Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 32

"LEPASKAN aku!" cengkaman pada kedua-dua belah pergelangan tangannya begitu kuat dan menyakitkan. Dengan air mata yang sudah merembes keluar, sedaya upaya dia cuba memboloskan diri dari cengkaman lelaki itu. Tubuhnya kini di bawah lelaki asing itu. Delisha ketakutan.

"Diam lah perempuan! Kau nak kena tampar ke?!" jerkah lelaki tersebut. Wajah Delisha diciumnya rakus. Semakin Delisha meronta dan menjerit, semakin lelaki tersebut hampir hilang kesabarannya.

"Lepaskan aku! Alden!"

"Hey, kau boleh berhenti sebut nama jantan tu tak?! Kalau kau panggil dia sekalipun, dia takkan datang selamatkan kau lah. Kau ingat dia hero ke? Kau silap Delisha... malam ni aku ratah kau cukup-cukup. Takkan ada sesiapa yang akan datang selamatkan kau. Ni bukan drama melayu lah." menyeringai lelaki itu ketawa. Pijama yang tersarung di tubuh Delisha dikoyak kasar. Delisha menjerit sekuat hati. Berharap ada yang datang selamatkannya walaupun ianya adalah seekor harimau. Dia tak rela diperlakukan begini.

"Jangan buat aku macam ni. Tolong lah! Lepaskan aku! Lepaskan aku!" kaki Delisha dah menendang-nendang angin. Tangannya yang dicengkam ke tanah menyukarkan dia untuk meloloskan diri.

"Aku akan lepaskan kau bila aku dapat apa yang aku nak." serentak itu leher jinjang Delisha dikucup. Delisha menjerit sekuat hati. Sakit di tekak tak sama sakit di hati. Dengan sisa tenaga yang ada lengan lelaki itu digigitnya kuat. Giliran lelaki itu pula yang menjerit. Saat tangannya terlepas dari cengkaman lelaki itu, Delisha mengambil kesempatan memukul kepala lelaki itu sekuat hati. Tapi usahanya itu tidak lama bila tubuhnya kembali ditolak ke tanah dan pergelutan kembali berlaku.

"Lepas! Lepas! Lepas!" Delisha meronta. Tubuhnya sudah terasa kedinginan.

"Welcome to the heaven, sayang..."

"Lepaskan aku!"

Matanya terbuka luas. Kipas siling yang berputar di atas dipandangnya kosong. Peluh sudah merenik di dahinya. Perlahan-lahan Delisha bangun dari pembaringan lalu bersandar pada dinding. Air mata sudah perlahan-lahan berlinang keluar. Dia tak tahu kenapa kejadian malam itu kembali menghantuinya. Puas dia cuba melupakannya tapi dia gagal. Wajah diraupnya beberapa kali. Jam yang tergantung pada dinding dijelingnya. Jam dua pagi. Ruang bilik tetamu kecil itu dipandang. Atas ihsan Mak Khadijah, dia diizinkan untuk menginap di kamar ini walaupun tiada katil. Hanya ada toto dan beberapa biji bantal sahaja.

Delisha berjalan keluar menuju ke arah tandas yang terletak bersebelahan kamar tidurnya. Usai membasuh muka dan mengambil wudhuk, Delisha berura-ura mahu kembali ke kamar. Namun baru beberapa langkah, telinganya menangkap suara tangisan bayi. Bulu roma Delisha tiba-tiba sahaja menegak. Pukul dua pagi dan tiba-tiba dengar suara tangisan bayi... kau rasa? Tapi kakinya melangkah ke arah sebuah lagi bilik tetamu yang terang benderang. Makin jelas suara bayi berselang-seli dengan suara perempuan memujuk si bayi. Pintu yang tidak bertutup rapat itu ditolaknya sedikit.

"Kakak?"

Delisha hampir ternganga. Dipandangnya seorang perempuan yang sedang mengendong seorang bayi. Dia kenal budak perempuan tu. Budak perempuan yang menanti masa untuk melahirkan ketika dia ke sini dengan Alden dulu.

"Masuk lah, kakak." ramah budak perempuan itu menjemput Delisha masuk. Teragak-agak Delisha mahu melangkah masuk. Sesekali budak perempuan itu melantunkan zikir supaya anaknya itu berhenti menangis.

"Kenapa dia menangis?" Delisha menyoal perlahan. Bayi di dalam gendongan budak perempuan itu diintai. Comelnya.

"Dia dahaga susu."

"Then, kenapa awak tak breast feeding? Dia tengah dahaga tu."

Budak perempuan itu menggeleng sambil tersenyum nipis. Ada riak sayu di wajah itu.

"Sejak dia lahir lagi, dia tak mahu breast feeding. Jadi terpaksa bagi susu formula. Saya dah cuba banyak kali, tapi dia tetap tak mahu. Saya dah takde pilihan lain." jawab budak perempuan tersebut. Ibu mana aje yang tak sedih jika anak sendiri menolak untuk breast feeding? Atas saranan nurse, dia terpaksa memberikan susu formula. Mungkin kerana usianya yang masih begitu muda, susu badannya tidak terlalu banyak.

"Oh... Sini kakak buatkan susu sementara awak pujuk dia."

"Takpe, kakak. Ibu tolong buatkan. Dia pergi dapur ambilkan air panas."

Delisha mengangguk, faham. Tangannya ringan sahaja naik menepuk-nepuk perlahan bayi yang dibedung dengan kain itu. Bibirnya melorek satu senyuman kecil. Dah lama rasanya tak sentuh dan menghidu bau bayi.

"Dah berapa bulan ni?" Delisha menyoal.

"Minggu depan dah cukup sebulan, kakak."

"Dah kasi nama?"

"Dah. Ahmad Danial."

"Sedap nama tu. Nama awak pulak apa? Sorry, kakak tak sempat nak tanya nama awak sebelum ni."

Delisha sengih. Dulu masa dia datang sini, gadis muda ini masih sarat mengandung. Niat nak tegur tapi gadis yang kini bergelar seorang ibu muda ini gemar memencilkan diri. Tak mahu berinteraksi dengan sesiapa hatta penghuni Permata Husna pun.

"Nama saya Kamelia. Panggil Lia aje."

"Oh, Lia. Nama kakak Delisha,"

"Tahu. Tadi ibu ada cerita pasal kakak dekat Lia. Ibu cakap kakak tumpang duduk bilik sebelah. Dia takut nanti Lia terkejut pulak bila tiba-tiba ada orang kat bilik sebelah ni. Lia minta maaf tau kalau anak Lia kacau kakak malam-malam macam ni. Danial memang kuat menangis sebab dia kuat minum susu. Ibu cakap baby lelaki memang kuat menyusu." Kamelia sengih. Delisha angguk perlahan. Dia tak kesah pun sebenarnya. Kalau dia terjaga waktu malam, ada juga orang teman di bilik sebelah. Dengar suara menangis bayi.

"Eh, Delisha pun ada kat sini?" Mak Khadijah muncul dengan sebelah tangan memegang termos berisi air panas. Delisha dan Kamelia pantas menoleh.

"Saya dengar baby menangis. Itu yang saya datang jenguk." balas Delisha memberi ruang kepada Mak Khadijah untuk membancuh susu formula. Matanya memerhati sahaja tangan Mak Khadijah membancuh susu. Cekap dan cepat.

"Delisha jangan rasa terganggu pulak. Danial malam-malam memang kuat menyusu." ujar Mak Khadijah seperti yang diperkatakan Kamelia tadi. Botol susu yang suam sejuk itu dihulur kepada Kamelia. Sekejap saja Danial yang asyik menangis dari tadi terdiam. Delisha gelak melihat si kecil Danial. Ya Allah, comelnya.

"Errr mak cik tidur dekat sini ke?"

"Haah, tolong Lia jagakan Danial. Lia kan muda lagi, kekok lagi nak urus bayi."

"Pak cik dekat rumah sorang-sorang?"

"Haah. Tapi kadang-kadang pak cik mai tidoq kat sini jugak."

Terangguk-angguk kepala Delisha, mengerti. Lima belas minit di situ Delisha minta diri. Tengok muka Mak Khadijah dan Kamelia macam dah barai. Yalah, malam-malam terpaksa berjaga sebab Danial menangis mahukan botol. Delisha tutup pintu bilik lalu berjalan ke arah luggage. Kain telekung yang berlipat dicapai sebelum sejadah dibentang.

Dah lama rasanya tak solat malam. Rasa sayu tiba-tiba menapak hadir.

*****

DATIN Sri Mariyana demam. Dah tiga hari tak kebah-kebah sejak kehilangan Delisha. Tak ada lah boleh dikategorikan sebagai hilang sebab Delisha ada tinggalkan surat. Jadi, laporan polis tidak dibuat walaupun berkali-kali didesak Datin Sri Mariyana. Perlahan-lahan Danisha menutup pintu bilik. Dia baru sahaja lepas menyuap mamanya itu bubur. Seperti sebelum ni, buburnya cuma dijamah sikit. Tak ada selera.

"Ada apa-apa berita pasal keberadaan Lisha?" Datuk Sri Ismadi menyoal Alden. Hari-hari Alden datang menjenguk khabar Datin Sri Mariyana. Seperti wanita itu, Alden juga tidak kurang risaunya. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena bukan sebab angau jatuh cinta. Tapi kerana dia risaukan gadis itu. Entah di mana lah dia, sampai sekarang dia belum temu jejak. Penyiasat upahannya dan Datuk Sri Ismadi juga tidak memaklumkan apa-apa berita. Sudah tiga hari berlalu.

"Takde, uncle. Dua orang penyiasat saya upah tapi dua-duanya... hmmm..." keluh Alden.

"Uncle yakin nanti Lisha akan balik sini. Bukan uncle tak risau tapi uncle tahu Lisha selamat. Kita cuma tak tahu dia kat mana. Bersembunyi dalam bilik hotel? Bercuti di tepi pantai? Menetap di mana-mana rumah asuhan? Kita tak tahu, Alden." balas Datuk Sri Ismadi sambil memeluk bantal petak di atas sofa.

Alden diam. Apa yang diperkatakan Datuk Sri Ismadi tu ada betulnya. Delisha selamat dan baik-baik sahaja. Mungkin sedang bersembunyi di mana-mana. Nak pergi jauh, tapi tak bawa kad bank bersama. Menetap di rumah asuhan?

"Uncle, Andara ada kenal mana-mana orang yang buka pusat asuhan tak? Kut la Andara pernah join mana-mana aktiviti dekat pusat asuhan atau pusat kebajikan atau rumah anak-anak yatim ke?" soal Alden. Tiba-tiba ingin tahu. Lambat-lambat Datuk Sri Ismadi menggelengkan kepalanya dengan kerutan di wajah.

"Takde lah pulak. Lisha kalau dia sedih, dia suka travel. Tapi sekarang ni uncle tak rasa dia pergi travel. Yalah, handphone tak bawak, kad bank pun tak bawak. Mana dia nak dapat duit? Lisha yang uncle kenal, mana boleh hidup tanpa duit. Kerjanya seronok aje. Tapi sejak dia kerja dengan Alden, uncle nampak jugak la positive behavior dia. Dah tak selalu keluar berjoli dengan kawan dia tu. Oh ya, bercakap pasal kawan Lisha yang namanya Naila tu... Alden ada tanya kan dia pasal Lisha?"

"Dah, hari tu Alden pergi jumpa dia dekat butik. Dia pun terkejut bila tahu Andara lari rumah. Dia ada juga cuba tanyakan dekat kawan-kawan yang lain tapi... takde siapa yang tahu. Lagipun, kawan Andara cuma Naila seorang." lagi Alden mengeluh memikirkan gadis itu. Tubuh disandarkan pada sofa sambil sebelah tangan memicit-micit tepi kepala.

Rindunya dia dekat Delisha. Risaunya bukan kepalang. Apa agaknya yang Delisha tengah buat sekarang ni? Dah makan ke belum? Sihat ke? Masih menangis ke?

"Auntie masih belum kebah demam. Bertambah rasa risau uncle,"

"Jangan risau, uncle. Andara pasti akan balik tak lama lagi. Just give her some space and time,"

"Yeah. I know,"

Alden senyum pahit.

*****

"IBU sihat?" Soal Alden bila panggilan bersambung.

"Alhamdulillah, ibu sihat. Alden macam mana? Sihat?" Mak Khadijah mengepit telefon bimbit di telinga dengan bahunya. Tangan mengeluarkan beberapa biji cup cake dari dalam kotak. Hari ni penghuni Permata Husna menyambut ulang tahun kelahiran rakan-rakan yang lahir pada bulan Jun. Sebulan sekali pasti mereka akan mengadakan sambutan hari jadi dengan begitu meriah.

"Sihat, bu. Cuma tak okey sikit."

"Aik? Macam mana tu? Sihat tapi tak okey." Mak Khadijah gelak kecil. Alden yang ketika itu sedang bertenggek di balkoni bilik ukir senyum pahit.

"Takde apa lah. Ibu buat apa tu? Abah?"

"Ibu tengah susun cup cake ni. Hari ni celebrate birthday budak-budak. Macam biasa lah, setiap bulan celebrate untuk depa. Bagi depa seronok duduk kat sini. Abah ada kat dalam surau tu."

"Oh. Lamanya Alden tak join majlis hari jadi dekat situ. Kalau boleh sekarang jugak Alden nak pergi Kedah, bu."

"La, mai ja lah."

Mak Khadijah gigit lidah. Oh, terpelawa pulak. Kalau Alden datang sini betul-betul, mesti dia akan jumpa Delisha balik. Tapi masalahnya, Delisha tak nak jumpa sesiapa termasuk lah Alden. Aduh, gawat ni.

"Insya-Allah nanti bila-bila Alden pergi sana ya? Hadiah untuk budak-budak tu, nanti Alden kirim."

"Ya lah. Budak-budak ni kalau dapat hadiah dari hang, seronok lah depa." Mak Khadijah ketawa kecil diikuti Alden. Budak mana aje tak suka kalau kasi hadiah berupa kereta control, pakaian, kasut? Ingat lagi dia pernah belikan sepasang kasut yang mengeluarkan lampu. Bukan main teruja lagi mereka sampai ada yang menangis cemburu. Heh.

"Alden lagi happy dapat buat dia orang happy. Okey la, ibu. Nanti ada masa Alden call balik ya? Alden..."

"Mak cik, bekas pulut kuning ni nak letak kat mana?"

Alden terdiam. Itu bukan ke suara... Andara?

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro