Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14

"KELUAR bilik orang tanpa bagi tahu, langsung tak sopan." Alfan bisik di telinga Dyla dari belakang. Walaupun masih terhincut-hincut, Dyla tetap mengangkat begnya dan diletakkan di dalam perut bas.

"Tidur satu bilik dengan lelaki ajnabi lagi tak sopan."

"I was trying to help!" tegas Alfan.

"Well, stop helping. Buat macam mana awak sadung kaki saya hari tu dan pergi tanpa tolong. I will be much more appreciate kalau awak buat macam tu lagi." Mata bertentang mata. Entah kenapa mata Dyla berair. Sebak tidak semena-mena.

Dyla menapak naik ke tangga bas. Lengannya menjadi sasaran Alfan lagi.

"Amir, Dyla naik dengan abang." Tanpa salam, Alfan menarik Dyla ke keretanya. Kaki yang masih sakit, dipaksa berjalan laju mengikut rentak lelaki di hadapannya kini.

"Masuk!" arah Alfan bila pintu kereta dibuka. Alfan sudah ke tempat duduk pemandu. Dyla berdiri kaku.

"Masuk aku kata!"

Dyla berpusing. Dia menuju ke bas semula. Alfan ketap gigi dan ketuk stereng kereta. Dia keluar semula dari kereta dan menarik Dyla secara kasar. Tubuh Dyla ditolak masuk ke dalam kereta. Dyla hanya mampu gigit bibir bawah.

Pintu dikatup. Bila Alfan sudah berada di hadapan pintu tempat duduk pemandu, Dyla kembali membuka pintunya untuk keluar. Alfan tolak kuat pintunya dan bunyi dentuman jelas kedengaran.

Dia berlari semula ke tempat duduk Dyla.

"Boleh tak kau duduk senyap-senyap dan dengar cakap aku?" jerit Alfan.

Amir yang sedang mengira pelajar mengerling. Terkejut mendengar suara Alfan. Sebenarnya bukan Amir seorang yang dengar, pelajar dalam bas pun turut mendengar herdikan lelaki itu.

"Awak jerit, awak marah, awak hina sekali pun, saya takkan pernah dengar cakap awak," rendah suara Dyla dengan matanya masih tepat ke arah anak mata Alfan.

Alfan telan air liur. Matanya macam hendak menelan Dyla.

"Kau sayang Shah, kan?" Alfan menukar cara. Dyla masih tidak mengubah bebola matanya ke tempat lain.

"Dia kawan saya."

"More than a friend, I guess?"

"Not to me and not to him."

"Kau tahu aku boleh buat apa saja kat dia, right?"

Dyla diam.

"Dengan duit?" teka Dyla. Sinis.

"Dengan kuasa," perbetul Alfan.

"You are not the Mighty."

"Yes. Tapi right now, selagi aku ada duit, aku ada kuasa untuk jatuhkan kau dengan Shah sedikit demi sedikit."

"Allah gonna pay you back."

"Nope. Dia balas untuk dosa kau!"

"Maksud awak?"

"Orang-orang macam kau yang hanya tahu permainkan hati orang sepatutnya dibalas."

"Itu hal saya dengan dia. Awak tak de kena-mengena dalam relationship kami!"

"Tapi aku tak suka! Aku tak suka orang macam kau!"

"Kalau awak tak suka, then awak boleh get lost and tak payah nak tengok muka saya lagi!"

"Tapi hati aku takkan tenang!"

"And tell me why?"

Alfan diam sebentar.

"Aku nak orang macam kau ni belajar daripada kesilapan."

"Well, it has been eight years. Waktu tu pun saya masih sekolah. Puppy love itu adatlah dekat sekolah! I have learned my mistake!"

"Say who?"

"Saya tahulah diri saya. I am not gonna make the same mistake."

"You will never learn kalau kau sendiri tak merasa sakitnya."

"Awak yang gila obsess dengan perasaan awak sendiri. Samakan sakit hati awak dengan orang lain. Tapi to be truth, orang lain pun tak macam awak. It is not a big deal to them, to me. Cuma pada awak. Pada awak semuanya nampak besar!"

"Yes! Yes! Semuanya nampak besar sebab aku rasa apa itu sakit!"

"Dan ini apa? Awak nak balas dendam untuk lelaki yang pernah saya tinggalkan? Dia pun tak de cakap apa, kenapa awak yang sibuk nak judge saya?"

Alfan mendengus. Kemudiannya lutut Dyla diketuk dengan jemari yang digenggam.

"Ahhh!" Dyla menyeringai kesakitan.

"Jangan berani keluar!" Amaran Alfan. Kaki Dyla diangkat kasar masuk ke dalam perut kereta. Pintu diayun kuat. Berdentum bunyinya.

Amir telan air liur. Dari tadi dia melihat aksi bertekak kedua-dua manusia itu. Tetapi kurang jelas kerana suara Dyla perlahan, begitu juga Alfan. Suara mereka hanya ada unsur tegas dan keras.

Alfan turut sama masuk ke dalam perut kereta. Muka kedua-duanya tegang.

"Er... aku rasa, kita dah boleh gerak sekarang." Amir mengajak Liyana masuk ke dalam bas. Ngeri melihat pertengkaran tadi.

DUA-DUA senyap dalam kereta. Radio juga tidak dihidupkan. Dyla yang terasa sejuk terus menurunkan tingkap. Tidak peduli pendingin hawa hidup atau tidak.

"Aku pasang aircon, kan? Yang kau pergi buka tingkap kenapa?" Alfan jeling Dyla.

"Sepatutnya saya naik bas, kan? Yang pergi paksa saya naik dengan awak kenapa?" Dyla membalas.

"Kau nak sambung bertekak dengan aku lagi ke?" Alfan menduga.

"Kalau itu yang boleh buatkan awak berhenti ganggu saya dan persalahkan saya sebab masa lalu saya yang hampir sama cerita dengan awak... saya sanggup bertekak dengan awak sampai habis suara." Sekali nafas Dyla berkata. Pandangannya masih di luar tingkap.

Alfan menaikkan kembali cermin tingkap menggunakan punat automatik yang berada dalam kawalannya. Cermin tingkap naik kembali.

Dyla merengus. Dia menurunkan kembali cermin tingkap itu.

Alfan menaikkan.

Dyla menurunkan.

"Kalau kereta aku rosak, kau nak bayar lagi ke?" sindir Alfan.

"Saya boleh pinjam duit untuk bayar hutang awak." Menjawab.

"Dengan siapa?" Kening Alfan terangkat sebelah.

"Sesiapa saja."

"Boleh tak kau jangan degil?"

"Funny. Sebab saya pun nak tanya soalan yang sama dekat awak. Boleh tak awak jangan degil and accept what past is past?" Dyla kerling ke kanan.

Alfan diam.

Keadaan kembali reda bila kedua-duanya mendiamkan diri. Perjalanan yang sudah mencapai tiga jam langsung tidak membuatkan dia mengantuk. Alfan akhirnya mengalah dan membiarkan cermin tingkap diturunkan. Pendingin hawa dimatikan.

Seketika kemudian, Dyla mengeluarkan telefon bimbitnya. Baru ada line! Aplikasi WhatsApp dibuka.

Dyla: Alfan...

Lelaki itu tidak membalas. Sibuk barangkali. Dyla merengus. Nama Shah pula dicari.

Dyla: Shah?

Shah: Yup. Dah balik?

Dyla: Shah, kalau kita suka seseorang, better untuk kita diamkan, atau bagi tahu?

Shah: Kalau selaku pelajar, diamkan. Nanti studi tak fokus kalau bagi tahu. Kalau dah bekerja, dah ada gaji sendiri, dah sedia untuk bina rumah tangga, bagi tahu.

Dyla: Kalau awak?

Shah: Diamkan.

Dyla: Okay.

Shah: Kenapa? Awak ada suka someone ke?

Dyla: Taklah. Kawan...

Shah: Nasihat dia... Habiskan belajar dulu. :)

Dyla: Okay :)

Air mata menitis. 'Cubalah sekali aje memahami. Tolonglah...! Sekali aje awak faham apa yang orang cuba sampaikan. Suka seseorang bukan benda mudah untuk disembunyikan. Bukan mudah sampai orang letih, Shah.'

Menangis dalam diri adalah yang paling menyakitkan. Tidak boleh diluahkan, tidak boleh juga ditunjukkan. Terseksa.

"NAK pergi toilet tak?" Alfan membelok masuk ke R&R.

Dyla menggeleng. Kepalanya masih membuang pandang ke luar tingkap. Tidak mahu memandang lelaki ego di sebelahnya ini. Letih asyik tengok muka dia.

"Tunggu sini!" Alfan keluar dari perut kereta.

Sepuluh minit kemudian, Alfan kembali ke kereta dengan satu plastik air dan jagung rebus di tangan.

"Makan." Jagung itu diserahkan kepada Dyla.

"Tak nak." Dyla enggan. Jagung pun dia tidak mahu pandang sebab nanti nampak tangan lelaki itu. Kalau boleh, seluruh tubuh lelaki itu dia tidak mahu lihat.

"Muka kau tu dah la pucat. Dari semalam tak makan. Makan jagung ni!" Jagung masih disua.

"Saya tak nak. Tak mahu. Awak faham bahasa Melayu, kan?"

"Dan kau pun faham bahasa Melayu, kan? Bila aku kata makan, makan!" Keras suara Alfan.

'Ah! Kau nak aku ikut kepala kau, kepala aku kau tak nak ikut pula?' Dyla rampas kasar jagung di tangan Alfan.

Alfan tarik tali pinggang keledar. Namun lain pula yang berlaku pada Dyla.

Tali pinggang keledar dilepaskan, lantas pintu dibuka. Tong sampah berhampiran dirapati dan... BAM! Jagung rebus selamat mendarat ke dalam perut tong sampah hijau itu. Alfan ketap gigi.

Dyla masuk semula ke dalam kereta.

"Jangan paksa saya makan kalau saya kata tak nak." Dyla merebahkan kerusi. Mata dipejamkan. Badannya dicondongkan sedikit ke kiri membelakangi Alfan. 'Aku tidur lagi bagus.'

"Degil!" Alfan menghidupkan semula enjin kereta.

DYLA diam. Alfan juga. Entah mana Si Alfan ini bawa Dyla, gadis itu pun tidak tahu. Malas mahu ambil tahu. Berada di tepi jalan atas bukit dengan memandang ke bawah, seakan tempat ini mereka yang punya.

Alfan keluar dari kereta untuk menghirup udara segar.

"Kalau dah namanya gila tu, gila juga. Matahari mencacak macam ni pergi keluar, lagilah gila!" bebel Dyla sendirian. Dia menaikkan cermin tingkap dan menghidupkan pendingin hawa. Jam di pergelangan tangan sudah hampir menginjak ke asar. Sempat mereka berhenti untuk solat jamak zuhur dan asar di R&R tadi.

Cermin tingkap diketuk dari luar. Dyla memandang dengan lirik mata malas. Cermin tingkap diturunkan.

"Keluar!" arah Alfan.

"At nine a.m, yeah sure. Tapi sekarang dah pukul empat lebih. Matahari bukan lagi bagi vitamin."

"Aku kata keluar, keluarlah!" 'Kenapalah budak ni susah sangat nak dengar kata?'

"Sampai bila awak nak tinggikan suara? Macam ni yang awak nak saya setuju kahwin dengan awak?"

Alfan tahan sabar.

"Fine!" Alfan kembali memandang ke langit yang membiru. Dia cuba menahan marah.

'Alfan, kau bukan seorang yang panas baran. Kau bukan... bukan....'

PINTU kereta dihempas kuat. Dyla melangkah masuk ke dalam rumah sewanya tanpa sepatah perkataan pun pada lelaki itu.

Alfan menggenggam penumbuk. 'Tak reti nak berterima kasih langsung'

Kereta Alfan terus meluncur laju bila Dyla langsung tidak menoleh hingga hilang di balik pintu rumah sewa.

"Lambat kau balik?" Saadah yang baru selesai mandi, turun dengan tangan sibuk mengelap rambut.

"Beg aku tadi tertinggal dalam bas. Kau ada ambilkan tak?" Dyla mengelak untuk menjawab soalan itu. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan.

"Ada. Aku dah letak kat bilik kau."

"Thanks. Aku nak mandi kejap." Dyla melangkah naik ke tingkat atas dengan lemah.

"Kau okey?" Saadah sebenarnya hendak tanya tentang hubungan Dyla dengan Alfan. Sesi bertekak tadi nyata mengejutkan satu bas!

"Aku okey." Dyla sengih sedikit.

Saadah lega.

"Pergilah mandi. Busuk!" gurau Saadah.

KEPALA terasa berat sekali. Bunyi WhatsApp dibiarkan. Baik Alfan Si Penyayang atau Shah, dia tidak peduli. Kepalanya sakit. Banyak sekali masalah yang difikirkannya. Hutang dengan Alfan Si Penyayang pun tidak tahu macam mana hendak bayar. Entah bila tahun akan habis kalau setiap bulan bayar RM100. Namun sekurang-kurangnya dia lega juga. Lebih baik berhutang dengan si penyayang daripada dengan si egoistik!

Alfan: Sorry lambat. Baru habis mesyuarat.

Dyla menoleh ke arah jam. Sembilan malam.

Dyla: Baru habis mesyuarat?

Alfan: Yup. Ayah dapat projek baru :)

Dyla: Ouh. Congrats!

Alfan: Btw, kenapa?

Dyla: Erm? Nothing.

Alfan: Tak mungkin nothing.

Dyla: Saje. Rindu lama tak WhatsApp.

Alfan: Haha. Orang tu rindu kitalah... Terharu :D

Dyla: Haha.

Alfan: Hey, kenapa ni?

Dyla: Alfan, awak marah tak waktu orang tinggalkan awak dulu?

Alfan: Why so sudden? Selalunya awak yang marah kalau orang bangkitkan isu ni.

Dyla: Jawablah... Marah tak?

Alfan: At first memang marah. Er... Actually bukan marah pun, sakit hati.

Dyla: Is it damn hurt?

Alfan: Yeah.

Dyla: Awak tak pernah maafkan orang?

Alfan: I am thinking about forgiving you.

Dyla: Kiranya tak pernah maafkan, lah?

Alfan: Ahaha. It is all past. Kenapa tiba-tiba?

Dyla: Awak ada sepupu atau sesiapa yang namanya Alfan juga?

Alfan: Nope. Ni mesti pasal si egoistic tu.

Dyla: Em. Better orang get rest. Penatlah camping.

Alfan: Okay. Feel free kalau nak cerita.

Dyla: Of course.

Alfan: Good night Dyla.

Dyla: Good night.

'Aku silap, atau dia yang betul?'

"It is not a big deal to them, to me. Cuma pada awak... pada awak semuanya nampak besar!"

'Dah lapan tahun, Alfan pun masih tak lupakan cerita tu. Masih tak maafkan. Macam mana aku boleh kata it is not a big deal sedangkan ia yes it is?'

Dyla letak lengan di atas dahi. Air matanya meleleh. 'Karma mungkin? Shah langsung tak nampak aku sebab karma, mungkin?'

"MENGHILANG macam tu aje, macam mana adik nak bawa company ayah ni?" Alif membebel. Kehilangan Alfan selama dua hari benar-benar membuat darahnya menyirap. Tetapi disebabkan adik, dia lenturkan suaranya.

"Abang..." Alfan angkat kepala.

"Apa?" Alif kerut dahi.

"Abang ingat tak berapa lama abang duduk dekat sebelah rumah Kak Murni dulu?"

"Huh?" Alif terus terpinga-pinga.

"Abang sanggup tinggal dengan orang yang abang tak kenal, tebalkan muka mintak tumpang dengan jiran kat kampung Kak Murni semata-mata nak ambil hati mak ayah Kak Murni. Abang ingat tak bila abang melutut tengah panas depan rumah Kak Murni? Itu apa yang abang cerita dekat adik, benda yang abang tak cerita apatah lagi?"

Murni tahan ketawa. Kalau diingatkan lagi kejadian beberapa tahun lepas, memang kelakar.

Alif ingat lagi. Tiga minggu dia di kampung Murni semata-mata mahu meyakinkan kedua-dua orang tua isterinya itu. Bila balik sahaja ke rumah, orang pertama yang dia cari ialah Alfan. Bukan main panjang lagi e-mel kepada adiknya. Menceritakan kisah cinta terlarang dia dan Murni. Konon hebatlah dia bila ayah Murni beri kebenaran untuk menikahi anaknya.

"Apa sebenarnya adik nak cakap ni?"

"Mana tumpah kuahnya kalau tak ke nasi? I did the same thing." Alfan tarik segaris senyuman.

Bulat mata Alif. Dia memandang isterinya yang sedang mengupas buah epal.

"Cuma adik taklah sekuat abang nak berlutut dalam panas terik lama-lama. Tak juga tebal muka nak pergi tumpang khemah orang. Adik pergi as a gentleman." Alfan puji diri.

"Murni, tutup lampu!" pinta Alif. Dia duduk di sofa bersebelahan dengan adiknya. Bibir sudah sengih.

"Cerita cepat! Mesti seronok ni." Alif teruja.

"Abang, Murni nak kupas epal tak nampaklah dalam gelap..." keluh Murni.

"Tak payah kupas. Bagi aje abang makan sebiji."

Murni jongket kening.

Alfan ketawa. Terasa hero.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: