Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 25

"KENAPA I tak boleh ikut sekali? I kan PA you." soal Delisha bila Alden memberitahunya tentang kepergian dia ke Jakarta untuk dua hari itu. Memuncung mulut dia lagi bila Alden tak kasi dia ikut.

   "Sebab ini business I and I don't need you there. Kalau you ikut pun, you takkan ada kerja apa-apa. Better you duduk dekat ofis ni. Boleh jugak you settle kan kerja-kerja yang menimbun tu. Jangan rindu I." jawab Alden sambil jemari sudah mengetuk-ngetuk kekunci papan keyboard. Delisha yang berdiri di hadapan meja sudah menjeling.

   "Ke... you ada simpan scandal you kat sana? Tak nak kasi I ikut sebab takut tembelang you pecah. Oh, trash..." gumam Delisha di hujung ayat. Tak mahu Alden dengar tapi rasanya telinga lelaki tu macam telinga gajah. Bunyi tapak kaki semut pun dia dengar. Ceh!

Alden herot satu senyuman.

   "Kalau I ada simpan scandal pun kat sana, ada masalah ke dengan you?" Alden pandang Delisha sambil jongket sebelah kening. Delisha ketap bibir bawah. Sungguh la dia rasa sakit hati dengar balasan Alden. Rasa macam hati ni disiat-siat. Takkan betul kut dia ada simpan scandal senyap-senyap kat Jakarta tu?!

   "I keluar dulu." cepat-cepat Delisha nak angkat kaki sebelum Alden dapat tebak apa yang bermain dalam kepala dan hatinya sekarang ni. Cemburu tahu tak?!

   "Andara..."

Mati terus langkah Delisha. Tubuh dipusingkan menghadap Alden kembali. Tengok senyuman Alden, serius Delisha rasa nak koyak-koyak mulut tu. Biar masuk hospital, lepastu tak boleh pergi Jakarta dan yang paling penting tak dapat nak jumpa scandal dia kat sana tu. Heh biar padan dengan muka!

   "Apa?" dingin Delisha menyoal.

   "I gurau je. I takde scandal pun kat sana. Scandal I kat sini." tutur Alden. Lagi la Delisha rasa nak berasap bila Alden cakap 'scandal I ada kat sini'. Siapa scandal dia tu? Bila masa pulak Alden pergi jumpa dengan scandal dia tu. Sedangkan dia boleh dikatakan sentiasa menempel dengan Alden, takde pulak dia nampak Alden jumpa mana-mana perempuan kecuali client

Tengok muka Delisha yang dah berkerut lain macam tu, Alden hambur gelak.

   "Muka you tu tak boleh nak control sikit eh? Over react sangat!" komen Alden. Delisha jeling.

   "I nak keluar."

   "You nak keluar pergi mana?"

   "Nak settle kan kerja-kerja yang menimbun tu!"

Delisha jeling lalu tangan dah memulas tombol pintu.

   "Andara..."

   "Apa lagi?" geram pulak Delisha dengan si Alden ni. Kalau ada scandal kat sini pun, tak payah la bagitahu! Simpan senyap-senyap sudah la. Merana tau hati orang kat sini. Silap hari bulan boleh kena kemurungan.

   "Tak nak tanya ke siapa scandal I kat sini?" soal Alden. Laju je kepala Delisha terteleng ke kiri dan ke kanan. 

   "Tak nak tahu dan tak ingin nak tahu!" 

   "Serious?"

   "Hundred percent! Nope. One hundred and one percent!"

Alden gelak. Terhibur pulak dia tengok muka bersungguh-sungguh Delisha. Mulut cakap lain, hati cakap lain. Macam lah orang tak boleh baca riak muka dia tu dari tadi. Obvious sangat kut. Cemburu tapi tak nak cakap.

   "Tapi I rasa you kena tahu lah siapa scandal I tu. Nanti kalau dia datang sini, you tak payah la susah-susah tahan dia untuk jumpa I. Once you nampak dia datang, you boleh terus kasi dia masuk tanpa inform I. Betul tak?"

Delisha dah rasa macam cacing kepanasan. Alden sengaja nak uji dia ke apa?

   "Takpe. I tak perlu tahu."

   "Hmmm... betul ni?"

   "Tengku Alden, I keluar dulu lah. Banyak lagi kerja I yang menimbun kat luar tu." Delisha, membalas geram. Alden gelak.

   "Andara, Andara... You lah scandal I tu. Semua orang syak yang you scandal I."

   "Pardon me?"

   "Kalau you nak tahu, ramai orang ingat yang you tu scandal I. Yalah, dah you asyik menempel dengan I dua puluh empat jam. I pergi situ, you pergi situ. I pergi sana, you pergi sana. Cuma you tak selalu ikut balik rumah I aje. Kalau tak, kahwin free!" sengaja Alden menjongketkan kedua-dua belah keningnya. Wajah Delisha dah membahang panas. Muka merah macam udang kena bakar.

   "I asyik menempel dengan you? Hell, kalau you tak suruh I ikut you, sumpah I tak kan ikut!"

   "Oh really? I nak pergi Jakarta tak ajak you pun, you dah overthinking cakap I ada scandal kat sana. Girl, suka tak nak mengaku." tercebik-cebik bibir Alden. Delisha gigit bibir bawah. Terus tanpa pamit, Delisha dah melangkah keluar dari bilik pejabat itu. Delisha sandar tubuh pada daun pintu.

Inhale, exhale!

Aaaa papa! I'm caught!

*****

DELISHA memandu Mini Cooper kesayangannya menuju ke arah KLIA. Hari ni dia nak pergi ambil Alden yang baru pulang dari Jakarta. Lelaki itu kononnya outstation dekat Jakarta untuk dua hari. Dia tak ikut sebab Alden tak kasi dia ikut. Ah, lantak la. Janji dia takde pasang scandal kat sana. Hahaha!

   Nampak saja susuk tubuh Alden, terus Delisha melangkah keluar dari perut keretanya. Senyuman Alden dibalas. Aih, rindunya dekat pak cik mata biru ni. Heh, gedik!

   "Rindukan I?" soalan pertama yang keluar dari mulut Alden bila dia menghampiri gadis yang santai menyarung t-shirt dan jeans itu. Cardigan berwarna kelabu juga terletak elok di tubuh langsing itu. Delisha mencebik.

   "How's Jakarta?" soal Delisha, tak menjawab soalan Alden tadi. Soalan yang tak perlu dijawab dengan lisan. Cukup saja lah hati yang tahu.

   "Great."

   "So, you nak drive ke atau I yang drive?"

   "Mini Cooper? Of course you lah drive! Tak macho la kalau orang nampak I bawak kereta comel you tu." Alden buka pintu sebelah penumpang lalu menerobos masuk. Delisha mencebik sebelum dia berlari kecil ke arah pintu bahagian pemandu. Tak menunggu lama, Delisha mula memandu meninggalkan perkarangan airport.

   "Sorry sebab I dah kacau hujung minggu you. Sepatutnya you rehat aje kat rumah. Tak perlu pick up I kat airport." Alden bersuara, memecahkan rasa sunyi dalam kereta. Delisha toleh sekilas memandang Alden di sisi. Memang dia yang offer nak ambil Alden kat airport hari ni. Sebab? Entah lah. Saja nak buat amal kut tolong ambil dan hantar pak cik sebelah dia ni. Kesian penat balik dari Jakarta.

   "It's okay. Tapi, I ambil you ni bukan free tau. You've to pay." Delisha senyum.

   "Pay?"

   "Haah. You kena temankan I cari hadiah untuk birthday bestfriend I, Naila."

   "Bila?"

   "Sekarang. Kita pergi Pavi cari hadiah birthday kawan I, lepastu kita pergi makan, lepastu baru I hantar you balik rumah. Boleh?" Delisha awal-awal lagi dah susun tentatif mereka untuk hari ini. Sebab tu hari ni dia semangat awal keluar rumah. Alden dah senyum senget.

   "Oh, kira you nak ajak I dating lah ni. Tapi you kasi alasan nak cari hadiah birthday kawan you. Kalau nak ajak I dating sampai malam pun takpe, sayang." balas Alden dengan senyum miangnya. Delisha pulak yang terasa bulu romanya mencanak naik. Hell, menyeramkan betul lah pak cik sebelah ni.

   "Eew, you jangan nak perasan sangat boleh tak? Dah la, kalau you rasa mengantuk, tidur lah dulu. Nanti dah sampai Pavi, I gerak you."

   "Okey." Alden pejam mata. Delisha hela nafas. Tak sampai lima minit berjumpa, Alden dah buat dia sesak nafas. Eei, ketuk kepala baru tau!

*****

DARI satu butik ke satu butik berjenama mereka masuk, tapi hadiah untuk Naila masih tak jumpa-jumpa. Susah sebenarnya nak cari hadiah yang sesuai untuk kawan baiknya itu. Nak beli handbag atau pun kasut, rasanya dah bersusun-susun dalam wardrobe Naila. Bermacam-macam jenama ada. Dari Gucci sampai lah ke Chanel, dari buatan luar negara sampai lah ke buatan dalam negara. Kawan dia tu kaki shopping. Sekali keluar shopping, tak sah kalau tak grab handbag dengan kasut. Lagi-lagi kalau yang jenis limited edition. Walaupun mahal, Naila tetap akan beli.

   "You, kita dah round kat sini dah dekat dua jam tau. Tapi hadiah untuk kawan you pun tak beli lagi. Barang you pulak yang you beli." memuncung bibir Alden menjuih ke arah beg kertas yang terpampang jenama Coach di situ. Delisha sengih. Tadi masuk dalam butik Couch, ingat nak cari hadiah untuk Naila. Saat dia terpandangkan sebuah beg tangan yang tersusun pada rak, mata dia mula bersinar-sinar. Kononnya dah jumpa hadiah birthday Naila lah. Tapi bila diperhatikan balik, Naila dah ada design beg macam tu. Terus dia tak jadi beli untuk Naila. Beli untuk diri sendiri aje lah.

   "Hehe. I tak tahu nak beli apa dekat dia. I rasa semua benda Naila dah ada. Handbag, kasut, jam tangan, perfume... So, you rasa I patut bagi apa dekat dia?" Delisha menyoal. Dia sendiri dah buntu nak kasi hadiah apa.

   "I rasa you patut kasi dia boyfriend."

   "You ingat lawak ke? You ingat ada butik jual lelaki ke kat sini? Kalau ada, I orang pertama masuk situ tau."

Alden dah tayang muka menyampah. Terherot-herot bibirnya mengacah.

   "Lapar lah. Kita pergi makan dulu lah lepastu kita sambung cari hadiah untuk Naila. Okey?"

   "Bila you nak hantar I balik ni?"

   "Eh tadi you cakap you tak kesah kalau I ajak you dating sampai malam."

Alden sengih. 

   "Pastu nak pergi makan ni siapa nak bayar? You ajak I dating, you la bayar kan?" soal Alden berjalan beriringan dengan Delisha menuju ke arah restoran. Delisha menjeling Alden di sebelah.

   "You nak berkira dengan I ke?"

   "No, I tanya aje. Kut la on our first date ni you nak belanja I makan. Orang lain tak buat, tapi kita buat."

   "Yelah, kita buat. My treat,"

   "Good. Kat mana restoran yang mahal banyak eh? Bila lagi I nak paw you kan?" menonong Alden berjalan meninggalkan Delisha di belakang. Matanya dah meliar mencari-cari restoran yang boleh dikatakan harganya 'cekik darah'. Delisha dah terngadah mendegar ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.

   "Alden! You!"

Dia nak paw aku makan kat restoran mahal? Ini dah demand tahap gajah ni. Melampau nak paw perempuan! Sudahnya dia berlari mengejar langkah Alden yang sudah jauh ke depan. Tak, dia takkan biarkan Alden yang tentukan tempat makan. Pak cik mata biru ni bukan boleh harap sangat. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro