BAB 6
Tiba-tiba
Mommynya ternampak daddy Dahisyah turun dari tangga dan menuju ke dapur.
"Abang tak tidur lagi ke ni? tadi bukan ke abang cakap nak tidur? ni tak tidur lagi dah kenapa? soal mommy Dahisyah kepada suaminya itu.
"Ish kau ni dah kenapa? asal nak menyibuk sangat ni! lantak aku lah nak tidur bila pon" jawab suaminya dalam keadaan yang bengis dan bengang.
"Asal abang nak marah- marah ni? saya tanya elok-elok kan? jawablah elok-elok!" jawab isterinya dengan nada yang kuat.
"Arghh, lantak aku lah bising je kau ni" marah suaminya kepadanya.
Mommy Dahisyah telah menghiraukan suaminya dan terus naik ke tangga dan menuju ke biliknya.
"Akhirnya dapat jugak tidur" kata mommynya di dalam hatinya.
Mommy Dahisyah telah tidur di bilik tidurnya manakala suaminya pula masih di dapur
"Rasa-rasanya Dahisyah bagitau bini aku ke apa yang aku buat tadi? ish tapi takkan dia bagitahu kot? eh tapi anggapan aku je lah kalau Sha tu mengadu dekat mommy dia mesti perempuan tu dah bising dah tadi? tapi haish, argh lantaklah buat semak je aku pikir semua ni, kalau aku nak tahu apa yang si Sha tu bagitau mommy dia lebih baik aku pergi tanya budak tu sendiri" kata daddy Dahisyah di dalam hatinya.
Bapaknya terus pergi kebilik anaknya tadi secara senyap-senyap, ketika ia hendak berjalan ke bilik anaknya itu ia telah memerhati sekeliling kerana ia tidak mahu sesiapa melihat ia memasuki bilik anaknya secara senyap-senyap. Perlahan dan perlahan langkah yang diambil oleh nya ketika mahu memasuki bilik anaknya itu dan ia dapat memasuki bilik anaknya dengan jayanya tanpa disedari oleh sesiapa. Ia terus memasuki bilik itu dan terus menutup pintu bilik anaknya secara perlahan-lahan. Anaknya pula Dahisyah tidak menyedari bapaknya telah memasuki biliknya kerana Dahisyah sedang tidur dengan keadaan menahan kesakitan yang dipukul oleh bapanya.
pang
bapanya terhempas pintu bilik anaknya, Dahisyah terus terjaga dari tidurnya kerana terdengar bunyi pintu tadi.
"Hah? daddy? apa daddy buat dekat sini?" soal anaknya.
Daddynya dengan pantasnya mengunci pintu bilik anaknya.
"Alah daddy tak buat apa-apa pon lah, daddy just nak tanya, apa yang kau bagitahu dekat mommy kau tadi, tu je aku nak tahu, selepas kau jawab ni confirm aku keluar dari bilik kau!" soal daddynya kepada Dahisyah.
"Dahisyah tak bagitahu apa-apa pon lah dekat mommy" jawab Dahisyah.
"Betul daddy, sha tak bagitahu apa-apa pon dekat mommy!" jawab Dahisyah dengan ekspresi muka yang menunjukkan bahawa ia telah menyembunyikan sesuatu dari daddynya.
Daddynya telah mendekati Dahisyah dan terus mencekak baju anaknya di bahagian leher.
"Kau bagitahu sekarang dekat aku apa yang kau cerita kan dekat mommy kau, kalau tidak aku takkan lepaskan genggaman aku dekat leher baju kau ni " ugut daddynya kepada Dahisyah.
"Okey daddy, Sha bagitahu daddy apa yang sha bagitahu mommy, tapi daddy lepaskan baju Sha dulu." kata Dahisyah kepada daddynya.
Daddy Dahisyah telah melepaskan genggaman itu dari leher Dahisyah.
Setelah daddynya melepaskan genggaman itu Dahisyah telah menolak daddynya sehingga jatuh, sewaktu daddynya terebah di lantai, Dahisyah terus bergegas berlari pergi ke pintu untuk keluar dari bilik itu, tidak sempat Dahisyah pergi ke pintu daddynya segera bangun dari rebahannya dan terus mencekik baju anaknya dan terus berkata
"Sekali lagi kau buat perangai, kau mampus dengan aku, aku tak kisah kau anak aku sekali pon, kalau aku nak bunuh kau sekali pon tu hak aku, aku ni bapak kau tiada siapa boleh halang apa yang aku nak buat dekat kau, kau fikir sama Dahisyah, kau dengan mak kau tu menumpang je dekat rumah ni, sedar sikit." tengking daddynya kepada Dahisyah.
"Daddy lepaskan lah baju Dahisyah ni, sakitlah" kata Dahisyah sambil menangis teresak-esak.
"Aku boleh lepaskan baju kau tapi kau kena mengaku dulu, apa yang kau bagitahu dekat mommy kau tuh!" jerkah sekali lagi daddynya kepada Dahisyah.
"Okey daddy, Dahisyah bagitahu mommy yang daddy pukul Dahisyah tu je, yang satu lagi rahsia daddy suruh diamkan tu Dahisyah tak bagitahu mommy pon daddy" jawab Dahisyah.
"Betul ke ni kau tak bagitahu mommy kau pasal rahsia tu?" soal daddynya dengan begitu tegas sekali.
"Betul daddy, Dahisyah tak tipu daddy pon" balas Dahisyah sambil menangis teresak- esak.
" Okey takpe, aku percayakan kau kalini" kata daddynya.
Daddynya terus melepaskan genggaman tersebut dari baju di bahagian leher Dahisyah.
Setelah daddynya melepaskan genggaman itu, daddynya lantas keluar dari bilik anaknya dan terus menutup pintu bilik itu.
Setelah daddynya keluar dari bilik anaknya itu, daddynya melihat keadaan sekeliling kerana ia takut sesiapa melihatnya keluar dari bilik Dahisyah.
"Fuh nasib line clear" katanya di dalam hati.
Daddynya mengambil langkah demi langkah dengan perlahannya untuk memasuki biliknya tanpa sesiapa mengetahui keberadaannya pergi ke bilik anaknya tadi.
"Abang, pergi mana tadi lamanya turun?" tegur isterinya ketika ia mahu masuk biliknya itu.
"Alamak bini aku tegur lah pulak, apa alasan aku nak bagi nih? soal nya di dalam hati.
Ha aku aku jawab aku sakit perut jelah.
" Oh, abang sakit perut tadi sebab tu lah lama sikit hehe" jawab suaminya atas persoalan isterinya tadi.
"Awak ni kenapa tak tidur lagi ni? tadi bukan awak tidur dah ke? tanya suaminya semula kepada isterinya kerana ia tidak mahu isterinya memanjang lagi topik yang dipersoalkan tadi.
"Ouh saya pergi cek pintu rumah kejap tadi mana lah tahu terlupa kunci ke hehe" jawab isterinya.
" Oh, okeylah jom kita masuk bilik tidur dah lewat ni" kata suaminya kepada isterinya.
Ketika mereka berdua ingin memasuki bilik mereka tiba-tiba...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro