Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10

KECIL langkah Delisha penuh berhati-hati membuntuti Alden dari belakang memasuki kawasan tapak pembinaan. Di situ Delisha nampak jelas beberapa bangunan yang sedang dalam pembinaan. Batu bata, lori simen, pasir turut ada di situ. Beberapa buah lori besar tak henti-henti keluar masuk membawa barangan. Delisha betulkan letak duduk topi keselamatan berwarna putih di atas kepala. Besar sikit dari kepalanya. 

   Delisha sesekali mengibas wajah bila terasa ada debu-debu halus menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya. Dengan cuaca yang panas, membuatkan Delisha berpeluh. Planner yang sedari tadi dipegangnya menjadi alat untuk mengipas diri sendiri. Pertama kali turun site, dia memang kekok. Alden pula masih steady. Walaupun matahari terpacak tepat di atas kepala, Alden masih boleh berdiri seperti tidak terkesan dengan cuaca panas. Entah apa yang dia bincangkan dengan seorang lelaki sambil melihat kepada pelan, Delisha kurang faham.

Ah, bila nak habis ni? Panas kut! Tekak dah rasa kering. Peluh terasa sedang mengalir di belakang badan. Nasib baik dia tak pakai blouse warna putih macam yang Alden cakap malam tadi. Blouse floral berwarna biru gelap menjadi pilihan. Selamat!

   "Andara, are you okay?" Alden menyoal bila dia lihat Delisha dah tak senang duduk. Telinganya belum pekak lagi dari dengar keluhan demi keluhan yang keluar dari mulut kecil Delisha. Delisha angkat wajah memandang Alden.

   "Hah? I? I okay." Delisha senyum nipis. Dia tak mahu pula nanti Alden cakap dia manja dan mengada-ngada memandangkan baru dua puluh minit mereka memasuki kawasan tapak pembinaan tapi dia dah berkeluh kesah.

   "Kalau you rasa tak boleh nak berdiri, just go. Tunggu bawah khemah dekat luar tu," mulut Alden dah memuncung ke arah khemah yang didirikan di luar pagar tapak pembinaan. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal bila Alden cakap macam tu dekat dia. Delisha menggeleng.

   "Takpe, I boleh tahan lagi." tolak Delisha walaupun separuh hatinya tidak rela.

   "Sure?"

  "Sure. Kalau I tak larat, pandai-pandai I lah."

Alden angguk lalu kembali menumpukan perhatiannya pada lelaki tadi. Kaki Delisha menurut langkah Alden berjalan ke hadapan. Memandangkan tanah tidak begitu rata, sesekali Delisha mahu tersembam. Mujur dia tak pakai heels. Mujur dia bawa kasut flat spare dari rumah. Berguna jugak lah ni.

   "Andara, are you sure yang you okey?" Alden dah bercekak pinggang. Delisha kesat peluh di dahi dengan tisu.

   "Why?"

   "I tahu you tak okey. Dengan keadaan panas macam ni, jangan berlagak macam you kuat. Dah, just go. Tunggu I dekat bawah khemah luar tu. Kalau you pengsan dekat sini, I tak nak angkat you. I suruh je pekerja bangla tu angkat you. Nak?"

Laju Delisha menggeleng. Eei, kenapa nak suruh pekerja bangla tolong angkat kalau dia sendiri pun boleh aje angkat. Badan sado tu nak buat apa? 

   "Tapi boleh ke? Mana lah tahu kalau you nak suruh I catat apa-apa ke?" 

   "I boleh buat sendiri, Andara. Sebelum ni pun I datang site sendiri sebelum you masuk ofis I. Dah, tak payah cakap banyak. Go," Alden menghalau. Delisha jatuhkan kepala sekali lalu mula berpatah balik untuk ke luar tapak pembinaan. Penuh berhati-hati Delisha bawa langkah. Seketika, Delisha rasa tubuhnya ditarik seseorang sebelum bunyi besi kedengaran bingit jatuh menyembah darat.

   "Awww!" Delisha mengaduh. Tubuhnya sudah tersembam di atas lantai tanah merah. Oh, no. Baju dia dah kotor dengan tanah merah!

   "Miss? Miss okey?"

Delisha angkat kepala memandang pekerja asing yang sedang memandangnya penuh cemas. 

   "What's going on?" soal Delisha, perlahan. Sekarang ni dia belum dapat mencerna lagi apa yang telah berlaku. Dia tengah elok berjalan, ada orang tarik dia dan dia tersembam atas lantai tanah merah dan sejurus itu telinganya menangkap bunyi besi jatuh.

   "Miss hampir kena timpa besi. Nasib baik saya sempat tarik miss." jelas pekerja asing tersebut. Delisha buang pandang ke arah besi panjang tidak jauh dari situ. Delisha mendongak ke atas. Tingginya bangunan. Dia yakin besi itu jatuh dari atas tu. Ya Allah, kalau lah takde orang nampak tadi, mesti aku dah jadi mangsa kemalangan dekat sini. Memikirkan perkara itu, Delisha pejam mata erat-erat. Takut nak bayang!

   "Andara!"

   Mata Delisha terbuka luas bila suara Alden lantang kedengaran. Bila wajah cemas Alden menyapa pandangan, Delisha rasa tiba-tiba sebak nak menangis. Kenapa? Dia sendiri tak tahu dengan hatinya sendiri.

   "You..."

   "Are you okay?" Alden menyoal, duduk melutut di sebelah Delisha. Delisha angguk kepala.

   "I'm okay."

   "Look, Delisha. Kenapa you jalan dekat laluan sini? You tahu tak bahaya? Takkan you dah lupa jalan nak ke khemah luar tu?" soal Alden, mengawal suara. Dia tak mahu menengking Delisha sekarang ni gara-gara rasa cemas dan takut bila dia lihat ada besi jatuh dari atas. Nasib tak timpa Delisha. Nasib baik ada pekerja dari Indonesia tu.

   "Betul lah jalan ni. Tadi kan kita jalan dekat sini," Delisha cuba membela diri sendiri.

   "No, sini kawasan pembinaan. You lalu sini sebab teduh kan? You tak nak jalan bawah panas terik, that's why you jalan dekat sini. Andara you tahu tak you hampir accident?! Kalau anything bad happen dekat you, apa I nak jawab dengan parents you? Please, Andara. Ni kawasan tapak pembinaan and you tak boleh careless. Topi atas kepala you tu, tak menjamin you akan hundred percent safe tahu tak?" Alden dah nak marah-marah. Suaranya pula sudah meninggi. Delisha gigit bibir bawah.

Delisha angguk perlahan.

   "Sorry..."

   "You're scaring me to death,"

   "Ya, I know. Sorry."

Alden hela nafas.

   "You boleh bangun tak ni? Get up,"

Delisha pandang Alden. Nada cakap macam nak cari gaduh je kenapa? Cakap lah elok-elok. Tahu lah masih marah sebab aku hampir buat kecoh dekat sini tadi. Piat telinga kang!

   "What? Tak boleh bangun? Nak suruh I panggil pekerja bangla angkat you ke?" soal Alden bila Delisha dah pandang dia lain macam. Laju Delisha geleng kepala sebelum terkial-kial bangun sambil dibantu Alden. Tangan dah menyapu kotoran yang dah melekat pada blouse. Eei, dah la tak bawak baju lebih nak tukar!

   "Jom," 

   "Eh, kerja you tak settle lagi kan? Just go, I boleh pergi khemah sendiri." tolak Delisha bila Alden dah mengajak dia pergi dari situ. Alden cekak pinggang dengan sebelah tangan.

   "I dah habis kerja I."

   "Eh, cepatnya!"

   "Please, Andara. Panas ni."

   "Err... okay-okay."

Terus Delisha berjalan di belakang Alden.

   "Jalan sebelah I. I tak harap kalau you berjalan belakang I." Alden pegang lengan Delisha untuk berjalan di sebelahnya. Delisha cuma membiarkan bila Alden dah pimpin dia macam budak-budak. Hai lah, Delisha. First time datang site kau dah buat hal. Kasi serabut kepala si Alden. Lepasni, mungkin kau dah tak dapat nak jejak tapak pembinaan lagi. Duduk lah kau dekat ofis tu menghadap kertas-kertas. Lagi bagus! Lagi sesuai untuk kau!

*****

"YOU bawak baju spare tak?" soal Alden mengerling sekilas Delisha di sebelah. Tangan masih kejap mengawal stereng kereta. Delisha menggeleng sambil menyapu bekas tanah merah pada blousenya dengan tisu. Sia-sia! Kotoron tu tak tanggal pun. Hesy, dah la pakai blouse warna gelap. Bila kena kotoran tanah memang obvious lah. Macam mana dia nak kerja dengan baju kotor macam ni? Tengok jam, sekarang dah pukul 1 tengahari.

   "No, I tak bawak." jawab Delisha, perlahan.

   "Nak singgah mall mana-mana ke? Kut you nak beli baju ganti. Kalau nak balik rumah you, jauh. Mall memang bersepah dekat area ni. Choose," Alden menyoal lagi. Dia tahu gadis seperti Delisha takkan mampu bertahan sehingga petang dengan pakaian kotor macam tu. Tengok lah betapa struggle nya seorang Delisha Andara cuba menghilangkan kotoran pada blouse dengan tisu. Mulut tu tak payah cakap lah. Dari tadi mengomel.

   "I tak nak masuk mall dengan baju kotor macam ni. I malu,"

   "Then?"

   "You takde kemeja spare ke? Pinjamkan dekat I."

Alden gelak sikit.

   "Kemeja I besar kalau nak kasi you pakai. No, you jugak yang takkan selesa nanti." balas Alden. Delisha tarik muncung. Pilihan apa lagi yang dia ada sekarang ni melainkan pergi mall dan beli baju baru. Tapi, baju dia memang dah kotor di bahagian depan dan tepi sebab dia tersembam tadi. Comot! Nak balik rumah dia memang tak lah. Alden sendiri yang cakap jauh. Bayangkan dari lokasi site lepastu singgah ambil keretanya di Zhen's Holdings. Lepastu drive balik ke rumah yang memakan masa hampir satu jam. Lepastu kena patah balik ke ofis. Oh, memang dah buang masa banyak jam di situ!

   "I tak tahu..." keluh Delisha.

   "Rumah I dekat sini je. Nak singgah rumah I?"

Terus Delisha menoleh ke sisi memandang Alden yang fokus memandu.

   "Buat apa nak pergi rumah you? Rumah you ada baju spare untuk kasi I pinjam ke?" soal Delisha dengan dahi yang berlapis-lapis.

   "Baju Amanda banyak, you boleh pinjam. Nak ke tak?" Alden pandang Delisha di sebelah. Delisha kembali menunduk membelek blouse kotor yang masih tersarung pada tubuhnya. Okey la tu daripada kena masuk mall dengan baju kotor macam ni.

   "Err boleh lah. Tapi adik you kasi ke I pinjam baju dia?"

   "I kenal adik I macam mana. She's okay. Kita lunch dekat rumah I, lepastu baru balik ofis. Dah alang-alang kan."

   "O... okey."

*****

DELISHA gugup. Kalau tadi dia tak rasa apa-apa, tapi bila BMW M5 biru milik Alden menyusur masuk ke dalam kawasan perkarangan rumah agam besar itu, Delisha telan liur berkali-kali. Serius lah kau balik rumah bos kau, Delisha?!

Alden tarik handbreak lalu memandang Delisha di sebelah. Wajah kurang enak gadis itu segera menyapa pandangannya.

   "What's wrong? You nampak harimau dekat rumah I ke?"

Delisha menggeleng.

   "No, tapi kenapa macam banyak sangat je kereta dekat rumah you?" Delisha menyoal. Ada lebih kurang lima buah kereta di situ. Tiga buah kereta di bawah porch manakala dua lagi tersadai di tengah kawasan. Dahi Alden pula berlapis-lapis. Ada kereta Alvian dan satu lagi kereta dia tak tahu milik siapa. Kawan Alvian ke?

   "Abang I bawak kawan datang rumah kut,"

   "Ish, segan lah I ramai-ramai macam ni. Kita patah balik eh? Takpe la kalau kena masuk mall dengan baju kotor macam ni pun." Delisha dah tayang muka resah. Perempuan mana yang tak segan kalau pergi rumah orang yang dia tak pernah berjumpa pun? Lepastu pulak, siap ada tetamu lain lagi yang ada. 

   "Jangan buat kerja gila lah, Andara. Kita dah sampai pun,"

   "Ta... tapi..."

Alden dah keluar daripada perut kereta meninggalkan Delisha yang masih di dalam. Melihatkan Alden yang dah menonong pergi tak menunggu dia langsung, Delisha tergocoh-gocoh keluar. Terkedek-kedek dia mengejar langkah Alden.

   Alden melaung memberi salam selepas menguak pintu rumah. Dengan jantung yang dah berdegup kencang, Delisha mengenggam erat tali beg. Saat matanya terpandangkan isi perabot dalam rumah, Delisha terpaku. Sungguh, dekorasi rumah ni lebih mewah dari rumah dia. Rasanya perabot-perabot ni semua bukan keluaran Malaysia. Mungkin dari Eropah?

   "Eh, angah. Kenapa tak bagitahu nak balik awal?" Delisha yang bersembunyi di belakang Alden dah memanjangkan leher. Seorang wanita yang cukup elegant sedang berjalan menghampiri Alden.

   "Tak plan pun, mummy. Sorry, handphone angah habis bateri. Tak dapat nak bagitahu yang angah nak balik lunch sini." Alden senyum nipis selepas bersalaman dengan Puan Sri Bethany.

   "Patut lah mummy call tak dapat-dapat. Ingatkan angah ada meeting,"

   "Tak lah. Kenapa mummy call angah?"

   "Tu, along bawak balik bakal isteri dia. Nasib baik angah balik awal, boleh lah berkenalan dengan bakal kakak ipar angah."

   "Oh, really? Eh kata sibuk dengan hospital hari ni. Macam mana boleh sesat datang sini pulak? Mana along dengan future wife dia tu?"

   "Ada dekat laman luar tu dengan daddy.  Kita orang baru aje lepas lunch. Along bawa future wife dia tu lunch dekat sini. Tu dah nak balik hospital dah pun."

Alden dah tersenyum lebar. Tak sabar rasanya nak tengok rupa bakal kakak ipar dia tu. Rupa gadis yang dah berjaya menambat sekeping hati lelaki seorang Alvian.

   "Siapa ni, angah?" teguran Puan Sri Bethany buat Alden hampir sahaja menepuk dahi. Alahai, macam mana dia boleh lupa dengan Delisha dekat belakang dia ni? Delisha sengih seraya menghulur tangan ke arah Puan Sri Bethany.

   "Ya Allah, angah lupa. Mum, ni Delisha Andara. Secretary angah. Andara, ni mummy I. Puan Sri Bethany." 

Bersinar-sinar mata Puan Sri Bethany pandang Delisha. Betul lah cakap Amanda. Cantik macam miss universe! Suaminya juga pernah cakap yang Delisha ni cantik budaknya. Ya, memang cantik sangat.

   "Cantiknya..." pujian Puan Sri Bethany buat Delisha sengih segan.

   "Mana ada, aunty. Cantik lagi aunty." balas Delisha, memandang dalam anak mata biru wanita itu. Kata Naila, Puan Sri Bethany berasal daripada British. Pure British. Tapi fasih gila bertutur dalam bahasa melayu. Mungkin sebab dah terbiasa dan sudah berkahwin dengan Tan Sri Tengku Aazad Zhen lebih tiga puluh tahun.

   "Err mum. Amanda ada tak?" celah Alden. Dia dah tak senang berdiri bila tengok ekspresi wajah mummynya itu bila pandang Delisha. Lain macam aje...

   "Amanda? Ada! Amanda!" Puan Sri Bethany dah melaung memanggil. Tak sampai seminit, Amanda muncul dari tingkat atas lalu tergocoh-gocoh berlari mendapatkan mummy nya. Dia tersengih dulu.

   "Yes, mummy?"

   "Manda buat apa dekat atas tu tak turun-turun?"

   "Err... Manda ada kerja sikit. Why mummy panggil Manda?"

   "Ni, angah bawak balik secretary dia."

Mata Amanda dah tersasar memandang ke arah Delisha. Sama macam Puan Sri Bethany, mata Amanda turut bersinar-sinar. Uh,wait. Ingat Delisha ni barang kemas dalam kotak ke? Alden dah juling mata ke atas.

   "Tengku Amanda Zhen..." Alden keraskan suara. Terus Amanda tersengih memandang Alden yang dah tayang muka bosan.

   "Yes, angah?"

   "Pinjamkan Andara baju Amanda sekejap. Blouse dia kotor," Alden jeling Delisha di sebelah. Membulat mata Amanda melihat kotoran pada blouse biru gelap yang tersarung di tubuh ramping Delisha. Ayoyo, angah dengan Delisha ni pergi shooting filem hindustan ke tadi? Berguling-guling atas rumput.

   "Oh my god, akak. Jom, masuk bilik Manda. Manda kasi akak pinjam baju bersih Manda," mesra Amanda paut lengan Delisha lalu ditarik menuju ke tingkat atas. Delisha pandang Alden sekilas lalu membawa langkah mengikut si Amanda.

   "Mummy..."

Terus Puan Sri Bethany menoleh memandang si anak terunanya itu.

   "Yes?"

   "Tak payah la tengok Andara macam tu. You might scaring her, mummy." komen Alden. Puan Sri Bethany gelak kecil.

   "I just can't keep my eye on her, angah. She's soooo beautiful."

   "So what?"

   "Boleh jadi bakal..."

   "Mummy, stop. Angah tak nak dengar okey? Angah nak pergi jumpa along dan bakal kakak ipar angah tu." menonong Alden meninggalkan Puan Sri Bethany yang dah terdiam. Dia dah tahu apa yang akan keluar dari dua ulas bibir mummynya itu kalau bukan perkataan 'bakal menantu mummy'. Uh!

Alden bawa langkah ke arah laman luar. Di situ Alden lihat tiga orang manusia sedang berdiri di tepi kolam buatan. Rancak mereka bersembang. Seorang gadis berambut panjang sedang berdiri membelakanginya. Alden senyum. That's my future sister in law!

   "Along!" Alden memanggil. 

   "Eh, angah. Bila sampai?" Alvian menyoal dengan senyuman lebar. Nampaknya, memang rezeki Alden untuk bertemu dengan Joviana hari ni.

   "Baru je."

   "Bagus lah kau balik, angah. Ni, along perkenalkan your future sister in law. Joviana,"

Joviana?

Saat gadis tersebut berpusing menghadapnya, senyuman yang terlakar di bibir Alden serta merta pudar. Gadis itu... bakal kakak iparnya?

   "Sayang, ni adik nombor dua I. Tengku Alden Zhen." Alvian memperkenalkan Joviana kepada Alden. Joviana senyum kelat. Ini lah masanya. Masanya untuk dia hadir ke rumah agam ini dan bertemu semula dengan Alden selepas beberapa tahun tidak berhubung.

   "Hai. Nice to meet you Tengku Alden Zhen. Again." tutur Joviana. Pada perkataan akhir itu, dia seakan-akan berbisik. Rahang Alden sudah bergerak-gerak. Wajahnya tidak seceria dan segembira tadi saat diperkenalkan kepada bakal kakak iparnya itu.

Vee?

What are you doing here?! 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro