Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPISOD 8

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

Sambungan....

"Urgh....." Rafiq tersedar dari pengsan dan memandang sekelilingnya.

Terdapat dua wajah dengan reaksi yang gembira melihat Rafiq sedar.

Siapa lagi kalau bukan Aisyah dan Faris.

"Fiq!! Dah sedar kau akhirnya!" Jerit Faris sangat gembira.

"Haih....ingatkan aku dah mati tadi." Kata Rafiq dengan senyum tawar.

"Hish! Apa kau cakap macam tu! Tak elok tau!" Balas Faris menafikan apa yang disebut Rafiq tu.

"Haih ye lah. Ni mana Irfan? Tadi sebelum aku tak sedar, aku nampak dia. Mana dia?" Tanya Rafiq sambil melihat ke pintu kalau-kalau Irfan ada di situ.

"Erm....Irfan....erm.." Aisyah teragak-agak untuk memberitahu perkara sebenar.

"Kenapa ni? Apa yang aku tak tahu? Cakap lah cepat. Jangan buat aku takut." Tanya Rafiq sedikit berdebar dengan reaksi Aisyah.

"Macam ni....masa kitaorang datang tadi kami nampak kau dah pengsan sebab kena pukul dengan Fikri tak guna tu. Irfan yang masa tu nampak, marah lah dia. Habis dipukulnya si Fikri tu sampai lebam muka dia."

"Tapi time tu juga lah Cikgu Rashid datang. Sekarang Irfan dengan si Fikri tu ada dekat pejabat pengetua."

"Dan aku risau kalau Irfan kena apa-apa nanti. Kau bukan tak tau Fikri tu anak pengetua entah apa yang dia bohong lepastu Irfan yang kena tanggung akibatnya." Terang Faris panjang lebar dengan wajah yang risau.

"Aku kena pergi pejabat pengetua! Aku kena terangkan dekat kau pengetua!" Rafiq yang terlampau risaukan Irfan terus bangkit dan ingin pergi ke sana.

Tapi baru saja dia ingin berjalan, dia terjatuh. Mujur sajalah dia ditahan oleh Faris dari jatuh ke bawah.

"Kau masih lemah ni Fiq. Duduk dekat sini dulu. Biar kitaorang yang cuba cari jalan penyelesaian." Aisyah menyuruh Rafiq untuk duduk semula di atas katil.

"Tak boleh Aisyah! Banyak benda boleh jadi dekat Irfan tu! Pengetua tu terlalu manjakan anak dia sampaikan apa yang anak dia cakap pun semua dia percaya bulat-bulat. Aku risau Irfan kena buang sekolah!" Ujar Rafiq cemas dan tidak senang duduk.

"Apa dah jadi ni Fiq...." Suara garau seseorang bertanya itu membuatkan semua yang ada di bilik sakit itu menoleh ke arah pintu.

"Pak Long? M-macam mana Pak Long boleh ada dekat sekolah ni?" Tanya Rafiq tak sangka dan terkejut melihat bapa saudaranya Tuan Fattah berada di sini.

Cermin mata hitam yang dipakai Tuan Fattah ditanggalkan dan diletakkan di poketnya.

"Pak Ngah kamu lah call suruh datang tengokkan kamu. Sekarang ni jawab soalan Pak Long dulu, apa dah jadi dengan kamu ni?" Tuan Fattah menjawab ringkas sebelum kembali bertanya soalan yang sama kepada mereka.

"Pak Long, Pak Long kena tolong Irfan!" Kata Rafiq sambil memegang tangan Tuan Fattah.

"Hah? Kenapa dengan Irfan?" Tanya Tuan Fattah semakin tidak faham.

Apa kena mengena Irfan dan Rafiq lebam-lebam macam ni? Seperti itulah pertanyaan yang berlegar di kepala Tuan Fattah.

"Rafiq kena pukul Uncle. Lepastu Irfan datang tolong pukul si pembuli tu, sekali cikgu datang terus Irfan dengan pembuli tu kena panggil ke pejabat pengetua." Terang Faris dengan penuh kejujuran tanpa sebarang penipuan.

"Hah! Siapa yang pukul kamu Fiq cakap!" Tangan Tuan Fattah menggeletar menahan marah.

"F-Fikri. Dia anak pengetua sekolah ni. Fiq risau takut Irfan kena buang sekolah! Tolong dia Pak Long!" Suruh Rafiq kepada Tuan Fattah.

"Tak payah kamu suruh memang Pak Long akan tolong. Irfan dan kamu anak buah Pak Long. Takkanlah Pak Long nak tengok je korang kena tindas macam ni. Aisyah, bawa Uncle pergi pejabat pengetua tu. Faris, kamu jagakan Rafiq kejap." Arah Tuan Fattah.

Aisyah yang pada masa tu memerhati mereka hanya mengangguk faham dan terus membawa Tuan Fattah ke pejabat pengetua.

"Rafiq, jangan risau. Pak Long janji takkan ada apa-apa yang jadi dengan Irfan. Kejap Pak Long pergi selesaikan masalah ni eh." Pesan Tuan Fattah sebelum dia keluar dari bilik sakit.

"Erm...Fiq. Tak apa ke biarkan Uncle Fattah yang selesaikan?" Tanya Faris kurang yakin.

"Kau jangan risau Ris. Pak Long aku tu tau apa yang dia buat. Kejap lagi mesti Irfan datang sini dengan senyum bangga. Kau tunggu lah." Kata Rafiq sambil tersenyum sinis.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Di kedai makan semasa berbuka puasa....

Encik Fawwaz sepertinya sedang menunggu seseorang di kedai makan.

Dia duduk sambil meminum minuman yang dia pesan sambil menantikan kehadiran seseorang yang dia tunggu.

Tidak beberapa lama kemudian, si dia sampai dan duduk berhadapan dengan Encik Fawwaz.

"Hi You. Sorry sangat-sangat I datang lambat sikit. Tadi suami I ada dekat rumah. Sekarang ni dia dah bertolak pergi kerja, dapatlah I jumpa You." Kata seseorang yang bernama Puan Karlisa itu kepada Encik Fawwaz.

"Tak apa I faham sangat dengan perangai You tu." Balas Encik Fawwaz.

"So, ada apa You nak jumpa dengan I ni?" Tanya Puan Karlisa yang duduk sambil kaki disilangkan.

"I....ada plan baik ni. Plan macam mana nak buatkan mama dan papa Rafiq bencikan dia....."

"Hmm sebenarnya I pun ada terfikir juga nak buatkan budak tu dibenci oleh semua ahli keluarga dia. You memang betul-betul faham dengan I!" Kata Puan Karlisa dengan senyum sinis.

Kejap? Macam mana Puan Karlisa dan Encik Fawwaz boleh kenal rapat? Kalau nak tahu, tengok flashback ni....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

15 Tahun Lepas.....

"You! I nak You ceraikan I! Sampai bila kita nak hidup miskin macam ni!" Kata  Karlisa sangat kesal dengan Fawwaz yang tidak mahu menceraikan dia.

"I tak nak dan I takkan ceraikan You. I cintakan You! Betapa susahnya I nak dapatkan dan sekarang You nak tinggalkan I? Tak mungkin....." Balas Fawwaz masih dengan pendiriannya.

"Ish! Disebabkan You degil, I terpaksa jugalah ceritakan kepada You apa sebab I nak You ceraikan I." Kata Karlisa setelah dia mendiamkan diri.

"Rancangan apa? Rancangan nak I ceraikan You lepastu You boleh bersenang lenang dengan jantan kat luar sana? I takkan setuju!"

"You sabar boleh tak! Rancangan I ni akan membuatkan kita berdua jadi kaya raya tau tak." Kata Puan Marissa kesal dengan sikap suaminya itu.

"Huh....apa dia rancangannya?" Tanya Fawwaz pasrah.

"Macam ni, I ada kenal dengan seorang lelaki. Dia ada seorang isteri dan seorang anak. Hubungan dia dengan isteri dia semakin renggang dan hanya tunggu masa je nak berpisah...."

"Jadi I nak buatkan mereka berdua bercerai dan I akan kahwin dengan dia....dan You pula kahwin dengan isteri dia. Sebab tu lah I suruh You ceraikan I." Jelas Karlisa panjang lebar.

"Tapi kenapa I kena kahwin dengan isteri dia pula! You tu isteri I tau!" Tanya Fawwaz tidak berpuas hati dengan rancangan Karlisa.

"Jangan jadi bodoh boleh tak! Diaorang berdua tu masing berharta tau tak! Harta diaorang tu bukannya sikit tapi banyak. Cuba bayangkan kalau kita kahwin dengan diaorang.....bila diaorang mati, kita akan mewarisi segala harta-harta mereka berdua."

"Habis kalau kita berdua cerai dan kahwin dengan diaorang, bila kita nak bersama balik?" Tanya Fawwaz lagi.

"Bila sampai masanya kita dapat semua harta diaorang, kita minta lah cerai dekat diaorang. You, ceraikan isteri You dan I minta cerai dengan suami I. Macam mana?" Cadang Karlisa lagi.

"Tapi kalau suami You tak nak ceraikan macam mana? Menanggung rindu lah I."

"Dia mesti akan ceraikan I punya! Kalau dia tak nak ceraikan I, I ugutlah dia. Ha macam mana?" Jelas Karlisa.

"Hmm kalau dah macam tu nak buat macam mana lagi....terpaksalah I ceraikan You....tapi janji tau! Lepas je dapat harta terus kita bersama balik!"

"Ye I janji." Balas Karlisa malas.

Maka bercerailah mereka. Dan masing-masing pun berkahwin. Si suami kahwin dengan Marissa manakala si isteri kahwin dengan Zahran....

Bijak kan? Muda remaja lagi dah pandai atur rancangan....bijak sangat menipu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kembali semula pada situasi asal....

"Well biasalah! Siapa tak kenal I! Ni Fawwaz lah." Balas Encik Fawwaz bangga.

"Amboi, padahal masa You nak ceraikan I dulu bukan main menolak lagi You. Sekarang ni dah senang lenang terus rasa diri tu bijak. Lupa ke ni semua rancangan I?" Kata Puan Karlisa sinis.

"Haih ye lah You pun bijak juga. Ha berbalik pada rancangan tadi....I akan buat budak Rafiq tu dibenci oleh semua ahli keluarga...."

"Hmm kedengaran macam bijak! Apa rancangan You?" Tanya Puan Karlisa sangat berminat dengan rancangan Encik Fawwaz.

"Heheh....." Dan Encik Fawwaz pun menceritakan tentang rancangannya kepada Puan Karlisa.

"Hahaha! Menarik tu! I setuju!" Sahut Puan Karlisa setuju dengan rancangan Encik Fawwaz.

"Haha! Tak sabar I nak tengok budak tu dibenci oleh papa dan mamanya hahaha!" Encik Fawwaz tertawa jahat.

"Kita raikan detik kehancuran budak tu! Cheers!" Puan Karlisa mendekat cawan dia dan cawan Encik Fawwaz.

Kting

Kedengaran bunyi cawan berlaga perlahan dengan cawan satu lagi.


Selamat berbuka puasa guys!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro