ampun, memang betul-betul buatkan aku diamuk gila.
"Tidak!" jeritku sekuat hati.
Gedebuk!
"Aduh!" Aku menggosok-gosok punggung. Cis, tak guna punya Qaiser! Dalam mimpi pun sibuk je nak kacau aku.
Aku rasa aku kalah dengan sang kantuk, sebab itulah akhirnya aku terlelap juga setelah berperang tak nak tidur selepas Maghrib. Aku siap baca buku lagi di atas katil sementara menanti azan Isyak berkumandang. Tapi hasilnya? Buku yang baca aku.
Sebenarnya, aku ada kebiasaan yang aku takkan makan atau buat apa-apa selain daripada baca al-Quran, berzikir, tengok ceramah agama atau baca buku ilmiah dalam masa antara maghrib dan isyak. Aku bukannya apa, cuma sengaja melazimkan diri untuk luangkan masa khas untuk Allah.
Yalah, hidup di dunia ni tak lama. Pejam celik pejam celik, hari berganti minggu. Minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. Umur pula semakin meningkat. Sepatutnya dalam hidup ni, kena tambah amalan baik seiring dengan peningkatan usia. Masa yang Allah beri, gunalah dengan sebaik-baiknya.
Aku tahu aku bukannya orang baik. Kalau aku orang baik, aku takkan tercrush teruk dengan Tengku Afzan. Selalu usyar CEO itu. Padahal, ustazah popular yang mengajar di televisyen selalu pesan, jagalah pandangan. Zina hati bermula daripada pandangan yang tidak dijaga. Astaghfirullahalazim, berdosanya aku.
Sebab itulah aku cuba juga setakat mampu tinggalkan sikit-sikit kebiasaan tak elok yang pernah aku buat. Aku cuba, sebabnya bukan mudah nak berubah secara drastik. Aku tak kuat. Jiwa aku jenis suka memberontak kalau tak dapat apa yang aku nak. Jadi, aku kena perlahan-lahan didik jiwa aku sendiri.
"Allahuakbar Allahukbar..."
Azan isyak telah pun berkumandang. Pantas aku tanggalkan kain telekung lalu bergegas ke bilik air. Usai berwuduk, tanpa membuang masa lagi aku terus menunaikan solat isyak. Kalau lambat nanti, pasti mama akan membebel. Maklumlah, keluarga aku makan malam pada jam 9.00 malam.
10 minit berlalu dan kini, aku sudah pun selesai menunaikan solat. Sekarang, aku bersiap-siap pula untuk turun ke bawah. Ringkas je aku pakai malam-malam. Seluar trek dan baju t-shirt. Rambut panjang mengurai pula kusanggul rapi. Siap! Pantas aku turun ke dapur.
"Ha, turun pun anak dara. Macam mana kerja? Okey?" Macam biasa, papa pasti akan menyoal soalan sama setiap kali nampak muka aku.
"Okey je." Aku mengambil tempat di depan mama. Manakala, adikku si Baihaqi yang baru sampai mengambil tempat di depan papa.
"Bai pula macam mana kerja? Okey ke mengajar di sekolah tu?" Giliran Baihaqi pula disoal oleh papa.
"Alhamdulillah, pa. Bai okey." Baihaqi menjawab sopan.
Ya, haruslah sopan. Ustaz Muhammad Baihaqi, kan? Sesuai dengan kerjanya sebagai ustaz di salah sebuah sekolah tahfiz di ibu kota, adikku itu sentiasa menjaga adab pergaulan. Ikhtilatnya dengan perempuan sentiasa terjaga. Buat perkara bukan-bukan seperti aku? Jauh sekali. Adikku itu lebai orangnya.
"Papa dengar, Qaiser pinang Maya. Jadi, Maya setuju ke?" Papa mengalihkan pula perhatiannya kepada aku.
"Err..." Aku pandang mama. Tapi, mama buat-buat tak tahu. Cis!
"Maya..." Nasi di depan tiba-tiba aku nampak seperti pasir.
Nafsu makanku terbantut. Aku sudah fikirkan pelan untuk gagalkan rancangan kahwin ni. Tapi apabila melihat wajah papa, entah kenapa aku jadi gerun. Soalan papa memang pada dasarnya nampak biasa-biasa, tapi ketahuilah bahawasanya ia adalah luar biasa. Double meaning, babe. Soalan "Maya setuju ke?" bermaksud "Maya wajib setuju."
Haih. Penatlah aku macam ni. Tolonglah. Kenapa mesti Qaiser yang pinang aku? Ya, aku bersyukur sebab orang yang pinang aku tu bukannya pengemis atau orang gila. Kanz Qaiser ada segala-galanya, baik dari segi harta atau kewarasan. Tapi, aku risau! Aku risau kalau aku yang jadi gila kalau kahwin dengan dia. Aku bimbang!
"Maya? Eh, berangan pula budak ni," tegur papa.
"Hehehe..." Nasi di dalam pinggan kukuis dengan hujung jari.
"Kalau Maya kata Maya tak nak terima, macam mana?" Aku memberanikan diri menatap wajah papa.
"Ya sudah, tak apa. Tapi ingat, papa akan expose siapa Maya lepas ni. Maya kena kerja dengan papa. Belajar selok-belok perniagaan." Selamba jawapan papa, tapi ia membuatkan aku tak senang duduk.
Hish, tak sukalah! Aku tak suka kerja di syarikat papa. Ingat kecil ke jawatan yang papa nak bagi kepada aku? Chief Executive Officer kot! Tak naklah. Cukuplah, aku perit tengok cara kerja Tengku Afzan. Nampak best sebab jawatan tinggi, tapi hakikatnya ya Tuhan, aku tak sanggup. Penat nak mati!
"Alah papa ni. Kenapa papa tak suruh Bai je kerja dengan papa?" Baihaqi yang sedang makan, seperti biasa aku jadikan mangsa kalau isu kerja dengan papa dibangkitkan.
"Kau jangan, kak. Akak tahu kan Bai macam mana?" Seperti biasa juga, Baihaqi akan menjeling aku sebagai amaran agar jangan menjadikan dirinya sebagai mangsa.
"Macam mana apa? Sayang sangat dengan sekolah dia tu," cebik aku.
Sebenarnya, bukan aku tak tahu Baihaqi macam mana. Anak lelaki tunggal mama dan papa itu lebih suka berdikari. Tidak suka mengharapkan pertolongan papa dan mama. Lagipun, minatnya ke arah agama. Sebab itulah Baihaqi mengasaskan sekolah tahfiz persendirian di ibu kota. Jadi, sudah semestinya dia sibuk menguruskan sekolahnya.
"Dah, dah. Tak baik gaduh depan rezeki." Mama bertindak menjadi orang tengah.
Selepas mama berkata demikian, keadaan menjadi senyap. Masing-masing kemudiannya ralit menikmati hidangan di depan mata. Tiada siapa lagi berbunyi mengenai hal tadi. Aku aku, engkau engkau. Janganlah siapa-siapa bercakap ketika memakan hidangan kalau tak nak kena cubit dengan mama.
Usai makan, aku terus meminta diri untuk naik ke bilik. Tidak betah lagi aku berlama-lama di meja makan sementelah mama dan papa juga kelihatan hampir usai makan. Kalau tak nak kena serang lagi, baik blah cepat. Itu yang aku pegang selama jadi anak perempuan tunggal mama dan papa.
"Haih..." Telefon yang sedang dicas, aku capai.
Esok cuti, jadi aku rasa nak tengok kartun sekejap. Release tension. Buang semua fikiran yang bercelaru dengan gelak bersama watak kartun yang comel-comel. Namun, aku rasa harapan hanya tinggal harapan apabila tiba-tiba, satu mesej WhatsApp muncul di skrin telefonku. Terus... nafsu menonton aku terkubur.
"Ya Tuhan..." Jantungku terasa luruh.
Ps: Hi guys. Rindu sy tak? Huhu. Sorry lama x update. Kerja sy terlalu banyak. Klien sy kali ni lain macam. Sesak sy nak handle dia.
27 Feb 2022
9.05 malam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro