Bab 3
ALDEN mengancing butang di pergelangan tangannya sambil melangkah menuruni tangga ke tingkat bawah. Kaki dibawa ke arah ruang makan yang sudah kedengaran bunyi bising manusia. Di situ keluarganya lengkap menikmati sarapan pagi.
"Morning!" Alden menyapa seperti selalu. Kerusi kosong di sebelah Arfel ditarik.
"Lewat pulak turun hari ni, angah." tegur Puan Sri Bethany. Alden senyum nipis sambil tangan menyapu jem di atas permukaan roti.
"Lewat lima belas minit aje, mum."
"Dah, makan cepat."
Usai membaca bismillah, roti gardenier yang sudah dilipat dua itu disumbat ke dalam mulut dan digigit perlahan-lahan. Mata Alden terpandangkan Alvian, abang sulungnya. Berbeza dengan dia, muka Alvian lebih kepada chinese look. Bermata sepet, berkulit cerah dan sepasang anak mata hitam. Kalau orang tengok mesti akan assume yang Alvian adalah lelaki berbangsa cina. Tengok saja namanya. Alvian. Doktor Alvian. Tapi hakikatnya, Alvian adalah lelaki berbangsa melayu dan beragama Islam.
"Jarang along boleh breakfast dengan kita hari ni. Bila along balik?" soal Alden. Alvian angkat kepala memandang Alden.
"Tadi lepas subuh. Semalam on call,"
"Kira hari ni along off lah?"
"Yes. Just for today..."
Alden angguk kepala, faham. Dia kalih pula memandang Arfel di sebelah. Arfel pun sama, nak ikut belah Datuk Sri Tengku Aazad Zhen. Mata sepet sebijik macam ayah dan alongnya. Anak cina kata orang.
"Kau ada kelas ke hari ni, Fel?" soal Alden lagi.
"Takde."
"Habis tu yang bersiap smart-smart macam ni nak pergi mana?"
Arfel sengih dulu.
"Biasalah, orang muda..." Arfel gelak. Alden dah geleng kepala. Kurang gemar dengan sikap Arfel yang terlalu banyak enjoy. Terlalu gemar bersosial. Kadang keluar pagi balik nak dekat dua belas tengah malam. Tak pernah nak lekat dekat rumah. Kalau pergi study group tu, lain lah. Haih.
"Habis grad masuk ofis." putus Alden dah macam diktator.
"Angah. Fel ada lagi setahun nak grad kut. Tak payah lah mention pasal ofis pulak. Chill okey? Lambat lagi." Arfel jeling. Alden buat tak peduli. Amanda cepat-cepat habiskan suapan nasi goreng. Dia tahu selepas ini pasti abang keduanya itu akan menyoal dia pulak. Macam lah tak kenal dengan Tengku Alden Zhen ni.
Baru Amanda nak angkat punggung, namanya dah diseru. Amanda berdecit.
"Ya, angah..."
"Apa kata hari ni Amanda ikut angah pergi ofis? Boleh la Amanda belajar sikit pasal bisnes," ajak Alden walaupun dia tahu apa jawapan adik bongsunya itu. Amanda laju menggeleng. Dengar perkataan 'ofis' dah buat perut dia sebu.
"My answer is no, angah. A big NO! Amanda tak minat bisnes. Amanda tak nak masuk ofis. Can you just understand me, angah?" balas Amanda, geram. Alden pandang adiknya itu, lama. Amanda, gadis remaja bermata biru sama sepertinya. Genetik Puan Sri Bethany turun kepada dia dan adiknya.
"You're 20 this year, Amanda. Lepas habis SPM, you tak apply mana-mana IPT pun. Tak nak sambung study ke? Kalau you tak nak sambung study, masuk ofis. Daripada you duduk saja dekat rumah ni."
Amanda juling mata ke atas.
"Look. Sejak dari form 1 sampai lah form 5, Amanda duduk hostel. Jarang tau Amanda boleh duduk rumah lama-lama kalau bukan sebab cuti sekolah. For now, let me breath. Amanda nak duduk rumah tatap muka mummy and daddy puas-puas. Lepasni Amanda apply lah mana-mana IPT. Bersepah kut IPT dekat Malaysia ni. Tunggu isi form aje," tercebik-cebik bibir Amanda. Angah dia ni memang kecoh!
Kepala Tan Sri Tengku Aazad Zhen dan Puan Sri Bethany dah tergeleng-geleng. Keempat-empat anaknya mempunyai perangai dan perwatakan yang berbeza. Alvian dengan perangainya yang agak serius. Mungkin kerana dia doktor. Alden dengan perangai yang macam 'abah-abah' sikit dan straight. Arfel yang kuat bersosial dan Amanda yang kuat melawan dan paling utama sekali manja. Anak perempuan tunggal katakan.
"Angah..." Tan Sri Tengku Aazad Zhen menyeru tiba-tiba.
"Yes, daddy?"
"Daddy dah bincang dengan seorang kenalan daddy. Dia ada anak yang sekarang ni belum kerja. Dia cakap dia akan suruh anaknya masuk ofis paling lewat, esok. Boleh la nanti dia jadi secretary sementara Alden dekat ofis tu. Gantikan Ziana." tutur Tan Sri Tengku Aazad Zhen. Alden angguk kepala.
"Okay, daddy. Tapi angah harap dia boleh buat kerja lah. Angah tak nak kalau dia menambahkan lagi masalah angah dekat ofis nanti." Alden mencicip perlahan nescafe panas kegemarannya. Tan Sri Tengku Aazad Zhen gelak kecil.
"Kalau dia tak reti buat kerja, angah kena lah bantu dia. Dia dah la zero pasal ofis kita, jangan pulak angah marah-marah dia. Tak pasal-pasal dia balik mengadu dekat papa dia. Papa dia tu kawan daddy tau!" pesan Tan Sri Tengku Aazad Zhen. Alden angguk seraya menghabiskan baki minuman.
"Okey lah, angah pergi dulu. Dah lewat," Alden mencapai tangan kedua orang tuanya lalu disalam hormat. Blazer dan briefcase miliknya yang terletak di kerusi kosong disambar sebelum berlalu ke muka pintu.
*****
"LISHA."
Hayunan kaki Delisha terhenti bila namanya dipanggil papanya, Datuk Sri Ismadi. Terus sahaja kakinya dilencongkan ke arah ruang tamu. Punggung dihenyak ke atas sofa kosong sambil mata memandang ke arah papanya yang sedang melipat surat khabar.
"Yes, papa?"
"Hari ni tak keluar pergi mana-mana ke?" soalan daripada Datuk Sri Ismadi buat Delisha tersengih. Pertanyaan ke sindiran tu?
"Tak, papa. Papa pulak tak masuk ofis ke?"
"Tak. Hari ni papa ada a few meeting dengan client after lunch."
"Okay, I see..."
Datuk Sri Ismadi betulkan duduk.
"Papa nak Lisha masuk ofis."
Sebaris ayat itu buat Delisha gigit bibir bawah. Sebenarnya dia dah boleh agak tujuan papanya itu memanggil dia kali ini. Takkan lah papanya ini nak suka-suka panggil dia, kan? Mesti ada makna yang tersirat.
"Okey, papa." balas Delisha. Nak ditolak lagi permintaan Datuk Sri Ismadi? Jangan harap! Ikutkan ini dah kali ke tiga puluh Datuk Sri Ismadi memintanya untuk masuk ke ofis. Lagipun sampai bila dia nak duduk goyang kaki dekat rumah? Betul kata Naila. Dia tak boleh terus-terusan berjoli guna duit yang papanya masukkan setiap bulan ke dalam akaun. Dia kena cuba cari duit sendiri.
Mendengarkan balasan dari si anak gadis, kening Datuk Sri Ismadi terangkat.
"Are you serious with your answer, Delisha?" soal Datuk Sri Ismadi.
"Yes, papa. Lisha dah tak lari dah. Bila Lisha boleh masuk ofis papa?"
Datuk Sri Ismadi tarik senyuman melebar. Kaca mata yang terletak di atas pangkal hidung dibetulkan sedikit kedudukannya.
"Tomorrow."
"Alright,"
"But not my office. You're going to Zhen's Holdings."
"What?!"
Nak tergelak Datuk Sri Ismadi lihat muka terkejut si anak gadis.
"Papa, papa cakap apa ni? Kenapa Lisha kena pergi Zhen's Holdings pulak? No way!" Delisha peluk tubuh.
"You have to, Delisha Andara."
"Tapi kenapa bukan ofis papa? Lisha tak nak kerja dekat tempat orang. Apa gunanya papa ada company sendiri tapi Lisha kena kerja dengan company lain?" rengus Delisha. Dia baru aje pasang angan-angan kalau dia masuk ofis papanya nanti. Dia nak berjalan ala-ala diva sambil semua staff-staff Maris Holdings tunduk hormat padanya. Tapi kalau dia masuk company lain, jangan harap lah dia nak acah-acah diva dan berlagak anak bos! Eei, tak best!
"Choose. Kerja dengan Zhen's Holdings atau papa tarik credit card Lisha."
Mata Delisha yang sedia membulat itu bertambah bulat bila mendengarkan kata-kata berbaur ugutan dari papanya itu.
"Papa... you can't do this to me!" rengus Delisha.
"I can because you're my daughter. Lagipun sama aje kalau Lisha kerja dekat ofis papa pun. Lisha tak boleh bersenang lenang and must learn how to work." tekan Datuk Sri Ismadi. Delisha peluk tubuh sambil kaki dah dihentak-hentak pada lantai mozek. Riak muka ditunjukkan tanda dia benar-benar tak mahu dan tak suka. Bekerja di tempat orang bermaksud dia akan jadi 'kuli' dan bukan anak bos! Itu yang dia tak suka sekarang ni. Kedudukan dan pangkatnya akan jadi rendah.
Oh, please!
"Tak lama pun, Lisha. Tiga bulan aje," Datuk Sri Ismadi menyambung. Terus kepala Delisha terteleng memandang ke arah si papa.
"Kenapa tiga bulan aje?"
"Secretary Alden tengah cuti berpantang. After dia dah habis pantang, baru lah Lisha boleh masuk ofis papa. Alden need help. Tanpa secretary, semua kerja jadi sedikit tak tersusun. Dia tak menang tangan," jelas Datuk Sri Ismadi, tak disuruh. Dahi Delisha berlapis-lapis. Alden? Macam pernah dengar nama tu. Alden yang dia stalk instagram malam tadi ke? Eh, tak kut. Macam lah dia seorang je nama Alden dalam dunia ni, kan?
"Why dia tak hire secretary baru? Mintak tolong staff-staff dia ke?"
"Itu papa tak tahu. Yang papa tahu, Alden need help. So, mulai esok boleh la Lisha mulakan kerja dekat Zhen's Holdings tu. Ambil pengalaman di tempat orang. Okey?" lembut Datuk Sri Ismadi menyuruh. Delisha hela nafas lalu kepalanya diangguk beberapa kali.
"Okey, papa. Lisha nak naik bersiap dulu,"
Delisha bangun dari duduk.
"Eh? Nak pergi mana bersiap-siap bagai?" soal Datuk Sri Ismadi dengan dahi yang berlapis-lapis.
"Shopping."
"Shopping lagi? Baru semalam aje Lisha pergi shopping. Tak bosan ke?"
"Papa, Lisha nak shopping baju untuk masuk ofis esok lah. Baju-baju Lisha dalam wardrobe tu banyak yang tak sesuai masuk ofis. Kang kalau Lisha pakai jeans, papa jugak yang bising. Lisha naik dulu ya, papa?"
"Yelah."
Datuk Sri Ismadi geleng kepala. Tak habis-habis shopping! Kadang baju yang dibeli tu bukan pakai sangat pun. Pakai dua tiga kali lepastu berlipat dalam wardrobe tak bersentuh. Kalau rasa bosan, terus diberi dekat orang. Ataupun buat pre loved dekat instagram. Nak dimarah lebih-lebih, tapi dia tahu perangai anaknya itu bagaimana. Degil. Berbeza dengan adiknya, Danisha Andrea. Danisha lebih patuh dan senang disuruh.
*****
HARI ni terpaksa lah dia shopping sendirian. Naila sibuk menguruskan butik. Kawan baiknya itu sibuk dengan client yang tak pernah putus-putus mendapatkan khidmat di butiknya. Berbeza pula dengan Delisha, Naila gemar mencari duit sendiri walaupun bapanya bukan calang-calang orang. Pangkat datuk lagi. Sebab itu kadang-kadang Datuk Sri Ismadi dan Datin Sri Mariyana suka membanding-bandingkan Delisha dan Naila. Mujur Delisha tak makan hati sebab memang dia sedar diri.
Nak ajak Danisha teman shopping, tapi adiknya itu malas keluar rumah. Sibuk dengan assignment katanya. Sudahnya sekarang dia sendirian keluar masuk butik mencari outfit yang sesuai untuk dipakai keesokan harinya. Hampir dua jam berlegar-legar di dalam Sogo, Delisya memutuskan untuk pulang sahaja. Walaupun masih 'awal' baginya yang memang suka keluar berjalan. Delisha, esok kau kena masuk kerja for the very first time.
Punat pada alat kawalan kereta ditekan saat dia tiba di ruang pakir. Mini Cooper comel miliknya dihampiri. Baru sahaja dia mahu menyeberang jalan, petikan hon kedengaran nyaring. Delisha terjerit kecil sambil kaki dah berundur beberapa langkah ke belakang. Sebuah kereta BMW M5 menderum laju melepasinya.
"Hoi, gila ke?!" jerit Delisha, geram. Dia ingat ni jalan bapak dia ke? Sesuka hati nak bawak kereta macam pelesit. Nasib tak dilanggarnya aku. Kalau tangan aku calar sikit, aku suruh papa carikan lawyer paling terbaik dalam Malaysia ni. Nak saman berjuta-juta. Bawak kereta mahal tapi tak reti pandu elok-elok. Fikir dia sorang bayar cukai jalan?
VCM 11.
Tunggu kau! Lepasni kalau aku jumpak BMW M5 biru, plat kereta VCM 11, aku pancitkan tayar kereta dia. Tak pun bakar terus! Eei, geramnya hati.
*****
ALDEN mencicip perlahan nescafe buatan Mak cik Gayah, tukang bancuh air di ofisnya. Hari ni agak serabut sikit sebab dia hampir sahaja lupa meeting dengan William Holdings pukul 10 tadi. Nasib baik Sani, pengurus kewangan menegur saat menghantar report tadi. Kalau tidak, entah apa yang akan jadi. Itu lah kau Alden, degil sangat tak nak cari secretary sementara! Ikut sangat kepala tu.
Tok tok tok!
Alden angkat kepala. Siapa pulak yang datang menganggu kali ni?
"Masuk!" arah Alden sambil mata merenung skrin komputer.
"Angah!" kepala Arfel dah terjengul di sebalik daun pintu kayu. Berkerut dahinya melihat adiknya itu mencemar duli memijak lantai ofis hari ni. Langkah Arfel yang menghampiri meja kerjanya dipandang pelik.
"Buat apa dekat sini?" soal Alden.
"Angah, nak minta tolong sikit boleh?" Arfel sengih. Giginya yang tersusun elok itu ditayang. Dah macam buat iklan colgate. Alden menjeling. Tahu dah kalau si Arfel ni datang ofis, ada la tu benda yang dia nak.
"Hmm... apa dia?" malas-malas Alden membalas.
"Fel nak pinjam kereta boleh?"
Lagi bertambah lapisan di dahi Alden mendengar permintaan si adik.
"Buat apa nak pinjam kereta angah? Mana kereta kau?" Alden menyoal lagi. Sikit punya hebat kut kereta yang daddy bagi dekat Arfel. Lotus Evora Sport 410. Nak dibanding dengan BMW M5 milik dia, memang jauh beza.
"Alah, angah. Boleh la, please? Fel janji sebelum pukul lima Fel datang balik hantar kereta angah. Please... please... please? Sekejap aje." Arfel mencantumkan kedua belah tapak tangan sambil menayang wajah penuh pengharapan dekat Alden.
"Tell me, where are you going?" Alden tak memandang Arfel, malah dia meneruskan kerjanya. Menekan sesuatu pada papan kekunci. Berdetap-detap bunyinya. Arfel garu belakang leher. Susahnya nak pinjam kereta pun!
"Arfel nak... nak keluar dengan kawan."
"Then just go with your Lotus."
"Tak boleh la angah. Kereta Fel angah tahu la macam mana. Sempit, tak selesa nak bawak ramai orang. Nama pun kereta sport. Boleh la angah, hari ni je Fel nak pinjam kereta. Fel janji Fel takkan sepahkan kereta angah. Fel akan isi minyak kereta angah full tank lagi. I'll take care your blue. Please?" Arfel kedip-kedipkan mata. Eei, ingat comel ke? Dah la mata sepet!
Alden merengus.
"Hmm, ambil lah. Make sure hantar balik before five. Tinggalkan kunci kereta kau dekat sini, kang senang kalau angah nak kena pergi mana-mana." balas Alden, mengalah. Dia tahu yang Arfel ni memang pandai memujuk. Tengok lah sekarang ni. Dia yang lelaki pun boleh kalah, apatah lagi kalau orang perempuan. Cepat aje cair dengan seketul Tengku Arfel Zhen ni. Arfel tepuk tangan.
"Yes! Thank you angah! I love you!"
Alden buat tak layan. Kunci keretanya dibaling ke arah Arfel lalu disambut tangkas. Kunci kereta Lotus Evora milik Arfel diletak di atas meja kerja Alden. Tukar kejap kunci kereta.
"Fel pergi dulu ya?"
"Hmm. Bawak kereta jangan macam pelesit, Fel. Angah tahu kau buat hal guna kereta angah, tau la nasib kau nanti."
Arfel sengih.
"Aip aip captain! Fel akan jaga kereta angah elok-elok macam Fel jaga Lotus Fel. Pergi dulu angah. Bye!" sambil berjalan sambil Arfel menimbang-nimbang kunci kereta Alden di dalam pegangan. Hilang sahaja kelibat Arfel, Alden geleng kepala lagi. Tak tahu nak cakap apa lagi dengan si Arfel ni. Darah muda konon!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro