Bab 49
DELISHA resah. Dia yakin Aliyana sengaja memutuskan talian video call malam tadi. Dia cuba menghubungi Alden kembali selepas itu, tapi malangnya iPhone miliknya kehabisan bateri. Terlampau sibuk ke hulu ke hilir sampaikan terlupa nak charge. Pagi itu lepas subuh, Delisha terus bawa langkah ke arah suite yang menempatkan Datuk Sri Ismadi.
"Papa, kalau Lisha balik KL dulu boleh tak?" pinta Delisha. Tak sanggup rasanya nak tunggu flight petang nanti. Kaki dia dah tergedik-gedik nak balik rumah jumpa Alden. Bermacam-macam benda yang membelenggu dalam kepalanya sekarang ni. Saat dia terpandangkan fabrik yang tersarung di tubuh Aliyana sebelum talian diputuskan, buat Delisha teguk liur berkali-kali. Gila! Perempuan tu pakai baju fesyen tarzan ke apa?
"Kenapa Lisha nak balik awal?"
"Lisha... Lisha ada hal sikit. Boleh tak papa?"
Datuk Sri Ismadi jeling jam di pergelangan tangannya. Jam enam pagi.
"Okey lah, kalau Lisha nak balik... balik lah. Papa tahu mesti Lisha rindukan Alden, kan?" Datuk Sri Ismadi sengih mengusik. Delisha balas dengan sengihan kelat. Rindukan Alden satu hal, perkara malam tadi pula satu hal jugak. Aliyana... dia dengan Alden tak buat apa-apa kan malam tadi? Ada juga dia cuba menghubungi Alden subuh tadi tapi tak berangkat. Mungkin lelaki itu masih pulas berselubung di bawah kain selimut? Kan waktu solat di sini lebih awal berbanding di semenanjung.
"Terima kasih, papa. Tapi tak apa ke? Kut la papa masih perlukan Lisha kat sini?"
"Nope, it's okay. Lagipun papa boleh handle urusan kat sini. Lisha pergi lah balik."
"Okey, papa. Thanks! Jumpa dekat rumah eh nanti." Delisha tarik tangan Datuk Sri Ismadi lalu dicium hormat. Kedua-dua belah pipi lelaki pertengahan usia itu dikucup. Laju Delisha berlari menuju ke arah bilik penginapannya untuk berkemas. Hampir setengah jam kemudian, Delisha dah melangkah turun ke lobi sambil menarik luggage comel miliknya. Tak sabarnya nak balik KL!
*****
"MACAM mana misi malam tadi?" soal Lily, bersilang kaki. Gelas panjang atas meja dicapai sebelum bibirnya menyinggah pada straw minuman. Aliyana mendengus sambil menjeling Lily yang cuma menyarung bathrobe di tubuh.
"Idea kau memang tak boleh pakai lah, Lily! Dia langsung tak tergoda dengan aku malam tadi. Dia boleh tolak aku mentah-mentah macam aku ni anak patung tahu tak?" Aliyana sebak rambut ke belakang. Sedikit sebanyak rasa malu mula bertandang dalam diri. Bayangkan lah dia pakai baju ala-ala keturunan tarzan, lepastu Alden boleh tolak dia macam tu aje. Kalau lelaki lain, mungkin malam tu juga dia dikendurikan.
"Kau tu yang tak reti! Tapi aku faham lah kalau kau tak reti sebab kau tu budak lagi. Budak yang belum biasa dengan benda-benda macam tu, kan? Mengaku lah, malam tadi first time kan kau buat benda macam tu?" Lily angkat kening. Bila Aliyana angguk kepala, kuat pula Lily meledakkan tawanya. Aliyana mendengus.
"Noob lah kau ni, Aliyana."
Aliyana jeling tajam. Nak marah Lily tapi apa yang perempuan sebelah ni cakap, ada betulnya. Dia masih noob kalau melibatkan benda macam ni. Belum pernah lagi seumur hidup dia pakai pakaian menjolok mata macam malam tadi dan menggoda lelaki. Abang sepupu sendiri pulak tu! Ah, macam mana dia nak hadap Alden lepasni? Mesti Alden dah bencikan dia gara-gara apa yang dia buat malam tadi. Jelas lagi bicara Alden malam tu. Alden tak mahu tengok muka dia lagi!
Aliyana hela nafas berat. Rasa menyesal tiba-tiba pun ada ni.
"Dia mesti dah bencikan aku sangat-sangat, Lily. Aku rasa aku dah tak ada harapan nak dapatkan angah. Aku kalah," menunduk kepala Aliyana memandang hujung kaki. Lily gelak sinis.
"Baru cuba sekali dah mengaku kalah. Budak macam kau ni memang akal sempit!"
Aliyana diam.
"Aku ada satu lagi plan. Aku yakin lepasni semua akan terkejut."
"Semua?"
"Iya lah, keluarga besar kau. Keluarga 'Tengku' kau yang kaya-kaya tu. Kalau kau bagitahu dia orang semua pasal rahsia ni, aku yakin... kau mungkin akan dapat apa yang kau nak." Lily senyum makna. Aliyana betulkan duduk.
"Apa dia?"
*****
KEPULANGANNYA ke Kuala Lumpur pagi itu langsung tidak dimaklumkan kepada Alden. Memang dia sengaja tak bagitahu. Menaiki grab, Delisha tiba di depan bangunan Zhen Holdings tepat jam sebelas pagi. Berlari dia masuk ke dalam bangunan sambil menarik luggage. Punya lah tak sabar nak jumpa Alden sampaikan tak mahu balik rumah ambil kereta dan simpan luggage dulu.
"Puan Delisha?" terbangun Ziana dari duduk bila Delisha tiba-tiba muncul. Delisha senyum nipis.
"Suami saya ada?" soal Delisha agak kalut.
"Ada tapi..."
"Thanks!"
Tak menunggu sambungan kata Ziana, Delisha dah merempuh masuk ke dalam bilik kerja Alden. Ziana hela nafas.
"Tapi Tengku Alden tak nak diganggu. Tak apa lah... lagipun tu isteri dia." Ziana cebik bibir lalu kembali duduk di kerusinya. Kerja yang tergendala beberapa saat tadi kembali disambung.
Delisha tutup pintu bilik pejabat Alden.
"Kak Ziana, saya tak nak diganggu. Faham ke tak?" baru setapak Delisha melangkah, suara garang Alden menyapa gegendang telinganya. Delisha teguk liur. Walaupun dia tak nampak wajah Alden yang duduk membelakanginya sekarang ni, dia yakin mood Alden memang tak baik pagi ni. Dengar suara pun dah tahu.
Delisha sambung langkah merapati.
"You..." panggil Delisha. Dengar suara lembut itu, laju Alden celik mata. Kepala terteleng ke tepi sebelum matanya terpandangkan susuk tubuh si isteri.
"Sayang!" lekas Alden bangun dari duduk. Tubuh Delisha diraih ke dalam pelukan tak sampai beberapa saat. Alden pejam mata sambil wajah sudah disembamkan pada bahu Delisha. Kuat Alden memeluk tubuh kecil itu seakan-akan tak mahu dilepaskan.
"Alden, are you okay?" Delisha menyoal. Tangan menepuk-nepuk belakang tubuh Alden.
"I miss you..." Alden tak menjawab soalan. Delisha senyum nipis.
"I miss you too, husband..." balas Delisha. Pelukan Alden dibalasnya. Beberapa minit dengan posisi begitu, Alden tolak perlahan bahu Delisha. Kedua-dua belah pipi Delisha diampunya sambil bebola mata birunya sudah terasa berair.
"Kenapa tak kasi tahu I you balik awal?"
"Saja. Alden, you okey?"
"I okey."
"Tapi kenapa you..."
"I rindukan you, sayang. You macam tahu-tahu aje yang I memang perlukan you sekarang ni. Thanks for being here," ujar Alden. Delisha tarik tangan Alden menuju ke arah sofa. Duduk diselesakan menghadap lelaki itu.
"Malam tadi... apa yang jadi?" soal Delisha, terus. Rasa macam tak sabar gila nak dengar penjelasan daripada Alden tentang apa yang telah berlaku malam tadi. Apa yang Aliyana keturunan tarzan tu buat kat rumahnya?
Alden diam dulu. Bila ingat balik pasal malam tadi, sumpah buat mood dia merundum jatuh ke angka sifar. Sebelum ni dia cukup hormatkan Aliyana sebagai adik sepupu yang polos dan sebaya dengan Amanda. Tapi malam tadi, Aliyana dengan beraninya mengguris maruahnya sendiri. Pakai ala-ala tarzan keluar hutan lepastu cakap yang bukan-bukan. Serius dia tak sangka Aliyana akan menjadi seorang gadis murahan seperti itu.
"Alden..." tangan Alden, Delisha tepuk perlahan. Alden hela nafas.
"I tak tahu kenapa dia sanggup buat macam tu dekat I."
"Dia buat apa dekat you?" soal Delisha, perlahan. Lama Alden tenung wajah Delisha bagai nak tembus sebelum sekali lagi Alden hela nafas panjang berserta dengan rengusan. Delisha tunduk memandang jemari Alden yang sudah dikepal menjadi buku lima. Gaya macam nak tumbuk benda aje tu.
Beberapa minit menunggu, Alden masih tak buka suara.
"Dia cuba goda you?"
"I tak tahu apa yang ada dalam kepala otak dia waktu tu. I tak tahu iblis mana yang sampuk dia. I... I tak percaya yang dia boleh buat benda macam tu, sayang. I pandang dan hormat dia sebab dia adik sepupu I. Dan dia sebaya dengan Amanda. Why... why dia buat macam tu?" Alden tunduk meraup wajah yang terasa panas.
Delisha diam. Betul lah apa yang dia tebak sebelum ni. Aliyana datang ke rumahnya dengan sengaja. Niat mahu menggoda Alden. Mentang-mentang lah aku tak ada dekat rumah masa tu, laju eh buat kerja.
"Dan you tergoda?" selamba Delisha menyoal. Alden toleh ke tepi memandang wajah tak beriak Delisha.
"You tak percayakan I?"
"No, I cuma..."
"You ingat suami you ni jenis macam mana? Asal nampak lauk sedap depan mata terus terkam... macam tu? You ingat suami you ni jenis main belakang you ke? You ingat suami you ni teruk sangat ke? You ingat..."
"Hesy! Mana ada! I cuma tanya aje, kan?"
"Sound like you don't trust your husband!"
"I trust you, Alden."
"You doubt me,"
Delisha hela nafas panjang lalu bibir menarik satu senyuman nipis. Tubuh didekatkan sebelum tangannya melingkar ke tubuh Alden yang menyandar pada sofa. Manja kepalanya dilentok ke dada bidang itu. Jelas kedengaran degup jantung Alden.
"I percayakan suami I. Sebelum Aliyana putuskan talian video call, I dah dengar semuanya. I dengar macam mana you marahkan Aliyana. You cuba protect diri you eventhough you tu lelaki. I nampak macam mana dressing Aliyana malam tu. Sumpah kalau I dekat tempat you, I tak tahu macam mana I nak kontrol diri I. She looks very passionate." Delisha gelak tapi Alden tetap tayang muka beku. Langsung tak bersuara.
"Awal-awal lagi I dah tahu dia sukakan you. Masa majlis kita dulu, I boleh tengok reaksi muka dia. Dia macam tak suka you kahwin dengan I. Dia macam tak sukakan I. She didn't even congratulate us." masih dengan posisi yang sama, Delisha sambung kata. Alden diam lagi mencerna maksud ayat isterinya itu.
Betul lah, sebelum dia kahwin dengan Delisha lagi... memang Aliyana ada tunjukkan hint bahawa gadis itu menaruh hati dan perasaan padanya. Tapi dia buat tak endah sebab Aliyana cuma gadis berusia dua puluh tahun yang polos.
"Kenapa lah you handsome sangat?" soalan itu pula yang keluar dari ulas bibir Delisha. Alden gelak kecil. Soalan si isteri kedengaran begitu comel!
"Nak buat macam mana lagi. I memang dilahirkan untuk handsome."
"Then untuk buat perempuan lain tergila-gilakan you?"
"I never ask for it. Bukan salah I kalau dia orang semua tergila-gilakan I. Termasuk lah you, kan? I tak pernah minta untuk you gilakan I."
"Eei, siapa yang gilakan you?"
"Eleh, tak nak mengaku pulak. I cium you karang!"
Delisha sembunyi senyuman geli hati. Tangan makin memeluk tubuh Alden dengan erat. Tak cukup dengan itu, kemeja Alden diciumnya geram menghidu perfume yang sering dipakai Alden. Wangi!
"Sayang, you sedar tak yang sekarang ni you cuba goda I? You bukan Aliyana tau? You isteri I yang halal dan jangan salahkan I kalau kita stay up dalam ofis ni sampai malam." kata-kata Alden penuh dengan amaran. Delisha gelak lepas.
"You ni lemah iman la!"
"I lemah iman kalau depan mata I ni benda yang halal."
"Mengada!"
Delisha lepaskan pautan pada tubuh Alden. Wajah suaminya itu dipandang. Sumpah la Alden ni lelaki yang sangat sempurna di mata manusia. Memang tak pelik lah kalau si Aliyana tu boleh hilang pertimbangan.
"Jom balik." Alden mengajak. Dahi Delisha berkerut.
"Balik mana?"
"Balik rumah kita lah sayang."
"You jangan nak mengada la, Alden. Sekarang baru nak masuk jam dua belas. Tak sedar ke yang hari ni you kerja?"
"I kan bos. Lagipun I dah suruh Kak Ziana clearkan schedule I hari ni."
"Kenapa?"
"I rasa I tak dapat nak concentrate dengan kerja hari ni."
Delisha garu hidung yang tak gatal. Perangai tak semenggah seorang bos dah datang!
"Jom balik. I rindu you." Alden bangun dari duduk seraya melangkah ke arah meja kerja. Blazer yang disangkut pada kerusi ditarik sebelum tangannya panjang mencapai briefcase. Delisha peluk tubuh.
"Rindu I kena balik rumah ke?"
"Haah. Takkan nak buat free show dalam ofis I?"
Faham maksud Alden, Delisha jeling tajam. Dasar suami miang!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro