EPISOD 17
🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~
Sambungan....
Sebelum Rafiq dipukul...
"Assalamualaikum Cik Jah! Rafiq dah balik!" Rafiq berlari dan memeluk Mak Jah yang baru membukakan pintu rumah.
"Ish terkejut Cik Jah. Ei tepi! Kamu tu busuk lah. Dah pergi mandi dulu." Suruh Cik Jah sambil menolak perlahan tubuh Rafiq ke tepi.
"Ok Cik Jah!" Rafiq dengan semangatnya berlari ke biliknya.
Segala kesedihan yang dialami tadi terus terlupa apabila berhadapan dengan Cik Jah.
"Semangat betul budak tu harini bang." Kata Mak Jah kepada Pak Amir yang sedang sibuk menyiram pokok-pokok bunga.
"Alhamdulillah....harap selalulah dia bersemangat gembira macam tu." Balas Pak Amir turut sama merasai apa yang Mak Jah rasakan.
Setelah selesai melaksanakan tugas masing-masing, Pak Amir dan Mak Jah pun duduk sebentar di atas sofa.
"Huh banyak betul ye kerja hari ni bang. Dah lah tengah puasa ni." Kata Mak Jah memulakan perbualan.
"Dah terbiasa Jah. Kita dah berpuluh tahun kita kerja sini. Segala jenis kerja kita dah biasa buat. Setakat benda macam ni, kacang goreng je." Gurau Pak Amir.
"Ye kan bang, rasa macam baru semalam je kita kerja sini. Tiba-tiba je rupanya dah tiga puluh tahun kita kerja sini. Dari kecil kita jaga Rafiq tu, tiba-tiba dah besar panjang." Luah Mak Jah.
"Itulah....cepat betul masa berlalu tahu-tahu dia dah besar. Zaman kita dulu, umur macam tu dah boleh kahwin dah dia."
"Tapi kan bang, saya rasa kesian sangat dengan Rafiq tu. Dia sepatutnya dari kecil dapat kasih sayang mak dan ayah. Tapi...sebaliknya pula yang dia dapat." Kata Mak Jah sedih dengan nasib hidup Rafiq yang tidak tahu bila akan menemui bahagia.
TOK! TOK! TOK!
Pintu tiba-tiba sahaja diketuk dengan kuat.
Mak Jah dan Pak Amir dan tersentak ketika mendengar ketukan pintu yang sangat kuat itu.
"Siapa tu bang?" Tanya Mak Jah.
"Entah lah. Awak pergi lah buka pintu." Arah Pak Amir pada Mak Jah.
Mak Jah segera berlari anak ke arah pintu dan membuka pintu itu.
"Oh Tuan, Puan! Lamanya tak jumpa dengan Tuan. Tuan sihat?" Mak Jah yang melihat Tuan Zahran dan juga Puan Karlisa di muka pintu pun segera bertanya khabar tentang mereka berdua.
Memang betul mereka sudah lama tidak berjumpa. Kali terakhir mereka berjumpa sebelum bulan puasa.
"Mana budak jahanam tu." Tanya Tuan Zahran dengan nada dingin.
Pelik Mak Jah dan Pak Amir mendengar....siapa budak tak guna?
"Siapa dia?" Tanya Mak Jah.
"Ish Rafiq lah bodoh!" Maki Puan Karlisa.
Panas sungguh hati Mak Jah mendengarnya.
"Oh tapi nama dia Rafiq bukannya budak tak guna. Tak elok Tuan cakap macam tu dekat anak Tuan sendiri. Lagi-lagi di bulan puasa ni." Nasihat Mak Jah dengan sopan kepada Tuan Zahran.
"Aku tanya Rafiq mana!" Tanya Tuan Zahran dengan nada suara yang mula ditinggikan.
Tiada langsung hormat pada Mak Jah dan Pak Amir.
Tetapi Mak Jah dan Pak Amir dah biasa. Mereka pernah mendengar kata-kata cacian yang lebih teruk daripada yang ni.
"Ada dekat atas. Tengah buat kerja sekolah." Jawab Pak Amir malas mahu berkata apa-apa lagi.
Tiada apa yang boleh mengalahkan kedegilan Tuan Zahran kecuali abangnya, Tuan Fattah.
"Mati aku kerjakan budak tu!" Tuan Zahran berlari naik ke tingkat atas untuk mencari Rafiq.
"Abang! Saya dapat rasa benda buruk nak jadi ni. Baik abang pergi tengok." Suruh Mak Jah dengan perasaan risaunya yang semakin kuat.
Pak Amir hanya mengangguk dan kemudian turut sama naik ke tingkat atas.
"Heh...Biar budak tu mati cepat sikit. Siapa suruh cari pasal dengan aku. Pukul lagi si Hanif tu" Kata Puan Karlisa berbaur hasutan.
Mak Jah memandang tajam Puan Karlisa. Dia tidak takut pada Puan Karlisa walaupun dia dikira sebagai majikan Mak Jah dan Pak Amir.
"Puan, jangan nak cakap macam-macam ye. Rafiq tu saya dah jaga dari dia besar tapak tangan sampai dah tinggi lampai macam tu tau! Jangan nak menuduh dia." Mak Jah mempertahankan Rafiq.
"Kau diam lah! Sedar diri tu sikit yang kau tu cuma 'orang gaji'. Faham?" Hina Puan Karlisa.
Berdesing telinga Mak Jah mendengar segala hinaan Puan Karlisa itu.
"Puan, saya bersikap sopan macam ni pun sebab mengenangkan Puan ni isteri Tuan je....kalau tak disebabkan tu, dah lama rambut tu saya tarik!"
Selepas berkata begitu terus Mak Jah menjauhkan diri dari Puan Karlisa sebelum terjadinya pergaduhan di antara orang gaji dan isteri majikan.
Luruh hati Mak Jah apabila melihat Rafiq yang sudah dijaganya sejak dari kecik diheret dengan kejam oleh Tuan Zahran dari tingkat atas sehingga turun ke tangga.
"RAFIQ!" Jerit Mak Jah sedih melihat Rafiq diperlakukan sebegitu rupa. Air matanya segera mengalir tanpa ditahan.
"Tuan! Sabar Tuan!" Pak Amir masih cuba untuk menyabarkan Tuan Zahran yang sedang mengamuk itu.
"KAU DIAM! INI URUSAN ANTARA AKU DAN DIA!" Tuan Zahran mengheret Rafiq sehingga ke tengah ruang tamu dan mencampakkan dia ke lantai.
"S-sakit....papa..." Kata Rafiq yang sedang kesakitan akibat ditampar dan diheret dengan kejam.
"Memang patut kau kena macam ni! Anak tak kenang budi! Tak tahu dek untung! Aku dah tanggung kau sejak dari kecil, tinggal dekat rumah besar macam ni! Kau pukul anak pula ye!"
Pang!
Pipi Rafiq sekali lagi ditampar oleh Tuan Zahran.
"Ergh....sakit papa..." Kata Rafiq lirih. Dia tidak mampu untuk melawan kerana tenaganya sangat sikit kalau nak dibandingkan dengan Tuan Zahran.
Sudahlah dengan kepalanya yang pening tidak pernah hilang dan batuk yang tiba-tiba saja dialaminya membuatkan Rafiq menjadi lebih lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa.
Air mata Mak Jah semakin banyak mengalir melihatkan keadaan Rafiq.
Meskipun Mak Jah bukanlah ibu kandung Rafiq, tetapi sejak dari bayi lagi Rafiq dijaga oleh Mak Jah dan itu membuatkan hubungan Rafiq dan Mak Jah seperti anak dan ibu kandung.
"Sudah Tuan! Jangan pukul dia lagi. Kesian kan lah dia Tuan!" Mak Jah lantas ke hadapan dan memeluk Rafiq bagi mengelakkan dari dipukul oleh Tuan Zahran.
"Tepi kau! Kau tak layak nak masuk campur dalam urusan keluarga ni! TEPI!" Tuan Zahran menarik Mak Jah sehingga pelukannya terlepas dan dicampakkan ke tepi.
Pak Amir terus menghalang Tuan Zahran dari berbuat perkara yang berada di luar kawalan.
"TUAN! Ingat Allah Tuan!" Halang Lak Amir dengan memeluk Tuan Zahran dari belakang.
"Jah, tolong telefon Tuan Firdaus! Keadaan semakin tak terkawal ni." Bisik Pak Amir pada Mak Jah supaya Tuan Zahran dan lain-lain tidak dapat mendengar.
"Baik bang!" Mak Jah yang cemas itu pun segera mengikut arahan suaminya.
Telefon dicapai dan Mak Jah bernasib baik kerana sebelum dia menelefon, Tuan Firdaus yang terlebih dahulu menghubungi Mak Jah.
"Hello Assalamualaikum. Cik Jah?"
"Waalaikumsalam! Tuan!" Mak Jah bersuara dengan sangat cemas.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"ZAHRAN! APA YANG KAU BUAT NI!" Jerkah Tuan Firdaus dengan lantang.
Dia berdiri di hadapan Tuan Zahran dengan pandangan tajam.
"Kau pun sama je! Jangan sibuk hal aku lah!" Balas Tuan Zahran tidak kalah lantang.
"Kau dah gila ke hah! Anak kau sendiri kau dera dia macam ni! Bapak jenis apa kau ni!" Marah Tuan Firdaus. Membara hati dia bila dia lihat Rafiq terluka teruk sampai macam tu sekali.
"Peduli apa aku! Dia bukan anak aku!" Tuan Zahran memerhati sekeliling.
Dia ternampak sebuah pasu kaca hiasan sebesar lengan orang dewasa.
Tuan Zahran mengambil pasu dan ingin menghentak kepala Rafiq.
"KAU MEMANG BAWA MALANG DALAM HIDUP AKU RAFIQ! MATI KAU AKU KERJAKAN!" Pasu itu diangkat dan dicampakkan ke arah Rafiq.
"RAFIQ!" Jerit Mak Jah dengan tangisan yang semakin banyak mengalir.
Tuan Firdaus cemas. Dia tidak sempat menangkap pasu itu. Dia berdoa agar tidak terjadi apa-apa pada Rafiq.
PRANG!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro