Bab 11
Beberapa tahun yang lepas.
"ALDEN, kita break."
Alden tersentak. Kepalanya yang tadinya menunduk membelek nota terus terangkat. Wajah Joviana tanpa riak itu dipandang lama dengan dahi yang berlapis-lapis.
"You cakap apa tadi, Vee?" soal Alden. Joviana sedang meminta putus ke sekarang ni? Tak, dia yakin telinganya salah dengar. Takkan lah Joviana tiba-tiba nak minta putus dengannya sekarang ni? Mereka bercinta bukannya sebulan dua. Malah, satu kampus sudah cukup tahu tentang hubungan mereka berdua.
"I... I nak kita break. I dah tak boleh teruskan hubungan ni. I minta maaf," tak sanggup rasanya mata Joviana menentang anak mata biru Alden. Alden tarik nafas lalu dihela panjang. Perlahan-lahan Alden tutup nota yang tadinya berada di atas riba. Dia tak mahu terlalu cepat melatah. Permintaan Joviana mahu memutuskan hubungan mereka sedikit sebanyak membuatkan dia seakan mahu hilang nafas.
"Vee, look at me."
Joviana menunduk.
"Look at me, Joviana." tekan Alden bila Joviana buat tak endah. Perlahan-lahan Joviana angkat kepala memandang Alden. Bibir bawah diketap.
"Tell me, what's wrong? Apa salah I sampai you nak minta break? Benda ni tak lawak, Vee." Alden senyum nipis, menutup rasa gusar dalam dada.
"I nekad, Alden. I betul-betul tak boleh nak continue hubungan ni. Lepaskan I,"
"But why? Apa salah I dekat you?"
"No, you takde salah dengan I..."
"Then what? Angin takde ribut takde, tiba-tiba you minta break dengan I sedangkan hubungan kita takde masalah apa pun. You ada orang lain ke, Vee?"
"No, Alden. I takde sesiapa."
"Habis tu? Vee boleh tak you kasi alasan yang munasabah sikit dengan I. Why you nak kita break? Kalau I ada buat salah dekat you, then you should tell me. I minta maaf, Vee. Bukan diam buat keputusan macam ni." Alden tahan rasa. Permintaan Joviana buat dia rasa pelik yang bukan sedikit. Hubungan mereka baik-baik sahaja, kenapa Joviana minta putus?
Joviana tarik nafas dalam-dalam.
"Kita berbeza agama, Alden." suara Joviana sedikit bergetar. Kolam matanya tiba-tiba terasa panas. Alden merengus.
"Sebab tu je? Kenapa sebelum-sebelum ni you tak pernah bangkitkan pasal benda tu? Kenapa sekarang?!"
Ya, mereka berbeza agama. Alden berasal daripada keluarga yang menganut agama Islam manakala Joviana berasal daripada keluarga yang menganut agama katolik. Ya, kalau diikutkan mereka memang tak boleh bersama kerana perbezaan agama. Malah dalam agama pun melarang hal itu.
"Parents I tak restu hubungan kita, Alden. Dia orang tak boleh terima yang I berkawan dengan you. You are muslim, Alden. And I'm not! Macam mana kita nak hidup bersama kalau kita berdua menganut agama yang berbeza? And I pasti family you pun takkan restu hubungan kita ni. Alden, kita dah buat perkara yang salah. Kita tak patut macam ni." air mata Joviana tumpah saat menuturkan ayat-ayat itu.
Alden raup wajah berkali-kali. Dia sayangkan Joviana. Sanggup kah dia lepaskan gadis itu kerana agama mereka yang berbeza? Takkan lah dia nak tukar agama pulak? Mengarut! Sejahil-jahil dia, dia masih berpegang pada agama. Dia masih tahu hukum hakam. Tapi ini... ah!
"I tak patut terima you dulu, Alden." bahu Joviana terhinjut-hinjut. Alden diam. Matanya juga sudah berair. Hidungnya pula sudah merah. Dia mahu menangis, tapi bukan di sini. Dia takkan benarkan air matanya tumpah di hadapan Joviana.
"Then you want to end this?"
"For our good sake,"
Alden diam. Tangannya mula mengemas-ngemas buku nota lalu disumbat masuk ke dalam beg. Dia mula berdiri di hadapan Joviana yang masih menunduk menekur hujung kaki.
"Goodbye, Vee. Thanks for everything. I akan cuba lupakan you, and you should do the same thing. Let's not meet each other after this." terus Aldian angkat kaki. Air mata lelakinya tumpah. Hoodie sweatshirt ditarik menutup kepala dan separuh wajahnya. Dia tahu bukan mudah untuk dia tinggalkan kisah cintanya tapi dia harus. Ianya untuk kebaikan bersama. Dia dan Joviana memang tidak ditakdirkan untuk bersama.
Selamat tinggal, Vee. I hargai kehadiran you selama ni.
*****
DELISHA melangkah keluar dari kamar mandi selepas menukar pakaian. Blouse berwarna merah jambu milik Amanda elok terletak pada tubuhnya. Saiz badannya dengan Amanda tidak lah beza mana. Cuma dia tinggi dan Amanda rendah sedikit.
"Amanda." Delisha menarik perhatian Amanda yang sedang bermain dengan telefon bimbitnya. Amanda angkat kepala.
"Wah, akak. Cantiknya! Kenapa bila Amanda pakai baju ni, Amanda rasa pelik? Bila akak pakai, memang match gila." Amanda dah menghampiri Delisha lalu dipandangnya atas bawah penuh minat. Delisha gelak.
"Mengarut lah, Manda. Akak tak cantik pun, baju ni yang cantik." Delisha senyum nipis.
"Alah, tak payah nak segan-segan sangat lah. Dah jom turun bawah. Mesti angah dah tunggu dekat meja makan tu."
"Haah, jap." Delisha melipat blouse miliknya lalu disumbat masuk ke dalam beg. Mujur hari ni dia bawa beg besar sikit. Nak sumbat anak kucing pun boleh ni. Delisha membuntuti langkah Amanda turun ke tingkat bawah. Dilihatnya Alden tiada di ruang makan. Amanda garu dahi. Dekat mana abangnya tu?
"Cari siapa, non Amanda?" Bik Surti yang kebetulan melalui jalan situ menyoal.
"Mana angah?"
"Oh, Tengku Alden ada di laman luar. Lagi ngobrol."
Amanda angguk faham lalu berjalan menuju ke arah sliding door yang terbuka luas. Delisha pula dah macam anak itik. Mengekor aje dia di belakang Amanda. Dahi Delisha sudah berkerut seribu bila wajah tegang Alden menyapa pandangannya. Di situ dia lihat Alden bersama seorang gadis berambut panjang. Siapa? Kawan Tengku Alvian ke? Tapi kenapa muka masing-masing kelihatan keruh?
"Angah?" Amanda mendekat. Alden raup wajah bila Amanda dan Delisha muncul.
"Mana along?" Amanda menyoal, memandang Alden dan Joviana silih berganti.
"Alvian dekat atas. Ambil barang kejap," Joviana maniskan wajahnya. Terangguk-angguk kepala Amanda.
"Angah? Jom lah makan. Dah pukul berapa ni, kesian Kak Del lapar." ajak Amanda. Alden laju menggeleng.
"We're going back to office."
"Habis tu, tak nak makan dulu?"
"Angah takde selera. Andara, let's go!"
Menonong Alden berlalu meninggalkan mereka dengan wajah tanpa senyuman. Amanda dan Delisha saling berpandangan.
"Err Kak Vee, kenapa dengan angah?" soal Amanda penuh berhati-hati. Joviana senyum nipis seraya menggelengkan kepalanya.
"I don't know."
"Pelik angah ni. Tiba-tiba aje moody dah kenapa?" Amanda menggumam.
"Amanda, akak pergi dulu. Kang Alden tinggalkan akak pulak." tergocoh-gocoh Delisha angkat kaki mengejar Alden yang mungkin sudah keluar daripada rumah. Amanda garu kepala. Kenapa dengan abangnya tu? Takkan jumpa dengan bakal kakak ipar pun tak mesra alam? Ke, memang ada sesuatu yang dua manusia tu sembunyikan daripada pengetahuan mereka?
Tapi, apa?
*****
SEPANJANG perjalanan pulang ke ofis, Alden langsung tak buka mulut. Memandu pun melebihi had laju. Kenapa ya? Sedangkan apa yang dia tahu, Alden seorang pemandu yang berhemah. Bawak kereta pun cermat je.
Delisha duduk di mejanya dengan perasaan yang bercampur baur. Dia betul-betul nak tahu apa yang membuatkan mood Alden berubah 360 darjah seperti sekarang. Tadi elok aje, tapi lepas jumpa dengan kawan Tengku Alvian tadi, mood Alden dah tak elok. Wajah Alden tegang dah macam harimau kelaparan.
Kriukkk...
Delisha pegang perut. Perut dia dah berbunyi minta diisi makanan. Sekarang dah hampir jam tiga petang tapi sebutir nasi pun dia belum telan lagi. Pagi tadi cuma makan semangkuk cereal. Ingatkan boleh la makan tengahari di rumah Alden tadi. Tapi, tak ada rezeki. Menonong saja Alden ajak dia balik tanpa sempat dia mahu berpamitan dengan Puan Sri Bethany dan Tan Sri Aazad Zhen.
Pintu bilik kerja Alden dikuak dari dalam. Terus Delisha pandang lelaki itu. Dia berharap sangat Alden akan suruh dia pergi turun cari makan sendiri atau pun mengajaknya untuk makan tengahari walapun dah lewat. Namun hampa bila Alden sedikit pun tak pandang dia. Kaki panjang lelaki itu melangkah ke arah surau. Sembahyang zohor rasanya. Dia pulak period. Jadi memang tak kalut nak fikir soal solat sekarang ni.
Kriukkk...
Delisha mengeluh. Tak boleh jadi ni! Dia memang kena makan sesuatu. Terus kakinya laju sahaja menapak menuju ke arah pantri. Tangan mencapai mug untuk membancuh air. Balang berisi serbuk milo dibuka lalu dia mula membancuh minuman. Tangan membuka kabinet dan laci di situ. Mencari sesuatu. Tak kisah lah biskut ke, snack ke. Asal boleh telan.
"Cik Delisha?"
"Oh mak kau!"
Delisha urut dada apabila tiba-tiba sahaja ada orang menegurnya. Terus Delisha menoleh memandang Mak cik Gayah, selaku tea lady di sini.
"Mak cik..."
"Maaf la sebab mak cik dah kejutkan Cik Delisha. Cik Delisha cari apa tu?" soal Mak cik Gayah. Apa-apa barang di pantri, memang Mak cik Gayah arif benar. Ya lah, dia kan tukang bancuh air. Pantri ni dah macam rumah dia pulak.
"Saya... saya cari biskut. Mak cik Gayah ada simpan tak?" Delisha sengih. Mesti Mak cik Gayah pelik dengan dia sebab tiba-tiba cari biskut.
"Biskut? Baru aje habis tadi. Esok baru Mak cik Gayah tambah stok biskut dekat pantri."
Alaaa!
"Snack ke? Atau apa-apa aje lah yang boleh saya makan. Ada tak?" sungguh Delisha berharap sangat Mak cik Gayah cakap 'ada'. Dan dia berharap sangat yang Mak cik Gayah ada poket doraemon sekarang ni. Dia betul-betul lapar!
Mak cik Gayah dah tertonggek-tonggek menggeledah laci almari kabinet, mencari-cari benda yang boleh dimakan. Namun hampa bila kepala Mak cik Gayah dah tergeleng-geleng. Delisha rasa nak menangis. Kenapa lah waktu sekarang stok makanan dekat pantri ni boleh habis?! Tahu tak aku lapar?!
"Takpe lah, mak cik. Saya minum milo je lah," Delisha capai mug berisi milo lalu dilabuhkan duduk atas kerusi. Nafas dihela panjang. Tiba-tiba dia rasa macam dia ni orang susah yang terpaksa ikat perut atas faktor kewangan. Tiba-tiba juga Delisha bermuhasabah diri. Macam mana lah kehidupan orang yang kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang. Sedangkan dia sendiri, hidup mewah. Tak kais pagi dan petang pun dah boleh dapat makanan yang sedap-sedap.
"Cik Delisha tak makan lagi ke hari ni?" ramah Mak cik Gayah menyoal. Delisha senyum nipis lalu menggeleng kecil.
"Ya Allah! Patut lah Cik Delisha lapar. Nak Mak cik Gayah tolong pergi belikan makanan tak? Kafe dekat bawah ni, mak cik tak perasan pulak masih buka ke tak. Tapi takpe lah, tahu la mak cik nak cari makanan dekat mana. Cik Delisha nak?" Mak cik Gayah menghulur bantuan. Delisha dah rasa nak menangis. Baiknya Mak cik Gayah!
"Betul ke ni, mak cik? Tak menyusahkan ke?"
"Ish, tak lah! Cik Delisha nak makan apa?"
"Err saya..."
"Andara!"
Terus mata Delisha dah terarah memandang Alden yang sedang berdiri di muka pintu pantri. Wajah lelaki nampak sedikit tenang berbanding tadi. Lepas sembahyang terus muka jadi suci eh?
"Yes?" Delisha bangun dari duduk.
"Jom."
Delisha dah berlapis dahi.
"Jom pergi mana?" soal Delisha.
"Makan. I tahu you tengah lapar sekarang. Let's go, Andara." terus Alden angkat kaki dari situ. Delisha pandang Mak cik Gayah yang dah tersenyum-senyum memandangnya. Delisha sengih.
"Mak cik, takpe lah. Tengku Alden dah ajak tu."
"Yelah."
"Err air ni saya tak minum lagi. Mak cik habiskan lah ya? Kang membazir pula. Saya pergi dulu mak cik."
"Ya..."
Delisha berlari kecil keluar daripada pantri. Kang kalau Alden tinggalkan dia, memang tak makan lah dia hari ni. Dan ingat senang ke Tengku Alden nak datang cari dia dekat pantri semata-mata nak ajak pergi makan? Huhu. Ada hati perut rupanya Tengku Alden Zhen ni. Ingatkan tak peduli dah dengan secretary dia yang dah macam cacing kelaparan ni.
Eh! Silap! Itu cacing kepanasan lah!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro