Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11

"KAU masak apa, doe?" Dyla bertinggung bersebelahan Ikram. Lelaki itu menjeling Dyla. Tangannya laju mengacau isi kuali. Entah apa benda dalam kuali pun sudah tiada rupa!

"Entah."

"Eleh, merajuk orang tak tolonglah tu..." usik Dyla.

"Dyla, tolonglah!" Faris buat muka kasihan. Keempat-empat mereka mencangkung di hadapan kuali.

Keempat-empat mereka teman sekuliah Dyla. Orang yang tidak pernah dengki dan cari fasal dengannya. Dyla sengih.

"Ini kau masak apa?" tanya Dyla.

"Entah. K tumbuk bayam, lepas tu goreng terus," ujar Haikal.

"Tumbuk? Gila kau orang. Memang tak pernah masuk dapur eh?" Dyla ketawa terkekek-kekek.

"Masuk. Aku nak cuba resipi barulah." K tutup malu.

"Macam ni, lah. Aku tolong kau orang masak satu lauk, nanti kita tukar-tukar lauk. Okey?" cadang Dyla.

Keempat-empat mereka mengangguk tanda setuju.

"Khemah aku masak daging. So, aku ajar kau orang masak sayurlah, eh? Nanti kita makan sama-sama..." sambung Dyla.

Mereka angguk lagi. Dyla ketawa. Macam budak-budak!

"Tadi aku ada nampak betik muda. Kau orang makan betik masak air tak?"

"Pergh! Lauk kampung tu. Nenek aku selalu buat. Satu periuk boleh habis kat aku sorang." Semangat Haikal berkata.

"Kalau kat sini kau makan bagi habis satu periuk, kau tengoklah malam nanti. Jadi sundal bolong kita orang kerjakan kau!" ugut Ikram. Senduk disua ke wajah Haikal. Tersengih-sengih lelaki itu dibuatnya.

"Kau orang pergi ambil bawang, cili, betik..." arah Dyla.

Tidak berapa lama kemudian, Adilah, Saadah dan Amani datang ke khemah Ikram.

"Ada apa yang kita orang boleh tolong?" tanya Amani.

"Jom kita tolong encik-encik abang kita ni memasak. Ni kalau kena tinggal dengan bini, mati kering kebulur!" perli Dyla.

"Mana ada. Silap-silap perut boroi makan fast food hari-hari..." jawab Fariz, tidak mahu mengalah.

"Tengoklah duit tu nak menimbun sampai bila kalau hari-hari dengan fast food!" bebel Adilah.

Sudah hampir habis semester, baru mereka saling bertegur. Kalau tidak, mana nak kenalnya? Setakat bertemu dalam perjumpaan kelab pun masing-masing diam. Tidak ada maknanya hendak pergi dari meja ke meja untuk berbual panjang.

Bila sudah satu kumpulan macam ini, barulah masing-masing tunjuk belang. Mulut kepoh sini sana.

Ketawa mereka bergema. Ahli kumpulan lain hanya dengan teman sekhemah. Tidak sama dengan mereka berlapan. Campur lelaki perempuan makan sama-sama dan bertukar-tukar cerita.

"UNTUK malam ni punya aktiviti, kita camp-fire aje. Merapatkan ukhuwah antara ahli-ahli kelab yang lain. Para teruna, sila siapkan camp-fire kita!" arah Amir.

"Oh my gosh! I dara okeyyy." Syahir berlagak lembut. Dengan gaya tangannya dilembutkan, membuatkan semua pelajar ketawa.

"Dara eh?" Amir mendekati.

"Kenapa you ni dekat-dekat? You jangan, I jerit nanti." Syahir silang tangan di dada.

"Tergoda dengan perfume you," usik Amir.

"Well, ini perfume peluh campur bau kelelakian sikit. Wangi, kan?" Syahir kunci kepala Amir. Mentang-mentang mereka teman rapat.

"Busuk ahhh ketiak kau!" Amir menolak jauh Syahir.

"How dare you. I pakai deodoran cap Pak Meon hokkay!" marah Amir dengan lirih suara manja perempuan gedik.

Dyla hampir terhambur tawanya.

"Kau tak mandi eh, Syahir?" serkap Amir.

"Kain batik I tertinggal kat rumah. I tak biasalah mandi pakai baju. I, kan perempuan Melayu terakhir."

"Puihhh! Loya tekak aku!" Amir meluku kepala Syahir. Ketawa masih bersisa.

"Dah! Yang lain tu, siapa tak mandi lagi, pergi mandi. Jangan jadi macam sotong ni. Bau boleh kasi pengsan orang seminggu! Pukul sembilan setengah malam, kita berkumpul semula. Waktu tu, make sure unggun api dah siap. Kalau tak siap, jagalah kau orang. Semua kena denda!" tegas Amir.

"Dyla, kau nak pergi mandi ke?" tanya Saadah.

"Haah. Melekit dah badan aku."

"Tak nak tunggu sampai habis program?"

"Tak naklah. Aku takut kejap lagi dah letih, terus terlena."

"Hmmm... nak ikut jugalah mandi."

"Jom!"

Amani dan Adilah turut sama mengekori hingga ke bilik air awam. Takkan hendak mandi sungai malam-malam begini? Silap-silap pijak batu licin, boleh tergelincir. Sejuk pula tu!

Selesai mandi dan bersiap, Dyla keluar dari bilik air dengan berpakaian lengkap. Berkain batik dan kemeja-T lengan panjang, namun berseluar panjang di dalam. Mereka tidak ada pula menyatakan kod pakaian macam mana. Ada sahaja yang pakai baju tidur dari kepala hingga ke kaki!

Selepas berkemas sedikit khemah masing-masing, semua berkumpul berdekatan unggun api. Ada dua unggun api dinyalakan. Dua kumpulan dibahagi. Setiap kumpulan terdiri dari sepuluh orang perempuan dan sepuluh orang lelaki. Satu kumpulan diketuai Amir, dan satu lagi Liyana.

"Kita camping ni pun tak ramai sangat. Satu bas aje. So, bolehlah kita lenggang sikit nak buat aktiviti. Malam ni kita orang tak naklah kau orang letih-letih. Kita orang nak kau orang rehat secukupnya untuk aktiviti esok. Qiamullail akan bermula pada jam empat pagi. Kita masuk tidur pukul sebelas, ya..." tutur Liyana.

"So, kita ice-breaking untuk malam ni. Mula dengan belah kanan saya. Kenalkan diri. Nama, umur, course, tinggal kat mana dan apa-apa ajelah yang awak nak tambah." Liyana toleh ke arah Fakriah.

Jelingan Fakriah macam ada laser. Marah lagi fasal petang tadi kut? Hehe.

"Nama saya Fakriah. Umur saya dua puluh tiga. Saya tinggal kat Bangi. Boyfriend saya Amir...." Jujurnya! Kedengaran suaranya seperti menekan nama Amir. Dalam hati, Liyana mencebik. 'Aku tak terhegeh pun dekat laki kau, lah!'

Masing-masing memperkenalkan diri hinggalah sampai giliran Dyla.

"Nama saya Nur Haidyla. Panggil Dyla. Umur dua puluh tiga, course Business, tinggal di Johor." Tamat. Itu sahaja yang dia ingin orang tahu mengenainya.

"Tambah lagi satu pasal diri awak, Dyla..." pinta Liyana.

"Hm? Hm... saya anak sulung daripada tiga adik-beradik."

"Patutlah muka garang aje. Kak long rupanya," usik Fariz.

Dyla sengih. 'Muka aku garang eh?'

Selesai Adilah memperkenalkan diri, Liyana dipanggil Amir.

"Kejap eh. Nanti kita sambung balik." Liyana bangun dari sebatang kayu tua yang sudah rebah.

Entah apa yang dibisikkan mereka, Dyla langsung tidak kalih ke belakang. Unggun api lebih menarik minatnya.

"Okey semua. Dengar sini!" Amir menepuk-nepuk tangan minta perhatian. Bunyi cengkerik kedengaran bila semua pelajar diam dan berpaling ke belakang menghadap Amir. Dyla benar-benar terkejut. Matanya tidak berkelip memandang.

"Ini Alfan. Sepatutnya kita semua panggil dia Abang Alfan. Sebab dia lagi tua daripada kita. So, dia akan mewakili pihak dekan untuk pantau aktiviti kita selama tiga hari dua malam kat sini," ujar Amir.

Dyla rasa macam mahu pengsan bila Alfan memandangnya tepat.

'This is the worst nightmare I have ever get.'

"Okey. Jom kita sambung sesi ice-breaking kita." Liyana kembali duduk di tempatnya. Alfan yang berkemeja-T hijau, berseluar track turut menyertai kumpulan Liyana. Dyla tidak tahu hendak lari ke mana.

"Okey, disebabkan Abang Alfan kita kat sini, apa kata Abang Alfan join ice-breaking juga. Perkenalkan diri." Liyana senyum ikhlas.

Alfan sengih. Muka nakal terserlah. Bibir bawah digigit tetapi tetap tersenyum.

"Nama, Alfan. Umur dua puluh lima."

Itu sahaja. Dyla tenung Alfan. Dua puluh lima? Hm....

"Abang Alfankan orang special, ceritalah lebih sikit." Haikal mendesak.

"Lebih?" Mata Alfan tertancap pada Dyla yang sudah pucat.

"Abang belajar kat mana sebelum ni?" Haikal membuka mulut lagi.

"Lepas SPM, ayah abang hantar abang ke Ireland. Sebab ayah pun ada projek dekat sana for about few years. So abang tinggal dengan ayah kat sana. Bila projek ayah siap, abang still duduk sana untuk habiskan my degree."

"Wuuu... Ireland. Abang ambil medic ke?" tanya Fariz pula.

"Taklah, abang ambil Business. Sebab ayah abang cuma ada dua orang anak which is me and my abang. So, abang kena sambung kerja ayah."

"Ohhh! Abang dah kahwin?" Ikram menggedik.

Dyla buntang mata. Dia menunduk. Alfan pandang Dyla.

"I am planning to..." jawab Alfan sambil matanya masih merenung Dyla.

"Bila?" Adilah pula bersuara. 'Aku rasa macam pernah nampaklah lelaki ni...' fikirnya dalam diam.

"ASAP." Mereka diam sebentar sebelum Alfan menyambung.

"Actually abang datang sini to get the answer." Dyla telan air liur. Makin ke bawah kepalanya menutup muka.

"Jawapan apa?" Liyana garu kepala.

Alfan bangun dari tempat duduknya. Kaki melangkah mendekati Dyla. Makin dekat dan makin dekat. Alfan berdiri tegak di hadapan Dyla. Saadah yang berada di sisi Dyla menyiku gadis itu. Baru Dyla angkat kepala. Terkejut melihat bayang kaki di hadapannya, Dyla mendongak. Bertambah terkejut bila Alfan kini berdiri tegak di hadapannya.

"I am planning to marry her... and I need the answer now!" Lantang suara Alfan hingga membuatkan kumpulan Amir turut berpaling melihat apa yang berlaku.

Dyla gigit bibir bawah sambil menunduk. Dahinya berkerut.

"Dyla ke tunang yang kita dengar tu?" Bisik-bisik suara pelajar lain.

"Yalah kut! Takkan dia nak melamar perempuan lain pula?"

"Tak sangka, kan?"

"Untunglah dia."

"Macam mana dia kenal Abang Alfan?"

"Anak sedara dekan pula. Patut la dapat perhatian lebih."

Dyla rimas.

"I need your answer now." Alfan masih fokus pada Dyla. Terus Dyla berdiri.

"Saya nak pergi toilet kejap." Dyla lantas berpaling. Namun tiba-tiba telinganya terdengar bunyi-bunyi suara yang terkejut. Dyla menoleh kembali. Alfan melutut. Bukan melutut gaya melamar... melutut macam dia tu pesalah! Kedua-dua belah lutut di tanah.

"Apa awak buat ni?" bisik Dyla.

"Jadi isteri saya?" Alfan mendongak.

'Saya? Bila masa dia sopan ni?'

"Bangunlah." Dyla serba salah. Mata-mata yang memandang mereka menakutkan.

"Jadi isteri saya?" tanya Alfan buat kali kedua.

"Bangun dulu... nanti kita bincang," suara Dyla masih berbisik.

"Jadi isteri saya?" Kali ketiga. Suara Alfan sedikit pun tidak turun. Masih biasa dan boleh didengari oleh orang lain.

Dyla pejam mata. Bibir bawah digigit. Hampir menitis air mata. 'Apa aku nak jawab?' Dengan mata-mata yang memerhati... Dyla bingung.

"Saya takkan bangun selagi awak tak beri jawapan yang saya nak."

"Kita bincang lagi sekali, okey?" Dyla cuba memujuk.

"Awak putuskan pertunangan kita untuk lelaki lain. Ni tak adil!" Alfan bersuara. Mimik muka pelajar lain berubah.

"Dia ada lelaki lain?"

"Tak baiknya buat orang macam tu! Kena kat dia nanti baru tahu."

"Putuskan? Sedihnya!"

Bermacam-macam lagi komen yang keluar dari mulut rakan-rakan yang lain. Berbagai-bagai persepsi yang didengari, dan semuanya bersuara atas dasar tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku antara pasangan ini. Adilah dan Saadah hanya mampu ternganga. Drama apa ni?

Dyla juga ingin menjaga nama baiknya. Sudahlah sememangnya dia tidak disukai teman sekuliah kerana keakrabannya dengan pensyarah. Jadi dia perlu jaga nama baiknya juga. Dia perlu!

"Saya tak putuskan pertunangan kita sebab lelaki lain. Saya cuma... cuma... cuma belum bersedia."

"Dyla, kau pernah bertunang?" Adilah goyang lengan Dyla.

'Crap! Lelaki ni disasterlah!'

"Terima ajelah. Belum bersedia tu bukan alasan. Kalau kau tak sedia, tak de nya kau setuju nak ikat tali pertunangan."

Suara sumbang yang menyakitkan hati. 'Kau tak tahu cerita sebenarlah, gila!'

"We work this out together. Trust me!" bicara Alfan.

Dyla memandang redup mata Alfan minta belas kasihan. Tetapi lelaki itu langsung tidak mengendahkan dan hanya mementingkan diri sendiri.

"Okey..." rendah suara Dyla.

Alfan senyum. Baru dia bangkit daripada melutut.

Pelajar lain siap bertepuk-tepuk tangan. Tiada satu pun yang tahu apa yang sedang dia rasakan sekarang. Tiada siapa yang tahu....

DYLA tidak dapat melelapkan mata. Dalam kepalanya asyik terfikirkan Shah. Lengan diletakkan di atas dahi. Fikirannya kusut. Serabut.

Air mata tidak guna menitis. Tetapi air itu tetap tidak mahu berhenti daripada mengalir keluar. Dyla bangun perlahan-lahan untuk keluar dari khemah. Diharap udara segar di luar mampu menenangkan jiwanya.

"Hebat tak drama aku?" bisik Alfan dari belakang.

Ah, kenapa lelaki ni tak tidur lagi? Mengacau betul. Selesa kut kat chalet depan tu! Dyla segera menjarakkan diri.

"Kenapa tak tidur lagi?" rendah suara Dyla.

"Tak boleh tidur. Sebab seronok sangat." Alfan peluk tubuh sambil menghadap ke arah sungai.

"Seronok permainkan hati orang? Hidup orang?" Pedas soalan Dyla. Tetapi dia berlagak tenang.

"Seronok. Kau patut tengok muka kau tadi. Kelakar gila. Aku tahan aje ketawa tadi. Mesti susahkan nak jawab? Let me guess, kau tak boleh tidur sebab risaukan Shah?" Alfan senyum sambil menoleh ke kanannya. Dyla tarik senyum sinis.

"Congrats! Awak menang award dalam meneka."

"Thanks." Uh, nada suara itu sangat berlagak.

"May you enjoy toying with people's feelings and life." Dyla berkira-kira untuk pergi.

"Chill, lah. Macam kau tak pernah buat benda yang sama." Kaki Dyla terhenti melangkah.

"Memang pernah. Tapi beza saya dengan awak, saya cuma mainkan perasaan orang. Saya tak letak hidup dia orang sebagai permainan untuk saya."

Alfan diam. 'Memang dia ada mainkan hati oranglah, ya?'

Dyla masuk kembali ke dalam khemahnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: