Bab 31
DOKTOR Aqila sudah lima belas minit berlalu meninggalkan kafe untuk menyambung tugas. Namun Alden masih di situ sendirian menghabiskan baki minuman. Perbualan ringkas dengan Doktor Aqila sebentar tadi amat memuaskan hatinya.
"She's okay. She's definitely safe. Nothing happened to her."
Terngiang-ngiang kembali bicara doktor genit itu. Alden tersenyum sendiri. Lega, sumpah lega. Nampaknya dia benar-benar sudah salah faham tentang kejadian malam itu. Sangkanya Delisha sudah dinoda tetapi dia salah. Gadis kesayangannya masih suci. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Seketika kemudian, Iphone Xs Max miliknya di atas meja berdering. Terpampang nombor yang dikenalinya. Laju ibu jari digesek pada skrin.
"Helo?"
"Helo, Alden. Ni auntie ni!" suara resah Datin Sri Mariyana menyapa gegendang telinga Alden. Lantas Alden betulkan duduk dengan wajah yang sudah berkerut seribu.
"Yes, auntie. Ada apa?"
"Lisha... Lisha lari rumah!" serentak itu kedengaran esakan wanita itu. Hampir sahaja telefon bimbit yang dipegang Alden terlepas dari pegangan. Beberapa saat berlalu, otaknya masih mencerna. Delisha lari rumah?
"Alden, tolong auntie..."
*****
PINTU kereta dihempasnya sebelum dia berlari anak menghampiri Datuk Sri Ismadi yang sedang berdiri di muka pintu. Tangan lelaki separuh umur itu ditarik dan disalam penuh hormat.
"Uncle, auntie mana?"
"Dekat dalam. Masuk lah," Alden dijemputnya masuk. Sayup-sayup telinga Alden menangkap bunyi esakan dari ruang tamu keluarga. Alden makin mendekat. Kelihatan Datin Sri Mariyana sedang menangis sambil dipeluk Danisha.
"Auntie?" Alden menegur. Teresak-esak Datin Sri Mariyana angkat kepala menoleh ke arah lelaki muda itu. Wajahnya sudah merah. Pandangannya kini berbalam-balam memandang Alden yang mengambil duduk di sisinya.
"Alden, tolong auntie. Tolong cari Lisha balik." rayu Datin Sri Mariyana. Alden diam dulu. Sehelai kertas bertulis nota dihulur Danisha. Dengan wajah berkerut, Alden menyambut. Bebola matanya bergerak-gerak membaca rangkaian tulisan pada nota tersebut.
Mama, Papa.
Lisha minta maaf sebab tak mampu jaga diri Lisha baik-baik. Lisha gagal jaga maruah Lisha. Lisha malu dengan semua orang. Lisha malu dengan mama, papa dan Nisha. Lisha malu dengan Alden. Lisha tak mampu nak berhadapan dengan sesiapa buat sekarang ni.
Mama, Papa.
Izinkan Lisha pergi. Jangan risau, Lisha tak pergi mana-mana pun. Lisha perlu waktu untuk terima semuanya. Jangan cari Lisha. Tolong lah jangan cari Lisha. Lisha janji, bila Lisha dah tenang sikit, Lisha akan balik ke rumah. Lisha sayang mama, papa dengan Nisha. Lisha minta maaf. Lisha pergi dulu.
Sayang, Lisha.
Alden kelu lidah. Coretan ringkas itu buat dia terdiam dulu. Andara lari rumah? Andara pergi mana? Dengan keadaannya yang begitu, boleh ke dia jaga diri sendiri? Macam mana kalau terjadi apa-apa buruk lagi? Terus Alden mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket jeans. Baru sahaja dia mahu menghubungi nombor Delisha, Danisha dah menahan dulu. Alden menoleh.
"Kak Lisha tak bawak handphone. Dia tinggalkan atas meja." ujar Danisha. Alden berdecit. Oh, shit! Where are you going Andara?!
"Alden, tolong cari Lisha sampai jumpa. Auntie risaukan dia." lengan Alden, Datin Sri Mariyana goncang perlahan. Alden hela nafas. Lambat-lambat dia jatuhkan kepalanya berkali-kali. Bukan Datin Sri Mariyana sahaja yang risaukan gadis itu, dia juga turut sama. Dia sendiri tak tahu ke mana gadis itu pergi membawa diri.
"Uncle rasa Lisha tak pergi jauh. Dia tinggalkan handphone, passport dan kad bank. Dia cuma bawa pakaian, duit cash dengan IC aje. Uncle yakin dia tak pergi jauh. Kalau bukan dalam KL, mungkin luar KL. Yang pasti masih dalam Malaysia." Datuk Sri Ismadi yang duduk tidak jauh dari situ bersuara. Dia risaukan Delisha tapi jauh di dasar hatinya dia tahu anak gadisnya itu selamat. Dia yakin.
"Kat mana kita nak cari dia, uncle?"
"Buat masa sekarang, let her be. Lisha sendiri cakap yang dia perlu waktu dan jangan cari dia. Right, kita buat apa yang dia suruh."
"Abang! Abang ni dah kenapa?! Lisha tu anak kita, abang boleh pulak buat endah tak endah! Kita tak tahu dia selamat atau tak kat luar sana tu. Saya takkan biarkan Lisha sendirian kat luar. Saya nak Lisha balik, duduk dengan kita. Tolong lah cari Lisha, abang!" Datin Sri Mariyana sudah mahu marah-marah. Bengkak juga hatinya bila suaminya itu seperti mahu lepas tangan saja tentang kehilangan Delisha.
"Mariyana, Lisha tu anak abang jugak. Mesti lah abang risaukan dia. Tapi abang yakin yang Lisha selamat. Dia cuma perlu waktu untuk dia tenangkan diri dia. Sampai waktu dia akan balik sini semula. Abang kenal anak abang tu." balas Datuk Sri Ismadi. Datin Sri Mariyana terdiam dulu. Danisha menepuk perlahan belakang tubuh mummynya itu.
"Saya risaukan anak saya. Lisha..."
Alden sandarkan tubuh pada sofa. Otaknya masih memproses apa yang berlaku. Mana Andara pergi? Dekat mana dia nak cari gadis itu? Sudah la tak bawak handphone. Keluar cuma bawa pakaian dan duit cash. Oh, Andara. Can you survive?
*****
DELISHA tutup pintu teksi usai membayar tambang. Dia tak pernah sangka dia akan jejakkan sepasang kakinya ke sini lagi. Entah apa yang merasuknya sehingga dia membuat keputusan untuk ke sini berbekalkan duit cash yang cuma ada RM400 dalam tangan. Sudah la dia tak bawa langsung kad bank. Memang kerja gila.
Selendang di atas kepala yang ditiup angin dipegang dengan sebelah tangan. Matanya meliar ke sekeliling sambil dia menarik luggage kecil berjalan memasuki kawasan itu. Beberapa orang penghuni di situ sudah tertoleh-toleh memandangnya. Mungkin ada yang masih ingat padanya dan mungkin ada yang tak ingat.
Awek rambut panjang. Nak tergelak Delisha bila ingat pasal tu balik.
"Delisha?" teguran seseorang buat Delisha laju menoleh ke belakang. Tersenyum nipis dia memandang langkah Mak Khadijah yang menghampirinya. Tak menunggu lama Delisha menyalami tangan wanita itu sebelum tubuhnya tenggelam di dalam pelukan. Tiba-tiba Delisha terasa sebak, mahu menangis. Matanya sudah berkaca-kaca.
"Delisha buat apa kat sini? Mai dengan sapa? Dengan Alden ka?" soal Mak Khadijah. Delisha gigit bibir bawah. Tak menunggu lama air mata yang bertakung dalam kolam mata tadi terus sahaja merembes keluar.
"Mak cik..."
"La, awat teriak ni? Dah, dah. Tak mau dok teriak, mai kita masuk kat dalam." Mak Khadijah menarik luggage milik Delisha sambil sebelah tangan lagi memeluk tubuh gadis itu memasuki Permata Husna.
*****
SECAWAN teh panas yang masih berasap nipis diletakkan perlahan di atas meja kopi. Mak Khadijah lantas mengambil tempat kosong di sebelah Delisha yang termenung jauh. Wajah gadis itu langsung tidak ceria. Puas tadi dibiarkan Delisha menangis sendiri. Dia tak tahu apa masalah gadis itu.
"Delisha? Delisha okey dak lagi ni?" Mak Khadijah sentuh lembut bahu Delisha. Delisha tersentak sedikit lalu menoleh ke tepi. Bibirnya dipaksa untuk mengukir walau segaris senyuman pun. Lambat-lambat Delisha angguk kepala sebelum dia menggeleng pula. Dahi Mak Khadijah kembali berlapis-lapis.
"Saya... saya tak tahu mak cik. Saya rasa saya okey tapi dalam masa yang sama saya rasa saya tak okey." luah Delisha. Dia sendiri tak tahu situasinya sekarang ini. Kejadian malang malam itu sering menganggunya sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. Jujur dia lega bila Doktor Aqila mengatakan dia masih selamat. Tapi dia masih sukar untuk menerima. Dicabul dan hampir diperkosa oleh seorang lelaki asing bukan perkara biasa. Tiada siapa mahu berada dalam situasi begitu. Disentuh tangan sedikit pun sudah tidak selesa apatah lagi disentuh di setiap inci tubuh. Allah, peritnya ujian.
"Cuba Delisha bagitahu kat mak cik apa yang dah jadi. Delisha gaduh dengan Alden ka?" soal Mak Khadijah. Delisha menggeleng.
"Tak, saya dengan Alden takde masalah. Kami okey."
"Habis tu awat Delisha mai sini sorang-sorang? Alden tau dak?"
"Tak, mak cik."
Mak Khadijah diam dulu memberi ruang untuk Delisha bercerita. Jika Delisha tak mahu buka mulut, dia tak akan memaksa. Pasti gadis itu berdepan dengan masalah yang agak besar sehingga sukar untuk berkongsi cerita. Biarlah, setiap perkara perlukan masa. Mak Khadijah hela nafas.
"Tak pa lah. Mak cik nak pi tengok budak-budak kat surau sat. Delisha duduk la sini, minum air teh tu. Kalau Delisha nak apa-apa, panggil ja mak cik ya?" Mak Khadijah berura-ura mahu bangun dari duduk sebelum lengannya dicengkam kemas oleh Delisha. Kolam mata Delisha kembali bertakung, mendongak memandang wanita tua itu.
"Mak cik. Saya... saya..."
Air mata kembali menjadi teman. Satu persatu kisah malam itu dibukanya. Mengucap panjang Mak Khadijah mendengar. Tubuh Delisha dipeluknya erat selepas itu. Delisha pejam mata erat-erat. Menahan air mata dari terus merembes. Jujur, dia sudah penat menangis. Tapi dia tak tahu kenapa air mata ini begitu murah.
"Saya tak tahu nak pergi mana. Saya tak nak keluarga saya jumpa saya. Saya tak sanggup nak hadap mereka lagi. Bila saya teringatkan Permata Husna, terus saya datang sini walaupun jauh. Tempat ni tenang. Mak cik, boleh kan kalau saya duduk dekat sini untuk beberapa hari? Saya janji, lepas saya dah tenang sikit saya akan balik KL. Boleh tak?" Delisha meramas-ramas tangan Mak Khadijah perlahan. Mak Khadijah angguk kepala berserta satu senyuman.
"Boleh, takda masalah. Duduk ja selama mana yang Delisha mau. Atau Delisha nak duduk dekat rumah mak cik ja?"
"Takpe. Saya nak duduk sini. Takde la sunyi sangat. Ada juga orang yang boleh dibuat kawan kat sini."
"Ikut suka Delisha lah. Harap Delisha selesa lah."
"Mak cik..."
"Ya?"
"Kalau Alden call mak cik tanya pasal saya, mak cik tolong lah jangan bagitahu yang saya ada dekat sini. Saya tak nak jumpa dia lagi buat masa sekarang. Saya malu dengan dia. Boleh ya mak cik? Boleh ya? Kalau ada orang luar tanya pasal saya pun, mak cik tolong jangan bagitahu. Biar saya bersembunyi dekat sini dulu." pinta Delisha. Mak Khadijah terdiam.
"Yelah..."
"Terima kasih, mak cik. Terima kasih."
Delisha senyum kelat. Nafas dihela sebelum dia melemparkan pandangan ke luar tingkap memandang beberapa orang kanak-kanak sedang berlari di luar. Di sini dia tenang dan dia harap dia dapat lupakan kejadian malam itu. Tolong lah jangan pernah hantui dia lagi. Tolong lah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro