Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DDB 9


Meja kerjanya dikemaskan sebelum dia pulang ke rumah. Fail-fail yang berterabur itu disusun dengan rapi. Apabila selesai, dia duduk seketika lalu mengurut bahunya yang lenguh.

Mana tidak letih, kalau bekerja tanpa henti. Nak dikatakan hampir semua kerja dia buat kerana disuruh oleh Yoongi.

Baru sahaja dia mahu mengangkat punggungnya untuk bangun, Serim datang menghampirinya.

"Eh pompuan, mana Yoongi?"

"Ada kat dalam. Dia tunggu awak." Jawab Eun Mi.

Serim hanya meng'oh'kan sahaja lalu masuk ke dalam bilik pejabat Yoongi.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi.

"Oh, awak dah sampai. Sekejap lagi saya turun." Eun Mi mematikan talian lalu segera turun.

Tak disangka, rupanya Yoongi  sedang mengintai mereka dari atas. Terbit rasa cemburu apabila Hoseok melayannya dengan sangat baik.

Baru-baru ini dia telah pun berjumpa dengan Hoseok. Amaran dikeluarkan olehnya supaya jangan mendekati Eun Mi, namun Hoseok tidak mengendahkannya.

Jikalau dia boleh bersama dengan perempuan lain, mengapa Eun Mi tidak boleh bersama dengan lelaki lain? Sedangkan dia sendiri yang berkata supaya masing-masing melakukan hal masing-masing.

"Kalau awak ada masalah, jangan cuba sorok. Cerita kat saya." Hoseok mula bersuara apabila melihat Eun Mi hanya diam.

Eun Mi senyum lalu menggeleng.

"Auch!"  Eun Mi mengaduh sakit apabila tersentuh lengannya yang lebam.

"Kenapa, Eun?" Tanya Hoseok lalu menghentikan keretanya dibahu jalan. Lengan Eun Mi dicapai. Dia menyelak lengan baju Eun Mi yang panjang.

Bulat mata lelaki itu apabila melihat kesan-kesan lebam yang terdapat pada lengannya.

"Kenapa ni!?" Tanya Hoseok cemas.

"T-tak ada apa-apa lah. Saya jatuh semalam." Tipu Eun Mi.

"Tapi ni bukan macam jatuh, ni macam kena pukul. Jap, Yoongi ada sakitkan awak, ke?"

Cepat-cepat Eun Mi menggeleng. Dia tidak mahu Hoseok tahu yang Yoongi lah punca lengannya lebam.

Semalam dia tidak sengaja tertumpahkan air dia atas kertas kerja Yoongi, mahu tidak mengamuk lelaki itu. Akibat marah, lengan Eun Mi dipukul menggunakan tali pinggang.

Nasib sahaja mereka dirumah, kalau ditempat kerja mungkin Eun Mi malu teruk. Kerana itu Eun Mi selalu mengenakan baju lengan panjang dan juga seluar panjang.

"Betul ni?" Tanya Hoseok minta kepastian.

"Ya.. saya dan Yoongi baik-baik sahaja." Jawab Eun Mi lalu senyum.

"Baiklah kalau macam tu. Kalau Yoongi yang buat, saya kerjakan dia habis-habisan". Ucap Hoseok lalu meneruskan pemanduannya. Eun Mi hanya gelak.

Kalaulah lelaki yang berada disebelahnya ini adalah suaminya, kan seronok.

****

Setelah selesai mengucapkannya terima kasih kepada Hoseok, dia langsung masuk ke dalam rumah.

"Seronok kan?" Ucap Yoongi yang sedang duduk di atas sofa sambil memainkan telefonnya.

Eun Mi diam sahaja.

"Kenapa diam? Seronok?"

Yoongi bangun lalu menghampiri wanita itu. Eun Mi masih diam disitu.

"Siapa lelaki itu?" Tanya Yoongi.

Eun Mi mula hilang arah. Dia mengetap giginya.

"AKU TANYA!! JAWAB!!"

Rambut Eun Mi dicengkam. Eun Mi meringis kesakitan.

"K-kawan.."

"Kau tipu aku kan!?"

"T-tak.."

Cengkaman dikuatkan. Eun Mi menangis.

"S-sakit.." rintih Eun Mi.

"S-salah ke saya? A-awak ada Serim. K-kenapa saya tak boleh?" Eun Mi bersuara walaupun dia takut.

PANG!!

Pipi perempuan itu ditampar sehingga hujung bibirnya terluka. Eun Mi terus meringis kesakitan.

"A-awak sendiri yang bagitahu supaya kita buat hal masing-masing."

Sekali lagi Eun Mi ditampar.

"Kau ulang lagi,memang teruk kau kena!"

Yoongi melepaskan cengkamannya lalu menolak kasar tubuh Eun Mi. Setelah itu dia meninggalkan Eun Mi yang sedang terbaring di atas lantai sambil menahan sakit.













































Fuhhhh yoongehhh!!!! Aku tak ada idea sebenarnya... Aku tulis jer apa yang terlintas di fikiran aku😂

Sabar2 panjang lagi perjalanan kisah mereka....

Happy ending??




Or







Sad ending??








Muehehehehehehehe




Thanks support👏👏👏

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro