Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8


9 tahun lepas...

Luth terkejut apabila namanya tersenarai dalam salah satu misi kemanusiaan yang dia mohon enam bulan lepas. Bibirnya melebar hingga ke telinga. Sudah lama dia persiapkan diri untuk misi ini. Misi ini akan mengambil masa hampir setahun.

Luth berfikir sejenak. Rancangnya nak memujuk Mardiyah selepas dua bulan tidak berhubung sejak perpisahan mereka.

Dua bulan break-up baru nak pujuk, Luth?

Bukan apa, dia sibuk dengan kelas dan pelajarannya. Dia sedikit tenang diberi masa untuk menyelesaikan tugasannya semester ini.

Tapi dia silap. Nombor Mardiyah didail setelah sekian lama dia tak mencari nama itu di senarai nama di dalam telefonnya.

Untuk beberapa saat kemudian, talian berjawab dengan sisa gelak ketawa.

"Helo?" sapa suara Mardiyah.

"Addy."

Mendengarkan suara itu, senyuman Mardiyah terus mati. Dingin suaranya tiba-tiba.

"Kenapa? You nak apa?"

"I... I nak minta maaf pasal hari tu."

"Hari yang mana, eh?" Sengaja Mardiyah menguji kesabaran Luth.

"Yang pasal break-up tu. I sepatutnya call you awal-awal lagi."

"Yeah." Mardiyah menjeling malas sambil mencekak pinggang.

"I tak patut setuju dengan break-up tu. Can we just... Berbaik balik?" tanya Luth.

"And then?"

"And then? Kita macam biasa baliklah." Bicara Luth.

"Kahwin?"

"Addy yang tu... I kena postpone another year."

"Why?"

"I ada misi kemanusiaan for..."

Tawa Mardiyah terus meledak kuat. "Seriously, Luth? You call I sebab nak baik balik. But then you cakap you kena postpone kahwin sebab you ada mission bla bla bla?"

"I really love you, Addy. I just nak you dengan I."

"Dan biarkan I tunggu you lama-lama? You tak nak kesah apa yang I rasa, Luth."

"Tak ada apa yang you perlu takut pun, Addy. I takkan..."

"Bla bla bla. I malas nak dengar. Cakap mulut tak ada makna without effort, Luth. I'm just gonna go. Good luck on your mission." Talian diputuskan Mardiyah. Luth hela nafas lemah.

Keras sungguh hati Mardiyah.

Luth berfikir lama tentang ini. Sampai dengan Kak Intan pun dia tanya. Akhirnya selepas sebulan berfikir, Luth ambil keputusan nekad.

Dia melangkah menuju ke bilik penyelia. Menghulurkan surat rasmi tentang penarikan dirinya daripada misi yang sudah lama dia mohon itu.

"Are you really sure, Luth? Dulu awak beritahu saya yang awak sangat inginkan ini." Dr. Azhar ragu-ragu dengan keputusan jitu Luth.

"Ada benda yang lebih penting untuk I kejar." Senyum Luth melebar.

"Alright then..."

Luth senyum tak berhenti. Ini kali pertama dalam hidupnya, dia dahulukan Mardiyah daripada apa pun. Keputusan yang dia ambil ini sangat besar maknanya. Tak sabar dia untuk beritahu Mardiyah.

Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Nombor Kak Intan didail.

"Kak, Luth balik KL this week."

"Eh? Cuti ke?"

"Tak. I just balik for 2 days."

"Untuk apa?"

"Surprise."

"You called me, Luth. You dah bagi tau I yang you nak balik. Surprise apanya lagi?"

"Bukan untuk youlah." Ketawa Luth sebelum berlari terus ke biliknya.

JARUM jam menunjukkan pukul 10 pagi. Luth sarung T-shirt putih kosong sebelum menambah baju kemeja yang tidak dibutang. Rambutnya disapu sedikit gel dan jam tangan Casio membaluti lengan tangan kurusnya.

"Nak pergi jumpa Addy ke?" tanya Shafiq Azman selaku abang ipar Luth. Dia tahu tentang Mardiyah daripada Intan.

"Haah."

"Good luck memujuk, dik. First time abang tengok perangai kau macam ni." Sengih Shafiq sambil menepuk bahu kiri Luth.

"Kalau tak pujuk karang, Luth yang rugi." Ketawa Luth sebelum menyalami abang iparnya dan berlalu pergi.

Motor besar hadiah pemberian daripada Kak Intan kepada Luth dibonceng laju membelah jalan menuju ke rumah Mardiyah. Ini akan menjadi kali pertama dia bertemu dengan keluarga Mardiyah.

Dia sendiri tak pernah tahu siapa adik-adik Mardiyah dan juga ibu bapanya. Jelas dia gemuruh. Tapi dia tahu apa yang dia mahukan.

Saat motornya tiba di rumah Mardiyah, Luth terkejut dengan kanopi yang menghalang jalan. Jadinya dia terpaksa meletakkan motornya jauh sedikit dari rumah Mardiyah. Alamat rumah Mardiyah dibaca dalam telefon bimbit.

Nombor 23... Nombor 23... Kaki Luth melangkah perlahan hingga ke rumah yang terbuka luas pintu pagarnya. Ramai orang keluar masuk dari rumah itu.

Ada majlis apa eh? Luth tertanya-tanya.

Luth teragak-agak untuk menyapa isi rumah, lantas dia bertanya kepada jiran berdekatan.

"Assalamualaikum pak cik," sapa Luth. Dia bersalaman dengan lelaki 40-an itu.

"Waalaikumussalam."

"Ada majlis apa eh kat rumah ni?" tanya Luth.

"Oh. Ada nikah ni ha."

Luth tersentak.

"Siapa yang nikah?"

"Anak sulung Mustafa. Mardiyah ke apa namanya."

Bumi seakan rasa bergoncang. Dunia Luth rasa terbalik. Kaki Luth lemah dah hampir terjatuh.

"Eh. Eh. Kamu okey ke tidak ni?" tanya pak cik itu sambil memegang Luth. Luth hanya mengangguk lemah. Lantas pak cik itu membawa Luth duduk di atas kerusi plastik.

Hampir setengah jam Luth di situ tanpa berbuat apa-apa. Dia hanya pandang orang yang keluar masuk sehingga pengantin sendiri yang keluar.

Wajah Mardiyah dihiasi senyuman lebar dengan badan tersarung gaun pengantin berwarna putih. Berseri mukanya dek mekap. Di mana suaminya, tidak pula kelihatan.

Mata Luth dan Mardiyah bertentangan kemudiannya. Automatik senyum di bibir mungil Mardiyah mati. Luth paksa diri untuk senyum. Dia simpan kemas air mata yang hampir tumpah.

Perlahan-lahan Luth bangun dari kerusi dan berjalan mendekati Mardiyah. Gadis itu kaku.

"Congrats," ujar Luth.

"You buat apa kat sini?"

I ingat, I datang sini boleh baiki hubungan kita. I lepaskan impian I buat kali pertama untuk you. I korban impian I untuk you. Sebab I rasa you berbaloi untuk semua pengorbanan yang akan I buat lepas ni. Tapi I salah, Addy! jerit hati kecil Luth.

"Just to congratulate you," kata Luth.

"Mana you tau..."

Luth hanya senyum. Cincin di dalam poket seluar jean hitam digenggam kuat.

"Be happy. Assalamualaikum." Luth terus berlalu pergi. Pergi membawa hatinya yang terluka.

Helmet hitam disarung ke kepala. Cincin dikeluarkan dari poket seluar. Ambil masa juga untuk dia kumpul duit membeli cincin ini.

Luth simpan semula cincin itu ke dalam poket seluar. Jangan jadi bodoh untuk buang benda berharga seperti ini. Buang manusia tak berguna dari hidup kau, tak apa.

Langsung, hilang terus hatinya untuk diserahkan kepada wanita lain. Biar sendiri daripada terluka kemudian hari.

Masa kini...

Luth sarung kot putihnya yang diambil dari loker. Stetoskop dimasukkan ke dalam poket kot. Dia mulakan kerja paginya dengan bismillah.

"Dr. Luth," sapa Azira.

"Yes?"

"Macam biasa," sengih Azira.

Bekas makanan itu dihulurkan oleh Azira. Luth tarik nafas dalam-dalam. "You makanlah."

"Eh, doktor. Dah dua bulan lebih dah asyik saya aje yang makan bekal ni. Kesian dia doktor. Hari-hari dia datang sini hantar makanan kat doktor. Tapi saya pula yang makannya." Azira serba salah.

"Kalau tak nak, you boleh buang aje. You tak suruh dia stop kirim makanan ke macam yang I pesan?"

"Setiap kali dia hantar, saya cakap, doktor. Dia yang berkeras nak bagi juga. Saya pun jadi segan dengan dia."

Luth hanya mendiamkan diri buat seketika.

"Alright. Maaf menyusahkan you."

"Eh tak apa. Tapi kali ni, doktor makanlah." Bekal itu dihulur kali kedua. Nak tak nak, Luth terpaksa ambil makanan itu. Jadi berat hati dibuatnya. Terpaksa Azira pula yang menjadi orang tengah.

Semenjak mereka bertemu, Mardiyah tak putus-putus usaha untuk dapatkan Luth balik. Tapi hati lelaki itu terlalu terluka. Tak mungkin dia akan menerima Mardiyah semula. Terlalu lambat untuk Mardiyah. Sama seperti dia yang lambat merebut peluang satu ketika dulu.

You nak kahwin dengan I?

Soalan itu terngiang-ngiang di kepala Luth. Beraninya Mareeya bertanya seperti itu kepadanya.

MAREEYA telan air liur melihat skrin telefon bimbit. Gambar screenshot yang Mimi hantar diperhati lama.

Mimi: Dia dah pergi luar negara.

Mareeya: Mana kau tahu?

Mimi: Aku tengok IG dia.

Mareeya: Hmmm. Thanks, Mi. Boleh kau screenshot IG dia?

Mimi: Kau dah blok dia eh?

Mareeya: Dah tu buat apa aku minta tolong kau?

Mimi: Sibuk nak tengok IG dia lagi buat apa kalau dah blok?

Mareeya: Eee kau ni! Tolonglah!

Mimi: Eee menyampah. Okey, aku nak sambung duty.

Mimi: *Screenshot*

Mareeya masih belum dapat sebab kukuh kenapa Luqman meninggalkannya. Tapi dia letak semua itu di belakang sekarang ini. Dia perlu teruskan kehidupan. Dia juga usaha gigih untuk mengembalikan penglihatannya. Walaupun masih samar-samar, tapi dia cuba untuk bersabar dan berfikir apa yang perlu dia lakukan berdasarkan apa yang dia nampak.

You nak kahwin dengan I?

Teringatkan balik kejadian dua bulan lepas, Mareeya geleng kepala. Memang dia ada cakap dengan Mimi yang dia akan usaha untuk dapatkan Luth. Tapi benar juga kata Mimi. Dia gila. Tak waras ketika itu. Terlalu ikutkan keinginan. Jadinya dia malu sendiri.

"You nak share makan satu pinggan dengan I?" tanya Luth.

"Kenapa tak?" jawab Mareeya berani. Luth mendekatkan wajahnya dengan wajah Mareeya.

"Share satu katil dengan I? Satu bantal? Satu selimut? I might..."

Berona merah wajah Mareeya. Terus bahu Luth ditolak kasar. "I nak tidur." Selimut ditarik hingga ke kepala. Jantungnya berdegup kencang. Geli memikirkannya. Luth sengih kambing.

"Dah ready to carry my children, I'm not sure berapa banyak... Maybe 6? Tapi I suka anak ramai... 10 kut? Kalau dah ready, let me know," bisik Luth dekat dengan telinga Mareeya yang menyorok di bawah selimut. Naik bulu roma Mareeya dibuatnya.

Luth sengih bila Mareeya tiada respons. Lelaki itu terus berlalu pergi. Dia perlukan rehat.

KOMPUTER riba dan beberapa helai kertas dimasukkan ke dalam kereta. Mareeya perlu bertemu dengan kliennya. Sepatutnya mereka yang datang ke pejabat. Tapi disebabkan ada sedikit masalah, Mareeya yang terpaksa ke rumah klien untuk membentangkan ideanya.

35 minit kemudian, Mareeya tiba di lokasi. Dia lihat rumah yang tersergam indah. Cukup besar rumah itu. Tapi bukan rumah itu yang perlu dia hias.

"Assalamualaikum," sapa suara Mareeya.

"Waalaikumussalam." Intan Maisarah menjengah ke luar. Sudah menjangka ketibaan Mareeya.

"Oh, Cik Mareeya. Masuklah," pelawa Intan. Bibir Mareeya tersenyum nipis.

Mereka berdua terus berbincang mengenai segala hiasan dan reka bentuk yang Mareeya sudah terjemahkan, yang ada dalam mindanya kepada lukisan di dalam komputer riba.

"Kalau puan nak buat whole house dengan navy blue, saya cadangkan ada beberapa dinding yang kita boleh cat dengan baby blue and white. So tak adalah gelap dalam rumah ni."

"Yeah, yeah. Sure." Intan memegang contoh kain yang akan menjadi langsirnya nanti.

"Bila puan akan masuk rumah baru tu?" tanya Mareeya.

"Erm, not sure. Kalau boleh nak masuk awal tahun depan kut. Nak settlekan sekolah anak-anak dulu."

"Oh. Puan ada berapa orang anak?"

"3 girls. Kembar," sengih Intan.

"Wow. Nice. So puan nak buat bilik asing-asing untuk dia oranglah?"

"Yeap. Even though I'm sure dia orang ni akan duduk juga dalam bilik yang sama. But in the future bila dah besar, bila anak masing-masing sibuk nak privacy... Senang sikitlah. Tak adalah ayahnya pening kepala nanti."

"Assalamualaikum," sergah satu suara dari luar.

"Waalaikumussalam," jawab Mareeya dan Intan serentak.

"Dari mana?" soal Intan.

"Gim."

Mareeya dan Luth berpandangan sesama sendiri. Terbeliak mata Mareeya. Gadis itu memandang Intan semula. Dan kemudian Luth. Dan Intan kembali.

Nak kata Luth ni suami Intan, tak juga. Sebab dia pernah berjumpa dengan Shafiq sewaktu pertemuan pertama mereka.

Tapi Luth ni siapaaa?!

Luth langsung tidak menyoal kewujudan Mareeya di rumah itu. Dia mendekati kakaknya dan mencium tangan wanita itu.

"Ni adik saya," beritahu Intan.

Gulp.

"Luth, ni Mareeya. Interior designer yang akak cakap tu."

Luth senyum nipis.

"Hai. Luth." Luth memperkenalkan diri sebelum ambil tempat di atas sofa berhadapan dengan kakaknya dan Mareeya.

Mareeya jadi gelabah tiba-tiba. Teringatkan apa yang Luth kata tempoh hari aje sudah cukup memalukan dia.

"Cik Mareeya boleh tunggu sekejap tak? Saya buatkan makan sikit. Boleh kita makan-makan," kata Intan.

"Eh, tak apa. Aaa saya..." Kejap-kejap Mareeya memandang Luth yang beriak selamba membelek telefon bimbitnya.

"Maybe sementara my sis masak, you can tell me about your design?" Suara Luth buatkan tekak Mareeya rasa macam kena cantas. Tiba-tiba hilang pula suara.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro