Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1

"KELAS maintain pukul empat, kan? Aku nak pergi Shah Alam kejap. Nak beli barang. Jangan anjakkan kelas pula!" kata Dyla kepada teman sekelas.

Masing-masing mengangguk tanda faham. Namun kedapatan juga mata yang sudah mula bersinar jahat.

"Kau nak beli apa sampai ke Shah Alam?" tanya Ikram.

"Adalah...." Dyla mencari-cari kunci kereta di dalam beg kuliahnya.

"Apa yang kau cari?" Ikram turut sama menghendap.

"Kau ngendap apa, ha? Sibuk nak tengok dalam beg orang. Aku cari kunci kereta aku, lah!"

"Ohhh... ingatkan apa!" Ikram mencebik.

Ah! Jumpa.

"Aku pergi dulu."

"Hati-hati bawa kereta tu."

"Iya, iya." Dyla lambai ke belakang. Nafas dihela seraya masuk ke dalam perut Viva.

Terasa bahang. Walaupun baru pukul 11.00 pagi, matahari sudah mencacak tegak atas kepala.

Enjin kereta dihidupkan. Pendingin hawa turut sama dihidupkan. Angin panas keluar mengena wajah 'sunburn' Dyla. Sementara menunggu enjin kereta panas, Dyla membelek muka.

'Sunburn teruk gila! Ni kalau balik kampung, mintak nenek perah susu kambing. Nak berendam dalam susu kambing. Aci tak?'

Sedang dia asyik membelek wajah, cermin tingkap keretanya diketuk kuat dari luar. Terkejut dibuatnya. Boleh gugur jantung dari bronkus.

Cepat-cepat cermin tingkap diturunkan secara automatik.

"Ha, kenapa?" Dahi Dyla berkerut menahan terik matahari dari luar.

"Nak pergi mana?" tanya Shah dengan buku penuh di tangan. Baru keluar perpustakaan barangkali.

"Nak pergi Shah Alam kejap. Kenapa? Nak teman?" sengih Dyla. Shah turut sama tersenyum.

"Ada kelas tak?" soal Shah.

"Ada. Pukul empat nanti. Awak?"

"Ada, pukul satu. Ni nak balik rumah kejap. Mandi and study sikit."

"Oh! Nak orang hantarkan?" pelawa Dyla. Dalam hati penuh mengharap agar Shah akan ikut.

"Hmmm. Tak pelah. Motor tu siapa yang nak bawa? Takkan nak tinggal macam tu aje?"

Dyla memuncung. Betul juga!

"Malam nanti free tak?" Shah bertanya. Bunyinya seakan mengajak untuk makan malam. Berdua. Hanya dia, dan Shah. Bulat mata Dyla. Dalam hati, anggukannya laju sekali macam mahu terputus urat leher.

"Hmmm... free rasanya. Kenapa?" lagak Dyla. Cuba menjulang ego.

"Makan, jom?"

"Hmmm..." sengaja mengambil masa. Konon mencongak masa yang ada.

"Kalau tak free, tak pelah. Lain kali ajelah." Shah meluruskan kembali tubuhnya daripada menunduk tadi.

"Eh, free!!!" jerit Dyla cepat dan kuat.

Shah tersengih.

"Jumpa awak malam karang."

"Okey." Dyla gigit lidah.

'Konon nak bajet ego. Nampak macam kau yang terhegeh-hegeh, Dyla!'

DYLA tawaf satu kedai. Gembira hatinya melihat barang yang sudah penuh sebakul. Dia tersenyum puas. Barangan itu kemudiannya diletakkan di atas kaunter.

"Debit card boleh guna tak kat sini?" tanya Dyla.

"Boleh, cik..." jawab si penjaga kaunter.

Selesai membayar semuanya, Dyla sibuk menyimpan barangannya di tempat duduk penumpang belakang sebelum dia sendiri masuk kembali ke dalam kereta. Tika itu baru dia perasan yang telefon bimbitnya tertinggal di dalam kereta ketika sibuk membeli-belah tadi. Terdapat beberapa panggilan tidak berjawab daripada Ikram!

'Dah kenapa?'

Dyla menggeledah beg kuliahnya dan mengeluarkan earphone. Dicucuknya earphone itu ke telefon dan dipasangkan ke telinga. Enjin kereta dihidupkan. Setelah pedal minyak ditekan sedikit, baru Dyla menekan butang untuk menelefon Ikram.

Sementara menunggu panggilannya bersambut, Dyla meliarkan mata melihat kiri dan kanan hinggalah dia masuk ke jalan besar.

"Dyla!" jerit Ikram dari hujung telefon.

"Macam perempuanlah kau jerit macam tu. Apa hal ni?" rengus Dyla.

"Kelas start pukul tigalah, gila!"

"Hah? Bukan tadi kata pukul empat ke?"

"Dia orang anjak kelas jadi awal."

"Shoot! Tadi aku dah cakap dengan budak kelas, kan... yang aku nak keluar. Jangan anjak kelas. Dia orang dah kenapa?" Dahi Dyla berkerut seribu.

"Kau pun satu, dah tahu budak kelas dengki dengan kau, lagi kau cakap macam tu kat dia orang. Memang habuanlah jawabnya. Takkan kau tak tahu yang dia orang tak suka kau?"

"Dengki dengan aku dah kenapa?"

"Kaukan baik dengan semua lecturer. Tak pernah buat masalah."

"Sebab tu aje? Bukannya bermakna aku baik dengan lecturer, aku boleh goyang kaki tak payah baca buku nak final. Busuk hati gilaaa!"

"Dah tu, kau pergi kelas tak ni?"

"Takkan tak pergi? Aku tak pernah ponteng lagi, okey."

"Kau kat mana sekarang? Sempat ke nak sampai balik KL?" suara Ikram bernada risau.

"Aku still kat Shah Alam. Tak pe, aku try ASAP."

"Asap? Kau nak try asap apa? Kau merokok ke?" Ikram lurus bendul.

"Weh gila! ASAP tu, as soon as possible, lah."

"Manalah aku tahu. Kau bercakap, bukannya menaip. Mana aku nampak titik noktah between each alphabets, gila!"

"Aku nak drive."

"Okey. Hati-hati."

Talian dimatikan. Dyla menjeling cermin kanan, mahu memotong. Pedal minyak semakin ditekan kuat. Jam tidak jemu dikerling, ingin memastikan waktu ketika itu. Sempat ke aku nak sampai sebelum pukul dua?

Kala mata asyik bermain auchak-auchak antara jalan raya dan jam di dashboard, Dyla tidak perasan kereta di hadapan sedang berderet tidak bergerak dek kesesakan yang melampau di pusat bandar.

Bulat mata Dyla memandang ke hadapan. Kakinya dengan segera menekan brek sekuat hati. Makin hampir, dan hampir... Kereta masih belum berhenti...

Dummm!

Bunyi kuat, jelas di telinga Dyla sebelum dia hilang pertimbangan. Bunyi hon bertindan dari seluruh pelosok kedengaran. Dahinya terhantuk stereng kereta.

Dyla tidak dapat berfikir untuk beberapa minit. Kedengaran tingkap cermin sisinya diketuk orang. Shah?

Dyla angkat kepala yang terasa berat. Matanya berpinar-pinar memandang ke luar tingkap. Seorang lelaki berdiri teguh di sisi kereta. Lama dia merenung lelaki itu sehinggalah dia betul-betul sedar. Jantungnya berdegup laju bagaikan baru lepas berlari seratus meter. Bukan sebab jatuh cinta, tetapi... sebab takut!

Sekali lagi lelaki itu mengetuk cermin tingkap keretanya. Dyla gigit bibir bawah sambil memandang ke arah stereng. Ngeri mahu memandang wajah lelaki itu. Tambah ngeri apabila dia menyedari bahawa kereta yang dilanggarnya itu bukan kereta biasa-biasa sepertinya.

Dyla cuba menenangkan hati. Mengutip kembali serpihan semangatnya yang berterbangan. Jam di dashboard dikerling. 'Sempat lagi ke nak pergi kelas ni? Dah dekat pukul satu setengah dah ni!'

Dyla melepaskan tali pinggang keledar. Pintu kereta ditolak. Dia berdiri di luar kereta, di tengah-tengah jalan raya yang hanya ada mereka berdua, dengan dua buah kereta yang tersadai.

Lelaki itu sempat mengeluarkan kon dari keretanya dan diletakkan di belakang kereta Dyla.

"Kereta awak kalau repair pun tak sampai sepuluh ribu, kan?" tanya Dyla. Matanya menikam anak mata lelaki tinggi di hadapannya. Lelaki itu seakan terkejut melihat Dyla. Terkejut dengan cara Dyla bercakap kut?

"Saya pun ada kelas kejap lagi. Kita settlekan benda ni cepat-cepat. Kita pergi ke workshop yang terdekat. Saya tahu satu tempat. Awak follow saya dari belakang aje nanti." Dyla masuk kembali ke dalam keretanya tanpa sempat lelaki itu bersuara.

"BERAPA kalau nak repair semua ni?" Dyla menjeling kereta Mini Cooper milik lelaki yang dilanggarnya, Alfan. Lelaki Cina lawan bicaranya itu mencongak harga.

"Dalam dua lebih."

"Dua ratus?"

"Dua ribu la, amoi..." sengih lelaki Cina bertatu naga itu.

"Hmmm. See! I told you. It is not gonna be more than ten thousands." Dyla merapati lelaki Cina tersebut.

"I will pay you two hundred fifty for the deposit. Esok I bayar selebihnya. Take care of that new Mr. Bean's car..." ujar Dyla kepada empunya bengkel.

Alfan terpinga-pinga.

Dyla meninggalkan nombor telefon bimbitnya di atas meja kaunter sebelum terus masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan semula enjin keretanya.

'Habis dah duit elaun sara diri sebulan! Melayang macam tu aje. Kereta kau sendiri, kau tak repair lagi. Kemik juga depan tu!' bisik Dyla sendirian.

Tangan diletakkan di atas gear untuk memulakan pemanduan. Seketika kemudian, pintu kereta tempat duduk penumpang hadapan dibuka dari luar. Terkejut Dyla dibuatnya.

Alfan masuk ke dalam perut kereta dan menutup pintu. Tali pinggang keledar ditarik. Lantas dia memeluk tubuh memandang ke hadapan.

"Excuse me. What are you doing?"

"Apa? Kau dah langgar kereta aku, lepas tu nak lari macam tu aje? No way!" tanya Alfan yang hanya berkemeja-T kelabu bersama seluar jean. Suaranya tidak lantang, tidak juga perlahan.

"Dia orang provide kereta sementara, I believe..." balas Dyla.

"Kau tengoklah kereta aku, Mini kut! Dia orang provide pun Wira. Jauh beza. Mana aku pakai kereta macam tu!"

"Well, ini Viva aje kut. Murah juga."

"Tapi at least ada driver." Alfan mengerling ke kanan. Bibirnya mengukir senyuman.

Dyla terdiam sebentar melihat senyuman itu.

"Kata ada kelas?" Alfan kembali memandang ke hadapan semula.

Dyla merengus. Gear ditukar ke "D".

"CUBALAH drive perlahan sikit. Inilah puncanya kau langgar belakang kereta aku. Tak reti nak bersabar," bebel Alfan.

"Diam boleh tak? Saya nak kejar masa untuk kelas."

"Kelas pukul berapa?"

"Tiga." Sibuk pula mamat ni nak tahu.

"Hantar aku balik rumah dulu."

Dyla jeling. 'Dah naik kereta orang tak bagi salam, lepas tu arah itu ini. Puih! Haram aku nak ikut cakap kau!'

Lama mereka menyepi.

"Eh, eh! Jalan nak pergi rumah aku, simpang ni!" Alfan menunjuk-nunjuk dengan jarinya.

Dyla diam, tidak kuasa melayan.

"Bukan straight! Jalan ni, lah!!!" jerit Alfan lagi.

"Sila diam, kalau tak nak saya tinggal tepi jalan," ugut Dyla.

Alfan terus menyandar. Dahi sudah berkerut tanda protes dalam diam.

"Kampus?" Alfan kerut dahi.

Dyla mematikan enjin dan keluar dari perut kereta tanpa menghiraukan si penumpang tidak diundang. Dia membuka pintu penumpang di belakang untuk mencapai beg kuliahnya.

"Wait! What about me?" Alfan buka pintu sedikit dan mengeluarkan kepalanya. Dyla sudah berada di hadapan kereta.

"Look... I have class at three p.m. Saya dah bagi tahu awak tadi. Awak yang nak ikut sangat."

Alfan keluar dari kereta dan menutup pintu. "Tapi aku expect kau hantar aku ke rumah!" bentak Alfan.

"Ha... kan senang macam ni." Dyla menekan punat alat kawalan untuk mengunci kereta kesayangannya.

"Suka hati awak apa yang awak nak buat. Nak tunggu or nak pergi, ikut suka hati." Dyla terus berlari ke bilik kuliahnya. Sudah lewat!

Alfan ketap bibir. Baru dia teringat sesuatu. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar jean.

"I am glad to see you, Miss Dyla," tegur Encik Anuar.

'Kufikir masuk ke kelas senyap-senyap, dia tak perasan!' Dyla menayang sengih.

"Saya ada masa lebih hari ni. Mind to share your reason of being late with us for about thirty minutes, Miss Dyla?"

Dyla tergamam. 'Tak pernah-pernah orang tua ni baik hati nak dengar cerita sampah yang dikategorikan sebagai alasan daripada pelajar sebelum ni. Pelik ni!'

"I am sorry, sir. I crashed into an accident." Rendah suara Dyla.

"Accident? So macam mana? Are you hurt?" Baru nada Encik Anuar berubah daripada sinis kepada kebapaan.

"I am okay. Tadi saya kena settlekan ganti rugi kereta orang yang saya langgar tu. Tu yang lambat."

"Do you have any trauma or..." soal Encik Anuar bersama riak bimbang.

Bisik-bisik sesama pelajar mula kedengaran. Ada yang sudah mengerut dahi. Menjeling kiri kanan tanda bosan. Sudah pastinya mereka yang dengki dengan Dyla. Tahap kedengkian kini mungkin sudah mencapai tahap dewa.

"I am fine," potong Dyla apabila menyedari riak muka teman sekelas. Berusaha menyabarkan hati dengan tingkah mereka. 'Ni kalau perangai aku macam sekolah dulu, dah lama kena sidekick sampai berdarah hidung.'

"What about your car? Is it okay?"

Dyla buka mulut untuk bersuara, namun bunyi pintu belakang yang terbuka lebih menarik minat mereka yang berada dalam dewan kuliah. Dyla turut tertarik untuk menoleh ke belakang. Matanya buntang melihat tubuh lelaki itu.

"Alfan!" Encik Anuar senyum lebar.

Alfan sengih. Dia menuruni anak tangga satu per satu hinggalah berdiri bersebelahan seorang pelajar yang sedang berbicara dengan pak ciknya. Segera Alfan menyembunyikan riak terkejutnya apabila menyedari siapa sebenarnya pelajar itu. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa Dyla anak didik pak ciknya.

"Uncle..." sapa Alfan, tersenyum mesra.

"Class, meet my nephew, Alfan." Encik Anuar memperkenalkan anak buahnya.

"Saya rasa, saya dismiss kelas awal hari ni. Anak buah saya ni baru balik Malaysia. So saya nak ambil masa sikit nak bersembang. Dyla, pasal lewat masuk kelas tu saya maafkan untuk kali ni sebab awak pun tak pernah buat hal dengan saya."

Dyla hanya mengangguk lemah. 'Anak sedara? Pak cik dia dekan kampus aku?'

"Ikram, boleh pinjam notes tadi tak?" tanya Dyla.

"Boleh. Kau nak aku tolong fotostatkan tak?" Ikram memasukkan buku ke dalam beg galasnya.

"Hm? Kau nak guna notes tu hari ni ke? Kalau tak, aku salin aje."

"Gila kau nak salin? Banyak kut! Setengah jam lewat bukan nota ciput tau!"

"Kalau fotostat mentah-mentah aje, memang tak baca la cerita dia."

"Hmmm... Esok kau bagi aku balik. Aku nak studi sikit." Ikram menghulurkan buku notanya.

"Thanks." Dyla memasukkan buku itu ke dalam beg kuliah. Sempat dia menoleh ke sisi melihat Alfan dan Encik Anuar bersembang. Bibir Encik Anuar mengukir senyuman dan tak putus-putus ketawa. 'Mesti anak sedara kesayangan ni....'

"Dyla, tengok apa lagi? Jomlah!" ajak Ikram.

"Ha? Hm..." Dyla cepat-cepat mengekori Ikram. 'Alfan... nama unik. Tapi memang dah ramai orang nama Alfan. Dulu pun aku ada kawan nama Alfan juga.'

"BAPAK teruk kereta depan kau kemik!" Ikram memerhatikan hasil pelanggaran Dyla dengan Alfan tadi.

"Melebih pula kau. Kemik sikit aje." Dyla buka pintu kereta di bahagian penumpang belakang untuk meletakkan beg.

"Hehehe. Kereta orang yang kau langgar tu teruk ke?"

"Kena dua lebih juga la."

"Dua ratus?"

"Ribu."

Bulat mata Ikram. "Weh! Gila. Mana kau nak cari duit bayar tu?"

"Mintak tolong mak aku la. Apa lagi!"

"Kalau mak kau tak boleh tolong?"

"Hm?" Dyla belum terfikir sampai ke situ. 'Haah, kan? Kalau ibu tak boleh tolong, macam mana?'

"Itu nanti aku fikir lain."

"Kau nak aku tolong kau tak?" Ikram menghulurkan bantuan.

"Tak pe. Kalau aku dah sesak gila sampai tak boleh nampak jalan lain dah, aku mintak tolong kau."

"Nak mintak tolong aku pun susah, kan... kau ni?"

"Bukan tak nak mintak tolong... tak nak susahkan kau. Dahlah, aku balik dulu." Dyla membolos diri ke dalam perut keretanya. Enjin dihidupkan, namun ketukan di cermin tingkap sisi kedengaran. Dia segera menoleh. Alfan. Dyla menjeling. Rimas.

"Nak apa lagi?" Cermin tingkap diturunkan.

"Ganti rugi kereta tadilah." Alfan menghulur tapak tangannya tanda minta pampasan.

"Saya kata esok, kan?"

"Hmmm... macam mana eh? Aku tak boleh tunggu sampai esok."

"Boleh tak bersabar sikit?"

"Tak boleh," jawab Alfan dengan muka selamba.

Dyla merengus. Dia menarik beg kuliahnya dari kerusi penumpang belakang. Kertas dikoyak daripada buku teksnya. Sudah itu sahaja yang boleh dicapainya.

Pen turut dikeluarkan sama. Nombor telefonnya ditulis di atas kertas tersebut.

"Nah, ni nombor saya. Saya takkan lari dari bayar hutang. Awak boleh cari saya." Kertas diletakkan di atas tapak tangan Alfan.

"Aku mintak duit, bukan nombor telefon."

Dyla ketap bibir. "Fine kalau awak tak nak nombor tu." Dyla cuba merampas kembali cebisan kertas yang mengandungi nombor telefonnya, tetapi Alfan terlebih dahulu menggenggam kertas itu dan mengelak daripada diambil.

"Bagilah balik!" Pandangan Dyla tepat ke dalam anak mata Alfan. Lelaki itu menahan ketawa.

"Nombor aje tak cukup nak yakinkan aku yang kau takkan lari."

"Awak nak apa lagi?"

"IC!"

"Awak duduk luar negara lama sangat ni. Mana boleh saya bagi IC saya kat awak. Habis tu saya nak bergerak ke mana-mana, kan dah susah."

"Tak payahlah bergerak. Duduk aje dalam rumah."

"I have my own life!" tegas Dyla.

"Aku pun."

"Dah tu? Tak boleh ke respect privacy saya?"

"What to do? I just can't!"

Dyla malas mahu melayan lantas menaikkan kembali cermin tingkap keretanya. Alfan kelihatan terpinga-pinga. Terus Dyla memecut keretanya membelah dada jalan meninggalkan Alfan terpinga-pinga keseorangan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: