Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 42

"YOU buat apa tu?" Delisha menempel di sebelah. Sekilas Alden pandang Delisha sebelum matanya kembali tertancap kepada Ipad di tangan. Hujung jari dah menyentuh-nyentuh skrin lebar itu.

   "Cari rumah baru," jawab Alden, sebaris. Dahi Delisha berlapis.

   "Rumah baru? Untuk siapa?"

   "Untuk kita lah, sayang."

   Delisha betulkan duduk agar lebih selesa. Terkelip-kelip mata memandang pelbagai jenis binaan rumah yang sedang dibelek Alden satu persatu. Banglo, apartment, penthouse.

   "Wait, you nak kita keluar dari rumah mummy dengan daddy ke? You memang takde plan nak stay sini?" soal Delisha. Tak sampai seminggu kahwin, Alden dah sibuk cari rumah baru. Alden angguk, menggumam.

   "I tak nak kita stay dengan family. Even I tahu there's no problem kalau kita stay dekat sini, tapi I tetap juga nak keluar. I rasa, macam tak manis kalau I stay dekat rumah mummy dengan daddy lepas I kahwin. After this, kita akan ada anak. Keluarga kita akan bertambah dari setahun ke setahun. Am I right?" hujung bibir Alden dah terherot senyuman. Delisha jeling tajam.

Ceh, bertambah keluarga dari setahun ke setahun. Ingat dia kilang proses ke?!

   "Tapi bukan ke you dah ada rumah you sendiri sebelum kita kahwin? I mean, apartment you?"

   "I dah jual. Apartment tu kecil, tak sesuai untuk kita. Let see..."

   Alden diam dulu sebelum Ipad yang berada di atas ribanya tadi diangkat.

   "How about this? Cantik kan?"

   Sebuah banglo sebesar alam terpampang pada skrin Ipad. Laju kepala Delisha tergeleng.

   "Besar sangat lah, Alden. Kita nak duduk dua orang aje pun. Tak nak lah I. Seram kalau I duduk sorang-sorang kalau you takde." tolak Delisha. Alden ni dah gila ke apa nak beli rumah seluas alam macam rumah Dato Vida tu.  Rumah yang pastinya harganya mencecah jutaan ringgit Malaysia. Juta Malaysia ya. Bukan juta rupiah.

   "Kita hire lah maid."

   "You nak hire sepuluh orang maid ke apa dalam rumah besar macam tu? No, I tak nak. Rumah tu lagi besar dari rumah papa dengan rumah daddy tahu tak? You tak payah nak lawan dia orang." balas Delisha lagi. Alden cebik bibir. Orang nak kasi dia duduk dalam rumah besar pun tak nak ke?

   "How about this?"

   Rumah banglo dua tingkat semi-D. Okey lah, tak besar sangat macam banglo yang Alden tunjuk tadi. Rumah pun berkembar. Ada lah jugak jiran nak ajak menyembang kalau tengah bosan nanti. Heh.

   "Nice one. Dekat mana rumah tu?"

   "Ampang."

   "Tak jauh dari rumah papa. Okey lah tu,"

   Entah apa yang Alden buat lepastu, Delisha tak nak ambil tahu. Alden nak beli rumah, biarkan. Takkan nak halang? Lagipun, betul lah apa yang Alden cakap tadi. Tak manis kalau duduk rumah parents lepas berkahwin. Walaupun mungkin parents tak kisah, tapi nak atau tak nak... kena keluar bina keluarga sendiri. Berdikari kata orang.

   "I dah text orang syarikat tu. Tunggu dia respon je," Alden letak Ipad atas meja kayu di tengah ruang kamar. Delisha angguk. Mata memandang fokus siaran drama asia yang terpampang pada skrin LED. Dalam bilik Alden memang dah ada televisyen, tak payah berebut nak tengok televisyen kat bawah. Tambah-tambah dengan Amanda dengan Puan Sri Bethany yang memang kaki K-drama. Jarang lah televisyen kat bawah tu terpadam. 

   "Esok Kak Ziana, secretary you dah mula kerja balik kan?" Delisha menyoal tiba-tiba.

   "Haah, ya. Hampir-hampir I terlupa. Nasib you ingatkan." Alden sengih. Dah lama Ziana tak masuk ofis, sampaikan dia dah lupa yang cuti berpantang Ziana dah habis. Esok wanita itu akan kembali memulakan tugasan. Maknanya...

   "So, I patut cakap bye-bye dekat you? Since I dah tak jadi secretary you lagi dekat Zhen Holdings." Delisha angkat sebelah tangan, melambai kecil. Alden sandarkan tubuh pada sofa sambil hela nafas panjang.

   "Perlu ke you say bye-bye dekat I?"

   "Why not? I dah takkan menempel dekat you dekat ofis tu dah. Plus, I akan masuk kerja dekat ofis papa. Sebelum I jadi secretary you pun, papa dah bagitahu I. Lepas secretary you habis cuti pantang, I akan start kerja dekat Maris Holdings. Papa mesti dah tunggu I kat sana." Delisha senyum segaris.

   "So, you suka lah lepas ni I dah tak boleh tengok you 24/7? Pagi sampai petang, both of us dekat company lain-lain. Malam baru boleh jumpa. Like seriously sayang? Sampai macam ni sekali batin I terdera?" Alden sentuh dada, dramatik gila. Delisha juling mata ke atas.

   "Hesy, bukannya kita tak jumpa langsung. Hujung minggu boleh aje you nak tengok I 24/7 sampai you muntah hijau."

   "Hujung minggu cuma dua hari, sayang. The rest five days... omg,"

   "Ah, mengada lah you ni. Sebelum ni you okey aje tak tengok I 24/7. Siap sanggup stay up dekat ofis lagi menghadap kerja-kerja you tu. You jangan ingat I tak tahu. Mummy pernah bagitahu I yang you tu workaholic sangat. Sampai tak berdunia,"

   "Itu sebelum I kenal you. Sebelum I sedar kewujudan you. Tapi sekarang dah lain okey. I tak boleh nak hadap. Please, kerja aje dengan I. Tak payah resign." Alden pegang tangan Delisha lalu digenggam erat.

   "Habis tu, Kak Ziana macam mana? You nak pecat dia? Gila ke apa?"

   "Takkan lah I nak pecat dia. I akan tukarkan dia dekat department lain."

   "Tak payah lah. Kesian Kak Ziana. Masuk ofis terus kena tukar ke department lain. Mesti dia tak happy dengan environment baru tu nanti. Biar lah Kak Ziana stay jadi secretary you. She's the best secretary I guess. You jangan nak buat kerja gila eh, Alden." Delisha tarik tangannya dari genggaman Alden. Sempat dia tampar lembut tangan itu.

   "You sanggup nak berpisah dengan I?"

   "Kita berpisah tak sampai 12 jam okey. You jangan nak mengada sangat!"

   Alden dah tarik muncung. Sebelum ni boleh dikatakan hampir setiap jam mata dia disajikan dengan wajah Delisha. Macam belangkas Delisha ikut dia ke sana ke mari. Lepasni, dah susah lah. Balik rumah baru lah masing-masing boleh jumpa. Oh, parah gini.

   "Stop jadi macam budak-budak. Lagipun kalau kerap sangat tengok muka, nanti jadi bosan. Jemu. Lagi-lagi I yang mudah bosan. Nak ke nanti I bosan dengan you?"

Alden menggeleng.

   "Tahu pun. Dah la, I nak turun bawah. Nak minum tak?"

   "Tak nak lah. Tak dahaga,"

   "Sure?"

   "Ya, sayang."

   "Nanti I bawak naik milo panas I, lepastu you minum sikit siap you!" awal-awal lagi Delisha dah kasi amaran. Macam sebelum ni, dia ada offer Alden nak minum air apa. Alden tak nak. Kononnya tak dahaga. Eh elok Delisha bawak naik milo panas, hampir separuh Alden langgah macam orang tak minum air sebulan. Sudahnya, membebel Delisha malam tu. Nasib dah lewat malam.

Alden sengih.

   "Garangnya isteri I. Okey la, buatkan I milo panas jugak. Jangan lupa tambahkan seluruh kasih sayang you. Air tu pastikan panas sepanas cinta I dekat you. Okey, sayang?" Alden kenyit mata. Delisha mencebik sambil kepala dah tergeleng-geleng.

Air sepanas cinta I dekat you ya? Tunggu you. Jangan salahkan I kalau lidah you melecur malam ni.

*****

HARI yang baru. Alden di Zhen Holdings manakala Delisha di Maris Holdings. Punya lah poyo pagi tadi bila Alden tiba-tiba berdrama tanpa direktor. Boleh migrain kepala Delisha melayan karenah Alden yang makin hari makin terserlah kegedikan dia. Orang yang tak kenal Alden mesti akan cakap yang Alden ni seorang yang serius, beku dan tak romantik. Tapi hakikatnya... Alden lagi gatal dari ulat bulu yang maha gatal tu. Sumpah!

   "Sorry, Kak Ziana. Saya tak sempat nak pergi jenguk dekat rumah," sebelah tangan, Alden masukkan ke dalam kocek seluar slack. Ziana senyum nipis lalu kepalanya tergeleng perlahan beberapa kali.

   "Tak apa lah, Tengku Alden. Saya tak kisah pun,"

   "Hadiah yang saya kirim tu dapat tak?"

   "Aha, saya dapat. Terima kasih banyak-banyak, Tengku. Hadiah yang Tengku kirim tu... agak keterlaluan jugak saya rasa. Terlampau banyak." Ziana tayang gigi yang tersusun rapi. Alden gelak. Dia tak tahu nak kasi hadiah apa untuk Ziana yang baru lepas bersalin. Sudahnya dia minta orang hantarkan ke rumah Ziana.

Satu set kelengkapan bayi dari kaki sampai lah ke kepala dan satu set produk berpantang. Banyak ke? Biasa je.

   "Saya tak tahu nak kasi hadiah apa. Okey lah, Kak Ziana. Selamat berkerja kembali. Planner, Andara ada letak dalam laci meja Kak Ziana." Alden juih bibir pada meja wanita itu. Dahi Ziana berkerut dulu.

   "Andara?"

   "Oh, I mean... Delisha Andara. My wife. Dia yang gantikan tempat Kak Ziana masa Kak Ziana takde."

Ziana senyum simpul.

   "Jadi, betul lah tekaan saya. Tengku Alden jatuh cinta pandang pertama dengan secretary sementara. Rasa macam sekejap sangat tempoh berkenalan, tup-tup dengar berita nak kahwin. Saya minta maaf sebab tak dapat nak hadir wedding Tengku malam tu. Tahniah, selamat pengantin baru." tutur Ziana. Alden garu belakang leher.

   "Hehe, thanks Kak Ziana. Jodoh depan mata, tunggu apa lagi."

   "Iya lah tu."

   "Saya masuk dulu. Apa-apa saya panggil Kak Ziana,"

   "Baik, Tengku Alden."

   Alden berlalu dengan senyuman.

***** 

DELISHA labuhkan duduk pada kerusi kulit. Tubuh disandar selesa. Dia baru sahaja lepas diperkenalkan dengan staff-staff di Maris Holdings oleh papanya, Datuk Sri Ismadi. Seorang pun dia tak pernah kenal. Iyalah, tak pernah dia jejakkan kaki di Maris Holdings lepas habis SPM. Konon alergik dengan company. Tapi akhirnya, kat sini juga dia cari rezeki.

   Bunyi telefon bimbit menyentakkan Delisha. Pantas Delisha capai gajet mewah atas meja kerja. Terpampang nama Alden pada skrin. Bibirnya yang dioles warna lembut itu merekah dengan senyuman.

   "Hmmm?"

   "Sayang, I rindu you."

   Delisha gelak kecil sambil kepala dah tergeleng.

   "Alden, sekarang ni baru pukul sepuluh pagi. Baru dua jam you tak nampak I, you dah mereng eh?" tangan Delisha dah tongkat kepala.

   "Terseksa batin I ni, sayang."

   "Melampaunya pak cik mata biru ni. You tak payah nak mengada-ngada sangat. Just do your work." Delisha hela nafas. Kedengaran suara Alden dah mengomel tak puas hati di corong telefon. Delisha tadah telinga. Ni versi Alden baru masuk prasekolah ya.

   "Hari ni lunch sekali eh?" tutur Alden.

   "Lunch kat mana?"

   "Lunch dekat dalam bilik..."

   "Ah, Alden! You jangan nak cakap benda pelik-pelik eh!"

   "What? I tak habis cakap lagi kan? Maksud I, lunch dekat dalam bilik ofis you pun boleh. I tapaukan makanan kat mana-mana. Ha, you fikir apa tadi? Oh, you lagi advanced dari I eh sayang. I takde lah fikir sampai ke tahap tu..."

Delisha gigit kuat bibir bawah. Ah, malu! Nasib baik Alden tak ada dekat depan dia sekarang ni. Kalau tak, mahu dia masuk bawah meja.

   "Fikir apa? Ah, forget it!"

   Dengar suara Alden gelak.

   "Nak lunch kat mana hari ni?"

   "Lain kali aje lah. Ofis you dengan ofis I bukannya dekat sangat pun. You nak hadap traffic lagi, nanti you lewat masuk ofis balik."

   "I bos, ikut suka hati I lah nak masuk lewat ke apa ke."

   Ha, tengok-tengok! Perangai orang-orang atasan yang langsung tak semenggah. Langsung tak boleh dicontohi. Delisha juling mata ke atas. Kalau dia terus-terusan larang pun, memang tak lah Alden nak dengar cakap dia. Membazir air liur aje.

   "Ikut suka you lah."

   "I catch you at 12. Okey?"

   "Okey."

   "Can't wait to see you, sayang."

   "I don't want to see you."

   "Oh, why?"

   "Sebab nanti I bosan dengan you. Asyik-asyik pandang muka you."

Alden dah tak senang duduk.

   "You dah mula bosan dengan I ke, Delisha Andara?" suara Alden dah berubah. Delisha tekup mulut. Hey, suara Alden dah tak macam tadi. Tak gedik macam tadi. Ops. Delisha diam tak membalas.

   "Delisha Andara!"

   "Iyaaa..."

   "You dah..."

   "Merepek lah you ni. I gurau aje lah. Takkan lah I nak bosan dengan you. Dah la I nak hidup dengan you untuk seumur hidup I. You ni, jangan la serius sangat."

Alden hela nafas lega.

   "You jangan buat I nak pergi jumpa you sekarang ni jugak, sayang."

   "Lupakan niat gila you tu. Dah la, I nak start buat kerja. Nanti papa ingat I curi tulang pulak. See you!"

   "Okey, see you. Bye,"

   "Bye."

   Putus saja talian, Delisha gelak. Sumpah dia tak pernah bayangkan Alden akan jadi segedik ini lepas mereka berkahwin. First impression sewaktu dia bertemu dengan Alden dulu, memang tak sama dengan Alden yang versi sekarang. Tersangat lah kontra. Tapi kata orang, awal-awal perkahwinan semuanya indah. Tapi bila dah lama, kemanisan itu akan perlahan-lahan hilang dan pudar. Delisha usap perlahan cincin yang tersarung di jari manisnya. Dia tak kisah kalau diuji dengan masalah rumah tangga tapi dia harap... cinta Alden buat dia takkan pudar. Dia harap... hati Alden takkan berpaling untuk orang lain.

***

Promote ;

- My Dear Mafia by DXENDRA

- Love Diary by AM05_AI03

- The Hearter by Azunte18

- Mrs Amir by avivmell

- Secret Love ; kth by alisyahamizah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro