Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1

SEPASANG kakinya melangkah keluar dari butik mewah yang terletak di aras dua pusat membeli belah Pavilion. Di situ dua pasang kasut dirembatnya dari butik milik Jimmy Choo. Pantang bila dengar Jimmy Choo release design baru, dia lah orang pertama yang akan berdiri di depan butik tersebut. Kalah mak-mak datin yang terkedek-kedek melenggang kangkung. Delisha senyum puas. Lepasni kasut-kasut yang dah lama dan old fashion tu, boleh la dia sedekah kan pada Danisha, adik perempuannya. Kalau Danisha tak mahu, suruh saja Danisha pergi letak kasut-kasut tu semua dekat mana-mana yang memerlukan. Just get rid those heels from my eye!

   "Nak pergi mana lagi ni, Del?" 

   Delisha menoleh ke sebelah memandang Naila, kawan baiknya. Nur Naila binti Datuk Nazlan. Delisha liarkan matanya ke sekeliling. Dah hampir empat jam mereka berdua berlegar-legar di pusat membeli belah Pavilion. Dah berpuluh-puluh butik berjenama mereka masuk. Kedua-dua belah tangan pula dah penuh dengan beg-beg kertas yang terpampang gah nama jenama di situ. Victoria Secret, The Face Shop, Jo Malone London, Pandora dan Dior. Tambah satu lagi beg kertas dari butik Jimmy Choo.

   "Untuk hari ni, rasanya macam takde benda dah kut. Kau ada apa-apa lagi nak beli?" soal Delisha. Naila geleng kepala.

   "Aku lapar lah, Del."

   "Haah, aku pun rasa macam lapar jugak ni. Nak makan dekat mana?" Delisha menyoal lagi sambil kaki dah menapak perlahan-lahan melewati beberapa buah kedai di situ. Mata dia dah rasa macam pedih sebab hampir empat jam di sini. Nak masuk kedai yang lain tapi penat dah menguasai diri. Esok-esok lah pulak dia heret Naila shopping lagi.

   "PappaRich nak?" Naila dah pandang Delisha dengan mata yang bersinar-sinar. Pecah liur bila bayangan segelas smoothie bermain main di ruang mata. Oh, nikmatnya kalau dapat smoothie strawberry!

Delisha mengangguk, bersetuju. Selalu dia yang suggest tempat untuk mereka lunch tapi kali ni biar lah Naila pula yang suggest tempat. PappaRich? Pun boleh lah!

*****

TENGKU ALDEN ZHEN. Dia melangkah turun memijak anak-anak tangga ke tingkat bawah. Hidungnya sudah kembang kempis menghidu bauan aroma masakan yang datangnya dari arah dapur. Lantas kaki dihayun ke arah dapur.

   "Morning!" Alden menyapa beberapa orang manusia di ruang dapur. Ada mummy nya Puan Sri Bethany, adiknya Tengku Amanda Zhen dan dua orang lagi orang gaji di dalam rumah ini. Bik Eca dan Bik Ayu.

   "Morning lah sangat, angah!" Amanda yang sedang membilas pinggan di sinki membalas sinis.

   "It's already twelve o'clock, Alden. Dah tak morning dah," lembut Puan Sri Bethany membalas pula. Alden tarik sengih. Tadi lepas subuh terus dia tidur sampai lah jarum jam sudah hampir menginjak ke angka 11 pagi. Biasa lah, hujung minggu. Penat sangat dengan kerja kerja yang menimbun di pejabat membuatkan dia rasa perlu untuk qadha balik tidur tidurnya yang tak mencukupi.

   "Mum, lapar lah." adu Alden, menepuk perlahan perut kempisnya. Padan lah, siapa suruh skip breakfast!

   "Lain kali tidur lah lagi sampai petang. Breakfast tak makan memang lah lapar."

   "Alah, mum. Bukan sengaja angah nak lajak tidur sampai tengahari. Angah cuma ganti balik waktu-waktu tidur angah yang tak cukup. Lagipun, hujung minggu ni mum. Kasi chance lah," balas Alden. Puan Sri Bethany menggeleng kepala. Anak keduanya ni memang pandai menjawab!

   "Bawah tudung saji tu ada lagi makaroni goreng yang pagi tadi. Makan yang tu dulu sementara nak hidang makan tengahari ni," mulut Puan Sri Bethany dah memuncung ke arah meja makan kaca di ruang makan. 

   "Alright, mum!"

Kerusi ditarik lalu dia mengangkat tudung saji. Semangkuk makaroni goreng masih ada di dalam bekas kaca. Ada juga puding roti dan beberapa biji telur separuh masak di dalam mangkuk. Alden mencapai pinggan lalu makaroni goreng buatan Puan Sri Bethany disenduk ke dalam pinggan.

   "Bik! Air saya mana?" laung Alden dari ruang makan yang dipisahkan oleh dinding.

   "Bentar ini sedang dibikin!" Bik Eca kembali melaung sambil mengacau perlahan nescafe 3 in 1 untuk tuan muda di dalam rumah ini. Pagi-pagi memang Alden akan cari nescafe berbanding teh ataupun kopi. Alden tak suka milo atau minuman bercoklat.

   "Bik Eca, takpe.Biar saya bawakan," Puan Sri Bethany cepat-cepat menahan Bik Eca yang mahu membawa secawan nescafe panas buat Alden. Penuh berhati-hati secawan nescafe yang masih berasap nipis itu bertukar tangan. Puan Sri Bethany membawa langkah ke ruang makan sebelum cawan nescafe itu diletak perlahan di atas meja. Kerusi di hadapan Alden ditarik lalu didudukinya.

   "Thanks, mum." Alden senyum nipis bila hidungnya menangkap bauan nescafe 3 in 1 kegemarannya.

   "You are welcome my son,"

   "Mana daddy? Along? Arfel?" soal Alden bila makaroni goreng yang berada di dalam mulutnya tadi sudah melepasi kerongkongan. 

   "Daddy ada dalam work room dia. Along kerja lah, apa lagi?"

   "Hujung minggu pun kerja?"

   "He's a doctor. Kena faham lah," keluh Puan Sri Bethany. Anak sulungnya, Tengku Alvian Zhen lebih meminati bidang perubatan dari bidang perniagaan. Selepas sahaja habis SPM, Alvian memasuki matrik. Kemudian dia menyambung kursus perubatannya di UNIMAS, Sarawak. Dan selepas mengenggam Ijazah Doktor Perubatan, Alvian kini bertugas di sebuah hospital swasta di ibu kota.

   "Arfel?" Alden merujuk pula kepada adik lelaki bawahnya, Tengku Arfel Zhen.

   "Gim."

   "Tak balik lagi?"

   "Kejap lagi balik lah tu. Selepas pergi gim, dia melencong pulak ke tempat lain. Macam lah tak kenal Arfel tu macam mana. Mana pernah lekat dekat rumah." tercebik-cebik mulut merah Puan Sri Bethany. 

   "Lepas aje dia grad, mummy bagitahu daddy jangan kasi dia rest. Mengarut aje kalau kasi dia rest konon nak lepas stress study. Suruh dia masuk ofis terus. Angah dekat ofis tu dah tak menang tangan. I need help,"

   "Lagi setahun Arfel nak grad, angah. Kenapa angah tak hire pekerja baru untuk tolong angah dekat ofis tu? Umumkan dekat public, run an interview." cadang Puan Sri Bethany. Suaminya, Tan Sri Tengku Aazad Zhen sudah berehat selepas hampir tiga puluh tahun berkecimpung dalam memajukan Zhen's Holding. Kini syarikat itu seratus peratus diberikan kepada anak keduanya, Alden apabila anak sulungnya menolak untuk mengendalikan syarikat besar itu. Mujur sahaja Alden cukup cekap dan bijak menguruskan perniagaan keluarga mereka. Nak tunggu Arfel memang lambat. Amanda? Lagi lah. Dah nampak yang anak bongsunya itu mahu lari dari bidang perniagaan. Tak berminat mungkin.

   "Malas lah."

   "Itu je lah alasannya, kan? Lepasni mummy bincang dengan daddy pasal ni."

   "Tak payah lah, mum. Biarkan daddy rest, tak payah ambil tahu pasal hal syarikat. Let me handle it, okey? Angah boleh buat."

   "Yelah tu. Tapi merungut jugak cakap tak cukup tangan lah, need help lah."

Alden sengih.

   "Mum, angah tengah makan ni kan. Membebel pulak dia," tutur Alden. Puan Sri Bethany menggumam sambil mata dah menjeling si anak keduanya itu.

*****

"DEL, papa kau tak bising ke kau tak masuk ofis? Ya lah, goyang kaki aje kau sekarang ni. Umur dah 25 kut," tegur Naila sambil sesekali menjeling telefon bimbit melihat gambar-gambar yang naik di newsfeed instagram.

   Delisha sedut smoothie chocolate dulu.

   "Relaks lah. Baru 25 kut," cebik Delisha.

   "Relaks kau cakap? Kalau aku jadi kau, memang dah bernanah telinga aku dengar parents aku membebel. Kerja lah, Del. At least, kau rasa jugak duit gaji sendiri instead dari kau guna duit yang daddy kau bagi bulan-bulan." balas Naila. Terdiam Delisha. Apa yang Naila cakap ada betulnya jugak. Dia dah 25 tahun dan masih guna duit daddynya untuk berjoli sakan. Bukan dia tak nak kerja tapi dia rasa hidupnya tenang begini. Macam anak raja.

   "Nanti lah aku kerja. Lagipun ada je sesekali papa aku suruh aku masuk ofis. Tapi tu lah, I'm just not ready for it."

   "Dah tu bila nak ready kalau kau asyik beralasan aje?" tempelak Naila. Delisha gelak.

   "Weh, relaks lah Naila. Kau ni nak marah-marah aku pulak. Chill okey,"

   "Kalau papa kau tak marah, biar sini aku marahkan!"

Delisha sengih tak membalas. Pinggan yang berisi Hainan Fried Chicken Rice sudah licin. Smoothie chocolatenya masih lagi berbaki separuh. Delisha liarkan pandangan ke sekeliling. Dah jam dua petang dan dia rasa dia perlu balik sekarang kalau dia tak mahu telinganya bernanah dengar ceramah percuma daripada Datuk Sri Ismadi dan Datin Sri Mariyana.

   "Naila, jom balik."

   "Five minutes."

   "Okey."

Dibiarkan Naila dengan telefon bimbitnya itu. Entah apa lah yang gadis tu tengok sampai bersinar-sinar matanya tu. Takkan tengok model underwear kut? Eei, sejak bila Naila jadi pervert

   "Del..."

   "Hmm?"

   "Kau kenal tak Tengku Alden Zhen?" soal Naila tapi kepala masih tak diangkat memandang Delisha yang dah berkerut dahi.

   "Hah? Siapa tu?"

   "Kenal ke tak?"

   "Dah aku tanya siapa maksud dia memang aku tak kenal lah, Naila! Siapa dia tu? Model underwear ke?" selamba sahaja Delisha menyoal sambil menyedut baki smoothie menggunakan straw.

Naila tiba-tiba menghalakan skrin Iphone 7 miliknya ke arah Delisha. Terpampang gambar seorang lelaki yang sedang duduk bersilang kaki di atas kerusi. Terus mata Delisha menilik lebih dekat gambar tersebut. Handsome gila. Rambut hitamnya digaya kemas mengikut trend sekarang, wajahnya putih bersih, alisnya terbentuk elok, matanya biru, hidungnya mancung dan bibirnya merah. Oh, God! Perfectnya!

   "Hah! Telan air liur tu kenapa?" soal Naila, menarik kembali telefon bimbitnya. Delisha menggeleng kepala.

   "Handsome kan?"

   "Perfect. Who is he?"

   "Tengku Alden Zhen."

   "Yes, kau dah mention nama dia tadi. Maksud aku, dia dari mana?"

   "Malaysia."

   "Serious lah, Naila!" Delisha berdecit. Orang tengah serius nak tahu dia main-main pulak. Flying kick karang tak sia-sia aje!

Naila gelak kecil.

   "Okey-okey. Dia CEO Zhen's Holdings. 26 and single... for sure. Hebat kan, muda-muda dah jadi CEO. Kita? Lu fikir lah sendiri. Dia ni ada banyak mix tau. Bapak dia Tan Sri Tengku Aazad Zhen, kacukan melayu-chinese. Sebab tu belakang nama ada Zhen. Mak dia, Puan Sri Bethany. Pure British. Aku tak tahu lah macam mana dia orang boleh kahwin sampai dapat anak-anak yang handsome nak mampus macam Tengku Alden Zhen ni. Kau tengok kan tadi mata dia macam mana? Biru weh! Bukan pakai lens tau. Original. Sebab Puan Sri Bethany pun mata biru jugak. Kira turun ke anak lah genetik tu." semangat Naila bercerita. Sebenarnya dia belum habis korek lagi pasal keluarga diraja tu. Tunggu kejap lagi. Memang sampai ke lubang cacing dia ambil tahu.

   "Macam mana kau boleh tahu pasal kewujudan dia, Naila?"

   "Aku nampak muka dia depan cover magazine yang abang aku punya. Terus aku search nama dia dekat ig so tadaaa! I got it! Memang handsome gila. Kau tengok aje lah followers dia berapa. Beratus ribu. Kita? Standard puluh ribu aje." tercebik-cebik mulut Naila. Delisha menggeleng. Sudah, kalau melayan lagi kegedikan yang satu ini memang sampai ke malam lah mereka di sini.

   "Dah, dah. Jom balik!"

   "Yelah-yelah."

***
Yay or Nay ? 👉👈

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro