Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

KUNCI kereta dicampak ke atas meja. Malangnya tergelincir jatuh ke lantai dek kelajuan tahap maksima. Bibir merah menyala selepas terlepas daripada ketapan kuat. Tudung ditanggalkan lantas dibaling ke sofa.

"Balik-balik terus mengamuk ni kenapa?" Adilah berkerut dahi melihat perlakuan Dyla sejurus pulang dari kelas.

"Shit! Shit! Shit! Shit! Shit!!!" luah Dyla berulang kali.

Adilah membulatkan mata. Terkejut. Dalam rumah ini yang paling jarang sekali maki hamun ialah Dyla. Tetapi kenapa hari ini?

"Kau kenapa, Dyla?"

Gigi diketap rapat. Keluhan keluar. Air mata cuba ditahan. "Tak de apa..." lantas kaki melangkah naik ke biliknya di tingkat atas. Tubuh dihumban ke tilam. Mata dipejamkan rapat. Tidak mahu fikir. Tetapi kejadian itu yang acap kali bermain dalam fikirannya. Tidak sampai beberapa saat, mata kembali terbuka.

'Gosh! What have I done?' bisiknya sendiri.

'Mana aku nak cari duit dua ribu? Macam nak pinjam dengan along!' Lengan diletakkan di atas dahi. Kusut.

"Dyla, kita orang nak masak ni. Kau nak join tak?" tanya Saadah.

"Hm? Kejap lagi aku turun. Aku nak mandi kejap."

Saadah mengangguk dan menutup kembali pintu bilik Dyla.

Dyla menghela nafas lemah. Telefon bimbitnya dicapai. Nombor ibu ditekan. Namun terlebih dahulu nama "ibu" tertera di skrin sentuh. Panggilan masuk.

"Assalamualaikum ibu, akak baru nak call ibu..." sapa Dyla dengan suara lembut.

"Waalaikumussalam. Dah dua hari akak tak call ibu. Busy sangat ke?"

"Assignment banyak la, ibu. Kalau akak free pun, pukul dua tiga pagi. Ibu dah tidur."

"Hm... duit ada lagi?" soal Puan Dalila.

"Ha? Kenapa bu?" Dyla pelik.

"Yalah. Ibu takut akak tak de duit. Aida pun baru mintak duit dengan ibu. Habis dah duit ibu. Tak de langsung simpanan. Gaji ayah lambat lagi..." cerita Puan Dalila.

Suara Dyla tersekat di kerongkong. 'Aku baru nak mintak duit, adik aku lagi laju dah mintak.'

"Ada aje. Cukup untuk sebulan." Tipu.

"Hm... akak berjimatlah guna duit tu sampai gaji ayah nanti."

"Ya, bu." Apalah lagi yang harus dikata.

"Ibu nak pergi surau ni. Nanti ibu call lain."

"Okey, bu. Kirim salam dekat adik dengan ayah."

"Okey. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, bu." Talian dimatikan. Dyla terus terbaring.

"Ahhh!!!" jerit Dyla. Stres! Tension!

"Kenapa? Kenapa?" Adilah dan Saadah berlari-lari dengan senduk di tangan menuju ke bilik Dyla. Terkejut Dyla dibuatnya.

"Erk. Tak de apa. Kau orang dah start masak ke?" Bulat mata Dyla melihat Saadah menghampirinya dengan senduk di tangan.

"Aku tengok kau macam tension aje. Tu yang kita orang masak dulu. Kau rest la, eh," balas Saadah.

Dyla hanya tersenyum sumbing.

"ADAH, Dilah..." Dyla memulakan bicara. Nasi masih belum berusik di dalam pinggan. Saadah yang sedang mencedok kuah hanya mengangkat wajah tanda "apa?".

"Kau orang boleh pinjamkan aku duit tak?" Segan sebenarnya Dyla ingin mengeluarkan kata-kata itu. Tetapi apa boleh buat... dia tiada pilihan.

"La, muka tension tegang macam orang nak makan orang dari tadi ni sebab masalah duit aje ke? Berapa kau nak?" tanya Adilah.

Saadah tenang menyuap nasi ke dalam mulut.

"Dua ribu." Rendah nada suara Dyla.

Saadah tersembur nasi ke muka Adilah. Adilah mengetap gigi sambil mengelap mukanya yang disembur nasi.

"Banyaknya!!!" Kuat suara Saadah.

"Sebelum kau kata banyak tu, baik kau mintak maaf kat aku. Sembur kat orang tak bagi salam! Apa punya anak dara ni!" bebel Adilah.

Dyla tidak rasa mahu ketawa pun dengan lelucon itu.

"Sorrylah. Terkejut sangat." Saadah tersipu.

"Apa kau buat, Dyla... sampai dua ribu kau nak pinjam?" Adilah ingin tahu.

"Aku terlanggar kereta orang tadi. Mini Cooper pula. Kau tahu ajelah kalau nak repair kereta mahal berapa harganya."

"Memang salah kau ke yang langgar kereta dia?" soal Adilah.

"Aku tak perasan kereta Mr. Bean dia kat depan aku."

"Kau panggil Mini Cooper, kereta Mr. Bean? Gila apa?" Saadah ketawa terbahak-bahak.

"Well, it looks like Mr. Bean's car for me. Pandangan manusia lain-lain, kan?"

"Memanglah. Tapi aku tak de thousand in my bank, Dyla." Adilah memandang redup mata Dyla.

"Me too..." Saadah bersuara.

Huwarghhh! Dyla melentokkan kepala ke meja makan. Habislah aku...!!!

MEJA berbunyi-bunyi dek Dyla dok menghentak kepalanya di atas meja. 'Tak ada cara lain ke nak cari duit dengan cepat? Mana aku nak pinjam?' Dyla mencapai telefon bimbit. Dia mencari nombor Ikram. 'Nak call ke? Nak? Tak nak? Nak? Tak nak?' Dyla berbelah bagi.

'Tak naklah susahkan Ikram. Salah sendiri, nak menyusahkan orang lain pula!' Dyla merengus. Seharian ini, entah berapa kali dia merengus. Sesuatu yang amat jarang dilakukannya sebelum ini.

Aplikasi WhatsApp dibuka. Nama Shah dicari. Lelaki itu online.

Dyla: Shah?

Beberapa minit Dyla menunggu, lelaki itu masih belum membalasnya. Dyla hampa. 'Waktu aku perlukan kau, mana kau pergi?'

Dyla genggam penumbuk. Sakit rupanya menahan perit menyukai seseorang dalam diam, serasa tak tertanggung. Asyik memuja dan memandang dari jauh tanpa dia tahu apa yang kita rasa. Setiap bicaranya berbaur harapan, tetapi itu hanya apa yang kita fikir... bukan dia...!

Telefon Dyla tercampak dek terkejut. Sedang sedap-sedap layan perasaan, tiba-tiba telefon berbunyi pula.

Nombor tidak dikenali.

"Helo?" jawab Dyla. Dingin.

"Helo?"

"Ya. Nak cari siapa?" Dyla malas melayan. Pensel diputarkan di jari.

"Dyla."

"Saya Dyla."

"Tadi tak de cash. Rasanya sekarang dah balik rumah, mesti dah ada duit."

Dyla fikir sejenak. 'Tak de orang lain kalau asyik pasal duit aje.'

"Hari ni belum esok."

"Kan aku dah cakap, aku bukan jenis penyabar."

Dyla menarik nafas dalam. Dia perlu berhadapan dengan lelaki ini. Kalau tidak, sampai bila hendak lari?

"Saya perlu jumpa awak."

"Tak nak! Kenapa pula kena jumpa kau? Aku nak duit aku aje."

"Look, saya pun tak suka nak jumpa awak, okey? Saya cuma nak selesaikan masalah ni aje."

"Tak perlu jumpa. Bank in aje duit tu."

"Awak nak duit awak, awak kena jumpa saya." Talian dimatikan. Dyla pejam mata. Tidak lama kemudian, mata kembali dibuka. Mesej untuk memberitahu tempat dan waktu pertemuan dihantar.

"SO, mana duit aku?" Lelaki di hadapan Dyla ini kelihatan amat lain daripada siang tadi. Lelaki ini tampil dengan berkot hitam, melindungi kemeja biru cair di dalamnya. Seluar slack melekat di kaki serta berkasut kulit hitam. Dyla cuba mencerna apa yang ada di hadapannya, tetapi tidak lumat juga!

"Hei!" Meja diketuk kuat membuatkan Dyla mengangkat wajah dengan riak muka terkejut.

"To be truth, saya tak de duit sebanyak tu." Berterus terang adalah perkara terbaik, maka pesanan ibu itulah yang dilaksanakannya sekarang.

"Kenapa kau janji nak bayar esok?"

Dyla kematian kata. Namun dengan ego yang berbaki dalam diri, dia bertekad untuk tidak mahu mengalah.

"Duit awak tu, saya akan bayar. Saya percaya awak dari keluarga besar yang banyak duit. Dua ribu tu apalah sangat untuk awak. Awak bayar dulu dua ribu tu. Setiap bulan saya akan bayar hutang saya."

Alfan tenung wajah Dyla. 'Ego budak ni,' fikirnya sendiri.

"I am not gonna leave you alone until you pay back every cents." Alfan bangkit dari kerusi dan keluar dari restoran.

Dyla hembus nafas lega. Badannya disandarkan ke belakang. Air Pepsi di hadapan diteguk kasar.

"Oh not to forget... don't you ever think to run." Entah bila masa pula lelaki ini masuk semula.

Dyla hampir tersedak. Terasa pedih tekaknya dek air karbonat itu.

"Don't act too shock. Coz I am gonna appear like this. Always..." ujar Alfan.

Dyla hilang kata-kata.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: