PROLOG
" Chasing after you is possible. But the dream of being with you for the rest of my life could never happen no matter how hard I try,"
-AV
SEDANG sibuk tanganku menulis sesuatu, seseorang mencuit bahuku perlahan. Aku mengangkat kepalaku melihat ke arah gerangan yang menggangguku itu. Seorang pelajar perempuan. Rupanya tidak biasa aku lihat disekolah ini. Mungkin pelajar baharu.
" Kau pelajar baru?" soalku. Dia mengangguk.
" Nama aku Afreana. Aku dengar.. kita sekelas. Jadi boleh aku.. berkawan dengan kau?" soalnya kembali. Aku mengukir senyuman nipis lalu mengangguk bagi menyetujuinya. Kini senyuman teruja terukir dibibir Afreana. Tempat disebelahku didudukinya.
" Nama kau.." aku memintas.
" Qadralyn Amani. Panggil Amani," balasku tanpa melihat ke arahnya. Aku mulai menyambung pekerjaanku yang tergendala sebentar tadi. Afreana mengangguk perlahan. Dia seolah-olah tiada hala tuju apabila aku hanya melayaninya dengan layanan endah tak endah. Bukannya sengaja. Aku tidak terlalu suka bersosialisasi apabila baru sahaja berkenalan. Jadi, jika terasa janggal itu perkara biasa.
Namun, perhatian aku teralih ke hadapan kelas apabila terdengar para pelajar berbisik-bisik. Manakala Afreana pula sudah menongkat dagunya. Menikmati pemandangan dihadapannya kini. Apa yang berada di hadapan kelas? Apabila aku mengalihkan pandanganku, anak mata aku bersatu dengan pandangan redup seorang pelajar lelaki yang sedang berdiri di hadapan kelas.
Andika Raiden. Ketua editor sekolah dan ketua tingkatan atau lebih tepat lagi, orang yang aku sukai. Walaupun aku menyukainya, aku tidaklah menunjukkan perasaan aku sebegitu jelas. Yang pastinya, tiada sesiapa yang tahu tentang perasaan aku terhadapnya. Termasuk Andika sendiri. Seketika kemudian, seorang lagi pelajar lelaki masuk dan berdiri disamping Andika sementara Andika mengambil kehadiran kelas.
Lelaki itu mempunyai mata berwarna biru, berkulit putih seperti gadis, mempunyai hidung yang mancung, bibirnya yang merah bak delima dan kelopak matanya yang terbentuk dengan bentuk fox eyes. Dan yang paling menarik adalah warna rambutnya. Blonde. Itu sememangnya warna asli dan bukannya diwarnakan.
Naqiu Alfred. Salah seorang daripada rakan Andika, mempunyai kacukan Perancis daripada genetik ibunya dan merupakan seorang atlet di peringkat antarabangsa. Oleh itu, Naqiu dan Andika mempunyai fandom mereka sendiri di sekolah. Entah mereka tahu atau tidak.
Sedang sibuk mataku melihat ke arah Andika, Naqiu melambai ke arahku dengan senyuman ceria. Jika gadis-gadis di sekolah ini yang melihat senyumannya itu, sudah pasti mereka akan pengsan. Tetapi tidak dengan aku. Kerana apa? Kerana aku sering bertengkar dengan Naqiu. Seperti anjing dengan kucing. Senyuman yang dilemparkan oleh Naqiu sebentar tadi lebih kepada sinis. Aku menggulingkan bebola mataku lalu menyambung kerja yang tergendala.
" Afreana Dalila. " Satu suara memanggil gadis yang merupakan rakan baruku itu. Suara yang sangat aku kenali. Aku mengangkat kepalaku. Benar. Andika sedang melihat ke arah Afreana apabila Afreana mengangkat tangan dengan riak tersipu malu. Aku menghela nafas perlahan. Menyampah juga.
" Pelajar baru?" soalnya datar. Afreana mengiyakan lalu Andika hanya mengangguk tanpa melihat ke arah Afreana. Tangannya bergerak menulis sesuatu pada senarai nama lalu beredar keluar dari kelas. Manakala Naqiu mengambil tempat duduk yang bersebelahan denganku namun terjarak oleh laluan untuk berjalan di tengah.
" Amani Amani Amani!" Panggil Naqiu sengaja mahu menggangguku dengan senyuman mengusik. Aku menghentakkan pen diatas meja lalu menoleh ke arahnya dengan riak tidak berpuas hati. Sebelah tanganku mulai mencekak pinggang lalu menjungkitkan kening ke arah Naqiu yang sedang menopang dagunya sambil melihat ke arahku.
" Kau rindu muka hensem aku ni tak? Yelah, sekolah kan baru je buka. Kau mesti rindu aku. Kan? " soal Naqiu dengan nada mengusik. Aku menghela nafas kasar. Tidak dapat dinafikan. Naqiu sememangnya mempunyai rupa paras yang kacak dan menarik. Malah dia merupakan seorang atlet yang berpotensi untuk memainkan mana-mana sukan sahaja. Jadi, staminanya tinggi dan dia mempunyai tubuh yang agak tegap tetapi masih terlihat kurus.
" Aku? Rindu kau? Dalam mimpi, Naqiu Alfred." Balasku seraya menjulingkan kedua bebola mata keatas. Menyampah. Kalaulah Andika yang bertanya kepada aku seperti itu, tidak mengapalah juga. Sanggup aku mengaku yang sepanjang percutian sekolah ini aku hanya memikirkan Andika sahaja.
" Dalam mimpi? Maksudnya kau mimpikan akulah kan?" Naqiu tersenyum senget seraya menjungkitkan keningnya beberapa kali. Aku mendengus perlahan. Tak cukup kasih sayang ke si Naqiu ni sampai menagih kasih daripada aku?
" Amani.. siapa ni?" suara Afreana yang menyapa gegendang telingaku menarik perhatian. Aku menoleh ke arah Afreana yang kelihatan begitu tertarik kepada Naqiu. Seperti kemaruk saja jika dilihat. Mungkin kerana rupa paras Naqiu. Namun, sebaliknya pula riak wajah Naqiu apabila mendengar suara Afreana. Riak wajahnya jelas terlihat menyampah dan tidak suka apabila Afreana menyampuk.
" Ini.. Naqiu. Naqiu Alfred, atlet antarabangsa yang orang tergila-gilakan sangat tu." Balasku separa menyindir kepada Naqiu. Naqiu yang mendengar kata-kataku melemparkan senyuman senget.
" Termasuk kau ke yang tergila-gilakan aku?" soalannya itu seolah-olah meminta tanganku untuk melemparkan sebiji penampar pada wajah kacaknya itu. Aku menarik nafas dalam. Sabar Amani. Sabar itu separuh daripada iman. Bukan seperti si Naqiu, tahu mencabar iman orang lain sahaja.
" Tak. Dan tak akan," balasku lagi lalu beredar keluar dari kelas.
" Eh! Amani, tunggu aku!" Belum sempat Afreana bersuara, Naqiu lekas mengejar langkahku yang sudah jauh daripada kelas. Afreana menghela nafas perlahan. Mengapa semua orang hanya tertarik kepada Amani dan bukan dia? Dia pelajar baharu, sekurang-kurangnya bawalah dia ke sekeliling sekolah. Naqiu tidak melihatnya, sama juga dengan Andika. Afreana menopang dagunya kembali dengan riak sedih.
NAQIU menarik hujung lengan bajuku lalu menyuruhku duduk di gazebo sekolah. Aku memeluk tubuh lalu mendongak ke arah Naqiu yang sedang berdiri dihadapanku dengan senyuman sinis. Namun, matanya mengatakan sebaliknya. Lebih kepada.. sedih? Marah? Atau kecewa?
" Amani," panggilnya dengan suara datar.
Aku menelan liur yang terasa berpasir. Aku ada berbuat salah ke? Aku menjungkitkan keningku. Bereaksi seolah-olah aku tidak terkesan dengan ton suaranya yang datar secara tiba-tiba.
" Aku tahu. Kau suka Andika,"
Lima patah perkataan yang terbit dari bibir Naqiu menyebabkan tanganku jatuh daripada memeluk tubuh. Mataku mulai membulat. Tidak sangka dengan pernyataan Naqiu. Dia tahu? Bagaimana? Jika Naqiu tahu, bermakna Andika juga tahukah?
" K-kau.. macam mana.."
" Macam mana aku tahu? Aku nampak, Amani. Cara kau tengok Andika dan cara kau berinteraksi dengan dia. Berbeza dengan cara kau tengok dan berinteraksi dengan aku. Beza sangat. Betul kan apa aku kata? " soal Naqiu berani. Walaupun jantungnya berdegup kencang, mengharapkan bahawa Amani akan menafikan pernyataannya.
" Ya. Betul," balasku. Naqiu tersenyum nipis lalu mengangguk.
" Baik. Itu je aku nak tahu," belum sempat Naqiu beredar, aku menahannya dengan menarik hujung lengan bajunya yang dilipat sehingga ke siku. Naqiu menoleh ke arahku.
" Andika tak tahu kan?" soalku.
Naqiu berharap bahawa Amani akan bertanya tentang keadaannya, perasannya dan apa yang dirasakannya kini. Namun, hampa. Yang ditanyakan Amani hanyalah Andika. Selamanya, Andika mesti mendahuluinya di dalam hati Amani. Naqiu menggeleng perlahan lalu beredar pergi untuk menyendiri. Dia perlukan waktu bersendirian.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro