Bab 18
previous chapter kakmar ada tulis dorang nk balik esok lepas asar. tapi kakmar dah ubah. dorang tak jadi balik esok tu 😂
***
USAI bersarapan di atas pondok di tepi bendang, Alden dan Pak Hassan mula menghampiri pokok-pokok pisang yang berdiri teguh tak jauh dari situ. Delisha pula mengekor belakang. Sesungguhnya dalam kepala dia ni masih belum boleh brain lagi dengan makanan gulai batang pisang tu. Dengan parang tajam di tangan, Pak Hassan mula menebang anak pokok pisang. Sekejap aje, anak pokok pisang tu tumbang.
Delisha sibuk merakam lalu dimuat naik ke instagram story nya. Dia teruja! Pertama kali tengok kut.
Tangkas Pak Hassan menyiat-nyiat pelepah pisang sehingga lah jumpa isinya yang putih.
"Ini la orang panggil umbut pisang, Delisha." Pak Hassan bersuara bila dua batang umbut pisang itu diserahkan kepada Alden. Terangguk-angguk kepala Delisha mendengarnya.
"You, jangan gerak. I nak ambil gambar."
Alden juling mata ke atas. Sudahnya dibiarkan sahaja Delisha mengambil beberapa keping gambarnya memegang dua batang umbut pisang di tangan. Delisha sengih sebelum gambar itu terus dimuat naik ke instagram story. Done!
"Jom, ibu hampa dok tunggu nak masak dah tu." tegur Pak Hassan lalu berlalu pergi dengan parang tajam di tangan. Sungguh la dia rasa nak tergelak tengok gadis bandar yang begitu jakun sepanjang proses mendapatkan batang umbut pisang tu. Bukan dia tak tahu Alden berapa kali asyik sembunyi senyum tengok gelagat si Delisha.
*****
MACAM tadi, telefon bimbit memang asyik melekat dekat tangan. Kini giliran Mak Khadijah pulak membuat kerja di dapur dan dia menyibuk di situ. Kalau Alden tak jegil mata suruh dia masuk dapur pun, memang dia nak masuk dapur jugak. Dia nak tengok sendiri macam mana Mak Khadijah masak gulai batang pisang tu.
"Umbut pisang ni, kita potong lebih kurang satu inci macam tu lepastu kita buang tali-tali dia. Satgi kalau tak buang, bila makan satgi tercekik pulak. Lepastu kira rendam dalam ayaq, supaya dia tak lebam." bicara Mak Khadijah sambil tangan ligat membuat kerja. Delisha terangguk-angguk. Entah berapa banyak posting yang dia muat naik dekat dalam instagram story tu. Mungkin dah jadi titik-titik. Siapa rajin view satu-satu tu, kita kasi sepuluh bintang dekat dia sebab gigih. Hahaha.
Umbut pisang yang dipotong-potong tadi dibiarkan rendam di dalam air terlebih dahulu. Mak Khadijah bergerak mencapai lesung batu lalu diletakkan di atas lantai berlapikkan kain. Seinci halia, tiga ulas bawang putih dan sebiji bawang besar dimasukkan ke dalamnya.
"Delisha tolong tumbuk sat bahan-bahan ni sampai hancur."
"Hah?" mata Delisha dah membulat dan terkelip-kelip bila disuruh menumbuk bahan masakan tu. Mata jatuh memandang tangannya. Tangan ni tak pernah buat kerja dapur kut! Tiba-tiba Mak Khadijah suruh dia buat kerja menumbuk. Mampu kah?
"Err..."
"You berdiri apa lagi? Pergi la buat kerja." serentak itu Iphone Xs di tangan Delisha dirampas Alden. Terteleng kepala Delisha ke kanan memandang lelaki itu. Muka tak beriak ditayang sebelum dia pandang lesung batu yang terletak di atas lantai.
Macam mana nak tumbuk? Kenapa tak pakai blander aje? Zaman dah moden kut! Delisha pandang Alden. Mata Alden dah buat isyarat supaya dia menumbuk menggunakan lesung batu itu. Perlahan-lahan Delisha duduk bersila atas tikar getah. Tangan memegang anak lesung sebelum ditumbuk-tumbuknya perlahan.
"Tumbuk la kuat sikit. Macam orang tak makan nasi je," tegur Alden sambil dia merakam si Delisha menggunakan telefon bimbit gadis itu. Tadi Delisha tak off handphone dia dan aplikasi instagram tak letak passcode. Jadi, mudah la dia nak menceroboh laman sosial gadis tu. Delisha jeling lalu menumbuk bahan-bahan di dalam lesung batu sedikit kuat.
Tap tap bunyinya.
"You buat apa dengan handphone I?" soal Delisha bila menyedari lensa kamera Iphone Xs miliknya asyik-asyik terhala padanya.
"Record you."
"Tak payah la record I. I tengah buat kerja ni!" Delisha nak rampas gajet miliknya dari Alden namun pantas Alden mengelak. Alden sengih bila Delisha dah tayang muka cemberut. Tak tunggu lama dia dah post dekat instagram story. Adil lah kan? Tadi berapa banyak Delisha record video dia masa dia tolong Pak Hassan tebang anak pokok pisang tadi.
"Aip, buat kerja. Ibu, tengok dia ni main-main buat kerja."
Delisha juling mata ke atas. Menyampah lahai dengan pak cik sorang ni. Sudahnya, dia biarkan saja Alden dengan Iphone Xs miliknya itu. Tak sampai lima minit, Delisha rasa matanya mula pedih-pedih dan berair.
"Alden, mata I... pedih." Delisha dongak kepala ke atas memandang atap zink. Mata dah terkelip-kelip.
"You tumbuk bawang memang la pedih."
"I dah tak tahan..." setitis air mata Delisha jatuh. Pertama kali tumbuk bawang, pertama kali air mata meleleh keluar disebabkan bawang. Oh, bawang sungguh berbisa. Ingat mulut 'bawang' je berbisa, bawang ni pun berbisa lagi memedihkan!
"Dah, pergi basuh muka dekat sinki. Tak payah tumbuk lagi," arah Alden. Cepat-cepat Delisha bangun berlari ke arah sinki. Wajahnya dibasuh dengan air bersih. Alden pula ambil alih menumbuk bahan-bahan dalam lesung batu. Ceh, tak hancur lagi. Dia tumbuk angin ke apa tadi?
Mak Khadijah dah tergelak kecil. Terhibur pulak dia tengok dua manusia tu. Alden cakap mereka cuma berkawan biasa. Berkawan biasa apa kalau layan Delisha macam tu? Alden kelihatan begitu protective. Ke, cuma dia yang perasan macam tu?
"Delisha, pergi duduk dulu." suruh Mak Khadijah bila tengok muka Delisha yang dah merah. Orang kalau berkulit cerah memang jelas kemerah-merahannya. Delisha angguk lalu berlalu ke arah meja makan. Alden yang sedang menumbuk tu dipandang dari belakang. Sesekali Alden dongak kepala ke atas.
Pedih mata lettew!
*****
TADI masa makan tengahari, Delisha bertambah-tambah makan. Gulai batang pisang tu, mungkin dah jadi favourite Delisha. Selamba aje dia meratah umbut pisang yang telah dipotong-potong tu. Lepas solat zohor, Delisha dah terbaring atas katil. Dah kenyang, mata pun layu je.
Usai solat asar, Delisha turun ke bawah. Tiga jam dia tidur dari pukul dua sampai ke pukul lima. Tu pun nasib baik dia set alarm, kalau tak entah pukul berapa dia nak terjaga. Ruang tamu kosong, Delisha bawa langkah ke arah dapur. Ada Mak Khadijah sedang membancuh minuman.
"Mak cik, mana Alden dengan pak cik?" soal Delisha.
"Depa dok kat luaq tu. Delisha pi la keluar dulu, ibu nak buat ayaq."
"Hee, okey!"
Delisha sarung selipar lebih yang memang ada dekat pintu dapur lalu berjalan menuju ke arah pondok. Pak Hassan duduk bersila di atas pondok, manakala Alden dekat tengah sawah. Entah apa lah yang lelaki tu buat dekat situ.
"Ha, Delisha. Mai duduk sini." Pak Hassan menginjak sikit memberi ruang kepada Delisha. Delisha senyum nipis sambil memandang Alden yang berjalan-jalan di tengah sawah bendang.
"Alden buat apa tu, pak cik?" soal Delisha.
"Saja jalan-jalan kat situ." jawab Pak Hassan. Tiba-tiba Delisha jadi teringin pulak nak pergi sana dekat dengan Alden. Tapi dia takut. Batas laluan situ agak kecil dan sempit. Macam mana kalau dia terjatuh? Aih, macam mana Alden boleh berjalan sampai ke tengah sana?
"Saya nak pergi sana boleh tak, pak cik?"
"Ha, pi la. Hati-hati."
Perlahan-lahan Delisha melangkah ke arah sawah bendang. Lorong batas yang agak kecil itu buat dia fikir dua tiga kali. Boleh ke dia nak lalu? Kalau jatuh macam mana? Entah apa yang ada dalam sawah tu pun dia tak tahu. Bau lumpur dah menusuk ke dalam rongga hidungnya. Biasalah, Delisha. Bau sawah bendang.
"Andara, come!" Alden melaung dari jauh bila dia lihat Delisha macam teragak-agak nak lalu di situ. Lambat-lambat Delisha memijak lorong batas yang kering itu lalu berjalan penuh hati-hati. Dia takut terjatuh pulak. Tak lama lepastu, dia dah berdiri dekat dengan si Alden. Delisha tarik senyuman kepuasan. You did it, Delisha Andara!
"Wau! Cantiknya!" Delisha teruja bila angkat kepala. Kini dia dikelilingi sawah yang menghijau. Angin petang dah menampar kulit wajahnya. Rambutnya pula terbang ditiup angin. Ada patung orang-orang di tengah-tengah situ. Fungsinya sebab nak halau burung. Alden diam di sebelah. Bila dia berjalan sedikit jauh, Delisha mengekor di belakang.
"You nak pergi mana jalan jauh-jauh?" soal Delisha di belakang.
"Pergi ke hati you." jawab Alden, selamba. Delisha di belakang sudah berkerut dahi. Buang tebiat ke apa si Alden ni?
"Serious lah!" getus Delisha. Alden senyum senget.
"Jalan je lah. Depan tu je. Be careful, ada katak."
"What?!" langkah Delisha termati. Nasib baik mereka berdiri jauh, kalau tak mesti Pak Hassan dah dengar suara dia dari pondok sana. Mata Delisha mula lah meliar ke bawah dan memerhati sekeliling. Katak. Eww, tahu tak betapa dia gelikan makhluk lembik tu?! Dulu masa zaman sekolah, bila nak bedah katak, dia lah orang pertama yang lari cari longkang sebab nak termuntah. Tolong lah, tikus dia boleh tahan lagi! Tapi katak?
Alden dah pusing tubuh ke belakang. Tergelak dia tengok Delisha dah tertoleh-toleh kiri kanan depan belakang.
"What are you looking for?" soal Alden.
"Katak lah! I geli dengan katak you tahu tak?" marah Delisha.
"No, I tak tahu."
"I nak balik!" Delisha dah berura-ura nak patah balik ke arah pondok. Mood dia nak berjalan-jalan di situ terkubur habis bila Alden cakap ada katak. Alden cekak pinggang sambil memandang Delisha yang dah terkedek-kedek berjalan di situ. Akal jahat mula muncul dalam kepalanya.
"Andara, watch out! There's a giant frog behind your leg!"
Serentak itu Alden tutup telinga bila Delisha dah terpekik menjerit. God, boleh pecah gegendang telinga dia dengar minah ni menjerit. Delisha melompat-lompat cuba menjauhkan diri dari 'giant frog' yang Alden maksudkan tadi. Tapi malangnya, kaki dia dah tersilap langkah. Sekelip mata sahaja tubuhnya dah terjatuh ke dalam sawah bendang.
Senyap.
Alden terkejut melihatkan gadis itu yang dah comot bermandikan lumpur. Habis kotor! Delisha rasa nak menangis. Lagi nak menangis bila tekak dia mula loya dengan bau lumpur yang dah menyaluti tubuhnya sekarang ni.
"Andara, are you okay?" soal Alden. Delisha dah tercebik-cebik sambil dia cuba bangun dari posisinya sekarang. Berat, melekit!
"Give me your hand," Alden hulur tangan.
"No! I hate you, Alden!" marah Delisha sambil air mata dah merembes keluar. Ingat nak lap air mata dekat muka tapi tangan dia dah kotor. Alden teguk liur dulu. Dipandangnya Delisha yang terkial-kial naik atas batas tanpa bantuan sesiapa. Tengok betapa susahnya Delisha nak naik ke atas, laju tangan Alden memegang lengan Delisha lalu menariknya. Delisha berdiri atas batas sambil menangis.
"Andara, shhhh. Tak payah la nangis." Alden cuba memujuk bila Delisha dah menangis macam budak kecil.
"I hate you..." berlagu-lagu tangisan Delisha. Alden dihurung rasa bersalah.
Alahai, Alden. Mengusik tak kena tempat.
"Okey, okey. I minta maaf."
"I hate you! I hate you!"
"Yes, I mengaku I salah..."
"I benci you sangat-sangat! I tak nak kawan you! I benci you!"
Entah berapa banyak Delisha cakap 'i hate you', 'i benci you' dekat Alden sambil air mata galak merembes keluar. Delisha pusing tubuh lalu perlahan-lahan berjalan untuk kembali pondok. Pandangan dia dah kabur-kabur, jadi dia tak nampak jelas jalan di depan. Jari yang agak bersih dibawa ke mata lalu dikesat perlahan. Alden membuntuti di belakang. Tangisan Delisha masih berlagu kecil. Risau Delisha jatuh lagi ke dalam sawah, tangan Alden memegang hujung belakang baju gadis itu. Kang kalau Delisha nak jatuh, sempat la dia nak tahan.
"Andara..."
"Shut up! I hate you so much!"
Alden teguk liur. Sudahnya dia dah tak buka suara lepas tu. Delisha betul-betul tengah marah sekarang ni.
***
promote ;
- Mi Chico Malo! by faisyafaihah
- Mr.Mikail by The_mystery_ghost
- Tulus Kasih Safa by ssyqienn
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro