Bab 24
DELISHA duduk melengu di atas katilnya. Sejak pulang dari Rumah Anak Yatim Bonda Salmah, otaknya masih belum berhenti berfikir. Persoalan yang membelenggu akalnya sekarang ni, betul ke Alden suka dekat dia? Lelaki tu serius atau cuma main-main?
"Tapi I suka you. I selesa dengan you. Can I?"
"Alden, you know what? It's not funny!"
"I tak cakap pun benda ni something funny. Tengok muka I, tak cukup serius ke sekarang ni? Hmmm?"
Delisha hela nafas.
"Right, you suka I? Suka je kan?" Delisha menyoal. Dahi Alden pula berkerut.
"Yes, suka. Kenapa? You expect benda lebih daripada I ke?"
Laju Delisha menggeleng. Dia dah lemas tengok bibir Alden yang kembali melorek satu senyuman yang dia sukar untuk menafsir.
"I'm just asking."
"Tapi kira boleh lah kan I suka you ni?"
"Hati you, mana I boleh kawal kan?"
"So, you suka I tak?"
"Wait, apa yang I rasa tak perlu kut nak bagitahu you."
"Kedekut lah you ni. Bukan habis pun air liur you kalau bagitahu tentang perasaan you kat I." Alden cebik bibir. Delisha malas layan. Terus dia bangun membawa pinggan dan cawan kosong ke arah tempat basuh tangan. Alden melirik dengan hujung mata sambil menggigit bibir bawah. Eh, nakal kau malam ni Alden.
Delisha cepat-cepat tersedar. Perbualan bersama Alden di rumah anak yatim tadi kembali terngiang-ngiang. Dia sukakan Alden ke? Ya, suka sebenarnya. Kalau tak suka, tak ada lah dia nak mengekor ke mana saja Alden pergi. Kalau tak suka, tak ada maknanya dia nak hadap muka tampan itu saban hari. Ah Delisha, suka itu perkara biasa lah. Kalau Alden suka dekat kau pun, benda tu perkara biasa sebab kau orang berdua memang ke hulu ke hilir bersama. Delisha, itu cuma suka. Suka aje kut.
Bip!
Delisha capai telefon bimbitnya yang berbunyi menandakan ada kiriman mesej masuk. Delisha buka aplikasi Whatsapp. Chat daripada Alden dibukanya.
Alden :
You tahu tak nak pronounce huruf alphabet correctly?
Delisha ternganga. Laju jemari menyentuh papan keypad.
Delisha :
You tak habis mengarut lagi ke malam ni?
Alden :
I tengah serius ni!
*emoji marah*
Delisha :
Yes, of course I tahu pronounce alphabet correctly. I bukan budak tadika.
Why?
Alden :
Tapi I rasa you tak tahu lagi.
Delisha :
What do you mean?
Alden :
I ajar you eh?
Ey, bi, si, di, ih, ef, ji, eych, ay, su, ka, yu
*smiley*
Delisha gigit bibir bawah. Dia nak senyum. Sumpah sekarang ni dia rasa nak senyum. Malah dia rasa malam nanti dia akan tidur sambil tersenyum!
Alden :
Helo? Are you still there?
Can you pronounce it correctly?
Delisha :
Yes I can...
Alden :
Good.
So, have a sweet dream Andara!
Nanti I masuk dalam mimpi you.
Delisha :
No need.
I don't need you in my dream.
Never!
Alden :
Oh why?
*emoji sedih*
Delisha :
Because I already have a sweet dream.
Good night, Alden.
Bye!
Terus cepat-cepat Delisha keluar daripada aplikasi Whatsapp. Delisha pegang kedua-dua belah pipinya yang sudah terasa panas dan merah. Eei, kenapa jadi macam ni? Kenapa jantung berdegup macam ni? Kenapa tak boleh berhenti senyum ni? Kenapa otot-otot muka tak nak kasi kerjasama ni? Ke-na-pa?!
*****
DELISHA masuk ofis seperti biasa. Walaupun separuh hatinya berdebar-debar menanti Alden muncul pagi ni. Perbualan ringkas melalui aplikasi Whatsapp malam tadi buat Delisha termalu sendiri. Walaupun bukan dia yang jual minyak malam tadi, tapi dia tetap seorang perempuan yang punya rasa segan diusik begitu.
"Morning, Andara!" mood Alden kelihatan begitu baik pagi ni. Melebar senyuman lelaki itu menyapa Andara di meja secretary. Delisha terus berdiri tegak. Muka tak tahu nak beriak bagaimana menerima kehadiran Alden. Semuanya terasa kekok.
"Morning, Tengku Alden." Delisha membalas sapaan Alden. Hilang sahaja lelaki itu ke dalam bilik kerjanya, laju Delisha capai planner dan pen sebelum turut masuk ke dalam ruangan lelaki itu. Delisha berdiri di hadapan meja kerja Alden.
"Yes?"
"Hari ni pukul sebelas pagi you kena pergi kilang GnG untuk sesi lawatan then terus lunch dengan Mr Ganesh dekat sana. Then pukul tiga lepas you solat jumaat, you ada appointment dengan Puan Hidayah. Dia sendiri akan datang sini jumpa you." Delisha membaca tentatif Alden pada hari itu. Kepala Alden terangguk-angguk sambil menghidupkan komputer miliknya.
"Okey, pukul sepuluh remind I balik. Kita pergi kilang."
"Alright. I keluar dulu."
"Wait, Andara."
Dup dap dup dap.
Oh, jantung! What's wrong with you?! Selama ni kalau Alden panggil, kau okey aje. Tapi kenapa hari ni kau macam ni?
"Yes?"
"Are you okay?"
"Yeah, I'm okay. Why? Nampak macam I tak okey ke?"
"Kind of,"
"Tak lah, I okey je."
"Tidur you macam mana? Indah? Mimpikan I tak?"
Delisha meramas-ramas jari jemari sendiri. Dia dah mula dah! Alden dah mula buat perangai malam tadi balik!
"Biasa. Mimpi indah tapi tak mimpikan you." Delisha bawa planner ke dada lalu dipeluk. Alden mencebik.
"Kejamnya statement you..."
"Dah la, Alden. I ada banyak lagi kerja tak settle kat luar tu. If you don't mind, excuse me?"
"Yelah. Keluar lah."
Delisha angguk sebelum kakinya terkedek-kedek berjalan keluar dari ruangan sejuk itu. Tutup sahaja pintu, Delisha tarik nafas lalu dihelanya berkali-kali. Alden ni rasanya dah kena sampuk malam tadi. Dah la malam tadi malam jumaat! Eei, seram. Agaknya ada orang buang saka gila kut malam tadi lepastu terlekat dekat Alden. Kalau nanti melarat, aku nak bawak dia jumpa pak ustaz! Seram banget sih.
*****
NAILA menyangkut beberapa helai gaun pengantin ke dalam wardrobe mengikut ton warna. Gaun-gaun ni semuanya baru diambil dari tailor. Sekarang ni musim kenduri, jadi butiknya ni memang tak pernah lenggang dengan pelanggan. Nasib pekerjanya mencukupi, kalau tak memang tak menang tangan.
"Cik Naila,"
Naila menoleh bila salah seorang pekerjanya menegur. Hampir bercantum kening Naila yang terlukis elok itu tatkala matanya menangkap sejambak besar bunga rose merah dalam pelukan gadis itu. Namun cuma seketika sebelum bibirnya menghela satu nafas pendek.
"Lelaki tu lagi ke?" soal Naila, bosan. Intan sengih.
"Haah. So, saya nak letak mana bunga besar gedabak ni, Cik Naila?" Intan kembali menyoal. Naila cekak pinggang lalu matanya menjeling ke arah luar dinding cermin butik. Mencari-cari kelibat lelaki yang hampir setiap hari akan hantar bunga dekat dia. Sampaikan butik dia ni boleh berubah jadi florist lepasni.
"Mana lelaki tu?"
"Baru aje keluar tadi. Rasanya dia tak jauh."
"Saya nak jumpa dia kejap." berlari Naila ke arah pintu. Meliar matanya mencari susuk tubuh lelaki yang dia cukup kenal. Nampak sahaja lelaki yang sedang bersandar memeluk tubuh pada kereta, Naila menghampiri.
"Hey..."
Lelaki itu terus berdiri tegak sambil tersengih-sengih memandang Naila yang berdiri di hadapannya.
"Hey! I tahu you akan keluar cari I, that's why I tak balik lagi."
"Tengku Arfel, apa yang you buat ni? Kenapa tiap-tiap hari you hantar bunga kat I? Butik I boleh jadi hutan tahu tak dengan bunga-bunga yang you kasi?" Naila peluk tubuh. Lelaki berkulit cerah di hadapan dipandangnya. Arfel senyum.
"So, you memang tak suka lah I kasi you bunga?"
"Yes, I tak suka."
"Alright, lepasni I hantar chocolate bouquet pulak kat you."
"No, you tak perlu kasi apa-apa dekat I, Tengku Arfel. I don't need it!"
Arfel diam dulu. Entah kenapa sejak dia datang fitting baju dekat butik Naila, hatinya tiba-tiba terpaut dengan gadis ini. Dah puas dia selongkar identiti Naila, dan ternyata gadis itu tua dua tahun daripadanya. Naila 25 tahun dan dia 23 tahun. Tapi dia peduli apa? Memang taste dia dengan perempuan yang lebih berusia. Dan Naila adalah pilihan yang tepat!
"I nak kawan dengan you." tutur Arfel. Naila hampir terngadah.
"Kawan? Yes, sure. Kawan aje lah, tapi tak perlu rasanya tiap-tiap hari you hantar bunga yang besar gedabak tu kat I. I sampai dah tak ada tempat nak letak. Nasib baik pekerja I ada yang minat bunga, so I pass dekat dia orang. Is it okay with you?" Naila peluk tubuh. Arfel senyum senget.
"Whatever. Tapi maksud I, Cik Naila... I nak kawan dengan you lebih daripada kawan. You faham tak maksud I?"
Naila buang pandang ke arah lain. Bodoh la kalau dia tak faham maksud yang cuba disampaikan lelaki itu. Dia dah 25 tahun kut. Bukan budak lima tahun sampai tak boleh nak faham langsung. Seketika, Naila kembali memandang ke arah Arfel yang sedang bersandar pada tubuh Lotus Evora Sport 410 miliknya.
"You're kids."
"Wait, what? Kids? What do you mean by kids?"
Naila bawa sebelah tangan ke pinggang dan dicekak.
"You muda daripada I, Tengku Arfel. You dah macam adik I tahu tak? Macam mana you nak kawan dengan I lebih daripada kawan? Does it make a sense?" perlahan Naila menuturkan ayat itu. Arfel mendengus.
"Umur bukan penghalang, Cik Naila."
"So you don't mind?"
"Absolutely not..."
"Right, tapi I kesah. I tak boleh nak go thru dengan 'budak' macam you. I ni you dah boleh anggap kakak tahu? Kak Naila." Naila senyum nipis. Gila ke apa dia nak bercinta dengan budak macam Arfel ni? Dah la beza dua tahun. Memang lah umur bukan ukuran, bukan penghalang tapi entah lah. Arfel muda lagi kut nak dipadankan dengan dia.
"Nope. Apa masalahnya kalau you go thru dengan I? Memang I muda daripada you tapi percaya lah I boleh lead our relationship."
Erk! Our relationship? Heh sungguh la Tengku Arfel ni buat bulu roma Naila berdiri tegak sekarang ni. Serem.
"Jangan mengarut lah, Tengku Arfel. Better you pergi balik. Ke you ada kelas sekarang ni? Pergi lah, kang lecturer you marah pulak." Naila menghalau lembut. Arfel garu belakang leher. Alamak! Minah ni ada six sense ke? Macam mana dia boleh tahu yang aku ada kelas sekarang ni? Orang baru nak jual minyak cinta. Haih!
"Tapi Cik Naila..."
"Belajar elok-elok ya budak. Banggakan mak ayah. Assalamualaikum," terus Naila angkat kaki beredar daripada situ. Arfel mahu memanggil tapi lidahnya terasa kelu. Sudahnya dia menyepak batu yang elok ada di situ. Nak mengurat pun susah dah kenapa? Hanya disebabkan aku ni baru berusia 23 tahun, lepastu masih study, senang-senang je nak reject aku. Apa ingat aku muda, aku tak matang ke? Hesy, handsome macam ni pun kena reject. Bikin malu keturunan Zhen aje lah.
***
tengok tu abang dengan adik tengah jual minyak chenta 👀🤣
Promote ;
- Love Encounters by itsdaliya
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro