Bab 60 | SPECIAL ENTRY
okey nah, sebab ramai yang request special entry kat komen. 🙈
***
LEPAS subuh, Delisha terus turun ke dapur. Hari ni, mereka satu keluarga besar akan bertolak ke Cameron Highland! Cuti-cuti Malaysia gitu. Baru seminggu lepas, Arfel dan Naila selamat diijabkabulkan menjadi sepasang suami isteri yang sweet. Cepat je masa berlalu, berjaya juga dua manusia itu hadap ujian bertunang. Bergaduh tu macam selalu sangat aje. Naila mengadu dekat Delisha, Arfel pula mengadu dekat Alden.
Hampir satu jam bertukang di dapur, Delisha naik ke atas. Simple aje dia masak untuk bekal ke Cameron Highland. Mee goreng dan bubur nasi untuk Adel. Sebab confirm dalam kereta nanti lapar!
"Sayang, bangun! Dah pukul sembilan. Pukul sepuluh kita dah nak gerak. Mummy, daddy dengan semua orang mesti tunggu kita nanti!" Delisha tarik comforter yang membungkus tubuh Alden. Tirai disingkap tepi membenarkan cahaya matahari pagi masuk. Alden terpisat-pisat. Menggeliat dia atas katil.
"Five minutes..."
"Now, sayang! Nah towel you. Baju you I letak atas katil. Lekas-lekas! I nak pergi mandikan Adel kejap." selesai menghulurkan tuala, Delisha beralih ke wardrobe. Jeans dan sehelai t-shirt Alden dia tarik keluar lalu diletak atas katil. Sempat dia bebelkan Alden yang masih beku atas katil sebelum dia keluar ke kamar sebelah. Kamar Adel yang kini berusia dua tahun.
"Adel, bangun!" Delisha tepuk punggung Adel yang tidur menonggeng atas katil. Pelik-pelik cara tidur anak dara dia yang sorang ni. Tak sopan!
"Two minutes..."
Si bapak mintak lima minit, si anak mintak dua minit! Eei, perangai!
"No, Adel Zaskia. Get up!" sambil mulut berceloteh itu ini, Delisha keluarkan pakaian Adel dari dalam wardrobe. Dress berwarna merah jambu ditarik keluar. Tubuh kecil Adel dikendongnya atas bahu. Sekilas pipi labuh Adel, Delisha tekan kuat. Ibu geram!
"Today kita nak pergi Cameron Highland! Are you excited?" soal Delisha sambil dia lalukan air ke tubuh gebu Adel. Pakai heater. Kalau tak pakai heater, jangan harap budak kecil ni nak mandi. Perangai macam bapak dia!
"Noooo..."
"Alah, kenapa tak excited? Ibu excited tau dapat jalan-jalan hari ni dengan Tok Mummy, Tok Daddy. Kakak Lyssa pun ikut sekali tau!" Lyssa, merujuk kepada Tengku Ellyssa, anak dara Alvian dan Joviana.
"Ayah?"
"Ayah mandi. Lekas, nanti kita kena tinggal." haruman sabun mandi Johnson Baby menusuk hidung Delisha. Kalau lah dia tak mandi lagi, memang dia join sekali mandi dengan anak dara dia ni. Lima belas minit kemudian, Adel dah siap didandannya. Tangan Adel dipimpin masuk ke biliknya.
Alden yang sedang berdiri menghadap cermin tinggi menoleh. Tersenyum lebar dia bila susuk tubuh anak dara kesayangan dia tu menyapa pandangan. Comel dengan dress bunga-bunga warna pink. Rambut diikat tocang dua kiri dan kanan.
"Wah, cantiknya anak dara ayah. Macam princess!"
"Ayah pun cantik. Macam king!"
Delisha dan Alden saling berpandangan. Cantik? Dia cakap ayah dia cantik? Berdekah Delisha gelak. Takpe la, sayang. Ibu faham awak masih kecil. Nanti besar sikit, ibu hantar awak pergi school okey!
"You kalut-kalut suruh I dengan Adel bersiap. You tu tak siap lagi. Dah la you paling lambat nak bersiap." Alden dah juih-juih bibir. Delisha sengih tak bersalah. Baju memang dia dah iron siap-siap malam tadi sekali dengan tudung. Biasa lah, excited nak pergi bercuti walaupun cuma dekat Cameron Highland. Feel dia lain macam tau kalau holiday dengan family. Kan?
"Bagi I fifteen minutes!"
"No!" serentak Alden dan Adel membalas. Delisha terkebil-kebil di tengah ruang bilik itu. Silih berganti dia pandang dua beranak yang sudah bersiap kemas itu. Dia pula masih berbaju tidur. Tapi dah mandi sebelum subuh tadi ya!
"Adel, nak kasi ibu berapa minit untuk bersiap?" Alden soal Adel.
"One minute!"
Delisha tepuk dahi. Nak bernafas seminit pun tak sempat anak oi!
*****
MEREKA tiba di tanah rata Cameron Highland tengahari itu. Delisha paling teruja mengalahkan yang lain. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab lama sangat kut tak bercuti jalan-jalan dengan keluarga.
"Nah," tiba-tiba Alden hulur ais krim lavender yang berwarna ungu ketika Delisha sedang sibuk mengambil gambar di Lavender Garden. Delisha menyambut.
"Thanks."
"You're welcome,"
"Adel mana?"
"Dengan Arfel. Menempel aje dia dengan uncle dia tu. Sampai lupa ayah dengan ibu dia," tergeleng-geleng kepala Alden. Adel memang manja gila dengan Arfel. Manja yang mengada-ngada! Nasib baik Arfel jenis melayan ragam anak saudara walaupun lepas berkahwin ni. Kesian Naila. Kena berkongsi suami!
"Tapi bagus jugak dia menempel dengan Arfel. Boleh kita bercinta tanpa ada gangguan." Alden kenyit mata. Bahu Delisha ditarik rapat sehingga tubuh mereka bertemu. Delisha senyum saja sambil menghabiskan ais krim dalam pegangan.
"Next week I nak pergi Bangkok." ujar Alden.
"Buat apa?"
"Pergi massage,"
"Eei!" Delisha tumbuk kuat bahu Alden sekali dengan pakej muka geram. Ada ke patut nak pergi Bangkok sebab nak mengurut badan kat sana? Melampau!
"Takde lah. I pergi dengan Arfel tengok kilang kat sana."
"Just both of you?"
"Yup! Tak lama pun, sehari aje. Pergi pagi balik petang tu."
"Alah, baru nak ikut."
"Kalau you, I bawak la pergi jauh sikit. Pergi honeymoon. Mana tahu balik-balik ada isi." bicara penuh makna Alden buat Delisha tersipu-sipu malu. Alden sengih, dahi Delisha diciumnya sekilas. Tak boleh lama-lama, nanti jadi lain.
Delisha peluk pinggang Alden dari tepi sambil menghadap ladang lavender berwarna ungu. Rasa macam pergi bercuti dekat oversea pun ada. Dengan sejuknya.
"Baru I teringat, kita tak pernah pun pergi honeymoon kan sayang? Sebab masing-masing busy. Adel pun made in Malaysia aje." cebik Alden. Delisha jeling sambil kepala dah menggeleng kecil.
"Tak kesah la Adel made in dari mana pun. Dia dah lahir pun. Comel ikut muka I."
"Next nak baby made in dari mana, sayang?"
"Dari..."
Tak sempat Delisha habiskan ayat, deheman seseorang di belakang mengejutkan mereka berdua. Laju kepala melingas ke belakang memandang Arfel dan Naila. Dan Adel di dalam dukungan Arfel.
"I pelik, siapa sebenarnya newlywed eh? Kita ke... dia orang?" soalan yang Arfel tujukan buat Naila membuatkan Alden dan Delisha masing-masing berpandangan. Sesaat, tawa mereka bersabung.
"Dia orang boleh berasmara dana kat tepi ladang lavender, yang kita ni kena dukung anak dia ke hulu ke hilir." sambung Arfel lagi, sengaja. Tapi memang betul apa kan? Yang baru lepas naik pelamin adalah dia dan Naila. Sepatutnya mereka berada dalam situasi Delisha dan Alden sekarang ni. Tapi sekarang ni, dunia dah terbalik.
"Alah kau ni, Fel. Kasi lah chance," balas Alden, menyengih.
"Chance, chance jugak. Ni si budak Adel ni. Tertukar ibu ayah ke macam mana?" terjuih-juih bibir Arfel ke arah Adel Zaskia dalam dukungannya. Dari tadi lagi memang Adel merap dengan dia aje lah.
"Alah, siapa suruh kau manjakan dia masa dia baby lagi? Kan dia dah tak boleh berenggang dengan kau." usik Alden.
"Fel tak expect Adel boleh manja sampai tak boleh berenggang dengan Fel, angah."
"Padan muka!"
Masing-masing dah gelak bila Arfel dah buat muka nak menangis. Nasib budak Adel ni tak berat. Kalau tak, mahu lenguh tangan kaki dia asyik bawak anak dara seorang ni. Delisha menghampiri Arfel.
"Adel, meh kat ibu. Kita jalan-jalan. Jangan kacau uncle dengan auntie,"
"I don't want!" Adel peluk leher Arfel.
"See! Angah, tolong lah. Sekejap aje, kasi chance Fel dengan isteri Fel spend time masa berdua. Kesian isteri Fel..." sememeh muka Arfel minta simpati. Alden bantai gelak tak ingat dunia sambil kaki mendapatkan Arfel.
"Adel Zaskia, come to ayah. Kita pergi jalan-jalan. Kesian dekat uncle, asyik dukung Adel aje dari tadi. Uncle pun nak jalan-jalan jugak dengan auntie." pujuk Alden. Dia tak ada lah kejam sangat sampai nak meragut kebahagiaan Arfel yang terganggu gara-gara anak dara dia. Eei, kecik-kecik lagi dah clingy dengan bapa saudara sendiri.
"No!"
"Tengku Adel Zaskia. Listen to me! Come!" Alden tarik tubuh Adel dalam dukungan Arfel. Merengek-rengek si Adel bila dah bertukar pelukan. Bibir dah tercebik-cebik pandang uncle dia yang dah hela nafas lega.
"Nanti uncle beli toys dekat Adel okey?"
"Nak uncle!"
"Tengku Adel Zaskia!" Delisha jegil mata. Melampaunya anak dara dia ni!
"Pergi lah jalan-jalan dengan Naila. Kesian Naila, terpaksa kongsi husband kejap dengan anak dara sorang ni. Sorry ya, babe." Delisha sengih tayang gigi. Pergi saja susuk tubuh pasangan pengantin baru itu, Delisha tepuk punggung Adel.
"Adel ni dah lupa ibu dengan ayah ke?"
"No..."
"Habis tu kenapa asyik nak melekat dengan uncle? Kesian uncle tau! Tak boleh nak love-love dengan auntie."
Adel rasa nak menangis bila bibir dah tersebek-sebek. Cepat-cepat Alden memujuk. Alahai anak dara ni. Cengeng tak tahu ikut perangai siapa!
"Jom kita pergi jalan-jalan tengok bunga. Adel kan anak dara ibu dengan ayah, Adel kena lah duduk dengan kita orang. Tak boleh duduk dan kacau orang lain. Faham tak?" Alden cubit perlahan pipi Adel. Adel angguk sambil peluk leher Alden.
"Manja budak ni." menggeleng si Alden. Anak manja, ibu kepada anak dia pun manja. Tapi nak buat macam mana, itu lah bahagia dia. Delisha yang berjalan di sebelah dipandang lama dengan senyuman.
"I nak anak lelaki pulak lepasni."
Delisha kerut dahi sebelum kepala dia geleng berkali-kali. Bibir dah menyengih. Sebelah tangan naik memeluk pinggang Alden dari tepi. Erat. Seerat cinta dia dan Alden.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro