Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13

"KENAPA lambat?" herdik Amir.

Dyla diam. Amani di sebelah turut sama menunduk. Alfan berpusing ke belakang. 'Orang lain dah habis solat, baru dia orang nak datang?'

"Saya dah bagi tahukan, jangan lambat!" tinggi suara Amir. Amir pandai jaga bahasa. Bila hanya berdua dengan teman-teman yang dia kenal, "aku – kau" menjadi bahasa diri. Tetapi bila formal, dia menggunakan "awak – saya".

"Maaf." Dyla bersuara lemah.

"Awak berdua akan didenda. Cuci pinggan semua orang lepas makan tengah hari nanti!"

Alfan hanya memerhati dari jauh. Tidak terniat untuk membantu.

DYLA bergelak ketawa dengan Amani sambil mencuci pinggan. Entah apa yang kelakar, Alfan pun tidak tahu. Adilah dan Saadah telah diberi amaran supaya tidak membantu teman sekhemah mereka.

"Bibir akak pucat," tegur Amani.

"Eh?" Dyla menyentuh bibirnya.

'Sentuh-sentuh bibir pula dia!' rengus Alfan.

"Dyla, maaflah menyusahkan kau." Ikram letak pinggan ke dalam besen.

"Salah aku juga."

"Nak aku tolong cakap dekat Amir ke?"

"Kawan pun, kalau langgar perintah kena denda juga."

"Kau letih sangat ke Dyla? Muka kau pucat!" Giliran Ikram menegur.

"Tak delah. Aku okey." Dyla ketap bibir.

Petang itu mereka dibenarkan untuk berehat bersama-sama. Sungai menjadi tempat lepak mereka. Gelak tawa mewarnai suasana.

Dyla celup kaki dalam sungai. "Sejuk gila!"

"Kalau tak sejuk..." suara Fariz kedengaran.

"Bukan sungai namanya!!!" Haikal menyambung.

Tawa pecah lagi.

Terus Dyla menepis air dari tepi sungai ke arah mereka.

"Apa ni? Apa ni? Kau nak main water fight? Fine! Let the war begin!" Jeritan Ikram membuatkan semula pelajar turut serta. Perempuan versus lelaki.

Tiada tempat lain untuk Alfan mendaratkan pandangannya. Hanya pada Dyla. Entah apa jadi dengan syarikat, dia tidak tahu. 'Abang ada, tak pe...' fikirnya.

Melihatkan tawa Dyla, Alfan jadi sakit hati. 'Perempuan tu tak boleh gembira!' Entah kenapa dia begitu membenci senyuman gadis itu. 'Macam mana dia boleh ketawa, dia boleh senyum kalau sebelum ni dia pernah permainkan hati orang? Macam mana perempuan ni boleh hidup dengan permainkan hati orang?'

Alfan tidak boleh cerna. Kerana pada dia, menyakiti hati seseorang itu adalah silap paling besar sekali.

Sewaktu ayah meninggalkan dia dan abangnya, hidupnya terumbang-ambing. Kehilangan ibu sewaktu kecil sudah cukup menyeksakan. Ditambah pula dengan ayah yang pergi kepada wanita lain. Membiarkan anak diuruskan bapa saudara.

Sebelum pemergian ayah buat selamanya, harta sudah diberikan. Amanah dijelaskan. Hanya Alif yang berada di sisi ayahnya ketika saat genting. Sedangkan dia di Ireland, menempuh peperiksaan.

Berapa kali harus dia ditinggalkan? Orang yang meninggalkan orang lain ni, macam Dyla ke? Sentiasa ceria dan bahagia?

"Abang Alfan! Jomlah join kita orang!" Ikram tolak rambut basah ke belakang.

Dyla tidak mahu menoleh memandang biarpun lelaki itu sudah mencecahkan kaki masuk ke dalam anak sungai. 'Pedulikan dia!'

"Walaupun Dyla tunang abang, I guess abang kena buat fair game, kan?" Alfan masuk ke sebelah lelaki.

Dyla lirik dengan hujung mata. 'Kesah pula aku? Bila entah aku jadi tunang dia?'

Alfan memulakan peperangan. Air sungai ditepuk kuat menumpu ke arah Dyla. Habis lencun gadis yang duduk di atas batu itu. Dyla mencebik dengan gigi diketap.

"Maknanya saya pun tak perlu pilih kasih, lah kan?" suara Dyla lantang.

Alfan sengih sinis sambil menjongket bahu. Dyla masuk ke dalam sungai. Suku badannya ditenggelami air.

Air ditepuk kuat hingga naik ke rambut Alfan. Giliran Dyla tersenyum puas.

"Seri..." ujar Dyla sambil menjeling.

Terus pelajar lain riuh dan tangan mereka mula menyerang dengan menepuk air. Gelak tawa mereka bergema di dalam hutan.

DYLA naik ke permukaan. Bibirnya yang pucat diketap rapat. Sejuknya air sungai terasa sampai ke tulang! Dyla mencapai tuala yang disangkut atas dahan pokok berdekatan. Usai mengelap mukanya, dia berselubung di dalam tuala itu. Sejuk!

"Cepatnya kau naik! Surrender dah?" jerit Ikram dari bawah.

Dyla senyum. Alfan mencuri pandang.

"Letih!" Lantang suaranya.

"Puihhh! Bukan kau perempuan paling kuat ke?" sindir Ikram.

Dyla hanya senyum. Dia duduk mencangkung. Lutut terasa sangat perit. Rasa macam terkoyak pun ada. Dyla memeluk lututnya. Dia kemudian bangun apabila lututnya terasa tidak selesa.

Jalan selangkah, kemudian dia berhenti. Selangkah lagi, dia berhenti. Semakin sakit pula lututnya. Alfan berkerut dahi melihat Dyla terhincut-hincut.

"Amani, Dyla kenapa?" Alfan mendekati Amani yang galak sekali tawanya di atas batu.

"Kak Dyla? Kenapa dengan dia?" Amani tidak faham.

"Tadi kau orang lambat masuk zuhur kenapa? Kaki dia sakit ke?"

"Oh! Haah. Besar juga luka dia. Tapi dia asyik kata tak apa."

'Luka?'

"Macam mana boleh luka?" Alfan risau.

"Entah. Kak Dyla tak nak bagi tahu." Amani jongket bahu.

Terus Alfan naik ke permukaan. Dengan lencun-lencun itu, dia terus mengejar Dyla. Lengan Dyla direntap kuat. Terkejut gadis itu dibuatnya. Bulat mata Dyla.

"Kenapa dengan kaki tu?" tanya Alfan dengan nada menahan marah.

"Tak de kaitan dengan awak pun, lah." Dyla menarik tangannya daripada pegangan Alfan. Kakinya cuba melangkah. Sekali lagi lengannya direntap.

"Aku tanya, kenapa dengan kaki tu?" Keras suara Alfan kali ini.

"Saya cedera ke, saya penat ke, saya menangis ke, tak de kena-mengena dengan awak." Dyla tenung mata hitam Alfan. Tepat!

"Kau tunang aku. Ingat!"

"Bila masa pula saya jadi tunang awak?" Suara Dyla turut meninggi. Bibir yang pucat dipandang redup oleh Alfan. Dia telan air liur.

"Kau dah terima lamaran aku, sah kau tunang aku dan haram dipinang lelaki lain!" tegas Alfan.

"Kata siapa, hmmm? Kata siapa?" Ah, lelaki ini sudah gila!

"Bila seorang perempuan menerima lamaran seorang lelaki, sah dia menjadi tunang. Sebab makna pinang daripada segi syarak itu sendiri, lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan perempuan itu dan perempuan itu menerima."

Dyla ketawa sinis. "There is no ring and famili involved. Macam mana boleh awak kata kita dah bertunang?"

"Cincin itu adat. Famili itu semua adat. This is about you and me. Ini bukan marriage. Ini engagement. Janji dua manusia. Aku waras, kau pun jawab dalam keadaan waras."

"Well... That's because you force me to!"

"You do have a choice. Dan kau pilih untuk terima. Kau boleh aje tolak, kan?" Alfan buat muka tidak bersalah.

"And I have to face consequences lain yang awak buat, kalau saya terima, right?"

Alfan jongket bahu. Pegangannya dilepaskan. "Terpulang pada kau boleh terima atau tak consequences tu."

"Awak manusia paling kejam."

"Dan kau tak rasa kau pun sama kejam?"

"Kejam for what?" Nada suara Dyla naik semula.

"Permainkan hati orang lain."

"Itu zaman waktu saya kecil. Tak matang. And that's some kind of puppy love..." tegas Dyla.

"Tak rasa bersalah ke?"

"Awak ni siapa sebenarnya?" Dyla ragu. 'Kenapa kau seakan nak balas dendam dengan apa yang aku pernah buat?'

"Sebab aku pernah rasa macam mana perasaan ditinggalkan. Dan sebabkan kau, aku rasa balik sakit tu!"

"It is not my fault awak ditinggalkan. Itu hal awak dengan orang yang tinggalkan awak. Bukan saya. Silap saya cuma bangkitkan isu tu. Itu saja!"

"And kau langsung tak de rasa bersalah?"

"For what?"

Alfan ketap gigi. Tidak mahu membalas. Kerana gadis di hadapannya ini tidak akan pernah memahami. Dia menunduk dan menyentuh lutut Dyla hingga gadis itu menyeringai kesakitan.

"Sakit?" Alfan mendongak.

"Boleh tak awak jangan ada depan saya? Lagi sakit hati saya tengok awak." Dyla menolak tubuh Alfan ke belakang hingga lelaki itu jatuh terduduk.

Dyla meneruskan langkah dengan terhincut-hincut. Sakit macam mana pun, dia rasa lebih selamat dia duduk dalam bilik air. Hanya tempat itu yang lelaki gila ini tidak boleh masuk.

"MALAM ni kita barbeku!" Amir bersorak. Disahut pula oleh pelajar-pelajar lain. Masing-masing kelihatan amat ceria. Hanya Dyla sahaja yang duduk di dalam khemah. Seluar disentengkan hingga ke paha. Membiarkan luka dalam itu kering.

"Tak kena infection ke kak?" Amani masuk ke dalam khemah.

"Kak Adilah dengan Saadah mana?"

"Ada kat luar. Dia orang nak siapkan barang untuk BBQ."

"Oh...." Dyla pandang kembali lukanya.

Amani duduk di sebelah. Tangannya memerah kain bersih yang terendam dalam air panas. Kemudiannya dia lap pada lutut Dyla.

"Thanks," senyum Dyla.

"Amani tengok akak macam stres aje. Kenapa?"

'Stres? Aku dah gila, tahu tak!'

"Tak de apa."

"Muka akak pucat betul."

"Akak letih kut. Sebab dah lama tak join camping."

"Tapi luka akak ni dalam, lah. Akak langgar apa ni?"

"Akak jatuh pagi tadi. Kemudian buat aktiviti lasak lagi. Lutut ni asyik bergesel dengan tanah. Time dalam longkang tu, ada terlanggar benda dalam air tu. Entah apa dia, akak pun tak tahu."

"Sepatutnya akak dah tahu luka tu, janganlah main benda-benda macam tu lagi. Akak boleh dikecualikanlah."

"Rugilah kalau akak tak join buat aktiviti sedangkan orang lain buat."

"Hmmm... akak ni degil, tau!" Amani selesai membersihkan luka Dyla.

"Nak plaster pun tak boleh. Luka akak ni panjang sangat. Bandage ada, akak nak?"

"Tak payahlah. Satu hari ni dia berbalut aje. Akak nak biar macam ni, nak bagi kering."

"Macam mana akak nak keluar nanti?"

"Akak tak join kau orang. Akak nak tidurlah. Letih sangat."

"Hish, akak tak makan lagi ni! Mana boleh tidur aje?"

"Akak tak apalah."

"Nanti Amani bawakan makanan untuk akak, eh?"

"Okey." Dyla senyum hambar. Amani bantu membaringkan Dyla. Luka di lutut ditutup dengan kain batik. Tidak mahu Adilah mahupun Saadah nampak.

"DYLA mana?" Alfan mencari-cari kelibat Dyla.

Adilah toleh kiri dan kanan. Penyepit di tangan masih berada dalam pegangan. Dia telah ditugaskan untuk membakar daging.

"Adah, Dyla mana?" Soalan yang sama ditanyakan kepada Saadah.

"Entah. Amani, Kak Dyla mana?"

"Kak Dyla? Dalam khemah," jawab Amani jujur.

"Dia buat apa dalam khemah?" Alfan mendekati Amani.

"Tidur. Muka dia pucat gila. Dengan luka kat kaki dia lagi...."

Alfan terus berlari menuju ke khemah Dyla. Amani tidak sempat menghalang. Kakinya turut sama diayun mengikuti jejak langkah Alfan.

Zip khemah dibuka. Dyla yang sedang tidur berbalut tuala di tubuh dipandang Alfan. Amani garu kepala.

"Abang Alfan, Akak Dyla tak pakai tudung," tegur Amani.

Alfan kembali menapak ke belakang.

"Kejutkan dia!" arah Alfan. Matanya diarahkan ke pokok besar di hadapan.

Amani patuh. Dia masuk ke dalam khemah dan menggerakkan tubuh Dyla beberapa kali, tetapi Dyla tetap tidak sedar.

"Kak Dyla... Kak Dyla...!" panggil Amani beberapa kali.

Alfan cuba menjenguk, tetapi tubuh Amani menghalang kepala Dyla.

"Dyla kenapa?"

"Abang Alfan, Kak Dyla tak sedarlah. Badan dia panas." Amani tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

"Ha?" Alfan buntu. "Pakaikan dia tudung."

Amani menarik tudung sarung dari beg Dyla di kaki, dan menyarungnya selembut mungkin di kepala Dyla.

"Dah," kata Amani.

"Keluar. Biar abang angkat dia." Giliran Alfan masuk ke dalam khemah. Tubuh Dyla dicempung. Bibir gadis itu pucat tidak berwarna. Alfan membawa Dyla keluar dari khemah menuju ke biliknya.

Kain batik yang menutup luka Dyla terjatuh. Kaki Dyla terdedah. Alfan telan liur.

"Amani, tolong angkat kain batik ni!"

Amani bagai budak suruhan, lakukan apa sahaja yang dipinta. Sempat Alfan mengerling luka di lutut Dyla.

'Perempuan ni gila!'

"Kenapa ni?" Liyana pelik melihat Alfan yang tergesa-gesa ke chaletnya.

"Kak Dyla pengsan. Badan dia panas," jawab Amani.

"Abang bawa dia ke bilik abang. Lebih selesa. Jangan risau, Amani ada..." suara Alfan.

Liyana mengangguk tanda faham.

"Kejap lagi Yana bawa ubat." Liyana segera mendapatkan Amir.

BERPELUH-PELUH Dyla. Sesekali dahinya berkerut. Amani sudah lama terlena di sebelah Dyla.

Alfan hanya memandang kosong muka Dyla yang seakan menahan sakit. Lutut Dyla sudah dibubuh ubat kuning dan seluarnya masih terlipat hingga ke paras paha. Cuma ia ditutup dengan kain batik.

"Sakit?" tanya Alfan rendah.

Tiada sebarang balasan. Dyla masih tidur dengan tudung di kepala.

DYLA terjaga jam empat pagi. Kepalanya terasa sedikit sakit. Lampu tidur yang berwarna oren menarik minatnya untuk dipandang. Lantas pandangan itu tersorot pada lelaki yang tidur di atas kerusi tidak jauh darinya. Di sebelahnya pula ada Amani. Lena tidur gadis itu diulit mimpi.

Dyla baru sedar kakinya tidak berstoking. Tidurnya tadi tidak bertudung. Dia menyelak kain batik. Lipatan seluar masih di tempat yang sama. Lelaki itu nampakkah?

Malu.

Dyla bangun dari katil. Perlahan-lahan dia keluar dari chalet lelaki itu meninggalkan Amani sendirian dengan Alfan.

'Maaf. Akak cuma tak boleh nak pandang muka lelaki tu. Langsung tak boleh!' Nak dikejut, terasa kasihan. Ada juga perasaan takut kalau Alfan turut sama terjaga jika dia mengejutkan Amani.

Dyla kembali ke khemah.

"Dyla?" suara Adilah serak.

"Hmmm. Tidurlah."

"Kau dari bilik Abang Alfan?"

"Hm...."

"Amani mana?"

"Dia tidur lagi. Tak sampai hati nak gerak."

"Kau tinggalkan dia berdua dengan Abang Alfan?"

Dyla senyap. "Kau boleh tolong kejutkan Amani tak?"

Adilah pandang sepi. 'Apa sebenarnya hubungan Dyla dengan Abang Alfan?'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: