Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1☕︎

Api di sana sini,jeritan manusia sambung menyambung,darah penuh di lantai,bunyi tembakan menghiasi cuping telinga.

tidak jauh dari kekecohan ini terdapat seorang budak perempuan duduk memeluk tubuh,badannya bergigil ketakutan,tangan kecilnya menutup kedua belah telinganya untuk menghalang bunyi-bunyi menakutkan menyapa telinganya.

"stop stop stop" berkali-kali perkataan itu diulangnya.Matanya terpejam rapat.

"Leyley!" Jerit seseorang.Kanak-kanak perempuan tersebut mengangkat kepalanya.Seorang lelaki mendekati kanak-kanak itu.Tangannya dipenuhi darah,wajahnya juga dipenuhi luka.

"papa" tubuh sasa lelaki tersebut didakap seerat yang mungkin.

lelaki tersebut meleraikan pelukan "dengar cakap papa ok.Leyley kena lari dari sini.Cari orang untuk selamatkan leyley" kata lelaki tersebut.Tangannya memegang erat kedua pipi anaknya.

tidak henti air mata mereka berdua mengalir.

"Papa ikut leyley pa.Kita selamatkan diri.Jom pa" tangan lelaki tersebut digoncang.

Hancur hatinya melihat keadaan puteri tunggalnya yang dihimpit perasaan takut namun dia juga tidak mampu untuk melindungi puterinya sepenuhnya kerana dia perlu berperang mempertahankan kediamannya.

"tak ley tak.I can't.Ramai yang perlukan papa.Kalau leyley sayangkan papa please go.Cari bantuan!! Lari jauh-jauh! Jauh dari sini" Kata Lelaki tersebut.Dia mengangkat tubuh kecil anaknya.

tubuh kecil itu didakap seerat yang mungkin,kepala kanak-kanak itu dikucup dengan penuh kasih sayang.Mungkin ini dakapkan dan kucupan yang terakhir.Air matanya laju mengalir.Sejujurnya dia memang tidak mahu berpisah dengan anaknya tapi dia terpaksa demi kebaikan dan keselamatan orang ramai terutama sekali anaknya.

pelukkan dileraikan "pergi cepat!" Kanak-kanak tersebut memulakan langkah.

Matanya tidak lepas memandang figura bapanya yang kian menjauh,baru beberapa saat dia menoleh kehadapan dua das tembakan kedengaran.Langkahnya terhenti,dia menoleh kebelakang.Matanya terbuntang apabila tubuh bapanya sudah terkujur di atas tanah.

Air matanya laju mengalir.Lelaki tersebut masih memandang anaknya walaupun dia dalam kesakitan."lari...Papa...sayang.....ley...ley" Kata-kata tersebut dapat didengari olehnya.Air mata tak usah dicakap memang semakin deras mengalir di pipi putihnya.

"PAPAAAAA!!!!!!!" Jerit kanak-kanak tersebut.Dia jatuh melutut.Kepala ditundukkan.

***

Fiona menuju ke bilik air. Dia merenung wajahnya pada pantulan cermin sebelum dia berdecit dan menuju ke ruang mandian namun sesuatu menarik perhatiannya. Pisau kecil yang terdapat di bathtub dipandangnya sebelum dia segera berlari keluar.

"Trisha?? Trisha!!!" Matanya melilau mencari figura sahabatnya. Di dapur tiada,di ruang tamu tiada,di luar juga tiada. Kakinya segera dibawa ke tingkat atas.

"Trisha!!" Pintu dibuka tanpa berfikir panjang. Fiona melangkah masuk ke dalam bilik sahabatnya "Fiona?" Trisha memandang pelik ke arah rakannya. Fiona segera mendapatkan Trisha. Tangan Trisha dicapai lalu ditilik.

"aku clean la" kata Trisha. Fiona mendongak memandang wajah rakannya

"abis-pisau dekat toilet tu-"

"Aku tak jadi" Ujarnya perlahan. Fiona memuncungkan bibirnya sedikit "kenapa?" Soalnya. Walaupun serba sedikit dia lega rakannya tidak mencederakan diri namun jauh di sudut hatinya dia tetap bimbang akan sahabatnya itu.

Trisha menghela nafas "entah suara-suara tu still ada dekat dengan aku tapi aku tak cut sebab kita dah janji nak clean sama-sama" ujarnya perlahan. Bibirnya menguntum senyuman kecil.

"Aww im so proud of you" tubuh Trisha ditarik ke dalam dakapannya. Trisha membalas pelukkan Fiona "aku buat semua ni untuk kau tau. Kau dah banyak tolong aku untuk survive" gumam Trisha. Matanya dipejam. Sejujurnya salah satu tempat yang amat selesa ialah dalam pelukkan Fiona.

Fiona mengukir senyuman "im honoured" Kata Fiona perlahan. Selepas beberapa minit akhirnya mereka meleraikan pelukkan "kau rasa tak apa yang aku rasa?" Soal Trisha. Fiona berkerut "rasa apa?"

"Rasa lapar" rungut Trisha sambil mencebik. Fiona mengulingkan bebola mata "dah jom turun kita tengok apa yang boleh masak" ujar Fiona. Dia menarik tangan Trisha kemudian mereka berdua turun bawah menuju ke dapur untuk mengisi perut.

***

Bunyi lagu kuat menghiasi segenap ruang di kelab malam itu. Tubuh-tubuh yang sudah hanyut dengan kekuatan alkohol tidak berhenti menari sambil bergembira. Bau minuman keras,rokok,dadah dan segala bahan terlarang di sana sini.

Tidak kira lelaki atau perempuan masing-masing sudah merempuh batas mereka demi keseronokan dan kebebasan yang jiwa remaja mereka inginkan.

tidak usah dicakap tentang pakaian. Kaum wanita memakai pakaian yang memalukan. Hampir menunjukkan seluruh bahagian tubuh mereka yang sepatutnya ditutup oleh pandangan ajnabi.

Mereka rancak menari mengikut irama lagu yang dihidangkan. Masing-masing sudah hanyut ke dalam dunia yang mengangungkan nafsu dan kegembiraan.

"Ad~you tak dance keeee" wanita tersebut tersengeh.Matanya terpejam. Akibat terlalu banyak air kencing syaitan itu sudah masuk ke dalam tubuhnya jadi dia sudah mabuk dan jauh dari reality.

lelaki tersebut memandang wanita yang sibuk mengstabilkan dirinya untuk diri supaya tidak jatuh.

"You mabuk ni Del" ujar Adrian sambil tersengeh "mana tak mabuk entah berapa botol dia sebat" sampuk rakan Adrian,Armin.

"Adddd i nak balik lah. Bawa i pergi rumah you" ujar Dellyna sambil berbisik di telinga Adrian. Adrian tersenyum senget.

"you nak balik rumah i?" Soalnya

Dellyna mengangguk. Armin menggelengkan kepalanya. Walaupun kelab malam seakan rumah keduanya namun dia tidak pernah mendekatkan dirinya dengan minuman keras.

"ok jom" Adrian mendakap pinggang Dellyna "hati-hati Ad. Kau jangan ikutkan sangat Del tu. Dia mabuk dia tak sedar" pesan Armin. Adrian hanya menganggukkan kepala "takpe aku tahu apa yang aku buat. Aku gerak dulu" Adrian dan Armin fist bump sebelum Adrian membawa Dellyna menuju ke kereta Ferarri merah miliknya.

Dellyna melabuhkan punggung di tempat duduk bersebelahan driver. Adrian masih di luar. Pintu kereta masih terbuka,Adrian mengeluarkan telefonnya dari kocek sebelum number seseorang ditekan dan telefon di letakkan ditelinga.

"yes uncle. Saya ada dengan Dellyna" kata Adrian sambil tersenyum senget.Dia memandang Dellyna yang sudah tidak sedarkan diri.

Memang tak mungkinlah dia ingin membawa Dellyna ke condonya. Dalam keadaan wanita tersebut sedang mabuk memang malas dia ingin menjaga wanita tersebut. Lagipun bukan kerjanya memastikan keselamatan Dellyna terjamin.

Dia buat pun kerana terpaksa disebabkan papa Dellyna ialah sahabat baik kepada papanya.

segala rahsia gelap Dellyna berada kemas di gengaman Adrian dan bila-bila masa sahaja dia boleh sebarkan sekiranya wanita tersebut cari masalah dengannya.

☘︎There are wounds that never show on the body that are deeper and more hurtful than anything that bleeds.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro