EPISOD 7
🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~
Sambungan....
15 Ramadhan
Hari ini Rafiq pergi ke sekolah seperti biasa tetapi yang luar dari kebiasaan, Puan Marissa yang menghantar kalini.
Di sekolah, mereka belajar seperti biasa sehinggalah waktu rehat.
"Fiq, aku rasa kita lepak dekat kerusi batu taman sekolah je lah. Tak panas sangat. Teduh sikit. Macam mana?" Tanya Irfan kepada Rafiq.
"Hmm aku on je. Kalau korang ikut aku pun ikut lah." Balas Rafiq dengan anggukan.
"Ok jom!" Ajak Aisyah.
Dan mereka berempat pun berjalan bersama menuju ke taman sekolah yang berada sedikit jauh dari orang ramai.
Sebab kenapa mereka memilih tempat itu, sebab pemandangan taman tu indah, tenang dan paling penting sunyi.
Tak adalah sunyi sampai tak ada orang terus tu. Ada lah juga orang yang lalu lalang dekat situ.
"Alamak!" Irfan terjerit kecil.
"Apahal kau ni Irfan? Nampak hantu ke?" Tanya Faris melihat Irfan pelik.
"Ish tak adalah! Mana ada hantu bulan puasa ni. Tak, aku terlupa duit aku tertinggal dekat kelas! Kau pun tau kan sekarang ni banyak kes duit hilang. Aduhai!" Balas Irfan sedikit cemas.
"Alah kau nak cemas ni kenapa? Kalau setakat seringgit dua tak payahlah kau nak cemas mana." Balas Aisyah selamba memandang Irfan.
"Kalau seringgit dua aku tak ralat sangat. Tapi aku tertinggal sepuluh ringgit! Banyak tu. Dah lah kejap lagi aku nak kena bayar duit buku latihan Cikgu Azidah pula!"
"Hmm kalau dah macam tu, kau pergilah ambil sekarang. Alah tak apa lagipun kelas dengan taman ni bukannya jauh mana pun. Kau lari laju cepatlah sampai." Kata Rafiq memberikan green light.
"Ok! Kejap aku pergi dulu!" Lepas je dengar Rafiq berkata begitu, terus Irfan bangkit dan berlari laju sehingga bayang dia pun dah tak nampak.
"Mak aih! Laju betul mamat tu lari." Aisyah berkata sambil melihat Irfan berlari laju.
"Haha! Kau bukan tak tau Irfan tu kan atlet sekolah. Kalau tak lari laju tu bukan Irfan lah." Balas Rafiq.
"Hahaha! Betul cakap kau tu Fiq. Irfan tu kan memang menggelabah punya orang. Benda tertinggal dekat kelas pun dia boleh gelabah macam nak runtuh langit." Faris tergelak mengenangkan sikap Irfan itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rumah Tuan Firdaus....
"Apa yang difikirkan tu abang?" Tanya Puan Maziah, isteri Tuan Firdaus.
Puan Maziah duduk di sebelah Tuan Firdaus.
"Eh Zi, tak ada apa....abang terfikirkan pasal Rafiq anak buah kita tu." Jawab Tuan Firdaus sambil menyelak surat khabar ke muka surat sebelah.
"Kenapa dengan Fiq?" Tanya Puan Maziah ingin tahu.
"Haih.... awak pun tahu kan. Pasal Zahran adik saya tu. Daripada Fiq tu kecil sampai sekarang umur dah tujuh belas tahun, Zahran masih lagi tak anggap dia sebagai anak." Kata Tuan Firdaus sudah hampir mati akal memikirkan sikap adik bongsunya itu.
"Kenapa abang tak tegur je adik abang tu? Saya rasa tak patut Zahran buat macam tu dekat Fiq. Lagipun Rafiq tu bukan sesiapa, anak kandung dia juga."
"Saya ni, dah nak berbuih mulut menasihatkan si Zahran tu. Tak juga dia dengar, degil! Awak tahu kan adik saya tu macam mana. Degil dia tu memang tak boleh nak bawa bincang." Sudah banyak kali Tuan Firdaus menasihatkan Tuan Zahran.
Tak boleh dikira dengan jari lah dia punya banyak tu.
"Saya bukan apa bang, saya kesian kan Rafiq....dia pernah cakap dekat saya yang dia nak gembira sepanjang bulan puasa ni. Sedih saya fikirkan balik bang." Sahut Puan Maziah dengan wajah sedih.
"Hmm....abang rasa, abang ada idea." Tiba-tiba Tuan Firdaus terfikirkan satu idea yang sangat bernas.
"Apa dia tu bang?"
"Saya nak suruh along nasihatkan Zahran." Kata Tuah Firdaus muktamad dengan keputusannya.
"Wah, bernas sangat tu. Baru saya terfikir, abang long je yang boleh nasihatkan dia." Balas Puan Maziah dengan mata bersinar-sinar.
"Sebenarnya abang dah terfikirkan idea nk dah lama. Cuma abang tak nak lah suruh along nasihatkan dia. Along punya cara nasihat, saya sendiri pun takut." Berdiri bulu roma Tuan Firdaus bila teringatkan sulungnya itu.
"Tapi Zi rasa dah sampai masanya kita suruh abang long yang nasihatkan Zahran. Saya dah tak sanggup nak tengok Rafiq menangis disebabkan sengsara nak hadap mak dan ayah dia yang masing-masing berperangai degil tu. Kalau Marissa ada juga dia dengar nasihat saya tu bang." Jelas Puan Maziah.
"Tak apa, nanti abang call dia. Lagipun nak call along tu senang je, dua kali dering angkatlah dia. Kadang-kadang tak payah call pun dia dah muncul kat pintu."
"Hahaha, saya teringat masa abang cerita pasal abang long kat dapur tu. Lepas je abang cerita terus muncul kat pintu belakang. Terkejut saya dibuatnya." Puan Maziah tertawa kecil bila teringat lagi kejadian itu.
"Hahaha itulah. Tapi kalau tak ada along, saya ni mungkin tak sekolah dan belajar tinggi-tinggi. Dia sanggup korbankan masa depan dia tak sambung belajar semata-mata nak adik-adik dia berjaya." Balas Tuan Firdaus.
"Dan kalau bukan sebab dia, mungkin saya pun takkan berkahwin dengan abang." Kata Puan Maziah sambil tersenyum tersipu-sipu malu.
"Eh awak ni! Sudah jom masuk. Panas dah ni."
"Eleh malu lah tu." Sahut Puan Maziah mengikut langkah suaminya masuk ke dalam rumah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Di taman sekolah...
"Haih apa pula aku nak buat sorang-sorang ni? Aisyah pergi kedai koperasi, yang si Ris tu pula pergi tandas. Haih...." Gumam Rafiq seorang diri sambil memerhatikan bunga-bunga yang ditanam di taman sekolah itu.
"Ha! Anak luar nikah ni pun ada dekat sini rupanya!" Kata seseorang dengan senyum remeh.
Rafiq memandang seseorang itu. Kemudian dia berpaling melihat tempat lain. Malas nak bergaduh.
"Pergilah kau Fikri, malas lah aku nak gaduh dengan kau." Balas Rafiq kepada Fikri, budak nakal disekolah itu.
Fikri memang terkenal dengan kenakalannya yang sangat teruk. Setakat pecahkan tingkap, curi barang letak kat tempat lain, minta duit secara paksa, meraba budak perempuan. Semua tu perkara biasa bagi dia.
Sebab dia anak pengetua sekolah, memang selalu terlepas lah dari kesalahan.
Fikri dengan Rafiq memang tak pernah bersekutu, malahan menjadi musuh ketat.
Rafiq tak ada masalah sangat. Fikri je lah yang macam banyak masalah dengan Rafiq.
Punca Fikri berdendam dengan Rafiq sebab Fikri pernah dihukum oleh ayahnya sendiri kerana memukul salah seorang murid kelas Rafiq. Terus Rafiq mengadu kepada pihak sekolah bersertakan bukti lagi.
Tetapi hukuman tu ringan saja. Dia digantung sekolah selama seminggu....sangat tidak adil.
Walaupun cuma hukuman ringan, itu sudah cukup untuk membuatkan Fikri berdendam dengan Rafiq. Pantang berjumpa mesti ada je benda yang Fikri tak puas hati dengan Rafiq.
Sedangkan Rafiq hanya buat selamba je.
"Kalau kau malas nak gaduh, tapi aku tak. Hei, boleh tak kau jangan kacau Aisyah! Dia tu aku punyalah! Berani kau nak jodohkan dia dengan Faris budak acah cool tu ye!" Fikri memandang tajam ke arah Rafiq.
Rafiq sedikit pun tidak ambil kisah. Siap boleh gelak lagi.
"Haha, kenapa? Kau sukakan Aisyah tu? Heh sorry lah, dah penuh bro. Dah ada orang yang booking dulu. Kalau kau nak tahu, Faris dan Aisyah tu dah sah couple." Rafiq membidas kata-kata Fikri dengan sedikit penipu di situ.
Dia terpaksa menipu kerana tak nak Fikri menganggu hubungan Faris dan Aisyah.
"Kau jangan cari pasal dengan aku Rafiq! Kalau kau tak nak menerima akibatnya, baik kau jangan masuk campur urusan aku dengan Aisyah! Dia tu aku punya!" Jerit Fikri dengan kuat.
Dia berani berbuat demikian kerana masa tu tidak ada seorang pun yang berada di situ.
"Heh ingat aku takut ke? Aku ada tuhan lah! Sikit pun aku tak takut dengan kau!" Kata Rafiq tanpa rasa takut malah dia menatap Fikri dengan tatapan tajam.
Dush!
Terus Fikri menumbuk muka Rafiq sehingga dia terjatuh dari duduknya.
"Argh. Adoi apahal tumbuk orang ni! Rosak lah muka hensem aku ni." Kata Rafiq dengan kesal dengan tangannya mengelap darah yang mengalir dari mulutnya yang pecah akibat ditumbuk tadi.
"Aku dah cakap.....jangan....cari pasal....dengan aku! Geng, pukul dia!" Fikri mengarah kepada ahli kumpulan dia untuk memujuk Rafiq.
Dush!
Dush!
Dush!
Teruk Rafiq dipukul oleh mereka. Tidak banyak lebam di muka Rafiq kerana mereka menyasarkan tempat lain iaitu perut.
Supaya cikgu-cikgu tidak dapat mengesan yang Rafiq dipukul oleh mereka.
Taktik yang sangat keji tetapi memang ada.
"Aku dah cakap....jangan cari pasal. Kau degil! Sekarang terima lah akibat! Sekarang aku nak kau jangan masuk campur urusan Aisyah.....jangan pandai-pandai nak jodohkan dia dengan si Faris tu. Dia aku punya...." Kata Fikri sambil menarik rambut Rafiq dengan kuat.
"Akh! A-aku takkan ikut c-cakap kau! Kau t-tak ada hak!" Balas Rafiq dengan tersekat-sekat.
"Degil lagi kau ye! Baik aku habiskan hidup kau hari ni jugak!" Fikri bersiap sedia mahu menumbuk muka Rafiq.
Baru saja tangannya ingin menumbuk Rafiq.....
Dush!
Seseorang datang dengan lebih pantas terus tumbuk muka Fikri sehingga dia jatuh di atas tanah.
"Jangan sentuh sepupu aku!!" Jerit Irfan yang baru saja sampai ke situ diikuti Faris dan Aisyah bersamaan.
"Tepi Irfan biar aku selesaikan budak ni!" Faris ingin ke hadapan untuk memujuk Fikri.
"Tak payah! Biar aku je! Kau jangan masuk campur!"
Baru saja Fikri ingin bangun, Irfan terjun menerkam Fikri. Wajah Fikri ditumbuk berkali-kali tanpa sedikit pun belas kasihan.
Semasa Irfan dan Fikri sedang bergelut di atas tanah, datang Cikgu Rashid meleraikan mereka berdua.
"Cukup! Kamu berdua berhenti bergaduh!" Kata Cikgu Rashid meleraikan Irfan dan Fikri dari bergaduh.
Empat orang murid diperlukan untuk meleraikan Irfan dari bergaduh. Irfan ditahan oleh dua orang murid dan begitu juga dengan Fikri.
"Lepaskan aku! Biar aku pecahkan muka dia!! Berani dia sentuh Rafiq! LEPAS!" Jerit Irfan sangat marah dengan Fikri.
"Irfan! Fikri! Kami berdua, ikut saya pergi pejabat pengetua!!" Jerkah Cikgu Rashid.
Dengan terpaksa Irfan dan Fikri mengikuti Cikgu Rashid ke pejabat pengetua meninggalkan Rafiq, Irfan dan Faris.
"Fiq! Ya Allah kenapa sampai macam ni sekali Rafiq!" Faris memeriksa keadaan Rafiq yang sudah tidak sedarkan diri itu.
"Teruk luka dia ni Ris! Jom pergi bilik sakit!" Ajak Aisyah disertai dengan anggukan kepala oleh Faris.
Lantas Faris mengangkat tubuh Rafiq dan terus membawa dia ke bilik sakit yang terletak tidak jauh dari taman sekolah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro