Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7

DYLA ke kelas dengan mata bengkak dek menangis semalaman hingga tertidur. Matanya sepet hingga sukar untuk dibuka. Hanya satu yang dia boleh guna. Cermin mata hitam! Pandangan budak kelas yang lain usah dikata. Semua menuduhnya bajet cool, bajet... bajet... bajet. 'Ahhh. Whatever!'

"Kau dah kenapa dengan cermin mata gerhana ni?" Ikram mengusik.

"Jangan kacau."

Amaran Dyla tidak dihiraukan. Cepat sahaja tangan gatal Ikram menarik cermin mata itu. Hendak ketawa pun ada, kasihan pun ada, serba salah pun ada. Semua bermain dalam fikirannya.

"Kau kenapa ni?" Ikram menolak kembali cermin mata hitam itu ke tempat asalnya.

Dyla malas hendak marah. Tidak guna juga terjerit terlolong marahkan orang yang tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Hanya menambahkan kesal, geram dan sakit hati.

"Tak de apalah."

"Kau menangis ke?"

"Hm."

"Sebab apa? Kaukan memang tak boleh menangis banyak-banyak. Dah macam apek-apek dah aku tengok mata kau."

"Adalah masalah aku."

"Kenapa? Cuba cerita dengan aku. Kut aku boleh tolong?"

"Hmmm. Privacy aku. Tak payah la aku cerita." Dyla mengeluarkan buku notanya. Puan Asnah masuk ke kelas kemudiannya.

"Dyla," panggil Puan Asnah.

Dyla mendongak.

Puan Asnah sedikit terkejut melihat penampilan Dyla yang di luar kebiasaannya itu.

"Ada orang nak jumpa kamu kat luar," bicara wanita separuh abad itu. Lagaknya seperti ibu. Sememangnya semua pelajar selesa dengannya.

Dyla berfikir sejenak sebelum bangun dan keluar dari kelas. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Siapa yang cari?

"Dah dapat jawapan?" Alfan sergah dari belakang membuatkan Dyla terperanjat. 'Kau kalau tak terkejutkan aku, memang tak sah!'

"Jawapan saya?" Dyla teragak-agak. Otaknya ligat berfikir.

"Kalau saya setuju pun, mak ayah saya takkan setuju. Plus, hutang awak saya dah bayar. Kenapa awak masih mendesak saya?"

"Kau yang mulakan semua ni. Puncanya daripada kau." Alfan mendekati Dyla selangkah.

"Saya dah mintak maaf. I was wrong, okay? Puas?" ujar Dyla lemah. Ditambah pula dengan kepalanya yang berdenyut sakit kembali.

"Seminggu. Aku bagi kau masa seminggu untuk bagi jawapan. Make sure jawapan yang kau bagi tu tak menyusahkan orang yang kau sayang sangat tu." Alfan lantas berpaling pergi tanpa menoleh sedikit pun. Angkuh.

Dyla tidak membalas. Sakit. Kepalanya terasa berpinar-pinar hingga dia rebah ke lantai.

Alfan menghentikan langkah apabila terdengar suatu bunyi pelik di belakangnya. Kepalanya pantas sahaja berpusing. Matanya bulat melihat tubuh Dyla yang sudah tidak bergerak di atas lantai. Pantas kakinya berlari mendapatkan Dyla. Terus dia memangku gadis malang itu.

"Dyla! Dyla!!!" jerit Alfan. Namun jeritan itu langsung tidak membuatkan Dyla sedar. Gadis itu benar-benar pengsan.

Melihatkan keadaan Dyla yang tidak memberi respons, dengan pantas Alfan mencempung Dyla hingga ke kereta. Silap pula dia hari ini datang sendirian. Tidak bersama Hairul.

Laju kereta Alfan membelah jalan menuju ke hospital.

"APA hubungan encik dengan pesakit?" tanya doktor.

Alfan merenung Dyla. Dia terasa marah. 'Kalau nak pengsan, jangan depan aku!'

"Tunang," jawab Alfan ringkas.

"Pesakit terlalu tertekan. Kalau boleh jangan bagi dia stres," pesan doktor wanita dalam lingkungan tiga puluhan itu.

"Okey." Hanya itu. Mata Alfan masih tertancap pada tubuh Dyla yang terbaring di atas katil. Jemarinya digenggam. 'Jangan terlalu lemah, lah! Aku tahu kau bukan perempuan yang lemah.'

DYLA meraup wajahnya. Dia tahu Alfan yang menghantarnya ke hospital. Tetapi yang menjemputnya balik, Saadah! 'Bukan nak tunggu. Ditinggalnya aku sorang-sorang kat hospital,' gerutu Dyla geram. Marah.

"Minum ni." Saadah menghulur segelas air kosong bersama beberapa biji ubat.

"Thanks." Huluran disambut lemah.

"Macam mana boleh pengsan?" Saadah mengambil tempat di sisi Dyla.

"Entahlah. Aku dengar dia bebel-bebel, lepas tu terus pengsan."

"Dia?"

"Someone. Kau tak de kelas ke?" Dyla malas memanjangkan cerita.

"Ada. Tapi tadi ada orang call aku suruh ambil kau. Tu yang aku terus ambil kau."

"Kau cancel kelas sebab aku?"

"Terharu tak?"

"Terharu sangat!"

Kedua-dua mereka ketawa. Tetapi beban di kepala Dyla masih belum hilang. Fikirannya masih kabur. Berkecamuk. Seminggu bukan satu jangka masa yang panjang. Pejam celik sudah cukup seminggu. Padanya ia masih tidak cukup untuk memberi jawapan. Ini persoalan besar yang melibatkan masa depannya. Dia mempertaruhkan kebahagiaannya! Tidakkah lelaki itu mengerti?

'Aku hanya perlu lari. Larikan diri.'

TELEFON bimbit dicapai lemah. Jarum jam sudah menunjukkan pukul sembilan malam. Dyla mencari nama seseorang dalam aplikasi WhatsApp.

Dyla: Alfan...

Alfan: Yup? Kenapa ni?

Dyla: :'( I can't get married now!

Alfan: Kejap-kejap. Married? Dengan siapa? Now?

Dyla: That egoistic Alfan asked me to marry him.

Alfan: Awak setuju?

Dyla: Belum bagi jawapan. Dia kasi masa seminggu untuk fikir.

Alfan: Well... Dyla tak rugi apa pun, actually. Right?

Dyla: Alfan! I love someone, remember?

Alfan: Then? If love him, pergilah dekat dia.

Dyla: I can't.

Alfan: Kenapa?

Dyla: Hanya sebab dia anak orang berada, dia boleh buat apa aje. I thought money can't buy happiness. It sure does. Duit beli kebahagiaan orang!

Alfan: Dia nak buat apa?

Dyla: Ugut orang untuk berhentikan Shah dari uni.

Alfan: I guess, Shah meant a lot to you, huh?

Dyla: So much! Orang tak boleh biarkan Shah kena buang just sebab orang yang salah.

Alfan: Tapi that egoistic Alfan nak buat apa kat Shah? Mana boleh tiba-tiba berhentikan pelajar.

Dyla: I am sure he got his own plan. Uncle dia dekan pula dekat kampus orang. Remember, money can buy happiness. Dia boleh buat apa aje. Katanya, kalau dia tak de reason nak keluarkan Shah, he can makes one.

Alfan: Guess you don't have a choice.

Dyla: What to do?

Alfan: Get married. For the sake of Shah.

Dyla: Alfan... :( Tak de choice lain ke orang boleh selain korbankan diri orang?

Alfan: I am sure he loves you. He will. And he always do.

Dyla: How can you be so sure?

Alfan: I am a guy, remember?

Dyla: Hmm... Tak pelah. Nak kahwin bukan mudah. Banyak hal nak kena fikir. TTYL. :)

Alfan: Good night:)

Dyla buka Facebooknya. Beberapa minit lepas, Alfan ada post sesuatu.

I will always love you...

Dyla senyum. 'Alfan Si Penyayang pun dah dapat cinta dia. Aku? Rasa menyesal pula lepaskan lelaki sebaik dia.'

Dyla menutup kembali komputer ribanya. And he always do. Kata-kata Alfan bermain dalam fikiran Dyla. 'And he WILL always do, lah Alfan.'

Dyla rebah ke katil. 'Ni kalau aku fikir sampai seribu tahun pun belum tentu selesai. Baik aku tidur. Boleh lupakan semua ni sekejap.'

Baru mata mahu tertutup, telefon Dyla berdering nyaring. Dyla menarik malas telefon bimbitnya merapati diri. Nombor yang muncul di skrin dipandang sepi. Walaupun tidak bernama, tetapi dia memang sudah tahu siapa gerangannya.

Lantas telefon itu dibiarkan berbunyi-bunyi. Matanya dipaksa untuk pejam. 'Abaikan, Dyla. Abaikan.'

Dua tiga kali telefon itu berdering tidak berangkat. Akhirnya empunya nombor itu mengalah. Dyla hembus nafas lega. Dia mengiring ke kanan dengan kepala berlapik lengan.

Telefon berdering lagi, tetapi bukan menandakan panggilan masuk. Hanya mengkhabarkan ada mesej telah dihantar kepadanya. Sudah lama telefonnya tidak berbunyi irama itu. Semuanya kini pakai WhatsApp sahaja. Lebih mudah dan menjimatkan.

Dyla terpaksa kalihkan tubuhnya untuk mengambil kembali telefon yang berada di belakang tubuhnya. Nombor yang sama.

Dyla garu kepala. Tidak mahu membuka mesej itu. Dia terus bangun dari katil dan menyambar tuala. Kakinya melangkah masuk ke bilik air. Telefon yang berdering dibiarkan.

"ANGKATLAH, gila!!!" Alfan ketap gigi. Telinganya merah menahan marah. 'Tak reti-reti nak angkat telefon, nak balas mesej?'

Beberapa panggilan yang dibuat tidak diangkat. Mesej juga tidak dibalas. Alfan bangkit dari kerusinya. Kemeja-Tnya dikibas-kibas. Panas! Panas!

Dia merenung skrin telefon bimbitnya bagai mahu tembus dengan mata membulat. "Berani dia tak angkat call aku?" bebel Alfan sendirian.

Dia mencuba lagi. Tetapi tetap tidak bersahut. Semakin sakit hatinya. Lantas dia mencampakkan telefonnya ke atas katil dan masuk ke bilik air. Pili pancuran dipulas hingga ke tahap maksima. Dia duduk di tepi untuk mengambil udara segar.

Bila dia terasa tenang sedikit, baru pili itu ditutup. Alfan menggeleng kepala. 'Aku bukan jenis baran. Aku bukan jenis baran.' Beberapa kali Alfan memotivasikan dirinya sendiri. Namun rasa marah itu tetap ada.

Alfan keluar semula dari bilik air dan kembali mencapai telefon bimbitnya. Mesej masih belum berbalas!

Ini kali terakhir. Nombor Dyla didail lagi. Tetap sama. Tidak berjawab. Serasa getaran jantungnya sudah macam berada di litar F1.

Alfan tidak mahu berfikir panjang lagi. Dia terus menapak keluar dari bilik dan melangkah panjang menuruni anak tangga dengan pantas.

"Adik! Nak pergi mana tu?" tanya Alif yang terkejut melihat Alfan keluar rumah dengan hanya berkemeja-T dan seluar track.

"Keluar kejap."

"Ke mana?"

"Jumpa Dyla."

"Dyla?" Alif garu kepala. Dyla?

Kunci kereta direnggut kasar. Sudah lama juga dia tidak bawa Si Mini Cooper ini. Lepas dibaiki dek kemalangan dahulu, terus kereta itu disimpan di rumah. Jarang bergerak keluar. Semenjak masuk syarikat, Hairul yang menjadi pemandu dan membawanya ke hulu ke hilir. Serasanya, cuma dua tiga kali sahaja dia memandu sendiri. Tetapi bukan Mini Cooper... kereta lain.

KERETA Alfan terpacak di hadapan rumah sewa Dyla. Dyla yang sedang menaip tugasan di atas papan kekunci komputer riba terkejut dek bunyi mesej yang masuk. Fokusnya hilang. Dilihat siapa gerangan yang mengacaunya malam-malam seperti ini. Orang yang sama, Alfan.

Dyla menggeleng kepala. 'Jangan buka, Dyla! Jangan buka!'

Dia meletakkan telefonnya di sebelah komputer riba. Jari dipatah-patahkan sebelum dia mula menaip kembali. Buku di kanan komputer riba menjadi rujukan. Matanya sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.

Telefon berdering lagi. Panggilan pula yang masuk. Dyla malas menjawab panggilan itu kerana sedia maklum siapa gerangan si pemanggil. Geram dengan panggilan yang tidak henti-henti, terus dia tukar mod. Silent!

Alfan merengus. Dia tidak peduli. Hon dibunyikan tiga kali.

Dyla mengalih pandang ke tingkap. 'Bisingnya orang luar ni. Tak reti nak hormat privacy orang! Aku nak buat kerja pun tak boleh.'

Bunyi hon berhenti. Dyla menghela nafas lega. Kembali fokus. Kali kedua, hon dibunyikan lagi. Kali ini lima kali. Dyla gosok kening. 'Gila la orang luar ni.'

Dia masih membatu di atas kerusi. Tangan semakin laju menaip. 'Aku dah la nak kena hantar kerja ni esok!'

Kali ketiga... hon berbunyi tanpa henti. Bingit satu taman. Dyla geram. Pen di tangan dihempas ke meja. Cermin mata masih tidak dibuang ke tepi. Dia mengintai di tepi tingkap. Langsir diselak. Mini Cooper!!! Dyla tersandar di dinding. 'Dia ke yang hon macam nak pecah gegendang telinga aku ni?' Jantung Dyla berdegup laju.

"Woi! Diamlah gila!!!" Terdengar suara orang menjerit-jerit minta bunyi hon dihentikan.

Alfan masih berkeras. Matanya tajam memandang ke arah rumah Dyla. 'Masih degil dengan aku?'

Dyla pandang kiri kanan. 'Apa aku nak buat? Apa aku nak buat?'

"Diamlahhh!!!" Selagi bunyi hon tidak berhenti, selagi itulah orang sekeliling bertambah marah. Sangat mengganggu!

'Harulah dia ni!' Dyla genggam jemari.

'Eh, buat apa aku yang gabra lebih? Bukan salah aku pun!' Dyla kembali menenangkan diri. Lantaklah dia nak hon sampai habis bateri kereta pun. Bukan aku yang susah.'

"Dyla!!! Dyla!!!"

Baru Dyla hendak memulakan kerjanya semula, terdengar namanya dipanggil. Tidak cukup dengan itu, hon dan namanya berselang-seli. Dyla. Hon. Dyla. Hon. Dylaaa. Honnn.

Dyla ketap gigi. Telefon dicapai. Nombor Alfan didail. Baru bunyi hon itu berhenti.

"Baru nak tengok telefon ke?" sindir Alfan.

"Awak nak apa? Mengundang marah orang satu taman! Tak cukup dengan tu, awak panggil nama saya kuat-kuat. Malu satu taman, awak tahu tak? Mana saya nak letak muka?" marah Dyla.

"Kalau malu duduk sini, duduk kat rumah aku. Marry me. Senang, right?"

"Gila. Jangan kacau sayalah!" Dyla hampir mematikan talian.

"Jangan matikan. Kalau tak, bunyi hon boleh sampai esok pagi!" ugut Alfan.

Dyla merengus.

"Awak nak apa sebenarnya?" suara Dyla mengendur. Lemah.

"Keluar sekarang!" arah Alfan.

"Saya ada assignment yang nak kena hantar esoklah!"

"Bawa aje sekali."

"Pleaselah. Saya busy."

"Ini sebab kau tak angkat call aku, kau tak reply mesej aku. Keluar sekarang atau aku hon sampai esok pagi? Pilih."

Dyla pejam mata. Bibir diketap.

"Lima minit lagi saya turun." Dyla mengalah.

Alfan tersengih. 'Padan muka!'

Suasana taman itu jadi sunyi kembali selepas jiran tetangga memaki hamun Alfan. Juga selepas Alfan tidak lagi membunyikan hon keretanya yang bingit itu. Selesai sudah misi Alfan. Dia tersenyum puas sambil kedua-dua belah tangannya diletakkan di belakang kepala. Matanya tidak lepas daripada memandang pintu utama rumah sewa Dyla hinggalah gadis itu keluar dengan muka masam. Dyla membawa sekali komputer riba dan buku-bukunya. Kaki melangkah hingga ke tepi pintu kereta.

"Masuk!" arah Alfan dari dalam kereta dengan isyarat tangan.

Dengan malas, Dyla membuka pintu kereta itu. Tubuhnya dihempas masuk ke tempat duduk sebelah pemandu.

"Nak buat assignment, kan?" tanya Alfan.

Dyla jeling. Tidak bercakap sepatah pun. Alfan senyum sinis. Kemenangan terasa.

"Buat dekat McD." Pedal minyak terus ditekan kuat hingga membuatkan Dyla yang belum sempat memakai tali pinggang keledar terdorong ke belakang. Mukanya berkerut seribu. 'Aku sumpah lelaki ni makan kaki kejap lagi....'

"NAK makan apa?" soal Alfan yang duduk di hadapan Dyla.

Dyla mengeluarkan komputer ribanya. Buku disusun di sebelah. Cermin mata dikeluarkan dari poket. Jari terus menari di atas papan kekunci sambil mata menjeling-jeling buku di sebelah.

"Cik kak, ada mulut tak?" Alfan meletakkan kedua-dua lengannya di atas meja. Matanya menikam anak mata Dyla.

Dyla merengus. Hari ini hari merengus buatnya. Kepala didongakkan sedikit.

"Awak ada mata tak? Tak nampak orang tengah busy?" balas Dyla.

"Ada pun mulut. Tapi tak reti nak jawab soalan. Dalam mulut tu ada emas ke?" sindir Alfan.

Dyla menghela nafas. Geramnya terasa di seluruh pelosok urat. 'Ada juga yang kena sidekick free-free ni.'

"Saya tak nak makan." Dyla membalas pandangan Alfan.

"Kau SPM hari tu, BM... A tak?" tanya Alfan tiba-tiba.

Dyla pelik. Out of topic. "Kenapa kalau A pun?"

Alfan ketawa sinis. "Macam mana boleh dapat A, eh? Soalan pun tak reti nak jawab. Aku tanya, kau nak makan apa... bukan kau nak makan ke tak?"

Dyla genggam penumbuk di bawah meja.

"Merahnya muka. Malu?" Alfan sengih lantas bangun dari kerusi.

Dyla hanya memandang belakang tubuh lelaki itu. Ada la juga iras dia dengan Alfan Si Penyayang itu. Tetapi perangai? Haram! Terus Dyla mengeluarkan telefon bimbitnya. Alfan dicari.

Dyla: Alfannn :(

Alfan: Kenapa?

Dyla: Lelaki gila tu kacau orang nak buat assignment!

Alfan: Haha. Apa dia buat?

Dyla: Dia bawa orang pergi McD malam-malam!

Alfan: Baguslah tu. Boleh studi kat sana. Hahaha :D

Dyla: I hate him.

Alfan: Hahah. Jangan. Lama-lama sayang nanti, orang yang sedih.

Dyla: Erk...

Alfan: GTG. :)

Dyla: Bye. :(

Dyla menyimpan kembali telefonnya. Dia menggosok sedikit matanya yang terasa pedih. Pedih hendak menangis. Air liur ditelan. Buku diselak-selak. Terkumat-kamit bibirnya membaca isi-isi penting.

Alfan datang dengan sedulang makanan. 'Mak ai! Lelaki ni mencekik macam dua tahun tak pernah jumpa McD.' Dyla hanya pandang sekilas juadah yang berada di hadapannya.

"Makan ni." Alfan menolak dulang itu kepada Dyla.

Dyla angkat kepala. "Saya kata saya tak nak makan."

"Aku dah beli tu, makan ajelah."

Dyla buat tak nampak. Dia meneruskan tugasannya. Alfan bersandar di kerusi. Milo panas menjadi santapannya. Matanya asyik merenung Dyla.

"Kalau awak tenung saya sampai tembus pun, apa awak dapat?" bicara Dyla dengan mata masih di atas buku dan skrin komputer riba.

"Suka hati akulah! Mata aku."

Dyla kembali diam. Malas hendak layan.

Alfan memerhati untuk seketika. Matanya tertancap pada kertas biru di hadapan komputer riba Dyla. Dibacanya. Guideline untuk buat assignment rupanya. Tiba-tiba tangannya gatal menolak skrin komputer riba dari belakang hingga komputer itu terkatup rapat. Dyla bulat mata. 'Kerja aku! Kerja aku!!!'

"Apa awak buat ni?" suara Dyla tinggi.

"Makan dulu!" arah Alfan.

Dyla buka kembali komputer ribanya. Dia mencari-cari fail yang baru dibuatnya. 'Astaghfirullah. Sabarkan hati ni... sabar... sabar. Hilang semua apa yang aku baru edit. Lap-top ni dah la baru lagi. Aku belum set autosaved!'

Dyla pejam mata.

"Fail saya. Hilang semua yang saya edit." Berbara mata Dyla memandang Alfan.

"Tak de autosaved ke?" Alfan bertanya dengan nada selamba. Dia ke hadapan untuk mencapai pai epal. Kertas pai epal dikoyak. Dengan bismillah, pai epal selamat digigit.

"Tak de..." suara Dyla bergetar. Dia sedang menahan marah. Air matanya bergenang. Pandangannya masih garang. Alfan hanya senyum sedikit.

"Makan." Alfan pandang, sama garang.

Dyla telan air liur yang terasa seperti pasir. Lantas dia bangun menuju ke bilik air. Di situ dia merembeskan air matanya. Kepala dipicit. 'It is gonna be the longest night ever!'

Dengan mata yang masih merah, Dyla keluar dari bilik air dan duduk semula. Dia cuba bertenang. Alfan menolak dulang ke hadapan Dyla. Memaksa gadis itu untuk makan juga.

Dyla ambil secara kasar Big Mac. Dikoyak sedikit demi sedikit burger itu. Sebiji habis tanpa ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut masing-masing.

"Tu, Mc Chicken ada. Makan!" arah Alfan.

Dyla tenung lelaki di hadapannya. 'Kecik besar, kecik besar aje aku nampak budak ni.'

Tanpa bersuara, Dyla menelan juga sebiji lagi burger. Rasa hendak termuntah pun ada, tetapi dia paksa diri juga untuk makan.

"Ha... kan senang. Dah habis makan, barulah buat kerja. Hati pun senang!" Alfan kembali menyandar.

'Aku makan dua biji burger, dia makan apple pie dengan minum Milo panas aje. Kurang ajarnya ya, budak ni!' bebel Dyla dalam hati.

Bila matanya kembali ke skrin komputer riba, perasaan jadi hiba. Sakit hatinya muncul kembali. Alfan pula sibuk dengan telefon bimbitnya.

Dengan lafaz bismillah, Dyla memulakan semula kerjanya. Mula dari awal kembali. Alfan yang mungkin sudah bosan dengan telefon bimbitnya, mula beralih kepada buku-buku Dyla. Sedang Dyla sibuk membaca inti pati, buku itu ditarik. Dyla merengus.

"I am trying to do my work, so please..." ujar Dyla. Cuba menahan marah semampu mungkin.

"Gunalah buku tu." Alfan merujuk kepada buku keluaran Oxford yang berada di bawah buku yang digunakan Dyla sebentar tadi. Dyla ketap gigi. Dibuka kasar buku keluaran Oxford itu.

Alfan selesai membaca buku rujukan yang berada dalam pegangannya. Dia mengangkat kepala. Dilihatnya Dyla sudah rebah. Jam dikerling. Tiga pagi. 'Dah siap ke kerja dia?'

Komputer riba ditarik dengan muka tiada riak. Masih dengan muka sombong. Alfan kerling kertas guideline dengan isi yang ada di dalam komputer riba Dyla. Masih belum siap. Alfan tenung kepala Dyla. 'Kerja macam ni pun buat berjam-jam...' komennya dalam hati.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: