Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPISOD 18

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

Sambungan....

Tuan Firdaus cemas. Dia tidak sempat menangkap pasu itu. Dia berdoa agar tidak terjadi apa-apa pada Rafiq.

PRANG!

Sebilah pedang samurai terbang dari arah pintu terkena tepat ke pasu kaca dan pecah tanpa terkena pada Rafiq.

Kemudian pedang samurai itu tertusuk pada dinding konkrit rumah itu.

"Apa dah jadi dengan diri kau ni Zahran!" Sudah tiba masanya untuk Tuan Fattah masuk campur di dalam urusan keluarga ini.

"Jah, Mir. Bawa Rafiq pergi hospital sekarang." Arah Tuan Fattah pada Pak Amir.

Pak Amir dan Mak Jah segera memapah Rafiq masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan dan mereka pun bertolak terus ke hospital.

Sementara kini tinggal Tuan Fattah, Tuan Firdaus, Tuan Zahran dan Puan Karlisa disitu.

Shing!

"Kau bukan seorang yang suka melawan, tapi kenapa kau berubah sampai macam ni sekali hah!" Tuan Fattah mencabut pedang samurai yang terlekat di dinding tadi.

"Along tanya kau balik.....apa dosa budak tu sampai kau dera dia teruk macam tu?" Tanya Tuan Fattah dengan nada suara yang lebih rendah daripada sebelum ini.

"Banyak! Banyak benda yang budak tu dah buat! Memang layak dia kena pukul! Mula-mula anak bekas bini aku dia tolak jatuh dari tangga, sekarang ni anak aku pula dia pukul untuk mintak duit dia!" Balas Tuan Zahran dingin.

Tidak ada langsung hormat di dalam diri Tuan Zahran pada abangnya itu.

"Kau pasti ke? Rafiq punca segala-galanya? Hah?! Kau pasti ke Rafiq yang pukul anak kau dan mintak duit anak kau?!" Tuan Fattah menyoal Tuan Zahran semula dengan nada provokasi.

"Bukti dah ada di depan mata lah! Tuhan tu kalau nak tunjukkan kebenaran, dia akan tunjuk juga!"

"Tapi yang angah nampak depan mata sekarang ni bukanlah bukti melainkan fitnah semata-mata!" Balas Tuan Firdaus turut mempertahankan kenyataan Tuan Fattah.

"Kalau gambar takkan lah nak menipu kita!" Tuan Zahran nampaknya tidak mahu kalah.

"Zaman sekarang dah moden Zahran. Semuanya boleh diedit guna komputer. Takkanlah kau tak boleh tangkap lagi yang ada orang cuba nak hancurkan keluarga kau sekarang ni!"

"AH! Aku tak peduli! Kesalahan tetapi kesalahan! Dia kena tanggung kesalahan yang dia sendiri dah buat!" Balas Tuan Zahran

"APA KESALAHAN DIA TU HAH!" Tuan Fattah sudah tidak dapat menahan kesabarannya lagi.

"LAHIR DEKAT DUNIA NI! AKU NAK DIA MATI! KELAHIRAN DIA DEKAT DUNIA BAWA MALANG DEKAT AKU!"

"Kau bercakap tak pakai otak Zahran....iblis mana yang terlepas hasut kau bulan-bulan puasa ni hah!"

"Kau...Karlisa....aku perhatikan kau dah lama dah. Kau ni sebenarnya yang rancang semua ni kan!" Kata Tuan Fattah menuduh Puan Karlisa.

"Tak! Sumpah demi Allah I tak rancang semua ni!" Balas Puan Karlisa tidak mahu mengaku sedangkan dia memang terlibat di dalam rancangan ini.

"Jangan main-main dengan nama Allah boleh tak! Aku nampaklah lah kau berjumpa dengan Fawwaz hari tu! KALAU IKUTKAN HATI NI PECAH MUKA KAU AKU KERJAKAN!" Tuan Fattah berlari ingin menyerang Puan Karlisa tetapi berjaya ditahan oleh Tuan Firdaus dan Tuan Zahran.

"Jangan apa-apakan ISTERI AKU!" Tuan Zahran menolak Tuan Fattah sehingga terjatuh.

"Nasib baik aku tak ada bukti bergambar je....kalau ada aku dah tunjuk lah dekat kau!" Tuan Fattah pun segera bangkit dan berdiri memandang tajam pada Puan Karlisa.

Puan Karlisa menoleh ke tempat lain kerana tidak berani bertemu mata dengan pandangan Tuan Fattah yang tajam menyinga itu.

"Huh...Zahran, aku nasihatkan secara baik ni. Lebih baik kau berubah Zahran. Sayanglah anak kandung kau si Rafiq tu. Jangan kau sia-siakan peluang yang Allah dah berikan pada kau Zahran...."

"Untuk apa aku nak berikan kasih sayang aku pada anak haram tu! Dia tak berhak merasai kasih sayang aku! Dia tu cumalah sampah!"

"BUDAK TU LAHIR PUN DISEBABKAN KESALAHAN KAU LAH! KENAPA MESTI SALAHKAN ORANG LAIN!" Jerkah Tuan Fattah kerana tidak tahan melihat orang lain menghina anak buahnya itu.

"Diam lah! Kau diam!! Kau tak berhak nak tentukan hidup aku!" Kata-kata Tuan Zahran itu membuatkan Tuan Fattah dan Tuan Firdaus tersentak.

"Aku berhak Zahran! Pertama sebab Rafiq tu anak buah aku. Yang kedua sebab kau adik aku!"

"Kau jangan nak ajar aku! Aku tahu apa yang aku buat-"

Pang!

Tuan Zahran ditampar oleh Tuan Fattah dengan kuat

"Macam ni ke cara kau bercakap dengan abang kau ni?! Mana adab kau!" Tuan Fattah menatap Tuan Zahran dengan pandangan berapi.

"Abang aku dah lama mati lah! Kau tu cuma orang luar tak berguna-"

PANG!

Sekali lagi wajah Tuan Zahran di tampar oleh Tuan Fattah dengan lebih kuat.

"BIADAP!"

"Sakitlah bodoh!" Maki Tuan Zahran sambil memegang pipinya yang sakit.

"Hati aku ni lagi sakit tau tak! Kau dah lupa ke, aku ni abang kandung kau! Orang yang jaga kau sejak arwah mak dan ayah meninggal tau tak!" Ujar Tuan Fattah dengan air mata bergenang.

Kesedihannya tidak dapat ditutup lagi. Sanggup Tuan Zahran berkata begitu kepada orang yang telah bersusah-payah membesarkan dia.

"Sampai hati kau anggap aku ni sebagai orang luar. Siapa yang jaga kau sejak dari bayi sampai dah besar ni! Aku sanggup korbankan masa depan aku tak belajar demi nak kerja untuk besarkan korang tiga beradik!"

"Aku yang bersusah payah menjaga kau! Uruskan makan minum pakaian kau....hisk....walaupun aku tak duit masa tu aku usahakan juga untuk bagi kau makan! KAU LUPA SEMUA TU!"

Tuan Firdaus memeluk belakang Tuan Fattah untuk menenangkan dia. Dia memahami perasaan abangnya itu.

Walaupun usia mereka berbeza tetapi dia nampak semua usaha Tuan Fattah untuk membesarkan mereka tiga beradik.

"Hisk....Disebabkan aku nak jaga korang, aku masuk tentera sebab dalam hati aku cumalah nak jaga korang, anak-anak aku dan arwah isteri aku."

"Biar kawan-kawan kau tak mengata kau cakap abang kau seorang yang tak berguna, tak berpelajaran. Segakah jasa dan kasih sayang yang aku dah bagi pada kau, terus kau lupakan...." Tuan Fattah merenung ke bawah.

Kesedihannya sudah tidak tertanggung. Betapa peritnya hati Tuan Fattah apabila tidak dianggap sebagai ahli keluarga oleh adiknya sendiri.

"Masa kau nak kahwin dengan perempuan ni dulu, siapa yang tanggung perbelanjaan dia dulu, aku! Masa kau nak bangunkan syarikat yang tunggu hari nak bankrap tu, siapa yang bagi kau duit? Aku!" Tuan Fattah mengungkit segala apa yang telah dia lakukan pada Tuan Zahran.

Bukanlah dia hendak berlagak tetapi untuk menyedarkan Tuan Zahran siapa dia di matanya.

"Setakat sekarang aku masih lagi anggap sebagai adik aku, tapi kau ingat! Kalau sekiranya terjadi apa-apa pada Rafiq! Aku takkan anggap kau sebagai adik aku!"

Tuan Firdaus yang mendengar ungkapan Tuan Fattah menjadi sedikit takut kerana dia sudah tahu sifat abangnya itu kalau sudah berkata sesuatu, maka dia akan melakukannya.

"Fir, jom ikut along pergi hospital...kita tinggalkan orang-orang bodoh ni." Ajak Tuan Fattah kerana tidak sanggup untuk menatap muka Tuan Zahran lagi.

Tuan Firdaus mengiakan sahaja permintaan abangnya itu. Dia segera mengikuti langkah Tuan Fattah.

Sebelum dia pergi, dia berpaling pada Tuan Zahran.

"Angah harap kau fikirlah apa yang kau dah lakukan ni. Jangan sampai sifat riak dan tamak kau tu memakan diri kau sendiri. Kerana riak tu, kau sanggup buang abang kau sendiri. Fikirkan lah...." Itu kata-kata Tuan Firdaus sebelum dia meninggalkan Tuan Zahran dan Puan Karlisa.

"Eii! Sampai hati abang You yang tak guna tu mengata I ni!" Puan Karlisa mula bersuara setelah lama diam kerana takut.

Tuan Zahran tidak menjawab. Dia terus berjalan meninggalkan Puan Karlisa berseorangan.

"Eh You! Janganlah tinggalkan I!" Puan Karlisa segera mengejar langkah Tuan Zahran.

'Heh padan muka kau Zahran! Biar satu keluarga kau hancur! Hahaha!' Puan Karlisa tersenyum kemenangan kerana merasakan dirinya telah berjaya memecahbelahkan keluarga Tuan Zahran.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hospital Raja Iskandar....

Tuan Fattah dan Tuan Firdaus sampai di hadapan bilik kecemasan tempat Rafiq berada.

Dan kelihatan juga kelibat Mak Jah dan Pak Amir sedang menunggu di kerusi yang disediakan di hadapan bilik kecemasan.

"Jah, Amir, macam mana dengan keadaan Rafiq?" Tanya Tuan Fattah risau dengan keadaan Rafiq.

"Doktor masih belum keluar lagi..." Jawab Pak Amir lirih. Keadaan Rafiq sangat menyayat hati ketika sampai di hospital tadi.

"Hisk....macam mana ni abang. Kalau jadi apa-apa pada Rafiq, saya tak dapat maafkan diri saya bang!" Kata Mak Jah yang masih menangis.

"Jah, jangan cakap macam tu. Rafiq tu budak yang kuat. Dia pasti akan okay. Awak jangan risau lah." Pak Amir cuba untuk menenangkan Mak Jah walaupun hakikatnya dia sendiri tidak yakin bagaimana keadaan Rafiq.

Tidak berapa lama kemudian, seorang doktor keluar dari bilik kecemasan.

Mereka yang berada di situ segera mendapatkan doktor itu.

"Doktor, macam mana dengan keadaan Rafiq?" Tanya Tuan Firdaus yang terlebih dahulu membuka suara.

"Awak semua ni siapa kepada pesakit ye?" Tanya doktor itu.

"Oh kami semua penjaga Rafiq." Jawab Pak Amir.

"Baiklah, sebenarnya keadaan Rafiq agak parah. Jantungnya sempat terhenti tetapi berjaya kami selamatkan."

"Dan sekarang dia dinyatakan....koma." sambung doktor itu perlahan.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro