BAB 10
"Betul apa? Yang kau tiba-tiba menangis ni kenapa?" Linda cepat-cepat membangunkan aku dari lantai.
Dengan masih tersedu-sedu, aku memeluk Linda. Menangis semahu-mahunya di bahu gadis itu. Buat masa sekarang, hanya menangis sajalah aku mahu. Aku sudah tidak peduli lagi dengan orang sekeliling. Biarlah orang nak kata apa pun, aku tak nak tahu. Apa yang aku tahu, aku berada sedih!
"Maya ...." Linda mengusap-ngusap belakangku.
"Kau kenapa?" tanya Linda, lembut.
"Isk... isk...." Tangisanku perlahan-lahan berhenti. Jiwaku sedikit tenang setelah Linda tidak putus-putus cuba mententeramkan aku.
Mesti Linda pelik kan aku tiba-tiba aje menangis? Ah, biarlah.
"Entah, tak tahu." Aku melepaskan pelukan pada Linda.
"Lah, boleh pula tak tahu?" Linda mengerutkan muka.
"Okeylah aku mengaku. Aku sedih bila dengar kau cakap Tuan Qaiser meninggal. Puas hati?" Aku menyapu sisa air mata di pipi.
"Tuan Qaiser meninggal? Bila masa aku cakap dia meninggal?" Linda mengerutkan muka.
"Tadi tu? Pesawat dia naik terhempas kan? Kalau terhempas, confirm mati punya." Laju aku membalas soalan Linda.
Sekarang, aku pula yang pelik dengan Linda. Tadi bukan main cakap kapal terbang yang Qaiser naik terhempas. Jadi, aku menangislah sebab sedih. Walaupun aku tak suka Qaiser, lelaki itu tetap manusia. Yang bernyawa. Yang pernah aku kenal. Terbayang di mataku betapa takut dan azabnya saat ambang kematian.
"Kau ni. Habis, yang dari tadi tengok kau mengongoi kat sini tu, siapa?" bisik Linda.
Air mukanya kelihatan tiba-tiba berubah cuak ketika berbisik kepadaku. Dia berdehem perlahan, kemudian menjauhiku beberapa jengkal. Gerak badannya menunjukkan seperti ada sesuatu yang menakutkan di belakangku.
"Hah?" Aku pula yang terpinga-pinga dengan perubahan Linda.
"Kau kenapa, Linda?" tanyaku, perlahan.
Aku ingin menoleh ke belakang, ingin melihat apa yang membuatkan Linda menjauhiku. Tetapi, entah kenapa tulang leherku terasa seperti diskru dengan skru ketat lagi berkarat. Payah benar nak toleh ke belakang. Cubalah banyak kali sekalipun, aku tak mampu.
Lagi yang membuatkan aku tidak mampu menoleh ialah pada saat itu, aku berasa seperti ada entiti lain yang berdiri di belakangku. Entiti yang beraura lebih kuat daripada manusia biasa yang pernah aku berdampingan dengan mereka. Aura itu macam ... macam ....
"Tak sangka kau boleh menangis macam kematian suami bila dengar berita pasal aku tadi."
Syiuu....
Dingin pendingin hawa terasa menyengat ke tulang hitam. Bisikan halus di telinga membuatkan rohku terbang melayang sesaat sebelum masuk dengan kelajuan cahaya ke dalam tubuh. Terus aku terkejung di situ!
"Han ... hantu ...." Bebola mataku bergerak-gerak, meneliti dengan teliti figura seorang lelaki tampan lagi kacak bergaya yang tiba-tiba muncul dari arah belakang dan sekarang, mendepaniku dengan senyuman mengejek. Nampak ya mukanya puas hati dapat tengok aku menangis tadi.
"Kanz Qaiser!" Tanpa bilang satu, dua atau tiga, aku menjerit semahunya. Geram!
"Ya, sayang." Qaiser gelak, kemudian tanpa rasa bersalah, dia terus meninggalkan aku sendirian di sini bersama Linda yang terbuntang biji mata apabila mendengarnya memanggilku "sayang".
Tak guna punya Qaiser!
Nasib baiklah suaranya tidak berapa kuat. Aku yakin hanya Linda sahaja yang mendengarnya. Kalau staf lain terdengar juga, mati aku! Nak letak di mana muka ini? Masalah betullah.
"Maya, kau ...." Seperti dijangka, Linda mula tersengih-sengih.
"Patutlah kau ...." Bajuku pula ditarik-tarik oleh Linda.
"Menangis beria tadi," gelak Linda.
"Diamlah kau." Aku menarik muka empat belas.
"Eii ... hek hek!" Tersengih-sengih tersenyum-senyum aje si Linda. Sempat pula dia cucuk-cucuk pinggang aku.
Entah bila nak habis kalau macam ini. Aku pula yang naik rimas apabila Linda menyendeng lagi kepadaku untuk meminta penjelasan. Sudahnya, cepat-cepat aku mengorak langkah masuk ke dalam pejabat untuk punch kad. Seminit lagi nak merah!
"Maya, ceritalah kat aku," pinta Linda lagi.
"Cerita apa?" Aku hanya membalas dengan acuh tak acuh.
"Kenapa Tuan Qaiser panggil kau sayanglah," jawab Linda.
"Entah," jawab balas aku.
"Eh dia ni tak nak kongsi pula. Ceritalah, ceritalah ...," desak Linda tanpa berputus asa.
Aku malas nak layan desakan Linda. Kakiku pantas diorak ke meja kerja. Di atas meja itu, sudah bertimbun segala jenis fail yang aku mesti baca sepintas lalu sebelum membawanya ke bilik Tengku Afzan sekejap lagi.
"Maya." Linda mencapai lenganku, sekali gus memaksaku untuk berhenti berjalan.
"Aku tak tahu, Linda. Dia tu tiba-tiba aje pinang aku. So, sekarang ni aku tunang dia. Puas hati?" Aku sambil mendengus kasar.
"Tunang?" jerit Linda, kemudian dia cepat-cepat menekup mulut. Bimbang jika staf di luar atau Tengku Afzan sendiri yang dengar, mungkin.
Aku hanya mengangguk, mengiakan pertanyaan Linda. Kerusi kerjaku yang tidak berapa empuk dituju, dan punggung kuhenyakkan ke atasnya. Stres betul bila teringatkan majlis kahwin dengan Qaiser tidak lama lagi.
"Baguslah kalau kau tunang dengan dia. Dapat control dia. Taklah nanti dia buat gila macam hari ni." Setelah lama terdiam, Linda mengambil tempat di kerusi depanku.
"Kau tahu tak sebab semua staf kat sini kalut ribut sangat kat luar tu? Macam tak cukup kaki tangan kepala badan sebab Tuan Qaiser?" tanya Linda dengan nada bersungguh-sungguh.
Aku mengangkat muka, memandang Linda. Terlakar beberapa persoalan di wajahku.
"Itulah yang aku nak cerita kat kau tadi tapi kau pula tiba-tiba menangis," sambung Linda seraya melihat aku lalu tersengih-sengih.
Melihat ekspresi muka Linda, aku mencebik. Perempuan inilah ... tak boleh ke kalau nak cakap tu terus straight to the point? Ini, tak. Sekerat, sekerat. Dramatik pula nadanya sampaikan aku ingat Qaiser betul-betul meninggal tadi.
Buat membazir air mata aje!
"Qaiser buat apa sampaikan semua staf tu cuak gila? tanya aku.
"Tuan Qaiser memang sepatutnya pergi ke Australia hari ni. Tapi sebab tiba-tiba Mr. George, iaitu pelabur dari US tu nak jumpa dia dan Tengku Afzan kat sini, dia terpaksa cancel pelan ke sana," cerita Linda.
Okey, sekarang aku faham kenapa Qaiser terselamat daripada menjadi mangsa nahas kapal terbang. Syukur. Kepada mangsa yang terlibat, aku hanya mampu sedekahkan bacaan al-Fatihah bagi yang Muslim dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.
Tapi ... sebab kenapa staf sibuk sangat pagi ini, aku belum dapat penjelasan. Mungkin ke sebab Mr. George nak datang? Kalau pun sebab pelabur dari US itu nak datang melawat, apa pula kaitannya antara staf dan Qaiser? Staf di sini bukannya pekerja Qaiser. Kalau kaitannya dengan Tengku Afzan, itu baru betul.
"Next? Cerita tu cepat-cepatlah." Aku pula yang tak sabar menanti Linda menyudahkan ceritanya.
"Tuan Qaiser juga tiba-tiba minta laporan khas dari semua ketua jabatan syarikat kita. Aku tak tahu dia nak buat apa, tapi aku rasa dia ada komplot nak ambil alih syarikat ni," kata Linda separa berbisik. Siap toleh lagi ke kiri dan ke kanan, risau kalau ada orang yang dengar tuduhan itu.
"Kau ni, tak baik tuduh-tuduh macam tu." Aku menelan air liur. Antara nak percaya dengan tidak kata-kata itu.
"Aku cakap berdasarkan pemerhatian tau. Cuba kau fikir ya. Sebelum ni syarikat kita bekerjasama dengan syarikat dia sebab apa? Masalah kewangan. Untuk stabilkan syarikat, syarikat kita kena bekerjasama dengan syarikat dia," kata Linda dengan bersungguh-sungguh.
"Jadi, tak mustahillah kalau Tuan Qaiser akan ambil alih syarikat ni nanti," sambung Linda. Kemudian, dia diam.
Aku mengangguk. Ada benarnya juga kata-kata Linda. Jika diperhatikan kepada perangai Qaiser, memang tidak mustahil lelaki itu bakal merampas takhta Tengku Afzan di syarikat ini. Kalau betullah Qaiser ada niat sebegitu, nampaknya Tengku Afzan telah membuat kesilapan besar; tersalah pilih partner dalam perniagaan.
Alahai, kesiannya nasib crush aku itu. Perlukah aku buat sesuatu untuk menghalang perkara itu daripada terjadi? Apa pun, aku kena siasat dulu. Harapnya Qaiser bukanlah seperti yang Linda sangka. Kalau tidak ... parah!
Ps: Kesian kau, Maya. Banyak betul homework kena buat nanti. 😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro