Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 30

SEMALAMAN Alden tak pulang ke rumah. Macam orang gila dia memandu di kawasan peristiwa malang yang menimpa Delisha. Ke hulu ke hilir dia memandu, mencari-cari kelibat kereta berwarna hitam yang pastinya milik lelaki tak guna yang dah cuba mencabul kehormatan Delisha. Dia tak pasti nombor plat pendaftaran kereta tersebut. Yang dia tahu pacuan empat roda itu merupakan sebuah Proton Saga berwarna hitam. 

Tok! Tok! Tok!

Alden terjaga daripada tidur saat terasa cermin keretanya diketuk dari luar. Terpisat-pisat dia membuka mata. Cermin kereta yang cuma dibuka sedikit itu diturunkan.

   "Angah buat apa tidur dekat dalam kereta ni?" berlapis-lapis dahi Tan Sri Tengku Aazad Zhen saat terpandangkan Alden yang tidur di dalam kereta ketika dia mahu keluar menunaikan solat subuh di surau berdekatan. Alden raup wajah.

   "Angah terlelap daddy,"

   "Semalaman angah tidur dalam kereta ke? Kenapa? Aircond dalam bilik dah rosak?" soal lelaki berbaju melayu itu lagi. Alden menggeleng.

   "Malam tadi angah pergi jumpa kawan. Tak sangka boleh terlelap dalam kereta. Daddy nak pergi mana? Surau ke?" Alden membuka pintu kereta lalu kembali menaikkan cermin kereta. Dia melangkah keluar selepas itu.

   "Haah, dah subuh. Tak nak pergi jemaah sekali ke dekat surau?"

   "Errr daddy pergi lah. Angah nak mandi dulu,"

   "Hmmm... yelah. Daddy pergi dulu." bahu Alden, Tan Sri Tengku Aazad Zhen tepuk perlahan. Alden hela nafas lalu menyandar sebentar pada tubuh kereta. Kepalanya kembali memproses apa yang telah berlaku malam tadi. Alden, it's not a dream.

*****

KERUSI di hadapan seorang lelaki ditariknya. Kasyaf angkat kepala bila Alden yang berwajah agak sugul itu dipandangnya.

   "Hey bro, kau okey tak ni?" Kasyaf menyoal dengan dahi berlapis. Alden menggeleng.

   "Tak, aku tak okey." balas Alden. Tangan diangkat memanggil pelayan. Usai memesan minuman, Alden kembali fokus memandang kawan baiknya di hadapan. Rasanya dah lama jugak dia tak berempat mata dengan inspektor kacak ni. Maklum lah, masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri. Dia dengan company, Kasyaf pula sibuk kejar penjahat. Heh.

   "Okey, bagitahu aku the whole story." Kasyaf bersandar pada kerusi lalu dia peluk tubuh. Wajah tampan Alden dipandang dalam-dalam.

   "Secretary aku kena rogol."

   "Bila?"

   "Malam tadi. Around eleven. Dalam semak dekat jalan short cut nak ke HKL."

Kasyaf garu hidung.

   "Jalan tu bukan ke memang selalu sunyi lagi-lagi kalau waktu malam? Secretary kau buat apa lalu dekat jalan tu?" Kasyaf menyoal pelik.

   "Dia dapat mesej cakap parents dia accident. Dia tak nak percaya tapi bila parents dia still tak sampai-sampai rumah lagi, dia call number yang mesej dia tu. Lelaki dalam call tu cakap parents dia ada dekat HKL that's why she drive there. Tapi lepastu aku tak tahu apa jadi kat dia sebab bila aku call balik, dia tak angkat. Aku try cari dia then aku jumpa kereta dia kat tepi jalan. Dan lepastu, aku dengar suara orang then aku nampak dia... dia..."

   "Dia dirogol?"

Alden gigit kuat bibir bawah. Rasa nak mencarut aje sekarang ni bila memikirkan hal itu. Masih terbayang lagi tubuh lelaki asing yang ketika itu sedang menindih Delisha. Tapi takde guna juga bila dia langsung tak boleh nampak jelas wajah jantan keparat tu.

   "Are you sure she has been raped?" Kasyaf menyoal lagi.

   "Maksud kau? Look, Syaf. Aku nampak lelaki tu tindih Andara, shirtless dan masa tu Andara half naked. Pakaian dia dah tercampak merata. Then bila balik rumah, doktor bagitahu ada kesan lebam dan kesan gigitan dekat badan dia. Tak merogol lagi ke macam tu, Syaf?" suara Alden ditekan sedikit. Kasyaf garu kening pula. Tiba-tiba muka rasa gatal. Nak kata resdung, dia memang bebas resdung. Biasalah, dulu rajin pergi buat facial heheh.

   "Kau ni, aku nak kata bengap kang kau marah. Belajar sampai luar negara tapi benda macam ni pun kau fail. Itu bukan sampai tahap merogol lagi lah, pandai." getus Kasyaf. Garis kedutan di dahi Alden makin bertambah. Muka kayu Kasyaf dipandang.

   "Habis tu kalau bukan merogol, then what?"

   "Itu orang panggil mencabul."

   "Eh bukan sama aje ke dengan rogol? Still, that bastard sentuh my secretary without her willingness." Alden jeling. Teh tarik yang baru dihantar pelayan dicicip perlahan. Nasib suam-suam aje. Kalau panas, memang dah melecur lidah dia. Kasyaf merengus perlahan. Apalah nasib ada kawan yang IQ macam ni. Dia yang tak belajar sampai luar negara pun tahu pasal benda ni. Jap nak riak heh.

   "Okey, aku explain eh. Cabul is something yang melibatkan sentuhan pada body part yang sensetive such as boobs, buts, private area. Rogol pulak bermaksud male private things masuk dalam bahagian female private part dengan cara paksaan. Kau boleh faham tak? Kalau that bastard tak sempat nak buat benda tu dekat secretary kau, that's mean secretary kau masih virgin. She's safe. Dan dia belum dirogol." Kasyaf menjelas. Alden terdiam dulu cuba menghadam baris-baris ayat yang keluar dari dua ulas bibir Kasyaf.

Diam. Mata kedua-duanya tiba-tiba menjeling ke meja sebelah. Gulp! Melihatkan pandangan penuh makna daripada sekumpulan perempuan di sebelah, buat Alden menendang kaki Kasyaf di bawah meja. Bodoh punya Kasyaf. Nak explain pun tak tengok kiri dan kanan!

   Kasyaf tayang muka kosong.

   "What? Betul lah apa yang aku cakap. The thing is, sex education sekarang ni penting tau tak. Kalau tak, jadi macam kau lah. Beza cabul dengan rogol pun tak tahu!" dengus Kasyaf. Pandangan gadis-gadis di meja sebelah tidak dihiraukan. Nak kata abang pervert ke dik? Heh, abang tak kesah!

   "So, sekarang ni Andara kena rape atau tak?" Alden menyoal perlahan. Kasyaf jongket bahu.

   "Mana lah aku tahu. Aku takde malam kejadian tu. Kalau kau nak tahu sangat, cuba kau pergi tanya doktor yang check secretary kau tu. She have the answer. Kalau kau nak pergi tanya secretary kau tu sendiri, memang sah-sah dia takkan buka mulut. Orang masih trauma kut." Kasyaf tarik gelas minuman lalu baki air itu disedut perlahan. Tak pasal-pasal pagi ni dia buka kelas 'sex education' dekat Alden. Huhu. Alden kembali diam. Entah apa yang ada dalam fikiran kawannya itu, Kasyaf tak tahu. Beberapa minit berlalu, Alden kembali buka mulut.

   "So, kau kena tolong aku cari that bastard Syaf. Aku nak kau cari dia sampai ke lubang cacing." suara Alden kembali keras.

   "Hmmm memang tu pun kerja aku, Alden. By the way, kau ada apa-apa clue tak pasal that bastard tu?"

   "Takde. Menyesal aku tak ambil gambar nombor plat kereta dia malam tadi. Eh, dekat area situ memang takde CCTV ke macam mana?" dahi Alden berlapis-lapis. Sambil mengacau minuman menggunakan straw, sambil mata Kasyaf meliar ke sekeliling kafe.

   "Aku dah check sebelum ni sebab ada kes ragut. Dekat situ memang takde. Tapi dekat traffic light simpang nak masuk kawasan tu, ada satu. Kejap lagi aku pergi check CCTV tu. Kau jangan risau, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Lagipun dalam call malam tadi kau cakap that bastard bawa Proton Saga kan?"

   "Haah,"

   "Apa-apa aku maklumkan dekat kau. Ha, aku nak minta tolong kau satu benda. Kau cakap secretary kau tu dapat mesej daripada unknown number malam tadi kan? Aku nak nombor telefon tu." pinta Kasyaf. Alden angguk.

   "Kejap lagi aku try call dia. Thanks, Syaf. Kau lah sahabat aku dunia akhirat. Aku harap kau dapat cari mamat tu sampai dapat. I'm begging you, Kasyaf." Alden sentuh tangan Kasyaf atas meja. Kasyaf hela nafas.

   "Yelah, yelah. Tahu la aku buat kerja!"

   "Thanks sekali lagi Syaf. Aku saaayyyaaannnggg kau!"

   "Ermmm..."

   Alden sengih.

   "Eei, muka handsome... badan sado tapi gay. Dah la pervert. Jom weh blah!" terasa panas telinga Alden dan Kasyaf mendengar suara sumbang dari meja sebelah. Laju sahaja keduanya memandang sekumpulan perempuan bangkit meninggalkan meja makan. Kasyaf laju menarik tangannya dari pegangan Alden.

   "Kan dah timbul fitnah. Lain kali jangan pegang tangan aku walaupun seinci!" Kasyaf merengus. Alden sengih. Alah, sentuh tangan sikit pun kena tuduh gay. Perempuan pergi mall siap pegang tangan tak kena tuduh lesbian pun. Sungguh dunia ini tidak adil!

*****

ALDEN menutup pintu kereta lalu melabuhkan duduk pada bumper hadapan kereta. Mata memandang rumah agam di hadapan. Pintu pagar pula tertutup rapat. Alden menghubungi Delisha. Berharap gadis itu mahu menerima panggilannya.

   "Helo, Andara?" suara Alden kedengaran sedikit teruja tatkala panggilan bersambung.

   "Abang Alden, ni Danisha. Kakak tengah tidur, sebab tu Nisha yang tolong angkatkan call. Ada apa Abang Alden?" lembut suara Danisha menyapa pendengarannya. Alden hela nafas pendek. Hampanya. Tak dapat nak dengar suara Delisha.

   "Oh, Danisha. Errr abang ada dekat depan rumah ni."

   "Nak jumpa kakak ke?"

   "Errr takpe lah. Dia tengah tidur, tak nak kacau. Lagipun dia pun belum full recovery lagi. Let her rest," Alden membalas. Mata memandang bangunan rumah di hadapan. Mana satu tingkap bilik Delisha pun dia tak pasti.

   "Oh, okey."

   "I need your help. Abang nak pinjam kejap handphone your sister. Boleh Nisha keluar pass dekat abang?" pinta Alden.

   "Boleh. Kejap Nisha keluar,"

   "Thanks." talian diputuskan. Beberapa minit menunggu, kelibat Danisha keluar dari pintu pagar kecil kelihatan. Alden senyum nipis. Berbanding Delisha, si kecil molek Danisha nampak lebih ayu dan lemah lembut. Cakap pun perlahan aje. Nak senyum pun malu-malu. Anak dara sunti sangat!

   "Nah, handphone kakak." Iphone Xs milik Delisha dihulurnya. Alden menyambut sebelum jemarinya mula menceroboh privasi gadis itu. Bahagian mesej dibuka lalu kiriman paling atas disentuhnya. Mesej daripada unknown number dibaca sekilas sebelum nombor itu dicatit di dalam Iphone Xs Max miliknya. Bahagian log panggilan dibuka. Betul lah malam tadi Delisha ada menghubungi nombor itu. Nombor telefon Doktor Aqila di dalam senarai contact Delisha juga diambil. Rasanya dia perlu berempat mata dengan doktor wanita itu. Alden memulangkan telefon bimbit milik Delisha kembali ke tangan Danisha.

   "Thanks, Danisha." ucap Alden, tersenyum nipis.

   "Sama-sama, Abang Alden."

   "Uncle dengan auntie ada dekat rumah?" Alden sekadar menyoal.

   "Papa takde. Lepas balik dari buat report polis dengan kakak, papa keluar balik. Tak tahu pergi mana. Mama ada aje dekat dapur, tengah siapkan makan tengahari. Abang Alden jom lah lunch sama-sama." sempat Danisha mempelawa.

   "Eh, takpe. Lain kali aje lah. Errr how's Andara? Dia okey tak hari ni?" Alden menyoal lagi. Sebenarnya tu lah tujuan asalnya dia ke sini selain nak pinjam telefon bimbit Delisha sekejap. Galau hatinya memikirkan si gadis kesayangan.

Danisha senyum nipis.

   "Dia tak banyak cakap hari ni. Kadang-kadang dia menangis sorang-sorang bawah selimut dan dia banyak tidur. Tadi pun puas kita orang pujuk ajak pergi buat report polis. Nasib baik last-last kakak mengalah jugak. Then balik dari buat report, kakak terus cari katil dan tidur. Dan... nangis sikit. But it's okay, Nisha rasa kakak okey sikit dari malam tadi. Slow-slow lah kakak nak adapt dengan semuanya. It's not easy," jawab Danisha. Sedihnya hati tengok kakak yang selama ni ceria tiba-tiba berubah 360 darjah. Hanya gara-gara kejadian satu malam. Alden dah terangguk-angguk.

   "Dia makan tak?"

   "Breakfast tadi dia makan bubur sikit walaupun tak habis. Abang Alden jangan risau, kakak kuat. Nisha kenal kakak macam mana,"

   "Okey. Kalau ada apa-apa, call abang. Abang akan datang sini ASAP,"

Danisha gelak sambil menutup mulut dengan tangannya. Alahai, sopan sungguh anak bongsu Datuk Sri Ismadi ni.

   "Sweetnya lah Abang Alden ni. Beruntung kakak ada boyfriend macam abang tau."

Pipi Alden membahang merah. Boyfriend? Sejak bila declare ni? Eh takpe lah. Rapat macam tu kira boyfriend lah tu kan? Boy-friend. Teman-lelaki. Alah, sama aje tu!

   "Errr abang balik dulu. Kirim salam uncle, auntie. Tolong tengokkan Andara ya?"

   "Yelah."

   "Assalamualaikum."

   "Waalaikumussalam..." tersenyum-senyum Danisha pandang Alden menerobos masuk ke dalam perut kereta. Hon dipicit sekali sebelum BMW M3 mewah itu dipandu pergi dari situ. Danisha melambai kecil.

***

hey gais. sorry sebab buat certain of you confused dengan storyline ni. confuse sama ada delisha kena rape atau tak. sebenarnya tak pun, tak sempat nk kena 'rape' sebab hero datang rescue heheh. btw, inspektor kasyaf dah explain sikit kat atas tu beza cabul & rogol. so dalam keadaan delisha yang sekarang, dia tak sempat kena rogol. dia kena cabul.

why delisha cakap dia kena rogol? first, sesiapa dekat tempat delisha akan cakap dia dirogol kalau baju dah kena koyak & campak merata. every inch of body dah kena sentuh. semua akan cakap kena rogol walaupun itu bukan rogol yang sebenarnya sebab... baca balik apa yang inspektor kasyaf sebut. kakmar segan nak sebut balik hahaha. its cubaan merogol.

jelas?

kenapa alden cakap delisha kena rogol? sebab alden taktahu keadaan masa tu macam mana. dia sendiri panik/tak boleh nak brain. takpe, inspektor kasyaf dah marah dia hahah.

okey? ada apa2 yang confuse lagi? 😹

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro