Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3

HAMPIR seminggu. Ya, hampir seminggu. Dyla garu kepala. Memang apa yang dikatakan Alfan minggu lepas benar-benar terjadi. Dia suka muncul secara mengejut. 'Tak lama lagi memang kena heart attack aku dibuatnya.'

Dyla ke kafe untuk makan tengah hari. Pelbagai juadah yang terhidang menjadikan perut yang berkeroncong saat itu bertukar menjadi dangdut. Saat tangannya hendak mencapai senduk, jarinya tersentuh tangan seseorang yang turut sama ingin mengambil senduk yang sama. Dyla menoleh.

"Shah!"

Lelaki itu tersenyum. "Nak ambil ni juga ke? Orang tolong ambilkan, eh?" Laju sahaja tangan Shah mencedok kuah ke pinggan Dyla.

Dyla tersengih. "Thanks."

"Jom makan sekali?" ajak Shah.

Dyla mengangguk setuju. Perkenalan sejak sekolah menengah nyata membuatkan hati Dyla muncul satu perasaan aneh tatkala mata dan hatinya disapa lelaki itu. Disimpan lama perasaan itu tanpa ketahuan sesiapa. Biar hanya dia yang tahu. Malu menyimpan hati pada lelaki yang belum tentu sudi menyapa. Hanya dia yang terbuai sendiri.

"Macam mana studi?" soal Dyla memecah sunyi.

"Stres jugalah. Banyak pula nak kena handle aktiviti."

"Jangan aktif terlebih, nanti letih sangat. Studi pun payah nak fokus."

Shah senyum. "Risau?"

Jantung Dyla berdegup laju daripada biasa. Pipi terasa hangat. Apakah riak wajahnya sudah berpaling tadah untuk memalukan tuannya?

"Risaulah. Awakkan kawan saya." Cuba membentengi diri.

"Kawan aje?" Shah menduga.

Dyla jadi tidak tentu arah. Oh! Kalaulah boleh dinasihatkan jantungnya agar jangan bergetar sekuat ini... Takut didengar si jejaka di hadapan, mana mahu diletakkan mukanya?

"Tak." Dyla merenung anak mata Shah. Jemarinya digenggam kuat, meyakinkan diri sendiri. Shah menunggu jawapan.

"Kawan baik..." lantas bibir Dyla mengukir senyuman plastik.

"I am your best man whatever it takes, tau!" ujar Shah.

Dyla mengangguk.

"When are you getting married, Shah?"

"Hm... tunggulah habis studi dulu."

"Lagi berapa tahun?"

"Setahun."

"Samalah."

"Nak kahwin after grad juga ke?"

"Ha? Erm... calon pun tak de."

"Boleh cari."

"Tengoklah nanti macam mana. Kerja dululah." Dyla ketap gigi. Jantung kian kuat debarannya.

"Hi!" sapa satu suara.

Dyla menoleh perlahan-lahan. Jantung bagaikan mahu gugur melihat wajah itu muncul lagi.

Shah blur.

Dyla ketap bibir.

"Mind me to join you guys?" tanya Alfan.

"Tempat lain banyak lagi..." jawab Dyla.

"Dyla..." tegur Shah. "Duduklah." Senyuman Shah ikhlas.

Dyla berkerut dahi merenung Shah. Perubahan riak muka Dyla dapat dibaca Alfan.

"Saya mengganggu ke?" soal Alfan seolah-olah tidak bersalah.

"Eh, tak delah. Dyla, orang ada kelas ni. Orang gerak dulu eh. Nanti kita jumpa lagi." Shah segera bangkit dari kerusi sejurus bersalaman dengan Alfan.

Alfan menghantar kelibat Shah dengan ekor matanya, manakala Dyla sibuk menyorokkan muka. Tidak mahu bertatapan dengan Alfan.

"Boyfriend?" tanya Alfan.

"Mind your own business." Dyla kemudiannya bangun dari kerusi.

"Bila nak bayar hutang?"

Balik-balik soalan yang sama. Dyla sebenarnya sudah jelak mendengarnya. "Kan saya dah kata, setiap bulan. Ni baru seminggu."

"Kan aku dah kata, don't try to run. And I will keep coming like this too, alright?"

Dyla kembali mendaratkan matanya ke arah Alfan. Bencinya membuak-buak.

"Awak memang tak de life, eh? Asyik kacau saya ke hulu ke hilir. Everytime, every hours, every minutes! Gosh please! Kan saya dah kata saya akan bayar duit awak tu! Awak jangan risau. Saya akan bayar sampai ke syiling yang terakhir. Takkan tertinggal sesen pun!" Lantang suara Dyla membuatkan pelajar sekeliling mula memandangnya.

"Aku tak claim on the spot pun dah kira baiklah. In return, aku akan kacau kau hari-hari sampai kau bayar duit aku. Kalau kau tak ada duit nak bayar lagi, endure. Aku akan jumpa kau setiap hari, kat mana pun kau ada." Alfan bangun.

"Jumpa esok!" Kenyitan mata Alfan menambah geram Dyla.

JARI telunjuk Dyla ketuk-ketuk di atas meja belajar. Matanya kembali menatap skrin komputer riba. Tepu dengan tugasan yang menambun, dia beralih kepada Facebook. Orang pertama yang dia cari, Shah. Sayangnya tiada apa pun pada 'dinding' Facebook lelaki itu. Sibuk barangkali.

Matanya tiba-tiba tertancap pada status seseorang yang dia kenali. Alfan. Kawan lamanya ketika sekolah dahulu.

It hurts me the most when you didn't recognize me.

Berbezanya Alfan ini dengan Alfan yang baru dia jumpa minggu lepas. Lelaki yang pernah menjadi seseorang yang istimewa dalam dirinya, begitu lembut bual bicaranya. Tak macam anak sedara Encik Anuar tu!

Dyla meringankan tangan memberi komen pada status lelaki itu.

Dibandingkan dengan tidak dihiraukan oleh orang yang kita rapat, lagi menyakitkan.

Seminit kemudian, komen Dyla dibalas.

Alfan : Hi Dyla. Long time no see.

Dyla : Haha. Busy study.

Alfan: So how was it?

Dyla: Okay so far.

Alfan: Mind me to get your number?

Dyla: I will PM you.

Tidak berapa lama kemudian, bunyi WhatsApp kedengaran. Ikonnya hanya sebuah gitar.

Alfan: It is me. Alfan.

Dyla: Ouh. Hi Alfan.

Alfan: Haha. Hi Dyla.

Dyla : Ada mana sekarang?

Alfan : Rumah.

Dyla: Dah kerja?

Alfan: Belum. Esok baru start.

Dyla: Nervous?

Alfan: Agaklah...

Dyla: Baca doa banyak-banyak.

Alfan: Alright :)

Dyla: Where were you waktu orang form 3?

Alfan: I have been dumped. Takkan nak stay kat sekolah tu lagi? Malu kut.

Dyla: Sorry. :(

Rasa serba salah Dyla tepu. Lama menunggu jawapan Alfan, tetapi tidak berbalas. Akhirnya Dyla mengalah.

Dyla: I met someone like you.

Alfan: Really?

Dyla: Nama sama. Tapi rupa... entah la. Because It is been ages tak jumpa awak.

Alfan: Interesting.

Dyla: Tapi perangai, jauh langit dari bumi!

Alfan: Haha. Kenapa? Which one is better?

Dyla: I guess you. Dia tu, eee! Kedekut.

Alfan: Terasa macam nak jumpa the other me. Agak-agak muka kita orang sama tak?

Dyla: Tak kut.

Alfan: Which one lagi handsome?

Dyla: You.

Alfan: #Blushed.

Dyla: Hahah. Alfan, orang nak kena siapkan assignment. Later kita WhatsApp lagi.

Alfan: Alright. Kalau jumpa lagi Alfan tak handsome tu, tolong kirimkan salam.

Dyla: Ahhh! Please. Tak nak dah jumpa dia. Annoying tau tak? Sila tarik balik salam awak. Nanti dia tahu yang orang cerita pasal dia kat awak.

Alfan: Hahah. Alright then.

Dyla: By the way. I am sorry for the past.

Alfan: It is okay. Kalau berjodoh, tak lari ke mana, kan?

Dyla: Hmm.. :) May Allah bless.

Alfan: Just satu hal. Dyla, no more fighting.

Dyla: Bahahah. That old Dyla tak de dah :) Now, the cute miut lembut sotong Dyla.

Alfan : Hahah. Pergilah buat kerja tu.

Dyla: Aok aok! (Ya ya)

Dyla tersenyum. Rasa malu dan kekoknya bertemu semula biarpun di ruang maya, seakan hilang. Terasa rapat pula. Sudah lama tidak bertegur sapa, malam ini bertegur pula. Ah, rupa-rupanya bertemu semula 'sahabat' lama memang menggembirakan! Teringat Dyla akan peristiwa lampau...

"Maaf." Dyla menghulurkan sebuah kotak besar kepada Alfan. Alfan memandang Dyla dengan pandangan suram.

"Perlu ke sekarang?" soal Alfan.

"Dyla tak boleh tipu diri Dyla. Dyla tak suka dengan Alfan pun waktu mula-mula."

"Dah tu, kenapa terima?"

"Suka-suka..." jawab Dyla jujur.

"Kenapa baru sekarang bagi tahu?"

Dyla yang tadi menunduk terus mengangkat kepala. "Sebab Dyla suka dekat orang lain."

"Sincerely?" duga Alfan.

"Ya."

"Dyla tahu Alfan tak pernah pandang perempuan lain selain Dyla, kan? You are my first love!" tegas Alfan.

"Tapi Alfan bukan first love Dyla. Manusia berubah. Hati ni mudah berubah."

"Tapi hati Alfan tak pernah berubah! Tak sikit pun berubah!"

"Itu Alfan. Bukan Dyla..." dingin Dyla menjawab.

"Waktu Alfan nak SPM, kenapa baru sekarang bagi tahu? Dyla tak pernah nak fikir pasal Alfan, kan?"

"Waktu sekolahkan cinta monyet. Alfan sepatutnya dah boleh agak. Benda macam ni tak kekal lama."

"At least kesianlah sikit. Alfan nak exam. Tak boleh ke kita hold dulu sampai Alfan habis SPM... baru kita bincang balik?"

Dyla hembus nafas kasar.

"Alfan dengan Dyla dah habis. Maaflah. Dyla memang tak pernah suka kat Alfan pun sebelum ni. Maaf bagi harapan."

Alfan masih belum mengambil kotak yang dihulurkan, lantas Dyla meninggalkannya di atas rumput yang menghijau sebelum masuk semula ke kelas.

Air mata lelaki menitis. Tidak pernah sekali pun dia jatuh cinta. Hanya kali ini... Kali ini benar-benar membuatkan hatinya terluka. Kotak yang berada di atas rumput dibuka penutupnya.

Barang yang pernah diberikan kepada Dyla semuanya ada di dalam kotak itu. Baru dia sedar sesuatu. Dia hanya pernah menerima satu barang sahaja daripada Dyla. Syiling lima puluh sen.

Lamunan Dyla terhenti.

Dyla sedar salahnya. Memberi harapan kepada orang lain, sedangkan hati tidak merelakan. Satu tindakan bodoh yang hanya melukakan. Dia hanya menerima, dan tidak pernah memberi. Menerima cinta, tetapi tidak memberi.

Perit Alfan dulu, kini dirasakannya. Memberi cinta kepada Shah, tetapi dia tidak pernah menerima. Karma, mungkin.

"HAIRUL!" Alfan memanggil pembantunya. Lelaki itu seperti robot. Patuh apa sahaja arahan yang diterima.

"Ya, tuan..." jawabnya hormat meskipun mereka sebaya.

Alfan termenung sebentar. "Tolong siasat latar belakang Dyla. Semuanya... termasuk dengan Shah."

"Baik, tuan."

Alfan mengetuk meja dengan jarinya. Teringat kembali arahannya kepada Hairul siang tadi. Shah kelihatan istimewa. Dia ingin tahu siapa lelaki itu di mata Dyla.

"Alfan," panggil Murni.

"Kenapa?" Alfan bangun daripada sandarnya di kepala katil dan duduk bersila.

"Abang panggil."

Alfan diam. "Kejap lagi Alfan turun."

Murni mengerti dan menutup kembali pintu bilik anak teruna itu. Alfan bingkas bangun dan menyarung kardigan ke tubuhnya. Langkahnya laju menuju ke arah anak tangga.

"Kenapa, bang?"

"Duduk kejap." Alif memanggil adiknya supaya duduk sekali dengannya.

"Esok abang nak perkenalkan adik dengan semua pemegang syer. Tadi adik dah jumpa half of it waktu dinner. Tapi esok, semua akan ada. Are you ready?"

"Hm... insya-Allah."

"Lagi satu, arwah ayah ada pesan something kat abang."

"Apa dia?"

"He told me to guide you and... find you a wife." Alif tenung anak mata adiknya. Alfan ketawa.

"Perhaps, adik dah ada calon waktu duduk dekat Ireland?" Lelaki itu inginkan kepastian.

"Dah ada," bibir Alfan mengukir senyuman.

"Surprise... surprise! Tak pernah cerita dekat abang pun? Siapa?" Alif duduk bersila menghadap adiknya. Teruja!

"Someone yang adik baru jumpa seminggu lepas."

"Love at first sight, huh?"

"Maybe."

"Bila abang boleh hantar rombongan?"

"Nanti adik bagi tahu abang when the time comes."

"I don't care dia dari keluarga mana sekalipun. Abang pun kahwin dengan orang biasa macam Kak Murni aje." Alif tersengih mengingati kembali betapa besarnya perang antara dia dan keluarga Murni.

Pelik! Selalunya orang berstatus tinggi yang tidak boleh menerima mereka yang berada dalam golongan kurang kemampuan, tetapi lain pula jadinya. Ahli keluarga Murni membantah sekeras-kerasnya percintaan mereka berdua. Terlalu banyak makan habuan daripada drama televisyen barangkali. Takut anak mereka diseksa kemudian hari kerana harta.

"Nanti adik bawa dia datang rumah." Alfan sengih penuh agenda.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: