Bab 4
"SHAH!" Dyla memanggil.
Shah menoleh ke belakang. Senyuman terukir. Kakinya berhenti melangkah. Kot putih yang tersarung di tubuh, dibetulkan sedikit. Sebuah buku tebal berada dalam pegangan.
"Kenapa, Dyla?"
"Sorry pasal semalam."
"Kenapa dengan semalam?"
"Yalah. Tiba-tiba lelaki tu appear dan buatkan awak pergi."
"Eh, tak de apalah. Memang ada kelas waktu tu."
"Oh ya ke? Hm... tak pelah."
"Dyla... dia tu siapa?" Shah ingin tahu.
"Dia?" Dyla terkejut. Kenapa tiba-tiba Shah mahu ambil tahu? Tidak pernah-pernah lelaki itu mahu ambil tahu hal peribadinya sebelum ini.
"Bakal isteri...." Entah dari planet mana lelaki ini muncul, tiba-tiba sahaja dengan muka tidak malunya meletakkan lengannya di atas bahu Dyla dengan sengaja. Gigi yang tersusun rapi dihadiahkan buat Shah. Shah terkedu sebentar.
Dyla kerut dahi. Masih mencerna apa yang dikatakan Alfan.
Hairul di belakang Alfan turut panar. 'Bila masa pula bos aku ada bakal isteri?'
Shah senyum. "Dyla, orang masuk kelas dulu."
Kelibat Shah dipandang kosong. Seketika, baru dia sedar. Saat kakinya melangkah cuba mengejar Shah, terlebih dahulu lengannya dikunci dengan genggaman kuat Alfan yang beralaskan baju kurung.
"Awak ni kenapa?" jerit Dyla geram.
"Hei, relaks la. Yang kau marah sangat ni kenapa?"
"Awak nak apa? Tak boleh ke awak tak kacau saya sehari?" Turun naik nafas Dyla menahan geram dan marah.
"Oh... too bad. Tak boleh. Sebab..."
"Sebab saya tak bayar hutang awak lagi? Awak keep on cakap benda yang sama hari-hari. Tak bosan ke? Awak memang tak de life, eh? Awak siap ada PA, tak mungkin awak ni orang miskin yang desperate nak duit tu, kan? Tak boleh ke awak sehari aje jangan kacau saya, tolonglah!"
"Tak boleh," jawab Alfan pendek.
"Orang kedekut mata duitan macam awak ni... mesti tak de siapa yang nak, kan? Atau, ada. Tapi selalu kena tinggal. Kekurangan kasih sayang. Sebab tu awak tak de benda lain nak buat selain ganggu saya, kan?" Entah kenapa tiba-tiba mulut Dyla menjadi lancang.
Melihatkan perubahan mimik muka Alfan membuatkan Dyla tersenyum puas. Mesti memang selalu kena tinggal.
Alfan hanya merenung Dyla. Tenungannya macam mahu tembus.
"Tenung saya sampai tembus pun, I will never regret what I have said."
"Hairul!" panggil Alfan.
"Ya, tuan."
"Siasat siapa Shah. Jangan tinggal sebesar kuman pun information," ujar Alfan tegas, sedang matanya menikam anak mata Dyla.
Kata-kata Alfan sedikit sebanyak membuatkan Dyla terkejut.
"Apa awak nak buat?" tanya Dyla dengan penuh rasa ingin tahu.
"Memberi kau peluang untuk merasa..." jawab Alfan.
Dyla tidak faham. Keliru.
"Apa maksud awak?"
Alfan tidak mempedulikan lantas meninggalkan Dyla yang terpinga-pinga.
SHAH memusing-musingkan pen di jari. Matanya tidak fokus pada slide show yang terbentang di hadapan mata. Tiba-tiba lengannya disiku orang sebelah.
"Shah, fokus..." bisik Akmal.
Shah terkejut namun cepat-cepat dia berlakon seperti biasa sedangkan dalam kepala penuh sarat dengan persoalan.
"Nanti boleh tak kau terangkan kat aku lagi sekali? Aku tak boleh nak fokuslah." Shah melirik pandangan pada Akmal.
Akmal menggumam. Selalunya Shah yang paling seronok masuk dalam kelas. Dia yang paling fokus.
"Okey," balas Akmal. Malas bertanya lebih lanjut. Bukan masa yang sesuai.
Shah kembali berfikir...
JAM di pergelangan tangan sudah menunjukkan pukul tiga petang. Dyla bergegas ke tandas untuk membetulkan tudung sebelum masuk ke perut kereta untuk pulang.
"Anak sedara Encik Anuar tu baru balik dari Ireland, lah!" Bisik-bisik orang sebelah. Dyla tidak ambil peduli. Dia membelek untuk membetulkan tudungnya.
"Kenapa dia rajin datang kampus hari-hari, eh? Lagi satu! Dia bawa bodyguard kut!"
"Entahlah. Tapi aku dengar, dia ada tunang kat sini. Dia jumpa tunang dia kut?"
"Dah bertunang ke? Ahhh! Aku baru nak try."
"Nak ke dia kat kau? Muka dia ego gila! Mesti dia cari yang setaraf aje."
Dyla cepat-cepat mencuci tangan yang terasa kering, lantas keluar dari situ. Tunang? Langkah kakinya pantas menuju ke kereta. Malas memikirkan cakap-cakap tadi. Bukan penting pun! Namun tika terasa dirinya diekori, cepat-cepat dia berpusing.
"Shah! Awak ni...! Kenapa jalan macam tu belakang orang? Terkejut orang tau!" Dyla mengurut dada.
"Hehe. Niat memang nak tegur, tapi dah Dyla jalan macam kucing nak tangkap mangsa aje, tu yang orang pun senyap-senyap." Shah yang turut terperanjat dengan tindakan refleks Dyla, segera membela diri. Tersengih.
"Haha. Kenapa cari orang?"
"Heee. Nak tumpang balik hostel, boleh?" pinta Shah.
Dyla pelik. 'Dia tak bawa motor ke?'
"Oh, boleh aje." Dyla menyerahkan kunci kereta kepada Shah. "Dengan syarat, awak drive..." sambung Dyla.
Shah ketawa. "Kalau orang yang drive, tak menuju terus ke hostel ni. Melencong dulu."
"You are the driver..." sengih Dyla.
Mereka berdua masuk bersama ke dalam perut kereta tanpa menyedari ada mata yang memerhati.
Kereta diberhentikan di sebuah pusat membeli-belah terkemuka. Usai parkir, mereka beriringan masuk ke dalam bangunan tersebut.
"Awak dah solat?" tanya Shah.
"Dah, waktu kat kampus tadi. Awak?" Soalan diberikan semula kepada Shah.
"Dah juga. Ingatkan awak belum solat. Kalau belum, kita singgah solat dulu. Sekarang ni, kita nak makan kat mana?" Shah melilau mencari restoran yang sesuai buat mereka.
"Makan kat mulut," jawab Dyla dengan sengihan. Saja menyakat.
"Orang makan kat hidung. Hebat tak?" Shah sempat melawak.
"Wah! Hebatnya! Tunjuk sikit! Kejap lagi kita makan mi, eh? Senang sikit awak nak sedut pakai hidung."
"Pandai aje dia menjawab, kan?" Kedua-dua mereka ketawa bersama.
Dari kejauhan, ada mata yang sedang sakit memerhati.
"McD ajelah," saran Dyla.
"Anything you want, princess."
Kaki Dyla berhenti melangkah. Terkedu. Shah toleh ke belakang. "Nak pergi ke tak, ni?"
Dyla mengangguk perlahan. Terkejutnya masih tidak hilang. Terasa istimewa.
"Two Big Mac, medium." Shah berada di kaunter, sementara Dyla mencari tempat duduk. Dia memilih tempat yang sedikit tersorok. Tidak mahu bercampur dengan orang lain. Shah juga sedia maklum, Dyla tidak berapa selesa berada di tengah orang ramai.
Sementara menunggu, Dyla mengeluarkan telefon bimbit untuk memeriksa WhatsAppnya. Ada satu mesej yang ditinggalkan Alfan.
Alfan: Where are you?
Dyla: McD. Kenapa?
Alfan: Oh. Lunch?
Dyla: Yup.
Alfan: Sorang?
Dyla: Dengan kawan.
Alfan: Sure ke kawan? Ke bf eh? :D
Dyla: Ahahah. Kawan baiklah.
Alfan: Haha. Anyway... I am back to Malaysia.
Dyla: Waaa wait? You are back? Maksudnya?
Alfan: Yeah. After SPM hari tu, I left Malaysia to Denmark. And now I am here. In Malaysia.
Dyla: Are you serious?
Alfan: Yeah, yeah! :D
Dyla: Great. So, sambung belajar kat sini?
Alfan: Nope. Sambung kerja.
Dyla: Wahh! Dah boleh kumpul duit untuk kahwin!
Alfan: Hahah. I am planning to.
"Dyla." Shah meletakkan dulang ke atas meja makan.
"Hm? Kejap eh?" Dyla kembali memandang ke skrin telefon bimbitnya.
Dyla: My lunch is ready. TTYL.
Alfan: Alright. Dying to see you.
Dyla kelu.
Dyla: :) Have fun in Malaysia!
Alfan: I will.
Dyla mengalih pandangan ke arah Shah pula. Bibirnya mengukir senyuman.
"Kawan orang dah balik semula ke sini," ceritanya.
"Dia balik dari mana?"
"Denmark."
"Oh. Studi sana, eh?"
"Yup." Dyla mengoyak sedikit burgernya dan disuap ke dalam mulut.
"Makanlah elok-elok sikit. Under your lips..." Shah menunjukkan sos yang tertumpah di bawah bibir Dyla.
"Oh. Heee." Dyla mengesat sos itu dengan tisu.
"Dyla..." panggil Shah.
"Yup?" Dyla menyedut minuman.
"Are you really getting married?" Soalan cepumas Shah.
Serta-merta kepala Dyla terdongak ke atas. Mujur tidak tersedak.
"Of course..." jawab Dyla.
"Dengan..." Shah bulat mata.
"I don't know yet. But yes, I am getting married. Takkan nak hidup membujang sepanjang hidup?"
"No, I mean... Are you getting married dalam masa terdekat ni?"
"Oh. Tak delah." Dyla ketawa.
"Habis tu, tadi?"
"Dia tu gila. Awak tahu, last week orang pergi Shah Alam. And then, orang terlanggar satu kereta ni. Mini Cooper, wak! And of course, salah orang... So orang yang kena bayar ganti rugi. It is about two thousand something. But I don't have that amount. Orang bayar deposit dua ratus setengah. And the rest, orang mintak bayar ansuran every month. Tu yang lelaki gila tu asyik datang and claimed for his money..." celoteh Dyla.
"Tapi kenapa dia tiba-tiba cakap that you are his future wife?"
"Meroyan tu. Abaikan aje. Orang kekurangan kasih sayang memang macam tu. Tak boleh tengok kebahagiaan orang lain," jeling Dyla. Geram pula.
"So, memang awak bukan nak kahwin dengan dia, lah?"
"Eee! Tak naklah! Awak tengok la dia usung bodyguard dia macam mana. Silap-silap nak masuk bilik air pun dia usung."
Shah ketawa. Lega.
"Kenapa tak cerita benda ni kat orang?" Shah kerut dahi.
"Tak cerita?" 'Aku hantar WhatsApp pun kau tak reply... nak aku cerita? Aku sekeh kepala karang baru tahu!'
"Huhu. Benda kecik aje pun..." sambung Dyla. 'Padahal dah hentak kepala kat meja entah berapa kali, masih nak kata benda kecik?'
"Lain kali benda-benda macam ni cerita kat orang. Jangan WhatsApp aje. Orang kalau busy, mana ada layan semua WhatsApp, mesej ni. Call terus..." bebel Shah.
'Augh... macam nak kata aku aje? Terasa ni! Terasa.'
"Iyolah, pak cik. Nanti orang call awak tiap-tiap malam kalau ada masalah. Boleh angkat tak?" gurau Dyla.
"Insya-Allah." Shah tersenyum.
Dyla diam. 'I am not even that special girl yang dia perlu angkat telefon setiap malam kalau aku telefon.' Dyla sedar diri.
Selesai menjamah makanan, mereka bersama-sama mengelilingi pusat membeli-belah. Ketawa dan senyuman silih berganti di wajah kedua-duanya.
Alfan dan Hairul hanya mampu memandang dari belakang. Genggaman penumbuk Alfan jelas kuat di pandangan Hairul.
"Tuan..." panggil Hairul.
"Immediately, dapatkan semua detil pasal lelaki tu dengan Dyla," arah Alfan.
Hairul hanya mengangguk. Sedia menjunjung perintah.
Alfan melangkah ke lif yang akan membawa mereka ke tempat parkir kereta dengan hati yang mendongkol. Hairul membuntuti.
"THANKS," ucap Shah.
Dyla mengangguk. Senyuman tidak lepas dari bibir. Dia rindu. Rindu keadaan seperti ini. Sudah lama tidak keluar dengan Shah begini. Yang terakhir kalinya pun waktu semester satu diploma. Ini sudah masuk degree.
"Shah!" panggil Dyla sebelum Shah keluar dari kereta.
"Yup?"
"Thanks to you too."
"Not a big deal at all. Ingat, kalau ada apa-apa hal... Call bagi tahu," pesan Shah.
"Baik, tuan!"
Dengan senyuman yang masih menguntum, Dyla pulang ke rumah sewa dengan hati yang dibungai gembira dan bahagia. Senyuman masih tak lekang! Setibanya di hadapan rumah sewa, senyumannya serta-merta sirna.
"Lambat balik rumah?" tegur Alfan yang berkemeja putih dan berkot hitam. Dipadankan pula dengan seluar slack, berkasut hitam berkilat serta bertai biru.
"Awak buat apa kat sini?" Dyla katup pintu kereta dan menekan punat kunci.
"Waiting for you, future wife." Sinis sengihan Alfan.
"Gosh! I hate you." Dyla melanggar bahu Alfan dan masuk ke dalam pagar rumah. Pergelangan tangannya yang bersalut baju kurung sempat direntap kasar.
"Kau ingat aku tak benci kau? Aku akan rampas semua kebahagiaan yang kau ada!" Keras bicara Alfan.
Dyla merenung dalam anak mata hitam Alfan.
"Awak ni kenapa?" Dyla menarik kasar lengannya daripada pegangan Alfan.
"Rasa ditinggalkan sama sakit dengan meninggalkan. Ingat tu sampai bila-bila!" pesan Alfan.
"Awak simpan dendam just sebab saya kata awak kekurangan kasih sayang? Atau sebab awak ditinggalkan?" Dyla seakan mencabar. Tenang Alfan memandang wajah Dyla.
"Till we meet again, Dyla." Alfan terus meninggalkan Dyla yang terpinga-pinga.
'Kalau kau adik aku, dah aku cabut rambut kau tu. Aku cucuk-cucuk kau dengan lidi sate. Aku humban-humban kau dalam kolah nenek...' getus hati Dyla.
"Arghhh! Spoilkan hari orang aje!" gerutu Dyla.
Dyla menghumban tubuh ke atas katil. Telefon dikeluarkan dari poket baju kurung. WhatsApp dibuka. Mahu hantar pesanan pada Shah, takut lelaki itu tidak balas. Lantas dia membuka profil Alfan. Online!
Dyla: Alfan!
Alfan: Yes? Kenapa ni?
Dyla: I hate your twin.
Alfan: What twin?
Dyla: Lelaki yang orang cerita hari tu la. Yang sama nama dengan awak.
Alfan: Ohhh. That twin! Kenapa? Apa dia buat? Cecite... cecite.
Dyla: He came to my house and warned me about ditinggalkan dan meninggalkan sama sakit.
Alfan: What did you do? Break his heart like you do mine? :D
Dyla: It is not a joke sekarang, okay. Okay fine, last time... it was my fault. I am sorry. But this time, orang pun tak kenal dia. And suddenly dia buat macam tu. Gila oh!
Alfan: Awak rasa, apa yang buatkan dia cakap macam tu kat awak?
Dyla: I don't know. Hm... maybe pagi tadi mulut orang celopar sikit kut. Hikhok.
Alfan: What did you say?
Dyla: Dia keep on bothering me sampai orang rimas. And I came out dengan cakap dia tu kurang kasih sayang and selalu ditinggalkan.
Alfan: What a big mistake you have made. Apologize la.
Dyla: Me? Apologize? Heaven no! Salah orang ke? Dia yang kerap menyibuk dengan orang.
Alfan: What makes him keep menyibuk dengan awak?
Dyla: Debt.
Alfan: Awak berhutang dengan dia?
Dyla: Yup.
Alfan: You said you don't even know him. Tapi macam mana awak mula berhutang dengan dia?
Dyla: I crashed into an accident. Orang tak boleh nak bayar two thousands sekali gedebuk macam tu. What did he expect? Orang ni lombong emas? I am a student kut! I don't have that kind of money.
Alfan: But you promised to pay, right?
Dyla: Yea, yea. But wait... macam mana awak tahu?
Alfan: =..= Cliche. Selalu macam tu la. Takkan dia nak stick on you kalau awak tak berjanji? You have made a promise, you have to fulfill it.
Dyla: Ya tahu. orang janji dengan dia, every month bila orang dapat elaun, orang akan bayar. Tapi dia tak menyabar!
Alfan: Dia suka awak, maybe?
Dyla: I hate him.
Alfan: Why?
Dyla: Because I like somebody else. Daaa~
Alfan: Somebody else?
Jari Dyla kelu. Danggg! Aku tak pernah cerita dengan sesiapa pasal ni. Nak cerita tak kat Alfan?
Alfan: Are you there?
Dyla masih berfikir.
Alfan: Kalau tak nak bagi tahu tak pe. I don't mind. I am just trying to help.
Dyla: Hm. Orang suka dia since form 5.
Alfan: F5? Bukan awak ada suka orang lain waktu awak F3?
Dyla: Oh that. Hee. Why did you bringing up the past. Aigoo. Actually waktu tu I do like someone else. Tapi blurghh. Kejap aje.
Alfan: Sampai hati. You break up with me, untuk some other guy yang awak sendiri tak tahu awak suka dia ke tak?
Dyla: Hik. Waktu tu cinta monyetlah... Sorrylah.
Alfan: After that?
Dyla: Hmm. Orang suka dia sampai sekarang, but no one knows.
Alfan: Budak tu sendiri tak tahu?
Dyla: Yup.
Alfan: Tak nak bagi tahu dia?
Dyla: I am planning to. Tapi belum lagi... Nantilah!
Alfan: Dyla. GTG. Nanti kita WhatsApp lagi. Bye :)
Dyla: Oh. Okay. Bye :)
Telefon dicampak ke sisi. Sebelum balik tadi dia sudah singgah masjid untuk solat asar sekali gus dengan maghrib. Dyla menghela nafas.
"Aku lepaskan orang sebaik Alfan untuk orang yang aku suka gitu-gitu aje. And I end up liking someone yang aku sendiri tak tahu dia suka aku ke tak. And the worst part is, lagi satu Alfan yang gila – ego – berlagak – sombong – annoying – rasa nak tumbuk sampai benjol kepala, asyik datang dari masa ke masa sampai aku naik rimas rasa nak bunuh orang!" bebel Dyla seorang diri.
"Apa yang kau cakap ni?" Adilah sudah tercongok di muka pintu bilik dengan segelas susu kotak. Kening sebelah terangkat. Dyla terkedu.
"Nothing." Dyla duduk bersila atas katil.
"Boleh aku masuk?" tanya Adilah.
"Masuk ajelah."
"Nah susu!" Adilah menghulur susu.
"Thanks, Dilah." Dimulakan dengan bismillah, Dyla meneguk susu itu segelas sekali gus.
"Dyla, siapa yang datang tadi? Aku tengok macam mafia aje. Kau pinjam duit dengan along ke?"
"Eh, bukanlah! Hal tu dah settle." Dyla garu kepala.
"Mana kau dapat duit?"
"Aku kautim dengan orang tu, lah."
"Habis tu, yang datang depan rumah kita dari petang tadi, siapa?"
Dari petang? Dyla angkat kepala memandang Adilah.
"Serius dari petang?" tanya Dyla tidak percaya.
"Haah. Tapi adalah juga dia lesap kejap. Pergi solat kut. Tapi dia datang balik kemudian tu."
"Datang balik??? Daebak." Dyla tidak percaya. Lelaki ini memang gila!
"Kau kenal dia ke? Tadi aku tengok di balik langsir... kau macam bergaduh dengan dia."
"Kau intai aku eh?"
"Ya la. Mana nak tahu kau pinjam along ke, boleh la aku keluar bawa lesung batu nenek aku tu hentam dia."
"Haha. Tak de apalah. Lain kali kalau dia datang, kau kata aku tak de."
"Okey. Tapi macam mana dia tahu rumah kau?"
Dyla senyum sambil jongket bahu. Dalam kepala sudah terfikir. 'Kalau dia boleh arah-arah Si Hairul tu cari info pasal Shah, tak mustahil rumah aku pun dia boleh cari kat mana. Silap-silap, salasilah keluarga aku pun dia boleh listkan. Habis semua tok nenek yang aku tak pernah tahu wujud pun, akan wujud kalau dia cari. Aughhh. Creepy!'
"By the way, thanks untuk susu ni." Dyla senyum lagi.
"Tak de benda pun. Aku risau betul kat kau ni. Balik-balik rumah aje muka tegang. Since kes kau langgar kereta hari tu, lah. Asal balik aje, muka menyinga."
"Jangan risaulah. Aku okey. Nanti aku dah habis bayar hutang dia, tak delah aku balik rumah muka menyinga lagi."
"Janji?" Adilah buat 'pinky promise'.
Dyla ketawa.
"Ya. Promise." Jari kelengkeng mereka berdua bersangkut bersama.
"Hoi! Bermanis-manisan berdua aje!!!" Saadah yang baru balik dari kelas terus menerpa Dyla dan Adilah.
"Sampai hati kau orang." Saadah buat muka sebik.
"Jealous." Adilah menjeling.
"Mestilah! Kau orang nak sweet-sweet pun waktu aku tak de. Suka pinggirkan aku!" rajuk Saadah.
"Dah, dah! Aku tak de masa nak layan rajuk kau. Rajuk kau, kau pujuk sendiri ya. Badan aku dah melekit, aku nak mandi." Dyla tolak Saadah ke tepi.
Adilah ketawa.
"Sanggup dikau tolak daku!" drama Saadah.
"Daki nak? Pergi mandilah, busuk!" Adilah libas dengan kain tudung yang baru sahaja dibuka oleh Saadah.
"Sakitlah, gila!" jerit Saadah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro