Flashback 9
CHAPTER 22 KOT WAKTU YANG EUN MI MENGAMUK TAPI NI AKU NAK CERITA SEBELUM EUN MI MENGAMUK....
------------------------------------------------
Yoongi yang mendapat panggilan dari Hoseok tentang kemalangan yang menimpa Eun Mi terus bergegas ke hospital.
Hatinya cemas dan risau. Perasaan bersalah dalam dirinya semakin menebal.
Airmata jantannya mengalir keluar.
Sampai sahaja di hospital, dia segera mendapatkan Hoseok dan Jungkook yang sedang berada di ruangan menunggu.
Kolar baju milik Jungkook dicengkam kuat. Matanya yang tajam tepat memandang ke arah Jungkook.
"Ini bukan rancangan aku!" Marah Yoongi ke arah Jungkook. Jungkook terkejut dengan tindakan lelaki itu.
"Memang bukan rancangan kau. Semua terjadi secara kebetulan." Balas Jungkook sambil berusaha melepaskan cengkaman tangan Yoongi pada kolar bajunya.
"Yoongi! Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Memang bukan rancangan kau. Lagipun waktu itu hujan lebat." Ujar Hoseok lalu Yoongi segera melepaskan cengkamannya pada kolar baju milik Jungkook.
Yoongi jatuh terduduk. Lelaki itu menangis semahu-mahunya. Dia betul-betul bersalah pada gadis itu.
"Tuan! Pesakit kembali mengamuk!" Jerit seorang jururawat dari dalam bilik itu menyebabkan ketiga-tiga lelaki itu panik.
Yoongi yang terduduk itu segera bangun.
"A-aku nak ikut." Ucap Yoongi tetapi dibantah oleh Hoseok.
"Buat masa sekarang, aku harap kau jangan jumpa Eun Mi dulu. Aku tak nak keadaan dia tambah teruk." Kata Hoseok.
"T-tapi...."
"Aku mohon... Dengar cakap aku untuk kali ini. Kau jangan risau, aku dan Jungkook akan jaga Eun Mi sampai dia betul-betul sembuh. Kau baliklah dulu. Rehatkan diri kau dan lepas itu fikirlah dengan Jimin, macam mana nak selesaikan rancangan kau yang seterusnya." Ujar Hoseok panjang lebar lalu bahu Yoongi ditepuk lembut.
Yoongi mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan. Ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh Hoseok.
Jika dia masuk ke dalam, pasti keadaan Eun Mi semakin memburuk.
Setelah mereka berjabat tangan, Yoongi segera pulang. Dalam hatinya tidak putus-putus berharap agar keadaan segera kembali semula seperti sediakala tanpa pengganggu kebahagiaan mereka.
Eheks!
Double update!
Jangan lupa vomment tau 😉😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro