Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

.17.


"YERI!!"

Yoongi segera menghampiri Yeri yang sedang menahan kesakitan pada kakinya. Mujur sahaja dia sempat berpaut pada penghalang tangga itu, jadi tidaklah dia terjatuh sampai ke bawah.

Bahu Yeri dipegang oleh Yoongi lalu dibangunkan secara perlahan-lahan.

Eun Mi hanya beriak biasa sahaja seolah-olah bukan salahnya. Dia yakin yang gadis itu sengaja mahu menarik perhatian Yoongi. Lagipun tidaklah terlalu kuat dia menepis tangan gadis itu sehingga gadis itu boleh terjatuh.

"Kalau kau benci sangat Yeri, jangan sampai kau melukakan dia!" Kata Yoongi manakala Eun Mi hanya mengerutkan dahinya.

"Apa awak merepek?" Soal Eun Mi menyebabkan lelaki itu tersenyum sinis.

"Kau jangan ingat aku tak nampak yang kau cuba tolak dia." Jawab Yoongi sambil memandang tajam ke arahnya.

Kepala Eun Mi yang semakin pening cuba ditahan sebaik mungkin.

"Bila masa pulak saya yang tolak dia?" Eun Mi tidak mahu mengalah. Sejak suaminya berkahwin dengan gadis itu, emosinya sering sahaja tidak stabil.

"Oppa dahlah, sakit ni." Ucap Yeri.

Yoongi memandang sekilas ke arah Eun Mi lalu segera membawa Yeri keluar.

Sebaik sahaja mereka hilang dari pandangan Eun Mi, dia menggulingkan biji matanya.

"Perangai melebihi budak kecil." Kata Eun Mi.

Kepalanya dipegang apabila terasa semakin sakit. Rambutnya diramas dan dicengkam kuat cuba untuk menahan sakit.

Belum sempat kakinya melangkah untuk kembali ke dalam bilik, dia sudah jatuh terbaring di atas lantai sebelum segala-galanya menjadi gelap.

*****

Jimin yang baru pulang dari tempat kerjanya, segera naik ke atas untuk membersihkan dirinya.

"Noona!" Jerit Jimin apabila ternampak Eun Mi yang sedang terbaring lesu di atas lantai.

Pipi Eun Mi ditepuk beberapa kali untuk menyedarkan gadis itu namun tiada sebarang reaksi dari Eun Mi menyebabkan Jimin semakin cemas.

Dia cuba menghubungi Yoongi, namun tidak berjawab. Beberapa kali dia cuba, tetapi hasilnya tetap sama sahaja.

Akhirnya, dia mengangkat tubuh gadis itu lalu dibawa ke hospital.

Sampai sahaja di hospital, gadis itu segera dibawa masuk ke dalam bilik rawatan untuk diperiksa.

Wajah Puan Min dan juga Jimin jelas kelihatan risau. Takut jika ada apa-apa yang berlaku pada Eun Mi.

Tidak lama selepas itu, doktor yang merawat Eun Mi keluar dengan raup muka yang sangat menyedihkan.

"Doktor, macam mana dengan keadaan menantu saya?" Tanya Puan Min. Airmatanya hampir saja mengalir.

"Kami minta maaf. Pesakit tak dapat nak diselamatkan." Balas Doktor itu yang pasti mengejutkan mereka semua termasuk Yoongi yang baru sahaja tiba.

Setelah itu, doktor itu pun meminta diri lalu beredar dari situ.

"Tipu!" Jerit Yoongi lalu menapak masuk ke dalam bilik itu. Eun Mi yang masih terbaring di atas katil itu dihampirinya.

"Sayang? Jangan main-main. Aku tahu kau tak mati lagi. Sayang, bangun sayang." Kata Yoongi. Airmata jantannya sedikit sahaja lagi mahu keluar.

"Noona, bangun... Chim tahu Noona main-main. Noona..." Kata Jimin pula sambil menggoyangkan badan gadis itu.

"Ya.. Noona bangunlah ni..." Ucap Eun Mi lalu bangun dari baringnya.

Sempat dia ketawa kecil melihat reaksi terkejut mereka.

"Yah! Noona!" Jerit Jimin.

"Kau memang suka takutkan aku, kan?"

Wajah Yoongi dipandang lalu bibirnya mengukir senyuman.

"Kalau saya mati pun, bukannya awak kisah. Jadi lebih baik mati daripada hidup, kan?"

Yoongi membulatkan matanya.

"Kau..."

"Betul ke Eun yang tolak Yeri?" Soal puan Min memotong percakapan anak lelakinya itu.

Eun Mi menghela nafas.

"Sebanyak mana pun benci saya pada dia, saya takkan lakukan hal yang bukan-bukan." Balas Eun Mi sambil memandang ke arah suaminya.

"Tengok. Kamu tu Yoongi, suka sangat ikutkan panas baran kamu tu." Kata Puan Min.

Yoongi hanya diam.

"Sudahlah. Hal yang kecil tak perlu dibesarkan. Saya nak rehat, jadi tolong keluar." Kata Eun Mi.

"Tak. Aku akan jaga kau kat sini." Balas Yoongi.

"Terserah." Ucap Eun Mi lalu memejamkan matanya.

Yoongi hanya melepaskan keluhan berat. Lalu dia turut berbaring di sebelah Eun Mi. Pinggang gadis itu cuba dipeluknya tetapi segera ditepis oleh Eun Mi.

Tapi dia tidak mengalah. Pinggang gadis itu tetap dipeluknya walaupun Eun Mi beberapa kali cuba meleraikan tangan suaminya.





















































MUAHHH!!!
HAHAHHAHAHA!!!!!
JANGAN LUPA VOMMENT 😘💃

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro