Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPISOD 12

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

Sambungan...

"Assalamualaikum! Oh Assalamualaikum!"

Mak Jah terdengar suara orang memberi salam di luar rumah.

"Ye! Kejap!" Mak Jah berjalan ke pintu rumah.

Mak Jah membuka pintu rumah dan...

"Waalaikumsalam. Fattah? Eh Rafiq pun ada!" Mak Jah sedikit terkejut melihat Tuan Fattah bersama dengan Rafiq.

"Lah Jah, kerja lagi kau dekat sini?" Tanya Tuan Fattah kepada Mak Jah.

"Aku macam biasalah. Lagipun aku dah jaga Fiq ni dari dia kecil sampai dah besar panjang. Takkanlah aku nak tinggalkan rumah ni." Kata Mak Jah sambil melihat Tuan Fattah.

"Err Pak Long dengan Mak Jah kenal sesama sendiri ke?" Tanya Rafiq pelik melihat Tuan Fattah dan Mak Jah begitu akrab sekali.

"Mana pula tak kenal! Cik Jah dengan Cik Mir kamu tu kawan baik Pak Long. Kami sama-sama kawan sekampung. Tapi lepas masing-masing dah remaja terus lost contact kejap."

"Tapi kitaorang terjumpa balik bila Cik Jah dengan Cik Mir ni minta kerja jadi pembantu dekat rumah papa kamu ni." Jelas Tuan Fattah.

"Wah kiranya korang berdua memang rapatlah ni?" Tanya Rafiq teruja pula mendengar kisah lama mereka.

"Mestilah. Dah, kamu masuk dalam." Arah Tuan Fattah.

"Ok Pak Long." Rafiq terus masuk ke dalam tanpa membantah.

"Fattah, macam mana kau boleh hantar dia balik ni? Bukan ke dia pergi rumah Cik Puan? Lagi satu kenapa muka dia lebam-lebam?" Tanya Mak Jah yang lebih mesra menggunakan kau dan aku sebagai gelaran.

Kawan baik kan. Biasalah tu.

"Dia kena halau dari rumah. Si Marissa tu percaya sangat dengan kata-kata laki yang tiga suku tu." Jelas Tuan Fattah.

"Lagi satu muka dia lebam sebab dia kena buli dekat sekolah haritu. Nasib baik aku ada masa tu kalau tak....haih. Tadi pun aku terserempak dia dekat lorong berdekatan rumah Marissa. Hampir nak kena rompak dengan penyamun kat situ....."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Apa yang abang-abang semua ni nak?" Tanya Rafiq sedikit takut melihat kumpulan samseng yang menakutkan itu.

"Kitaorang nak duit!" Balas mereka.

"T-tapi saya tak ada duit....."

"Tak ada duit?! Tak ada duit, kau tak pergi mana-mana!" Sergah salah seorang dari mereka.

"Tapi saya nak balik." Rafiq segera bangkit dan ingin pergi dari situ tetapi lengannya dicengkam kuat oleh salah seorang dari mereka.

"Aku cakap apa tadi? Kalau tak ada duit, kau tak pergi! Geng, jom kita kerjakan budak ni!" Ketua samseng itu menarik rambut Rafiq dengan kuat.

"Argh! Lepaslah!" Rafiq meronta-ronta ingin melepaskan diri dari mereka tetapi itu hanya menambah kesakitan di kepala Rafiq.

"Lepas, ok!" Si ketua menendang Rafiq sehingga tubuhnya melanggar dinding dengan kuat membuatkan Rafiq jatuh dan tidak berdaya untuk melawan.
PAK!

Sebiji buah kelapa sebesar kepala orang terbang tepat mendarat atas kepala sang ketua samseng itu.

"ADOI! Siapa yang buat tu!!" Jerit si ketua kesakitan kerana dihentak buah kelapa tadi.

"Aku...." Tuan Fattah muncul dari sudut yang gelap sambil memegang sebiji lagi buah kelapa.

"Awat, hang nak buat apa kat aku. Nak bunuh? Nak tetak?" Tanya Tuan Fattah dengan pandangan remeh melihat mereka.

Bagi dia samseng-samseng tu hanyalah seperti nyamuk yang berterbangan. Sekali tampar, terus terpenyek dan mati.

"Tak guna kau orang tua!!" Salah seorang dari mereka membaling sebilah pisau.

Shing!

Tuan Fattah menangkap pisau itu hanya dua jari sahaja. Kemudian pisau itu dipulang semula kepada pemiliknya dan mengenai kepala si pemilik pisau.

"Hampa nak tahu dak cara aku mengamuk macam mana? Yang pertama, loghat Penang aku keluar. Dan yang kedua, keinginan membunuh aku semakin kuat." Tuan Fattah berjalan perlahan-lahan ke arah mereka sambil mengeluarkan sebilah pedang samurai dari belakang.

"Kalau hang nak selamat, lepaskan budak tu. Lawan hampa bukan budak tu tapi aku. Meh ah!" Tuan Fattah menghalakan pedang samurai itu ke arah mereka.

Mereka perlahan-lahan berundur ke belakang.

"Ingat kau orang tua! Kalini aku lepaskan kau dengan budak ni. Tapi nanti kalau aku jumpa kau, siap!"

"Apa siap-siap?! Mai lah lawan dengan aku! Cepat aku dah sedia ni!" Belum sempat Tuan Fattah ingin menetak salah seorang dari mereka, terus kumpulan itu menghilangkan diri

"Tau pula takut! Tadi bukan main berani sangat! Sembang!" Tuan Fattah menarik nafas dan hembuskan untuk mengawal kemarahannya semula.

"Fiq, kamu ok tak ni?" Tanya Tuan Fattah dengan loghat nya sudah elok semula.

Pengajarannya, jangan buat orang Penang marah. Buruk akibatnya nanti.

"Apa yang kau buat dekat sini Fiq? Hmm? Dekat lorong gelap ni. Bahaya tau tak. Nasib baik Pak Long dapat jejak kau dekat sini. Kalau tak? Entah apa lah apa dah jadi dekat kau ni." Tuan Fattah memulakan ceramahnya.

Bukanlah keburukan tapi lebih kepada kebaikan.

"Rafiq minta maaf...."

"Huft....ye lah. Ni macam mana kamu boleh tersesat sampai sini? Kamu nak cari apa ni?"

Rafiq teragak-agak sama ada mahu menjawab atau tidak.

Tuan Fattah tahu ada benda yang cuba dia nak beritahu tetapi sengaja Rafiq sorokkan.

"Fiq....cerita dekat Pak Long. Apa yang Fiq sorokkan?"

"Err....Rafiq kena halau dari rumah. Tapi! Tapi bukan salah mama. Salah Rafiq sendiri sebab....." Dan Rafiq pun menceritakan segala-galanya tentang kejadian dekat rumah Puan Marissa tadi.

"Dah, dah. Sekarang ni kamu ikut Pak Long balik. Tinggal dengan Pak Long ye?"

"Tapi...Rafiq nak tinggal kat rumah utama. Nak jumpa Cik Jah. Fiq rindu dia."

"Ye lah Pak Long hantarkan." Tuan Fattah mengiakan sahaja hajat Rafiq itu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Kesal sungguh aku dengan perangai Cik Puan dan Tuan tu. Daripada Rafiq tu kecil sampailah dah besar ni, diaorang masih juga bencikan budak tu." Kata Mak Jah yang sangat kesal dengan Tuan Zahran dan Puan Marissa.

"Aku ni lagi kesal Jah! Zahran tu adik aku, banyak kali aku cuba nasihat dia suruh terima si Rafiq tu tapi tak. Tetap juga nak ikut degil dia tu." Balas Tuan Fattah turut sama kesal dengan perangai Tuan Zahran.

"Sebenarnya aku tak boleh berbual lama dengan kau ni Fattah. Aku nak kena masak untuk buka puasa kejap lagi."

"Ye lah. Aku pun tak boleh lama ni. Aku nak kena pergi rumah Marissa. Aku nak tanya dia kenapa dia halau Rafiq." Kunci kereta yang diletak di atas meja diambil selepas dia berkata begitu.

"Ha! Ni satu lagi, jangan lupa kirim salam dekat Amir. Nanti ada masa aku datang lagi. Assalamualaikum!" Tambah Tuan Fattah lagi.

"Waalaikumsalam...." Jawab Mak Jah sebelum pintu rumah ditutup semula dengan rapat.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Rumah Tuan Zahran...

"What! You halau dia keluar dari rumah? Wah hebatnya You!" Puji Puan Karlisa melalui panggilan telefon dengan Encik Fawwaz.

Perbualan mereka dibuat di tempat yang tidak ada orang. Takut nanti ada orang dengar habislah diaorang.

"Ha baru You tahu betapa geliga otak bekas suami You ni." Ujar Encik Fawwaz dari dalam talian.

"Ceh, baru sikit dah berlagak. So apa yang You nak I buat?"

"You bagitau suami You, I yakin dia akan percayakan You. Sebabnya You kan isteri dia yang paling disayangi. Biar budak tu merana sampai mati! Hahaha!" Terdengar tawa Encik Fawwaz di hujung talian.

"Huh ye lah ye lah. Suami I dah balik tu, bye." Jawab Puan Karlisa dengan malas kemudian meletakkan panggilan kerana malas nak dengar omong kosong dari bekas suaminya itu.

"Amboi! Bukan main You cakap dekat telefon sampai saya bagi salam pun tak dengar." Tegur Tuan Zahran sambil meletakkan beg kerjanya di atas meja.

"Itulah tadi I tengah borak dengan kawan lama I. Dah lama kitaorang tak jumpa sampaikan tak perasan lah yang suami kesayangan I ni dah sampai rumah." Balas Puan Karlisa dengan penuh kebohongan.

"Huh ye lah...." Ujar Tuan Zahran ringkas.

Tanpa membuang masa, Puan Karlisa menjalankan tugas yang diarahkan oleh Encik Fawwaz sebentar tadi.

Puan Karlisa berdiri di hadapan Tuan Zahran dan menolong menanggalkan tali leher Tuan Zahran.

"Sayang nak tahu tak, tadi suami kepada ex wife You ada call tau. Dia cakap si budak Rafiq tu tolak anak dia sampai terjatuh dari tangga. Dengar cerita sempat kritikal dekat hospital tadi." Puan Karlisa mula menyebarkan fitnah kepada Tuan Zahran.

Tuan Zahran yang memang dari dahulu bencikan Rafiq perlahan-lahan mempercayai kata-kata dusta Puan Karlisa.

"Hish! Budak tu memang melampau! Selama ni I ingatkan dia tu baik. I ni baru je perlahan-lahan nak sayangi dia balik tapi dia dah buat macam ni, terus terbantut niat I!" Balas Tuan Zahran sangat kecewa dengan Rafiq.

Kesalahan telah mula dilakukan oleh Tuan Zahran apabila dia hanya mendengar dari sebelah pihak tanpa mahu mendengar dari pihak Rafiq.

"I takutlah! Kalau nanti dia tinggal dekat rumah kita. Kalau dia buat apa-apa pada Hanif macam mana! I tak nak tu berlaku." Luah Puan Karlisa dengan nada pura-pura risau.

"You jangan risau, I takkan biarkan anak haram tu jejakkan kaki di rumah ini.....I bencikan dia sampailah dia mati!" Tuan Zahran segera beredar dari bilik tidur mereka dan menuju ke tingkat bawah.

Manakala Puan Karlisa tersenyum sinis setelah mendengarkan kalimat yang keluar dari mulut Tuan Zahran itu.

'Hehe Zahran, Zahran....mudah sungguh kau tertipu dengan kata-kata aku ye. Tak lama lagi hancur lah hubungan kau dengan anak kandung kau tu. Hahaha!' Puan Karlisa tersenyum kemenangan kerana telah berjaya memecahbelahkan keluarga Tuan Zahran




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro