Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

USAI maghrib, Dyla keluar semula untuk membeli barangan keperluan rumah bersama Adilah dan Saadah. Barulah bibir mampu senyum mendengar lawak bodoh teman serumahnya. Kalau tidak, memang susah hendak senyum satu hari ini. Serabut dibuatnya.

Setibanya di hadapan pintu pagar rumah, sebuah kereta putih kelihatan.

Dyla meminta Adilah dan Saadah masuk dahulu, sementara dia melangkah mendekati Hairul yang berdiri di sebelah kereta putih itu.

"Cik Dyla." Muka Hairul tidak beriak.

Dyla mencari kelibat Alfan. Tiada.

"Kenapa?"

"Tuan Alfan nak jumpa cik."

"Dia tak de kaki ke nak datang sini sendiri?" sindir Dyla.

Hairul senyap.

Dyla diam berfikir.

"Saya tak nak."

"Tapi tuan suruh saya paksa cik macam mana pun."

Dyla memandang Hairul dengan dahi berkerut.

Selepas berfikir beberapa lama, dia meminta diri lantas terus masuk ke dalam rumah untuk menukar pakaian walaupun perasaan malas itu mencengkam jiwa. Usai solat isyak, dia terus turun. Dia takut. Kata-kata Hairul menakutkannya.

"Tapi tuan suruh saya paksa cik macam mana pun."

"NAK apa lagi?" Dyla letak kasar beg galasnya ke kerusi sebelah.

Alfan memandang Dyla atas bawah. Tidak pernah sekali pun dia nampak Dyla memakai kemeja-T dengan seluar begini.

"Dah pergi kursus kahwin?" soal Alfan.

Dyla ketawa sinis. "Untuk apa awak tahu?"

"Well... aku nak cari seorang calon buat isteri."

"So? Apa kena-mengena dengan saya?"

"I might choose you."

Dyla ketawa lagi. "And for what reason I have to accept your proposal?"

"Hutang..." jawab Alfan.

"Sebab hutang, I have to put my life happiness on the line?" Dyla ketawa. Sinis.

"Jangan cuba nak buat lawak dengan saya boleh tak? Saya tak takut sikit pun. Nak saman saya? Dipersilakan. Saya lebih rela disaman daripada tengok muka awak hari-hari. Oh, by the way in case awak tak check your account... saya dah masukkan the balance. Saya dah tak berhutang dengan awak. Tak de sebab kenapa saya kena ikut cakap awak, kenapa saya kena takut dengan awak!" cabar Dyla.

Alfan senyum. Juga sinis.

"What about Shah?"

Serta-merta air muka Dyla berubah.

"See? I got you now." Alfan bangun dari kerusi besarnya.

"Awak nak apa?" Dyla menahan getaran suara. Sakit hati. Geram. Semua rasa itu bergumpal ketika ini.

"Your voice. A bit shaking. Kenapa eh? Sebab aku sebut nama Shah?" Alfan berdiri di belakang tubuh Dyla. Sedikit pun Dyla tidak menoleh.

"Simple. Agree to marry me. I will leave that kid alone..." sambung Alfan.

"Kenapa saya kena setuju? Saya tak de kaitan dengan dia. Kalau setakat nak ugut saya macam ni, tak payahlah. Saya ada banyak lagi kerja nak kena buat. Saya balik dulu."

"Hairul, minta pihak universiti berhentikan budak tu serta-merta."

Kaki Dyla beku. Dia berpaling semula ke belakang.

"Apa yang awak cuba buat ni?"

"Kawan? Tak mungkin tak de perasaan dekat dia, kan?" Alfan menduga.

"Apa yang awak nak sebenarnya!" jerit Dyla.

"Agree to marry me."

"Awak jangan ingat semua perempuan senang."

"Tapi pelik. Kau memang senang." Alfan menikam anak mata Dyla dengan pandangannya.

Alfan merapati Dyla. Bibirnya didekatkan ke telinga Dyla. "Macam mana perasaannya ditinggalkan? Kau tak faham. Tapi sakitnya sama dengan meninggalkan orang yang kau sayang. Dalam keterpaksaan," bisik Alfan.

Dyla terkedu.

"Think about it, Dyla. Think wisely." Suara Alfan tegas.

DYLA picit kepala yang terasa amat sakit. Bila memikirkannya, air mata menitis. Sanggupkah dia korbankan kebahagiaan sendiri demi lelaki yang dia sendiri tidak tahu apa perasaannya?

Dyla mencapai telefon bimbitnya. Nombor Alfan didail.

"Helo." Suara Dyla serak dek menangis.

"Yes? Dah fikir?" Alfan di hujung talian tersenyum.

"Awak ingat, awak boleh berhentikan pelajar sesuka hati? Awak kena ada sebab untuk semua tu. Awak jangan ingat saya boleh termakan benda macam ni, lah!" suara Dyla keras.

"Kalau tak de reason, Hairul can make one. Remember? Aku akan rebut semua kebahagiaan kau. I will keep my promise, dear."

"Okay fine! You want an apologize? I will apologize. Saya mintak maaf. Mintak maaf dengan semua kata-kata saya. I was wrong and you were right! Puas?"

"Apologize? Too late." Talian dimatikan Alfan.

"Shit! Shit! Shit!!!" Telefon Dyla campak ke tepi. Adilah dan Saadah berlari-lari mendapatkan Dyla.

"Dyla! Kenapa? Kenapa?" Adilah terus memeluk Dyla yang sudah menangis bercucuran air mata.

Dyla menangis hingga tenggelam kata-kata. Tersedu-sedan dia dibuatnya. Tangisannya itu tiada henti hinggalah dia tertidur di bahu Adilah. Saadah kerut dahi.

"Kenapa eh?"

Adilah menggeleng tanda tidak tahu.

"ABANG..." Alfan turun ke tingkat bawah. Murni bersama Alif sedang menikmati makan malam. Suapan Alif terhenti.

"Tadi adik pergi mana?"

"Jumpa kawan."

"Jom makan sekali. Kak Murni masak," pelawa Alif.

"Hmmm... dah makan dah tadi. Lepas abang makan, adik nak bincang something dengan abang sikit."

"Bincang ajelah sekarang."

"Tak pelah. Makanlah dulu." Alfan melangkah ke ruang tamu pula. Alat kawalan berada dalam pegangan. Siaran bola ditonton penuh khusyuk.

"Hmmm. Ada apa yang nak dibincangkan dengan abang? Nampak macam penting aje?" Alif mengambil tempat di sisi.

"Tengok bola dululah, abang. Kejap lagi tak fokus pula game ni." Mata Alfan masih tertancap pada skrin televisyen.

"Murni, tolong tutupkan lampu," pinta Alif.

Murni hanya menurut. Faham sangat kalau dua beradik ini sudah duduk bersama, menonton bola pula... mesti suruh tutup lampu. Katanya lebih feel! Macam tengok cerita hantu.

Bunyi bising gol riuh sana sini di dalam rumah. Hinggalah perlawanan bola tamat.

"So, apa cerita?" Alif mengubah topik perbualan selepas seketika mereka masih membahaskan tentang bola walaupun permainan telah tamat.

"Hmmm. I am about to propose someone." Alfan alih pandangan ke sebelah. Bulat mata Alif.

"Baguslah! Tell me everything. Nanti abang tolong siapkan apa yang patut."

"And satu lagi... adik ingat nak pindah keluar, lah." Permintaan Alfan itu begitu mengejutkan Arif. Dia tidak pernah terfikir pun adiknya itu akan melangkah keluar dari rumah peninggalan orang tua mereka ini.

"Kenapa? Tak cukup ke rumah ni?"

"Bukan. Tapi adik rasa nanti mestilah adik nak privacy juga. Ini pun actually dah kacau privacy abang dengan Kak Murni."

"Adik baru balik sini sebulan lebih, takkan nak keluar rumah dah? You have been in Ireland for ages!"

"Ala abang... adik ada wife, lah nanti. Adik nak dia selesa. Tengok Kak Murni pun, adik tahu dia tak selesa. You know, all the things yang abang nak buat terbantut bila ada orang lain dalam rumah." Alfan kembangkan hidung.

Alif yang faham, terus menumbuk bahu Alfan. Tawa mereka bersatu.

"Nak pindah mana?" tanya Alif.

"The nearest place to syarikat and to campus."

"Kampus?"

"Oh! I am marrying a student." Senyum Alfan mengembang. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: