Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

MALAM itu usai makan malam terus Delisha naik berehat di dalam bilik. Itu pun bila dia rasa macam ada aura yang papa dan mamanya mahu membangkitkan soal dirinya. Delisha Andara yang kini berusia 25 tahun tetapi masih duduk menganggur di rumah. Sudah lah menganggur, kuat berjoli pulak tu. Pantang kalau Naila free sikit, mesti dah diheret kawan baiknya itu pergi bercuti. Tak kesah la luar atau dalam negara. Bukan setakat tu je, setiap bulan duit yang Datuk Sri Ismadi masukkan dalam akaunnya mesti habis. Kalau lah dalam bank boleh ambil semua duit, mesti akan tinggal 00.00 ringgit Malaysia dalam tu. Boros? Ya, itu sikap Delisha Andara. Tak semenggah langsung!

Tengku Alden Zhen.

Tiba-tiba sahaja sebaris nama dan raut wajah yang dilihatnya tadi di telefon bimbit Naila kembali terbayang-bayang. Terus sahaja Iphone Xs di atas meja lampu dicapai. Tubuh disandarkan pada kepala katil lalu aplikasi instagram dibuka. Laju sahaja dia menaip nama tersebut pada kolum carian. Search!

   "Yes. That's it..." Delisha senyum sendiri bila laman akaun instagram milik lelaki berkacukan melayu-chinese-british itu terpampang pada dada skrin. Tengok followers 400k. Padan lah orang follow pun. Handsome kut! Satu persatu gambar yang di upload lelaki itu dibeleknya. Beratus-ratus gambar. Dan Delisha perasankan sesuatu. Semua gambar di situ ditutup ruang komen. Mungkin lelaki tu rimas bila menerima terlampau banyak komen yang sama pada gambar-gambarnya?

Contoh,

Eei, handsomenya!

Ya Allah, perfect!

Comelnya...

Nak jadi adik angkat boleh?

Kalau lah jadi boyfriend aku...

   Dan juga...

Hai assalamualaikum! Ingin tambah tinggi tetapi tidak tahu caranya? Jangan risau! Kami ada jalan penyelesaiannya. Visit our ig now! 

   Hmm...

   Delisha menyentuh satu gambar lalu ditatapnya dengan jarak yang agak dekat. Wajah lelaki itu ditiliknya lama. Ya, memang sempurna.

   "Aku tak sangka ada manusia macam ni dekat Malaysia. Unbelievable!" gumam Delisha. Tengah syok membelek gambar-gambar yang sudah diupload beberapa bulan yang lepas, tiba-tiba sahaja naik bentuk love. Oh, tidak! Kenapa boleh ter-like pulak gambar dia ni?! Cepat-cepat Delisha unlike kembali gambar tersebut sebelum pemilik gambar itu perasan yang ada orang tengah stalk dia. Eei, buat malu aje lah!

Nak follow ke tak?

Ah, tak payah lah. Selagi dia tak private ig, selagi tu aku takkan follow. Stalk aje tiap-tiap hari sebab akaun masih public. Boleh kan?

*****

CERMIN mata yang tadinya tersangkut elok di atas pangkal hidung ditanggal lalu diletakkan di atas meja. Tangan naik melurut dan memicit-micit kawasan hidung. Sudah hampir dua jam dia menghadap fail-fail yang menimbun. Mata dah rasa berpinar memandang segala jenis benda atas meja sekarang ni.

Dua buah projek kerjasama bersama William Holdings masih memerlukan pemerhatiannya. Dalam minggu ini saja ada dua tapak site pembinaan yang dia harus turun. Misi mengejar tender dengan VinsLee Global masih diteruskan walaupun dia tahu harapan untuk bekerjasama dengan syarikat daripada Hong Kong itu adalah 30%.

Uh, memang tak menang tangan. Sudah lah secretary nya kini sedang bercuti pantang. Baru dua minggu lepas selamat melahirkan. Dia pun belum sempat untuk pergi melawat kerana kekangan waktu dan kerja-kerja yang menimbun.

   "Cari secretary untuk sementara, angah. Nak tunggu Ziana habis pantang memang lambat lah. Kalau angah tak nak ambil secretary baru, pick aje lah staff-staff Zhen yang angah boleh harapkan."

Terngiang-ngiang kembali kata-kata yang Puan Sri Bethany usulkan selepas makan malam tadi. Cari secretary baru? Malangnya dia cukup malas nak run interview cari secretary sementara. Nak pick staff-staff Zhen pulak, dia tak harap langsung. Jadi? Takkan lah nak tunggu Ziana habis pantang pulak?

   Alden geleng kepala. Kepalanya dah cukup berserabut sekarang ni. Hal kerja pun belum habis fikir, nak ditambah lagi dengan hal secretary sementara pulak. Tak payah!

Tangan menggapai telefon bimbit miliknya lalu laman instagram dibuka. Elok sahaja dia buka aplikasi tersebut, naik bentuk love merah dari bahagian notification. Seingatnya dia tak upload pun gambar dua tiga hari ni. Last gambar dia upload pun sebulan yang lepas. Siapa lah yang rajin sangat stalk dia ni? Dahi Alden mula berlapis-lapis.

delisha.andara like your post.

Delisha Andara? Laju sahaja jari Alden membuka profil tersebut. Melihatkan followers gadis itu, Alden cebik bibir. 98k followers. Sikit lagi nak hit 100k followers. Rajin pulak Alden stalk gambar-gambar gadis itu. Cantik, gorgeous. Tengok dekat bio tulis, Delisha Andara Datuk Sri Ismadi. Oh, anak datuk!

Satu gambar selfie gadis itu dibuka. Lama matanya menilik wajah bersih itu. Tak pernah tengok pun muka ni naik dekat bahagian explore. Tak cukup famous kut, hati Alden dah mengutuk jahat. Malas nak belek lagi, Alden kembali melihat ke arah notification.

Refresh.

Eh! Dah hilang notification yang gadis tu like tadi. Alden tiba-tiba gelak kecil. Alah, kantoi stalk instagram orang! Ter-like gambar yang dah upload berbulan-bulan lepas pulak tu. Kepala Alden menggeleng kecil sebelum aplikasi instagram ditutupnya. Dia menggeliat kecil.

   "Angah,"

   Alden menoleh ke arah pintu bilik yang sedikit terbuka. Melihatkan wajah Tan Sri Tengku Aazad Zhen, Alden ukir satu senyuman manis.

   "Daddy, masuk lah." pelawa Alden. Perlahan-lahan Tan Sri Tengku Aazad Zhen menapak masuk ke dalam kamar anak terunanya itu. Kepalanya tergeleng kecil melihat fail-fail dan kertas di atas meja kerja lelaki muda itu. Komputer riba jenama Apple juga ada di situ.

   "Takkan kerja-kerja dekat ofis pun angah bawak balik? Nampak ke mummy nanti, tahu lah angah langit tu tinggi ke rendah." tegur Tan Sri Tengku Aazad Zhen. Alden sengih.

   "Kalau angah tak bawak balik kerja-kerja ni semua, lambat lah kerja ni semua nak siap daddy. Terpaksa lah." balas Alden. Bahu anak lelakinya itu ditepuk perlahan beberapa kali.

   "Kerja Ziana, angah pass dekat siapa?"

   "Pass dekat diri sendiri, daddy."

Membuntang mata Tan Sri Tengku Aazad Zhen mendengarnya.

   "Are you serious, angah?!"

Alden gelak.

   "Daddy, relaks lah. I'm okay."

   "No, you're not okay. Daddy pernah duduk dekat kerusi angah dan daddy tahu macam mana susahnya kerja without secretary. Angah, you're not robot. Tengok lah sampai bawak balik kerja bagai dekat rumah. And angah still cakap yang angah okey? Angah, don't be workaholic." rengus Tan Sri Tengku Aazad Zhen. Alden tepuk tangan daddy nya yang mendarat di atas bahu.

   "Angah ikut perangai daddy lah ni. Macam lah angah tak tahu dulu daddy pun workaholic jugak. Sebab tu lah mummy suruh daddy pencen awal. You know, like father like son." Alden kenyit mata sekali. Mendengarkan ayat-ayat yang keluar dari mulut anak lelakinya itu, Tan Sri Tengku Aazad Zhen ketawa.

   "Dah, tak payah nak ikut daddy sangat. Angah muda lagi. Macam ni lah, biar daddy tolong angah carikan secretary sementara untuk tolong angah dekat ofis tu."

Alden geleng.

   "No, daddy. I don't trust anyone."

   "Same goes to me. I don't trust you."

   "Tapi daddy..."

   "No objection! Keputusan daddy muktamad. Daddy ada kenalan ramai. Mana lah tahu kalau dia orang ada kenal someone yang boleh tolong angah dekat ofis tu. Lagipun, sementara aje angah. Bukan selama-lamanya. Okey?" Tan Sri Tengku Aazad Zhen pandang anaknya, lama. Lambat-lambat Alden angguk kepala. Nak bantah? Sia-sia aje lah sebab dia kenal betul dengan perangai daddy nya yang sedikit mendesak.

1-0!

   "As you wish, daddy."

   "Good. So, daddy nak masuk tidur dulu. Goodnight, my son." bahu Alden ditepuk. Alden angguk kepala.

   "Goodnight, daddy."

Alden memandang susuk belakang daddy nya itu sehingga lah hilang disebalik pintu kayu yang sudah tertutup rapat. Alden mengeluh. Tangan naik meraup wajah. Jangan daddy cari orang yang entah apa-apa sudah lah! Menambahkan pening kepala aku aje nanti.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro