Bab 55
Nota kaki : Ini bab paling panjang yang kakmar tulis. Maybe akan ada typo atau error kat mana-mana sebab kakmar malas nak check banyak kali hehe. Enjoy!
***
BEBERAPA biji kereta bersusun di bahu jalan. Laman rumah agam Tan Sri Tengku Aazad Zhen kelihatan begitu meriah dengan tetamu-tetamu yang datang. Terdapat tiga buah kanopi terpacak di laman rumah. Hari ni merupakan ulang tahun perkahwinan Tan Sri Tengku Aazad Zhen dan Puan Sri Bethany yang ke tiga puluh satu. Ramainya umat manusia yang datang, dah macam ada kenduri kahwin. Sedangkan ia cuma kenduri kesyukuran sahaja.
Dari tadi lagi Aliyana cuba mendapatkan Delisha. Tetapi setiap kali dia mahu menghampiri Delisha, mesti Alden muncul. Alden macam tahu-tahu aje yang dia cuba nak berborak dengan Delisha. Bukan setakat itu aje, Alden dah tak macam dulu. Dulu, Alden masih boleh layan dia macam adik sepupu yang lain. Mesra dan lembut. Tapi sekarang, pandangan Alden padanya dah macam musuh. Jelingan Alden sungguh buat hati Aliyana terhiris. Rasa diri ni dibenci oleh abang sepupu yang dia paling sayang.
Itu lah kau, Aliyana. Ikut sangat benda bodoh yang Lily suruh kau buat dulu! Bila otak letak dekat lutut, sekarang kau tanggung lah akibatnya. Haih, padan muka dengan diri sendiri. Sekarang ni... pandai-pandai lah kau cuba jernihkan kembali hubungan kau orang.
"Yana?" teguran Arfel buat bahu Aliyana terhinjut. Terus dia berpusing tubuh menghadap lelaki kacak itu.
"Abang Arfel..."
"Yana berdiri apa kat sini? Dah makan ke belum? Kenapa tak join cousins kita yang lain?" soal Arfel. Pelik dia tengok Aliyana yang berdiri sorang-sorang dekat ruang tamu keluarga ni. Gadis itu buat hal sendiri. Langsung tak bercampur dengan sepupu-sepupu dan ahli keluarga besar mereka yang lain. Aliyana senyum nipis.
"Kejap lagi lah Yana makan. Abang Arfel dah makan?"
"Belum. Jom lah teman abang makan."
"O... okey."
"Wait, wait. Yana dah okey ke?"
Berlapis dahi Aliyana mendengarkan itu.
"Maksud abang?"
"Last week, dekat Pavilion. Abang masih ingat lagi tau pasal hal tu dan sampai sekarang... abang masih fikir lagi. Siapa perempuan tu? Kenapa dia berkasar dengan Yana? Dia tu musuh Yana ke?" soal Arfel. Sebelah tangan diseluk masuk ke dalam poket seluar jeans sambil sebelah tangan lagi dibawa ke pinggang.
Aliyana diam dulu.
"Tak ada apa lah, abang. Biasa lah... orang tak suka kita."
"Tapi cara dia melampau sangat. Dia buat adik sepupu abang ni menangis. How can I forget it?" dengus Arfel. Aliyana senyum kelat. Dalam banyak-banyak abang sepupu yang dia ada, Arfel lah yang paling caring. Arfel ni memang lah boyfriend material. Untung gila siapa dapat lelaki tinggi lampai dan berkulit cerah ni. Tapi itu lah, dia pun tak tahu kenapa dia boleh jatuh cinta dengan Alden yang beku tu.
"Yana okey, Abang Arfel. Yana okey..."
"Tak percaya lah."
"Dah la, tiba-tiba Yana rasa lapar gila. Jom makan!" menonong Aliyana tinggalkan Arfel di belakang menuju ke arah kanopi di laman rumah. Arfel geleng kepala sebelum membuntuti belakang Aliyana. Sumpah dia tak puas hati dengan jawapan Aliyana sekarang ni. Misteri sangat!
*****
DARI tadi lagi Alden macam tak nak lepaskan Delisha jauh-jauh. Tak habis-habis Alden nak menempel dan melekat dengan dia sepanjang hari ni. Sampaikan Delisha naik rimas! Rasa macam budak kecil pun ada.
"You kenapa?" bosan pandangan Delisha lontarkan buat Alden.
"Kenapa apa?" Alden buat muka kosong.
"You keep following me. I pergi tandas pun you ikut. Tangan you ni, dah macam kena gam gajah aje dengan tangan I." terjuih-juih bibir Delisha terarah pada tangannya yang digenggam erat oleh Alden. Alden hela nafas panjang.
"I cuma nak protect you, sayang."
"Ya Allah, protect apanya? Kita dekat rumah daddy dengan mummy, Alden. Tempat selamat. Mana ada orang jahat kat sini."
"Ada. Ingat tak I pernah cakap dekat you dulu? I takkan biarkan orang jahat dekat dengan isteri I. Now, I tengah protect you, so that orang jahat tu takkan berani dekat dengan you." kata-kata Alden penuh makna. Siapa lagi 'orang jahat' yang dia maksudkan itu kalau bukan Tengku Aliyana, sepupunya sendiri.
Delisha julingkan mata ke atas.
"Orang jahat mana ni, sayang?"
"Tu, bawah kanopi tu. Tengah makan dengan Arfel." beritahu Alden, tak bersalah. Laju Delisha pandang ke arah manusia yang dimaksudkan Alden. Tengah makan dengan Arfel? Si Aliyana tu ke?
"Aliyana? You cakap Aliyana orang jahat?"
"Yup! You jangan ingat I boleh senang-senang lupakan apa yang dia dah buat pada I masa you pergi Sabah dulu? Dia nak rogol I!" tergeleng-geleng kepala Alden bila ingat balik kejadian tak lama dulu. Dia ingat lagi macam mana seksinya si Aliyana pakai lingerie maha seksi dan maha jarang tu! Sumpah kalau tak kuat iman, habis dia malam tu. Serius.
Rasa nak bersembur air liur Delisha dengar apa yang keluar dari mulut Alden. Rogol? Alden cakap Aliyana cuba nak rogol dia? Haih!
"You buat lawak apa ni, sayang?" Delisha tutup mulut dengan sebelah tangan.
"I'm serious. Deadly serious. You jangan biarkan Aliyana datang dekat dengan you walaupun seinci. Jangan cakap dengan dia walaupun sepatah kata. I tak izinkan."
"Dia bukan orang luar dengan kita, Alden."
"I don't care. I tak suka Aliyana."
"Sampai bila?"
"Sampai..." Alden terdiam. Tak tahu nak bagi alasan apa untuk dia terus membenci Aliyana. Sungguh dia sangat kecewa dengan Aliyana. Gadis seperti Aliyana tak sepatutnya bertindak macam malam tu. Dah macam gadis gersang yang tak tahu malu. Sudah lah mereka satu keluarga. Kenal dari kecil dan membesar bersama depan mata. Hubungan kekeluargaan mereka juga rapat.
Delisha hela nafas. Belakang tubuh Alden diusapnya beberapa kali.
"You tak boleh ikutkan hati dan perasaan you sangat. Nanti muka you berkedut, dah tak handsome, I cari lelaki lain." ugutan tak berapa seram si Delisha, buat Alden jeling maut. Mata biru tu seksi sangat bila jeling. Eh, eh!
"Berani, buat lah."
Mengekek Delisha gelak. Pandang kiri kanan, terus bibir Delisha melekat di pipi kanan Alden. Tindakan yang cepat dan pantas tak sampai dua saat!
"Dah tak marah eh?" Delisha mengedipkan matanya beberapa kali. Alden kontrol riak wajah.
"Kanan aje?"
Delisha pandang kiri kanan. Line clear, bibir dia dah sentuh pipi kiri Alden pula.
"Dah tak marah?"
"I tengah marah lagi ni."
"Nak I buat kat mana pulak?" terangkat kening Delisha.
Alden juih bibirnya. Faham maksud Alden, Delisha tolak wajah lelaki itu dengan muka menyampah.
"Eh, melebih! I kasi betis, dia nak paha pulak!"
"Bukan setakat nak paha. I nak semua yang ada kat you." Alden dah sengih gatal. Delisha buat muka sebelum jemari dia larikan ke pinggang Alden, meninggalkan beberapa sepitan ketam di situ. Menggeliat si Alden dibuatnya.
"I nak pergi makan koktail kat luar tu."
"Wait, sayang... jangan..."
"I boleh jaga diri I, Alden. She's just Aliyana. Relaks."
Dengan keluhan panjang, Alden memandang langkah Delisha masuk ke bawah kanopi. Sesekali dia jeling Aliyana yang sedang makan bersama Arfel. Kepala digeleng beberapa kali. Entah lah, hatinya betul-betul rasa tak sedap hari ni. Macam ada benda yang nak jadi. Tapi apa? Ke mainan perasaan dia aje?
*****
JAM sudah menginjak ke jam lima tiga puluh petang. Manusia-manusia yang bukan terdiri daripada ahli keluarga semuanya sudah beransur pulang. Majlis pada hari ni bermula jam sepuluh sehingga tiga sahaja. Jadi bila dah petang begini, cuma tinggal ahli keluarga rapat. Makanan yang tadinya bukan main banyak kini dah tinggal bekas kosong. Hanya beberapa jenis menu saja yang tinggal.
Aliyana segera mendapatkan Delisha bila dia tidak nampak kelibat Alden di mana-mana. Mungkin sedang berehat di dalam bilik, atau mungkin sedang berkumpul dengan ahli keluarga mereka yang lain. Aliyana kurang pasti.
"Kak Lisha..." Aliyana dah berdiri terpacak di depan Delisha.
"Err ya, Aliyana?" berkerut dahi Delisha. Aliyana toleh memandang kiri kanan. Takut kalau Alden tiba-tiba muncul dan marahkan dia. Dulu dia tak pernah rasa takut dengan Alden, tapi sekarang... bayang Alden pun dah boleh buat dia gerun. Sumpah!
"Boleh Yana cakap sikit dengan Kak Lisha?" pinta Aliyana.
"Yeah, sure. Cakap lah."
"Kita cakap dekat sana, boleh? Kat sini... ramai orang." Aliyana tunding jari ke arah kolam renang yang kelihatan agak lenggang dengan manusia. Delisha angguk setuju. Tak risau sangat sebab kolam renang tu dalam kawasan rumah aje. Kalau si Aliyana ni nak apa-apakan dia, dia akan jerit kuat-kuat. Orang pun boleh nampak mereka sebab kalau mahu ke dapur, akan lalu di hadapan kolam renang juga.
Aliyana diam hampir seminit sebelum dia buka mulut. Tubuh dipusing menghadap Delisha yang anggun mengenakan baju kurung kain lace. Dipadankan pula dengan shawl satin atas kepala. Cantik!
"Kak Lisha... Yana nak minta maaf." ucap Aliyana.
Delisha diam. Tak berniat mahu menyampuk.
"Yana tahu Yana dah buat kesilapan yang paling besar sepanjang hidup Yana. Yana... Yana cuba ganggu rumah tangga Kak Lisha dengan angah. Yana ikutkan sangat kata orang dan nafsu sendiri sampaikan... sampaikan Yana sanggup rendahkan maruah dan martabat Yana sendiri. Yana menyesal, Kak Lisha. Yana minta maaf..." suara Aliyana tersekat-sekat. Hidungnya dah berair dan kolam matanya sudah bergenang cecair jernih.
"Yana..."
"Yana faham kalau Kak Lisha tak dapat nak maafkan Yana sebab Yana cuba goda angah. Cuba goda suami Kak Lisha. Yana terima kalau Kak Lisha nak bencikan Yana sebab orang macam Yana memang patut dibenci. Yana jahat, Yana bodoh dan Yana... Yana tak matang. Yana malu dengan Kak Lisha. Yana malu dengan angah... maafkan Yana." Aliyana kesat wajah yang dah basah dengan hujung lengan baju kurung.
Delisha hela nafas panjang. Tubuh Aliyana ditarik merapat. Dagu Aliyana dipaut agar mendongak memandangnya.
"Kak Lisha maafkan Yana kalau Yana betul-betul ikhlas dan menyesal dengan apa yang Yana dah buat."
"Kak Lisha tak marahkan Yana?"
"Tipu lah kalau Kak Lisha tak marahkan Yana atas apa yang Yana dah buat. Tapi benda dah lepas, Kak Lisha tak boleh nak undurkan masa tu balik. Kak Lisha harap sangat supaya lepas ni... Yana dah tak buat perkara macam tu lagi. Kita satu keluarga, Yana. Keluarga takkan buat keluarga dia macam tu, kan?"
Merembes air mata Aliyana dah macam empangan pecah.
"Yana menyesal Kak Lisha. Yana menyesal..."
Delisha tarik tubuh Aliyana lalu dia peluk erat. Belakang tubuh Aliyana ditepuknya beberapa kali. Sekilas, Delisha terpandangkan Alden yang berdiri depan pintu sliding sambil memeluk tubuh. Wajah lelaki itu langsung tak ada manisnya. Garang, bengis dan macam tengah tahan marah. Delisha senyum nipis sambil tangan diangkat menggamit Alden mendekat.
Delisha tolak tubuh Aliyana bila terasa agak lama berposisi begitu. Aliyana lap wajah yang basah.
"Terima kasih Kak Lisha. Yana harap angah pun boleh maafkan Yana..."
"Who said that I would forgive you?" soalan garang Alden buat bahu Aliyana terhinjut. Lekas-lekas Aliyana pusing tubuh memandang Alden dengan wajah cuak dan pucat. Kan dia dah cakap tadi. Dia sekarang takutkan Alden.
"A... angah. Yana... Yana..."
"Jangan ingat isteri angah dah boleh maafkan Yana, so angah pun boleh maafkan Yana dengan mudah. It's not easy, Aliyana." Alden peluk tubuh. Delisha jegil mata sambil kepala digeleng memandang Alden. Alden buat tak tahu.
"Angah, Yana nak minta maaf. Yana tahu apa yang Yana dah buat sebelum ni tersangat lah memalukan dan... dan biadap. Yana minta ampun, angah. Yana janji yang Yana takkan buat macam tu dah. Sumpah!" Aliyana angkat tangan separas bahu menunjukkan yang dia betul-betul bersumpah.
Alden jeling, langsung tak ambil serius apa yang Aliyana cakapkan itu. Tengok muka Alden yang dah begitu, Aliyana rasa nak menangis lagi. Terus Aliyana pandang Delisha di belakang. Nak senyum, tapi tak mampu.
"Yana masuk dalam dulu. Terima kasih sebab maafkan Yana, Kak Lisha..."
Delisha angguk dengan senyuman manis. Hilang saja kelibat Aliyana, senyuman di bibir Delisha sirna terus. Masam mencuka wajahnya memandang si suami. Alden labuhkan duduk atas kerusi rehat yang terletak di tepi kolam renang. Kedua-dua belah siku dia letakkan atas riba.
"You! Yana dah minta maaf kan?" Delisha berdiri di depan Alden. Alden mendongak.
"So? I wajib maafkan dia?"
"Sedangkan Allah pun maafkan hamba-Nya."
"You sengaja kan, sayang?"
Delisha hela nafas tak membalas. Kerasnya hatimu, suami. Baru saja dia mahu berlalu, pergelangan tangannya dicengkam lembut. Delisha menoleh memandang Alden yang tiba-tiba saja menghalang dia pergi. Tak menyoal, Delisha cuma angkat kening.
"Dulu you suruh I maafkan Joviana. Sekarang, you suruh I maafkan Aliyana. I tak sangka yang isteri I ni... pemaaf orangnya." tutur Alden, lembut. Delisha diam seketika. Pemaaf? Pemaaf ke dia?
"Err... I cuma rasa yang dia orang tu ahli keluarga you. Air yang dicincang takkan putus, kan?"
"Tapi dia orang pernah sakitkan hati I."
"Tapi dia orang dah minta maaf kan?"
"Semudah itu ke? Buat salah, minta maaf. Then repeat benda yang sama sampai mati. You tahu tak, tindakan you ni boleh buat orang pijak kepala you sesuka hati. Dia orang takkan respect you."
"Tapi..."
"Buat baik berpada-pada, sayang."
"Then, buat jahat jangan sekali."
Alden terdiam. Nah, kena balik atas batang hidung dia. Dia yang mulakan dulu pepatah melayu, last-last dia yang dibidasnya kembali. Alden lepaskan tangan Delisha lalu kembali membuang pandang ke arah permukaan kolam renang yang membiru dan tenang. Delisha hela nafas panjang. Mahu memujuk, tapi masa tak sesuai sekarang ni. Tunggu malam nanti dia pujuk habis-habisan.
"Jom masuk dalam. Jumpa keluarga kita,"
"Takde mood."
"Alden... nak hadiah tak malam nanti?"
Mahu tapi ego. Itu yang Alden rasakan sekarang ni. Delisha ni memang lah... macam tahu-tahu aje cara nak pancing dia kan? Eei, lemah betul la kalau macam ni. Nak marah dan merajuk lama-lama tak boleh.
"I kira sampai tiga aje eh. Kalau you masih berdegil jugak, you tidur kat sofa. Satu... dua..."
"Eei, yelah-yelah! You sengaja kan, Delisha Andara?"
Delisha gigit bibir bawah kuat-kuat. Tangan Alden ditarik bangun daripada kerusi. Alden masih tayang muka ketat.
"Bagi deposit dulu!" tiba-tiba Alden meminta. Siap wajah didekatkan lagi ke wajah Delisha. Delisha pincingkan mata. Banyak cekadak lah pak cik sorang ni. Deposit la apa lah. Kalau dah miang tu... miang jugak!
Sekilas, Delisha cium tepi bibir Alden. Tindakan pantas 0.01 saat.
"Baru separuh deposit. I nak full deposit." Alden juih bibir. Delisha geleng kepala sambil tangan dah menumbuk kuat lengan tegap lelaki itu. Alden menyeringai sakit. Eh, Delisha ingat lengan dia ni punching bag ke apa?
"You jangan nak menggatal eh? I cancel kang hadiah malam nanti."
"Okey-okey, jangan cancel!"
"Tahu takut. Dah, jom masuk." terkedek-kedek Alden mengekor belakang Delisha dah macam anak itik. Dalam marahnya sekarang ni, dia tak sabar nak tunggu malam sebenarnya. Maaf lah, lepas kahwin dengan Delisha ni... dia tak mampu nak kawal perangai miang buluh terlebih miang ni. Siapa suruh Delisha cantik sangat... heh.
*****
ALIYANA mahu pulang bila jam hampir menginjak ke angka tujuh malam. Semuanya gara-gara dia harus hadir ke kelas ganti malam ini di kampus. Dalam hati rasa nak memberontak bila majoriti rakan sekelasnya bersetuju untuk mengadakan kelas ganti malam ni dengan pensyarah mereka. Buat lah hari minggu ke apa ke. Ini malam jugak! Dah la decide last minute dalam group Whatsapp. Tak pasal-pasal dia kena rushing balik ke rumah untuk bersiap. Mujur dia datang ke sini dengan memandu sendiri kerana ahli keluarganya tidak dapat hadir ke majlis keluarga hari ini.
Langkah Aliyana mati. Rasa nak gugur jantungnya bila dia nampak susuk tubuh Lily berdiri di luar pintu pagar rumah agam ini. Laju Aliyana berlari mendapatkan Lily. Dia tak mahu orang lain nampak kewujudan Lily di sini.
"Kau buat apa kat sini?!" tengking Aliyana, geram. Lengan Lily cuba ditarik pergi tapi pantas Lily menepis.
"Wah, besar jugak eh rumah bakal mertua tak jadi aku ni. Ruginya aku..." Lily pandang bangunan banglo dua tingkat yang dah macam istana tu. Sumpah dia terpegun dan terkedu. Tak sangka rumah ni besar macam ni sekali.
"Berambus lah, Lily! Kau jangan tunjuk muka kau kat sini!" Aliyana tolak tubuh Lily agar pergi.
"Kenapa? Tak boleh ke aku datang sini untuk tunjuk muka? Mana lah tahu kut-kut Puan Sri Bethany berkenan kat aku untuk dibuat menantu? Aku dengar... dia ada lagi seorang anak lelaki bujang yang kacak. Guess what, tak dapat si abang-abang... adik pun boleh kan?" Lily sengaja berkata begitu. Rahang Aliyana bergerak-gerak. Abang Arfel!
"Kau dah gila, Lily! Pergi dari sini sebelum aku call polis!"
"Try it, Aliyana." sinis Lily ketawa sebelum dia menonong masuk ke dalam kawasan laman rumah agam tersebut. Aliyana cuba menghalang tapi gagal. Tak tahu lah saka apa yang ada dalam badan si Lily ni sampaikan Aliyana boleh tersembam jatuh gara-gara ditolak begitu mudah. Lily jeling Aliyana. Perempuan lembik!
Lily maniskan wajah bila dia dah berdiri di depan manusia-manusia yang asing pada pandangannya. Dia tahu, mesti semua orang terkejut dan tertanya-tanya siapa dia dan apa tujuan dia ke sini sedangkan majlis sudah lama habis.
"Lily?" Alvian rasa darahnya naik. Lekas-lekas dia menarik Joviana agar bersembunyi di belakangnya.
"Who are you?" Puan Sri Bethany menyoal pelik. Perempuan mengandung ni siapa? Tiba-tiba datang tayang muka kat sini. Lily mendekat seraya dia hulur tangan untuk bersalam. Puan Sri Bethany menyambut musykil.
"Saya Lily."
Masing-masing saling berpandangan dengan wajah yang terkejut. Ada ahli keluarga yang tidak mengenali siapa Lily dan ada yang tahu. Puan Sri Bethany tahu. Alvian pernah memberitahunya tentang wanita mengandung ini. Namanya Lily.
"You... you..."
"Pergi dari sini, Lily! Pergi!" Alvian menengking marah. Lengan Lily cuba diraih tetapi laju Lily berundur beberapa langkah ke belakang. Melihatkan senyuman Lily, Alvian rasa tak sedap hati. Apa tujuan Lily ke sini?
Lily gelak kecil. Muka masing-masing dah cuak. Paling cuak adalah Alvian. Muka tu obvious sangat!
"Why semua orang macam pelik aje tengok saya? Macam takutkan sesuatu. Saya ni manusia, bukan hantu." Lily gelak halus. Mata melingas mencari mangsanya hari ini. Tak jauh dari kelompok manusia di situ, dia nampak susuk tubuh Delisha yang berdiri di sisi seorang lelaki kacak. Pasti Alden, suaminya. Alden... lelaki kegilaan Aliyana.
Senyuman Lily bertukar sinis dan misteri. Sebelah tangan dah seluk masuk ke dalam beg tangan besar. Mencari sesuatu dan... dapat! Objek itu digenggam erat.
"Pergi dari sini Lily kalau kau tak nak meringkuk dalam penjara!" termengah-mengah Aliyana muncul. Dia memang dah tak fikir panjang tadi untuk menghubungi polis. Sungguh dia sangat risau kalau Lily bertindak gila di sini.
Lily ketap bibir bawah. Dia tahu Aliyana sudah menghubungi polis. Kurang ajar punya Aliyana! Perempuan lembik ni sengaja naikkan amarah dia!
"Bodoh," serentak itu Lily keluarkan sepucuk pistol dari dalam beg lalu dihala ke arah sasaran. Delisha. Bunyi jeritan dan pekikan manusia-manusia di situ tidak diendahnya. Delisha harus mati hari ini juga!
Alden tarik Delisha ke belakang tubuhnya, melindungi si isteri.
"Jangan buat benda gila, Lily!" jerit Alvian, cemas. Pelik. Kenapa Lily sasarkan pistol itu ke arah Delisha? Kenapa bukan dia ataupun Joviana? Awal-awal lagi, Lily cuma bermusuh dengan mereka berdua bukan dengan Delisha.
Lily jeling Alvian.
"Benda gila macam ni takkan berlaku kalau orang tak pijak maruah aku, Alvian!" suara Lily sama naik dengan nada suara Alvian. Dahi Alvian berkerut. Bukan setakat Alvian... Joviana, Aliyana, Alden dan Delisha juga pelik. Pijak maruah dia?
"Alden, I rasa apa yang you cakap malam tu betul lah. Dia berdendam dengan I." ujar Delisha takut-takut di belakang Alden. Alden cuma diam tak membalas. Dia juga rasa macam tu jugak. Lily si perempuan gila tu berdendam dengan Delisha hanya gara-gara Delisha memberikan cek bernilai dua puluh ribu padanya.
"Perempuan tu selayaknya mati dan bergembira dalam neraka!" bila Lily tarik picu pistol, semua menjerit ketakutan. Bila-bila masa saja Lily akan melepaskan tembakan berpeluru itu. Alden sorokkan Delisha. Dia rela ditembak demi melindungi Delisha.
"Jangan!" Aliyana tarik lengan Lily. Pistol dalam pegangan Lily cuma dibuangnya jauh. Pergelutan berlaku di antara Aliyana dan Lily. Alvian mendekat, niat mahu mengunci pergerakan Lily yang memang dah tak waras sekarang ni.
Bunyi tembakan yang dilepaskan ke siling buat wajah masing-masing dah pucat lesi. Bertempiaran mereka berlari masuk ke dalam rumah, demi menyelamatkan diri masing-masing. Mereka tak mahu ada pertumpahan darah di sini.
Aliyana terduduk kasar atas lantai bila ditolak Lily yang dah dikuasai amuk. Menyeringai dia menahan sakit pada punggung dan pinggang kerana terhentak jatuh dengan begitu kuat. Sesaat, matanya membulat bila Lily acukan muncung pistol ke arahnya.
"Aku rasa kau yang patut mati dulu, Aliyana!" Lily tak fikir panjang untuk melepaskan tembakan. Namun tembakannya sedikit tersasar bila tubuhnya ditolak oleh Alvian ke tepi. Pistol yang dipegangnya sudah tercampak entah ke mana.
"Aliyana!!!" jeritan Joviana buat semua mata-mata tertumpu ke arah Aliyana yang terbaring. Darah membuak-buak keluar pada bahagian lengan kirinya. Joviana memangku gadis itu. Selendang di atas kepalanya ditarik lantas dia membalut lengan Aliyana yang ditembak. Delisha dan Alden menerpa ke arah dua manusia itu sedangkan Alvian dan Arfel mengawal Lily. Tak sampai seminit, kedengaran bunyi siren polis memasuki perkarangan rumah banglo ini. Lily gelak sinis memandang Aliyana yang terbaring lemah dengan darah pekat.
"Yana... Yana..." Alden pegang kepala Aliyana dan diusapnya dengan perasaan cemas. Dadanya berdebar.
"Angah, Yana minta maaf..."
"Don't talk. Vee, call ambulance!"
"Nope, kita bawa Aliyana ke hospital terus. Lambat kalau tunggu ambulance. Angkat dia naik kereta I," wajah Joviana bertukar serius.
"Tapi Vee..."
"I'm a doctor, Alden! I tahu apa yang I patut buat!"
Alden teguk liur. Macam mana dia boleh lupa yang Joviana ni doktor? Terus tubuh Aliyana dicempung mudah. Nasib Aliyana ni kecil molek aje. Sekilas Alden jeling Lily yang dah diberkas polis. Sungguh dia harapkan di tangannya ada sepucuk pistol untuk dia lepaskan sebutir peluru ke dahi Lily!
***
Promote ;
- Kau... Seluruh Cintaku by gadishazel
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro