Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPISOD 2

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

Sambungan...

"Kau betul ni tak nak tumpang dengan aku sekali?" Tanya Irfan buat kali yang ke sepuluh.

"Iyee betul! Haish berbuih mulut aku nak jawab soalan kau lah!" Rafiq memberikan jawapan yang sama buat kali yang ke sepuluh.

"Lagipun aku ingat nak balik dengan Ris dan Aisyah. So tak payahlah kau nak risau sangat." Tambah Rafiq lagi.

"Ye lah...tapi pastikan balik rumah. Jangan mengada-ngada nak pergi tempat lain. Kau tu bukannya boleh percaya sangat." Balas Irfan berserta dengan amaran.

"Ye ye! Dah pergilah balik! Pak Ngah dah tunggu kau tu."

"Hmm ok bye!" Irfan pun masuk ke dalam kereta dan kereta yang dipandu papa Irfan bertolak dari situ.

"Fiq! Sorry tau lambat. Kitaorang dua ada hal sikit tadi dekat perpustakaan. Itu yang lambat tu." Aisyah dan Faris berlari ke arah Rafiq yang sedang menunggu mereka berdua.

"Haha, tak apa. Aku memang dah biasa menunggu. Ha jom lah balik sekali." Ajak Rafiq.

Mereka bertiga berjalan keluar dari kawasan sekolah. Dalam perjalanan, Aisyah berjalan sedikit ke hadapan meninggalkan Faris dan Rafiq dibelakang.

"Weh Ris, aku dengar cerita.....kau dengan Aisyah ada something. Betul ke?" Tanya Rafiq bersama senyuman sinis. Seronoklah tu dapat menyakat.

"Mana ada! Kau ni jangan dengar lah mulut orang!" Kata Faris menafikan sekeras-kerasnya khabar angin itu.

Makin bertambah sinis lah senyuman Rafiq.

"Heh, biasanya kalau orang tu menafikan sekeras-kerasnya....memang ada something lah tu kan? Sebab kenapa kau nak kena gelabah kalau khabar angin tu tak betul?" Sekilas Rafiq meneka. Dan betul jawapannya.

Apa lagi, merah lah muka Faris! Memang tak dapat cover lah muka tu.

"Hahaha! Tak payah nak tutup muka tu. Aku dah lama tahu sejak dari mula kita kenal lagi. Kenapa kau tak nak beritahu perasaan kau dekat dia?"

"Err...erm...a-aku malu." Jawab Faris sambil menundukkan kepala. Malu wei!

"HAHAHA! Weh come on lah! Faris yang aku kenal, orangnya dingin, berani dan tak ada rasa malu. Sejak bila kau reti malu ni? HAHAHAAH!" Puas betul hati Rafiq dapat kenakan Faris.

Faris tidak menjawab. Dia dah rasa tersangat malu bila Rafiq bertanya semua soalan itu kepadanya.

Salah ke lelaki dingin dan muka tak ada perasaan ada rasa malu? Tak kan?

"Tak perlulah kau nak jawab soalan aku tu. Macam ni lah, aku....akan tolong kau dapatkan Aisyah? Macam mana? Apa kata kau?" Rafiq memberikan tawaran yang berupa pertolongan.

"Erm...tak menyusahkan kau ke Fiq?"

"Lailahaillallah, kau tu kawan aku lah! Tak adanya nak menyusahkan. Mengarut je lah kau ni." Rafiq menafikan apa yang dicakap Faris tadi.

"Amboi! Seronoknya borak! Borak pasal apa ni? Bukan main rancak aku tengok korang berdua." Sampuk Aisyah tiba-tiba muncul dari belakang mereka berdua.

Baru Rafiq perasan Aisyah tak ada kat depan. Rupanya dah duduk dekat belakang.

"Oh ni Faris ni, dia kata nak-"

"T-tadi kitaorang borak pasal esok. Esok kan dah nak puasa. So aku cakaplah dekat Fiq suruh datang rumah aku buka puasa kat sana!" Faris segera menekup mulut Rafiq dari terlepas cakap pasal tadi.

"Hmm...." Aisyah memandang Faris dengan rasa curiga.

Kemudian dia berkata. "Oh ok, ingatkan apalah tadi." Terus Aisyah berjalan ke depan meninggalkan mereka berdua dibelakang semula.

"Woi! Kau ni puasa ke tak Ris? Bau ikan masin siot tangan kau!" Rafiq menepis tangan Faris dari menutup mulutnya lagi.

"Eh puasa lah! Elok sikit eh, aku bukan perempuan. Ada hari boleh puasa dan tak boleh puasa." Tuduhan Rafiq disangkal sekeras-kerasnya.

"Dan lagi satu, puasa esok lah buka Harini!" Tambah Faris lagi.

Gila ke! mana ada lelaki yang datang bulan. Kalau ada habaq mai sat sapa dia?

"Haha! Ye lah aku gurau je. Wei dah sampai simpang dah. Aku balik dulu!" Rafiq berjalan memasuki simpang belah kiri dimana terletaknya rumah Rafiq manakala Faris di belah kanan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Rafiq pun sampai dihadapan rumah banglo dua tingkat milik Tuan Zahran.

Rumah je nampak mewah, tetapi kehidupan didalamnya....Tuhan je yang tahu.

Rafiq pun melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu ditolak dan kasutnya diletakkan di atas rak kasut.

Baru saja ingin menapak masuk, satu suara menegurnya.

"Baru balik? Heh, ingatkan kau dah tak nak balik ke rumah ni lagi."

"Eh papa! Bila sampai sini? Fiq rindu lah dekat papa!" Rafiq menghulurkan tangan untuk menyalam Tuan Zahran.

Tetapi reaksi yang diterima sangat mengecewakan apabila salamnya tidak disambut. Malahan dihadiahkan wajah yang tiada perasaan.

Senyuman Rafiq pun perlahan-lahan luntur dari wajah. Agak kecewa tetapi terpaksa ditelan juga.

"Aku, nak salam tangan kau? Jangan harap....tengok muka kau pun aku dah benci, inikan pula nak sentuh tangan kau." Kata Tuan Zahran

Rafiq tersenyum nipis mendengarkan kalimat yang keluar dari mulut Tuan Zahran.

"Err tak apalah kalau papa tak nak salam dengan Fiq. Berapa lama papa duduk sini?" Tanya Rafiq mengalihkan topik kerana tidak mahu suasana menjadi terlalu kekok.

"Kejap lagi aku nak kena balik. Aku datang sini pun sebab nak ambik baju-baju aku. Malas nak duduk lama-lama hadap muka kau. Semak!"

Tuan Zahran membawa beg pakaian yang dipegangnya tadi dan meninggalkan Rafiq yang memandangnya dengan genangan air mata. Menatap kepergian ayahnya itu.

Mak Jah yang baru saja selesai menyiapkan kerja-kerja di dapur segera memujuk Rafiq.

"Fiq, Cik Jah harap, janganlah Rafiq terasa hati dengan papa tu. Dia tengah tak ada mood tu."

"Tak apa Cik Jah, Fiq dah faham sangat. Lagipun dari kecil lagi Fiq dah biasa dengan semua ni....cuma kadang-kadang Fiq terfikir juga. Apa dosa Fiq sampaikan mama dan papa buat macam ni dekat Fiq."

"Shh...dah jangan fikir lagi pasal semua tu! Cik Jah tahu Fiq mesti lapar kan? Jom pergi dapur, Cik Jah dah masak masakan special untuk Fiq....ayam masak merah!" Mak Jah memujuk dan menyeka air mata Rafiq dengan jarinya.

"Betul ke? Wah terima kasih Cik Jah!" Sekelip mata saja Rafiq berubah menjadi seorang yang ceria semula.

"Iye! Dah pergi duduk dekat meja makan. Semua makanan Cik Jah dah hidang."

"Baik Cik Jah!" Rafiq berlalu pergi dari ruang tamu dan terus je meja makan.

"Jah, kenapa dengan Fiq tu? Tadi abang dekat luar terdengar Tuan marah-marah dekat budak tu. Ada masalah ke?" Tanya Pak Amir, suami kepada Mak Jah.

"Hmm pasal apa lagi, Tuan lah dimarahnya budak tu. Abang, Rafiq dah mula bertanya pasal benda tu."

"Eh jangan bagitau dia Jah! Kita tak boleh biarkan dia tahu tentang kisah silam dia. Kalau tak, banyak akibatnya nanti." Kata Pak Amir dengan wajah serius.

"Ye saya faham bang. Sebab tu saya cepat-cepat ubah topik tadi. Tak nak Fiq tanya dengan lebih lanjut lagi."

"Tapi saya risaulah bang. Rahsia walau selama mana pun kita tutup, satu hari nanti tetap juga dia akan tahu. Dan saya tak bersedia nak tengok budak tu sedih bang..." Kata Mak Jah dengan air mata yang tertahan mengenangkan nasib Rafiq.

"Saya tahu Jah....tapi sekarang bukanlah masa yang sesuai. Kita cari peluang yang sesuai nanti. Sekarang ni awak pergi layan si Rafiq tu. Nanti dia terdengar, payah kita nak menjawabnya nanti." Balas Pak Amir mengakhiri perbualan mereka.

Dan tanpa mereka sedari, Rafiq mendengar separuh dari perbualan Pak Amir dan Mak Jah tadi.

'Apa yang Cik Jah dan Pakcik Mir cuba sembunyikan dari aku? Kisah silam? Apa yang diaorang rahsiakan ni...' kata hati Rafiq sambil berfikir tentang perbualan pasangan suami isteri tadi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro