Bab 9
SELEPAS waktu Isyak, baru lah Alden pulang ke rumah. Rutin setiap kali malam jumaat, dia akan ke Rumah Anak Yatim Bonda Salmah. Lepas maghrib akan ada bacaan yaasin dan jamuan untuk penghuni-penghuni di situ. Sudah hampir dua tahun begitu, sejak dia berkenalan rapat dengan Bonda Salmah.
Usai membersihkan diri, Alden turun ke ruang tamu mendapatkan ahli keluarganya yang lain. Melihatkan riak ceria yang terpancar pada wajah-wajah manusia di situ, buat dahi Alden berlapis-lapis. Ruang kosong di sebelah abangnya, Alvian diambil. Bantal kecil berbentuk petak diambil dan dipeluk.
"Kenapa muka semua orang macam happy terlebih je ni? Ada apa-apa yang angah terlepas pandang ke?" soal Alden, pelik. Alvian sengih di sebelah. Memang Alden terlepas pandang! Baru tadi dia mengatakan perancangannya mahu memperkenalkan Joviana kepada ahli keluarganya dalam masa terdekat.
"Along kamu ni lah. Nak bawak girlfriend dia datang sini," Puan Sri Bethany menjawab sambil melirik anak sulungnya itu. Mendengarkan itu, terus kepala Alden terteleng ke kanan. Wajah Alvian dipandang lama.
"Serious, along? Tak pernah tahu pun kau ada girlfriend! Pandai eh kau sorok."
"Sekarang dah tak sorok dah." balas Alvian.
"Bila along nak bawak dia datang sini? Amanda dah tak sabar nak jumpa dia! Mesti cantik kan? Taste along bukan besye-besye." Amanda dah bersinar-sinar matanya. Yalah! Tak lama lagi dia bakal dapat kakak ipar! Merasa lah dia ada kakak sementelah dalam keluarga ni dia seorang sahaja anak perempuan. Sadis sungguh!
"Dalam masa terdekat ni," jawab Alvian.
"Tahu lah dalam masa terdekat ni, tapi bila tarikhnya? Cuba bagitahu berapa hari bulan, hari apa, pukul berapa, minit ke berapa..."
Arfel di sebelah dah menyiku kepala si adik.
"Eh-eh! Kau pulak yang melebih ya, Manda?" sindir Arfel.
"Diam lah, abang. Abang bukannya faham apa perasaan Manda bila dapat tahu yang Manda akan ada kakak ipar tak lama lagi. Eksaited kut!" terjuih-juih bibir Amanda dan mengundang tawa halus dari manusia-manusia di situ. Alvian geleng kepala.
"Insya-Allah mungkin hujung minggu ni along bawa dia datang sini. Macam mana mummy, daddy? Okey tak?"
"Ish, apa pulak tak okey nya. Okey sangat! Boleh makan malam dekat sini, sambil tu berkenal-kenalan dengan bakal ahli keluarga baru kita. Mummy dah tak sabar tau. Kalau boleh, esok juga mummy nak jumpa dia," Puan Sri Bethany dah menepuk-nepuk Tan Sri Tengku Aazad Zhen di sebelah.
"Kalau esok memang tak boleh la, mummy. Kita orang sibuk dengan hospital,"
"Yelah, mummy faham. Mummy pun eksaited macam Manda jugak,"
Amanda gelak sambil menjongketkan keningnya berkali-kali. Alden juga tak terkecuali berkongsi rasa terujanya. Di usia 30 tahun, baru lah hati abang sulungnya itu terbuka untuk berumah tangga. Sebelum ni ada juga dia dengar mummynya mengadu pada daddynya. Risau sebab Alvian tak cakna langsung soal jodoh sedangkan umur dah 30 tahun. Tapi, rupa-rupanya Alvian sorok teman wanitanya selama ni.
"Siapa perempuan tu, along. Cerita lah sikit," Alden dah tunjuk minat.
"Workmate. MO dekat hospital along jugak," Alvian membalas.
"Cerita lah sikit macam mana boleh kenal."
Alvian menyandar selesa pada sofa sambil mata dah terjeling-jeling ke merata memandang manusia-manusia di situ. Semua dah tunjuk riak wajah ingin tahu. Paling obvious sekali Amanda lah. Perempuan sangat!
"Dulu dia HO dekat hospital along, around tiga tahun lepas. Along kenal dia sejak dia HO sampai la sekarang dah jadi MO. Nothing interesting pun sebenarnya, sebab cara kita orang couple lebih macam workmate. Nak sweet-sweet, keluar dating sekali memang tak sempat lah. Kalau nak dating pun, dating dekat restaurant belakang hospital." Alvian sengih menayang barisan giginya. Amanda dah tercebik.
"Bosan gila couple dengan along!"
"Helo, baik sikit mulut tu eh. Bosan bosan pun, stay sampai sekarang tau!"
Alden gelak. Amanda memang lah.
"Entah budak kecik ni. Bosan-bosan pun, tahun ni jugak along naik pelamin. Kau tahu apa? Lelaki ni sweet dalam diam tau. Tak tunjuk pun dah tau romantik. Kau takde boyfriend, memang tak merasa lah." tempelak Arfel, selamba. Amanda terus capai bantal lalu dihayun ke kepala Arfel. Geram!
"Manda ada boyfriend okey!" balas Amanda, tak mahu kalah.
"Eleh, ada boyfriend konon. Siapa yang nak dekat kau hah? Nak tengok wayang cari abang atau angah. Nak manja-manja pun cari abang atau angah jugak. Nak duit cari angah atau along. Boyfriend kau mana? Dalam mimpi? Ke dalam perut mak dia lagi?" makin giat Arfel menyakat. Dia dan Amanda memang begini. Teman bergaduh paling sweet.
Sekali lagi Amanda hayun bantal di tangan, tepat mengena ke kepala Arfel.
"Excuse me, mulut tu cabai kang! Ingat Manda macam abang ke? Taste dekat perempuan yang lebih tua dari abang!" rengus Amanda. Dia dah kenal bekas-bekas teman wanita abangnya itu. Semuanya tua setahun atau dua tahun dari Arfel. Takde seorang pun yang muda ataupun sebaya usia. Dia pun tak tahu kenapa abangnya itu minat dengan perempuan yang lebih berusia. Sebab lebih matang ke?
"Eh suka hati lah nak taste macam mana pun. Lelaki boleh kahwin... empat!"
Giliran Puan Sri Bethany pula baling bantal. Tepat ke wajah anak terunanya itu. Arfel terkejut memandang wajah si mummy yang dah berubah. Perlahan-lahan Arfel tarik sengihan sambil angkat tangan meminta maaf.
"Ampun mummy..."
"Pantang mummy dengar perkataan lelaki kahwin empat tahu tak? Along, angah, Arfel dan you... abang! Siapa yang kahwin lebih, mummy tembak dengan senapang gajah! Kalau berani, cuba lah buat." Puan Sri Bethany peluk tubuh. Amanda dah mengekek ketawa melihat wajah-wajah si teruna yang dah terkulat-kulat. Ha, main-main lagi dengan ratu British ni. Sekali dia buka mulut kasi amaran, terdiam terus.
"Tak lah, anak-anak teruna mummy ni setia orangnya. Mummy jangan risau lah. Macam mana daddy setia dekat mummy, macam tu lah juga kita orang setia dekat isteri kita orang nanti. Betul tak along, Fel?" Alden mencelah. Laju Arfel dan Alvian angguk kepala, bersetuju. Tak terkecuali juga Tan Sri Tengku Aazad Zhen.
"Anak-anak kita ikut I lah, sayang. Setia," Tan Sri Tengku Aazad Zhen buka mulut. Puan Sri Bethany menggumam. Setakat ni, dia berpuas hati. Amanda kesat hujung mata yang dah berair. Kepalanya tiba-tiba ditunjal si abang di sebelah. Eh, melampau!
"Eh tapi kan, mummy dengan daddy dah tengok ke belum secretary baru angah dekat ofis tu?" Amanda tiba-tiba menukar topik perbualan. Dahi Alden pula dah berlapis melihat adik bongsunya itu.
"Not yet. Why?" Puan Sri Bethany menyoal ingin tahu.
"Cantik gila, mummy! Macam miss universe!"
"Betul ke, Manda?"
"Betul lah, mummy. Last week Manda kebetulan jumpa masa pergi tengok wayang dengan angah. Sumpah cantik, mummy. Kalau mummy tengok dia, mesti mummy berkenan nak buat menantu. Manda tengok dia dengan angah memang secocok sangat! Eei, comel!" Amanda dah hentak-hentak kaki atas permaidani. Alden dah pincingkan mata menayang wajah tak suka. Tangan dah nak baling bantal sebelum Alvian awal-awal menahan. Asyik main baling bantal je malam ni!
"Jangan mengarut lah, Amanda. She's not my type!" Alden peluk tubuh. Dah kenapa Amanda tiba-tiba bangkitkan soal Delisha sekarang ni?
Amanda cebik bibir.
"Habis tu angah nak yang macam mana lagi? Sajat? Secretary angah tu punya lah cantik, tu pun tak nak ke? Pelik." Amanda dah tergeleng-geleng kepala. Puan Sri Bethany dah menyiku Tan Sri Tengku Aazad Zhen di sebelah.
"What?" Tan Sri Tengku Aazad Zhen jongket kening.
"You tak rasa tahun ni kita dapat dua orang menantu ke?" Puan Sri Bethany berbisik perlahan. Tak mahu Alden dan yang lain dengar.
"Bila masa pulak angah pergi bercinta dengan budak Delisha tu?"
"Oh! Nama budak tu Delisha? Mana abang tahu?"
"Dia tu anak gadis kawan abang, Datuk Sri Ismadi tu. Abang yang rekomenkan anak dia kerja dengan Alden dekat ofis tu. Memang cantik budaknya, abang pernah tengok dia beberapa tahun lepas. Tahun ni tak pernah tengok lah lagi. Mungkin makin cantik," balas Datuk Sri Ismadi. Seketika kedua-duanya terdiam bila suasana bising tadi tiba-tiba dah hilang. Berpasang-pasang mata tengah pandang mereka sekarang ni. Bila terpandangkan wajah keruh Alden, Puan Sri Bethany tersengih.
"Kau orang dengar ke apa yang mummy dengan daddy bualkan?" soal Puan Sri Bethany.
"Suara daddy tu macam pakai speaker, mum." Alden tayang muka tak berperasaan. Apani? Kenapa kedua orang tuanya bercakap pasal Delisha? Ini Amanda punya pasal lah. Mulut tu nak kena jahit kemas-kemas!
"Hehe. Takde la, angah. Mummy cakap je dekat daddy, kut-kut lah tahun ni dapat dua orang menantu perempuan," balas Puan Sri Bethany, berhati-hati. Bukan dia tak kenal dengan anak keduanya itu. Tegas orangnya. Tak boleh nak mengusik hal sensetif sikit.
"Dua orang menantu ya? Suruh Arfel kahwin!" Alden bangun dari duduk. Dia tak mahu berlama-lama di ruang tamu. Rimas bila soal jodoh dia disebutkan sekarang ni. Cakap pasal Alvian sudah la! Dia muda lagi kut. 26 tahun. Arfel pula dah terpinga-pinga. Kalau dia dah habis study, memang dia nak nikah pun. Kosabajap! Dia ada lagi setahun sebelum grad. Lepastu dia nak mula cari calon isteri huhu.
"Angah... Fel study lagi kan." ton nada suara Puan Sri Bethany mengendur.
"Alah, mummy suruh Fel kahwin sekarang pun mesti dia nak. Dia kan gatal sikit," Alden jelir lidah ke arah Arfel. Arfel dah buat muka. Cis!
"Angah..."
"Angah naik atas dulu ya. Mengantuk. Good night!" terus Alden berlalu meninggalkan ruang tamu menuju ke tingkat atas. Topik yang dibahaskan ahli keluarganya itu memang dia tak nak dengar. Rimas!
*****
ELOK saja Alden masuk dalam bilik Iphone Xs Max miliknya dah berbunyi bip tanda ada mesej masuk. Alden capai telefon bimbit atas meja lampu lalu duduk bersandar pada kayu katil. Aplikasi whatsapp dibuka. Chat daripada Delisha. Benda apa lah yang mak cik ni nak malam-malam macam ni?
Andartu:
You
Esok I kena ikut you pergi site kan?
Alden baca sekali imbas. Andartu. Memikirkan sejarah macam mana dia boleh save nama Andara kepada Andartu membuatkan dia mahu gelak berguling-guling. Kisahnya begini... hari tu dia memang nak save nama Andara tapi waktu tu orang gaji rumahnya tengah membawang pasal anak dara tua mana entah. Tak sedar dia dah taip nama Andartu pada kolum nama. Bila save, terus naik perkataan Andartu. Nak delete balik tapi rasa macam benda tu begitu menghiburkan.
Alkisahnya, sampai sekarang dia tak tukar nama contact. Ni kalau Andara dapat tahu, mesti gadis tu bising.
Alden:
Yes. Why?
Typing...
Andartu:
I tak tahu nak pakai baju apa esok
You boleh pilihkan?
Alden dah berkerut dahi. Namun jemari masih lincah bermain di atas papan keypad.
Alden:
Pakai je la apa pun tapi bukan skirt
Make sure pakaian you comfortable
And tak terlampau tebal
Kang berpeluh you dekat site sebab panas.
Typing lagi.
Andartu:
Tunggu jap
I tak tahu nak pilih
Dua keping gambar dihantar Delisha.
Andartu:
Which one?
Alden tepuk dahi. Andara, Andara! You ingat I ni pakar perunding imej you ke?! Masya-Allah! Namun mata Alden masih membelek kedua-dua gambar pakaian yang dihantar Delisha beberapa kali. Mulut dah termuncung-muncung.
Alden:
This one
Jangan pakai white blouse
Nanti badan you berpeluh, I tak nak tegur
Harap you faham lah maksud I, Andara!
Andartu:
Okey!
I pun fikir nak pakai this floral blouse jugak
Thanks Tengku Alden!
See you tomorrow!
Alden:
Okay.
Terus Alden tutup aplikasi whatsapp. Mujur dia dah sembahyang Isyak tadi di Rumah Anak Yatim Bonda Salmah. Alat kawalan jauh dicapai lalu lampu siling yang tadinya terang benderang kemudiannya tertutup gelap. Alden buka lampu meja. Tubuh dibaring selesa sambil dia betulkan comforter. Mata dipejam rapat.
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro