Bab 7
"So macam mana rasa sekarang?" Luth senyum manis memandang tepat ke arah Mareeya yang buka mata separuh. Mukanya masam mencuka.
"Sihat!" Laju jawab Mareeya walaupun sebenarnya dia rasa seperti dunia nak terbelah dua. Ke otak dia yang nak terbelah dua?
Luth sengih lagi.
"Saya check kejap eh." Luth minta izin. Eh lembut bukan main pula dia ni. Mareeya waswas dengan Luth.
Selepas selesai pemeriksaan asas, Luth menulis sedikit nota yang tergantung di hujung katil Mareeya.
Puan Siti memerhati sebelum buka mulut. "Bila dia boleh discharge, doktor?"
"Oh. Suhu dia masih lagi tinggi. Kita kena buat further check. Kami akan buat blood test dan tengok result dia macam mana. Kalau tak ada apa-apa, dia boleh discharge," jelas Luth.
"I'm fine," kata Mareeya.
"Itu kata you. But not your body. Rest banyak-banyak. Make sure to take your medicine." Senyum Luth sebelum berlalu pergi. Mareeya mencebik.
"Apa masalah kau ni, kak?" Malek pelik dengan reaksi Mareeya bertemu dengan Luth.
"Aku nak balik." Mareeya masih berkeras. Puan Siti dan Encik Mustafa hanya menggeleng. Anak degil seorang inilah.
MIMI tarik nafas dalam-dalam. Tugasnya tamat tepat jam 5 petang. Tengah hari tadi sempat dia berjumpa dengan Mareeya selepas sahabatnya itu memberitahu tentang keberadaannya di hospital.
Memikirkan Mareeya, Mimi tak jadi balik terus. Dia singgah di katil Mareeya dahulu.
"Kau okey tak?" Tangan sejuk Mimi dilekapkan ke dahi Mareeya. Gadis itu sengih kecil.
"Aku okey. Tak boleh ke discharge aku?"
"Badan kau panas lagi, Yaa. Kang kalau apa-apa jadi tengah jalan, macam mana? Tunggulah sampai kau dah okey, doktor kata boleh balik... Kau balik tidur puas-puas kat rumah."
"Kau pun doktor. Bagilah aku balik," rayu Mareeya.
"Aku bukan doktor kau," jeling Mimi.
"Aku bosanlah duduk sini. Banyak lagi kerja aku kat ofis tu."
"Sekarang kau dekat hospital, sayangku intan permata. Kau kena dengar cakap doktor. Jangan sia-siakan kerja keras 7-8 tahun kami ni. Dengar!" Pipi Mareeya dicubit sedikit.
"Dr. Luth check kau, kan? Kenapa dia yang check kau eh? Dia orthopedic." Mimi sempat menyoal. Dia masih lagi tidak bertanya apa-apa mengenai hubungan Mardiyah dengan Luth kepada Mareeya. Malas nak ambil tahu tepi kain orang. Tapi dia tahu Luth lelaki yang buatkan 'super power' Mareeya hilang.
Mareeya tayang muka bosan bila dengar nama itu. Mimi duduk di tepi kaki Mareeya.
"Apa kaitan kau dengan dia sebenarnya eh?"
"Mana ada kaitan! Aku pun tak tahu kenapa vision aku boleh hilang time tengok dia." Mareeya ketap gigi. Bila diingat balik, eh geram pula.
"Kau memang tak nampak langsung apa-apa ke sekarang?" Mimi ingin kepastian.
"Nak kata nampak sangat tu taklah. Benda tak jelas. Macam filem rosak kau tau tak? Sikit-sikit aje aku nampak. Dan kebanyakannya, kabur. So memang aku takkan faham apa yang aku nampak. Aku takkan tahu apa yang betul-betul jadi kalau vision aku tak jelas."
Mimi garu dagu.
"Entah-entah kau kena curse macam cerita Just My Luck tu tak?" ketawa Mimi. Mareeya terdiam sebentar.
"Kau dah kenapa diam?" Mimi pelik.
"Maybe... Maybe apa yang kau cakap tu betul?" Mata Mareeya terkedip-kedip memandang Mimi.
Gadis itu ketawa besar. "Dah tu kau nak pergi cium dia? Sedapnya kauuu!" Terus jari Mareeya cepat mencubit kulit lengan Mimi hingga sahabatnya itu menyeringai kesakitan.
"Sakitlah, gila! Tak padan dengan sakit, muka pucat, ada ekor setan juga kau eh. Mana kau dapat tenaga cubit aku ni? Saka?" bebel Mimi sambil menggosok kulitnya.
"Dah tu kau cakap pakai mulut buaya kenapa?"
"Habis tu? Kau nak buat apa? Kahwin dengan dia, kot-kot vision kau balik?" Mimi menjeling.
"Tak salah kan kalau cuba?" Mendengarkan itu dari mulut Mareeya, Mimi terus buat muka toya.
"Majlis kau baru aje cancel, lepas tu kau nak kahwin dengan orang lain pula? Betullah gila kau ni. Aku anggap apa yang aku dengar ni, dari akal fikiran kau yang tengah tak betul. Gila. Aku faham sesetengah orang time demam ni, dia biul sikit macam kau. Kau rehatlah banyak-banyak eh. Jangan nak mental sangat. Aku nak balik rehat." Mimi bangun dari duduknya sebelum lengan baju ditarik kuat.
"Aku tak berguraulah, Mi." Serius suara Mareeya.
"Yaa, kau gila? Ni soal kahwin tau. Bukan couple yang kau boleh putus sambung. Kau cakap macam ni, macamlah Dr. Luth nak dekat kau. Kau ada fikir tak, dia dah kahwin ke belum, ada anak ke tidak? Paling-paling ada makwe. C'mon muka macam tu, kau ingat boleh cari dekat pasar malam ke? Jual timbang kilo?"
"Kalau dia tak nak, aku akan buat sampai dia nak! Aku tak peduli dia dah kahwin ke belum. Ada anak ke tak."
"Betul mereng kau ni. Kau dah asar ke belum? Sakit-sakit pun, solat jangan tinggal. Itu aje yang boleh bantu kau berfikiran tenang dan waja sekarang ni."
"Mi..." Tak sempat Mareeya habiskan kata-kata, Mimi terlebih dahulu capai tangan Mareeya untuk bersalaman dan pipi gadis itu dicium.
"Aku tahu kau stres. Get enough rest," pesan Mimi sebelum pergi. Tak mahu dengar benda merepek dari Mareeya ini.
Mareeya ketap bibir.
"Feeling better?" soal Mardiyah yang baru tiba. Hanya tinggal beberapa puluh minit waktu melawat.
"Aku dah sihatlah, kak."
Mardiyah letak tangan di dahi Mareeya. Segera adiknya menolak tapak tangan itu dari mendarat ke dahi.
"I'm fine. Aku cuma nak keluar dari sini," tegas Mareeya.
"Selagi doktor tak kasi kau keluar, kau stay."
"Menyampahlah." Mareeya peluk tubuh.
Mereka sepi sebentar sementara Mardiyah membaca pesanan ringkas.
"Macam mana hal kau?" tanya Mareeya tiba-tiba.
"Good. Good." Ringkas jawab Mardiyah.
"Good?" Mareeya pertikaikan jawapan Mardiyah.
"Kau nak dengar aku cakap apa lagi? Semuanya okey, Mareeya."
"Kau jumpa siapa?"
"Kamal."
"Kau nak berbaik dengan dia?"
"Tak."
"Dah tu?"
"Aku minta cerai."
"Again?" Kening Mareeya terjongket.
"Yes again. Dan kali ni dah settle."
"Maksud kau?"
"Dia setuju untuk lepaskan aku."
"Seriuslah? Kau tak menyesal ke?"
Mardiyah terdiam kejap. "Kalau kau tanya soal menyesal in general, yes aku menyesal. Aku menyesal kahwin dengan orang yang aku tak sayang. But having these two little chipmunks, aku tak pernah menyesal."
"I mean, divorce."
"Nope." Alahai senangnya jawab.
"Aku bet Abang Kamal rasa apa yang aku rasa."
Mardiyah telan air liur. "Aku tak kesah kau nak pandang aku macam mana, Mar. Sebab kau takkan faham apa yang aku rasa."
"Hmmm, apa yang berlaku dah pun berlaku. Kau bercerai, aku kena tinggal. Kau serabut, aku serabut. We suit each other. Maybe that's why kita ni adik-beradik. Unlucky Mar. Mar-diyah dan Mar-eeya."
Mardiyah ketawa. "Aku belikan kau air kelapa ni. Minum sampai terkencing tau. And this is your laptop. Kau janji nak tengok movie aje, kan? Jangan buat kerja!" pesan Mardiyah.
KEADAAN di dalam wad tidak seaktif siang. Para pesakit sudah ramai yang tidur. Hanya tinggal Mareeya yang masih lagi terjaga. Matanya melekat pada skrin komputer riba. Dengan tangan yang melekat tiub panjang, dia gigih menyiapkan kerjanya.
Night round...
Niat dalam hati tak ingin pun dia nak lihat keadaan Mareeya. Sebab keadaan gadis itu tidak perlu pemantauan rapi. Jururawat yang bertugas juga ada berdekatan jika berlaku apa-apa. Tapi kaki Luth tetap berhenti melangkah ketika dia melewati katil Mareeya. Walaupun lampu di setiap kubikel sudah dipadamkan dan hanya tinggal lampu di kaki lima, tapi keadaan sedikit cerah di katil Mareeya.
Cahaya itu datang dari komputer ribanya.
"Apa you buat?" tanya Luth mendekati.
"Kerja," jawab Mareeya tanpa angkat kepala.
"Ini waktunya untuk you rehat. Bukan buat kerja."
"I dah cukup rehat. I need to work." Sudah tiada aku-kau antara mereka.
"Cahaya dari laptop you, mengganggu patient sebelah tau tak." Luth berkeras.
Mareeya toleh ke kanan. Pesakit itu sudah tidur nyenyak.
"Dia tak complain apa-apa pun," kata Mareeya.
Luth terus tolak skrin komputer riba Mareeya. Bam! Melekat dengan papan kekunci. Bulat mata Mareeya mencerlung ke arah Luth.
"My fff..." Mulut Mareeya cuba tahan dari makian.
"Tidur," arah Luth.
Dada Mareeya berombak kencang. "You boleh buat kerja you. So do I. Boleh tak jangan kacau kerja I?"
"Sekarang dah pukul 12 lebih, Mareeya."
"So? Pukul 12 lebih kalau kat ofis, I masih buat kerja."
"Well, itu kat ofis you. Ini hospital."
"Then discharge me! I tak minta pun duduk sini lama-lama."
"Nope. You masih demam."
"Heh!" Mareeya merengus.
"I warned you. Tidur."
Mareeya menjeling Luth macam mata nak berpusing 360 darjah! Luth terus pergi melaksanakan tugasnya.
Mareeya bangun dari katil dan menarik langsir biru menutupi katilnya. Dia kembali menghidupkan komputer riba dan kerja diteruskan.
Pukul 3 pagi.
Mata Mareeya masih segar. Disebabkan dia tiada buku fizikal, habis semua benda dia Google untuk mencernanya menjadi idea. Lakaran digital kejap-kejap ditatapnya.
Tiba-tiba kain biru ditarik kasar sekaligus mengejutkan Mareeya yang sedang fokus. Luth tarik nafas dalam-dalam. Dia sudah berkira-kira hendak menolak skrin komputer riba Mareeya.
"Kejap! Kejap!" Mareeya tunjuk tapak tangan meminta Luth daripada berhenti daripada terus melangkah mendekatinya. Luth tidak peduli. Dia tutup komputer riba itu dan menariknya. Mujur nipis dan ringan aje komputer riba itu.
"Hei!" Mareeya tinggi suara.
"Consider orang sebelah. Jangan bising." Luth letak jari telunjuk di bibir tanda suruh senyap.
"Bagi balik laptop I!"
"Esok. Esok I bagi."
"You tak boleh sesuka hati ambil barang patient you!"
"Sini hospital. I boleh buat apa yang I rasa betul."
"And taking my laptop is not the right thing to do! Bak balik!"
Luth menggeleng kepala dan berlalu pergi. Mareeya gigit bibir bawah. 10 minit kemudian Mareeya tarik langsirnya hingga terbuka luas. Dia sarung selipar dan menarik tiang yang tergantung kantung air.
"Cik, cik nak pergi mana?" tanya jururawat yang bertugas.
"Tandas."
"Tandas kat situ aje, cik." Jururawat menunjuk ke arah tanda berdekatan.
"Saya tak selesa kencing situ." Selamba jawab Mareeya dan berlalu keluar dari wad.
Azira selaku jururawat segera menelefon Luth sepertimana yang sudah dipesan kepadanya.
"Kalau ada apa-apa dengan patient ni, call I."
Beberapa minit kemudian, Luth berlari semula ke katil Mareeya. Katil itu kosong.
"Mana dia?"
"Dia kata nak pergi tandas."
"Tapi tandas kat situ." Luth tunjuk tandas berdekatan.
"Dia kata tak selesa kencing situ." Hah, kau. Sebijik-sebijik Azira sampaikan.
Nasib baik malam ni agak tenang. Ada masa hospital ini macam R&R waktu raya. Penuh! Ada masa lengang.
Jenuh Luth mencari, selepas 15 minit mencari, baru dia nampak kelibat Mareeya di kaki lima bersebelahan dengan pintu besar sedang duduk bersila dan bersandar di dinding. Kawasan itu sedikit gelap dek lampu yang masih tidak dibetulkan.
"Mareeya!"
Mareeya memandang ke arah suara itu. Air matanya diseka laju. Luth mendekati.
"It's 3.40 am. You patut dekat katil, tidur!"
"I tak boleh tidur!" tegas Mareeya.
"Apa yang tak bolehnya? Pejam mata, tidur!"
"I cakap I tak boleh, I tak bolehlah!" Ini sebabnya kenapa dia sibukkan diri selama 2 bulan ini. Kalau boleh dia tak mahu tidur. Dia tak mahu tidak ada aktiviti. Kerana automatik kepalanya akan memikirkan Luqman. Dan sejauh mana pun dia cuba untuk bina semula dirinya, ianya boleh berkecai semula sekelip mata.
"Get up." Luth memberi arahan.
"Or what?" Mareeya mencabar.
"Fine." Luth tidak berfikir dua kali untuk meletakkan Mareeya di bahunya.
"Hei!" Terjerit kecil gadis itu.
"Shhh!"
"Apa shhh shhh shhh? Turunkan I!"
"You pilih, nak jalan sendiri ke katil atau I dukung macam ni?" Kaki Luth berhenti melangkah, tapi masih tidak menurunkan Mareeya.
"I jalan sendiri!"
Cepat aje Luth menurunkan mak cik becok itu.
Mareeya menjeling dan terus ke katilnya. Luth membuntuti. Perangai macam Mardiyah! Degil tapi...
Tapi apa, Luth?
Kaki Luth terhenti. Dia pandang belakang tubuh Mareeya dengan ekor matanya. Macam Mardiyah tapi...
Mareeya tarik selimut ke perut. Dia paksa diri untuk lelapkan mata. Selama dua bulan ini, dia biarkan dirinya terlelap keletihan. Kerana itu dia tak sempat untuk fikir apa-apa. Tiada sedikit pun masa untuknya fikir selain kerja.
Luth perlahan-lahan tarik kerusi di tepi katil Mareeya. Letih juga dia dibuatnya melayan Si Mareeya ini. Mungkin dia sempat untuk rehat beberapa minit selagi tiada kes baru.
Mareeya buka mata semula. Terkejut melihat Luth di sisi.
"You buat apa kat sini?" tanya Mareeya. Luth baru aje nak lelap mata.
"I pun nak rehat. Please, jangan buat masalah lagi," rayu Luth malas.
"Kenapa you duduk sini?"
"Sebab I tak tahu apa lagi you nak buat lepas ni."
Mareeya merengus. Dia peluk tubuh.
"What?" Luth tertanya-tanya kenapa dengan pandangan tak puas hati Mareeya.
"You tahu benda ni semua jadi sebab you, kan?"
Luth raup wajah. Aku nak rehat! Nak rehat! Tak boleh ke kau faham yang aku nak rehat?
"Can we talk about this later? Can you just... Tidur?" soal Luth dengan muka letih.
"You yang nak duduk sini, so dengar ajelah apa yang keluar dari mulut I." Ah, keras betul kepala perempuan ini. Degil. Kepala batu!
"Orang lain nak rehat, Mareeya."
"Then discharge me."
Balik-balik itu. Balik-balik itu. Suhu tak turun-turun, muka dah pucat macam mayat, tapi tenaga macam orang bela saka, gumam Luth.
"Fine. You nak cakap apa? Tapi suara tu jangan kuat." Luth mengaku kalah.
"I tahu you tak percaya yang I boleh nampak future seseorang bila I tengok anak mata dia orang. I tak kesah tu. I tak kesah apa you nak fikir I gila ke apa ke. Tapi semua tu betul, I dengan Tuhan yang tahu."
"So?"
"Masalahnya di sini... Sejak I tengok you, semua kebolehan I tu dah hilang."
"And?"
"I nak tahu kenapa..." Mareeya peluk tubuh.
Luth jongket kening sebelah. "You tanya I?"
"Yes! Ada orang lain lagi ke kat sini? Kita ni ada bersangkut apa-apa ke?"
"Look, Cik Mareeya. I tak kenal you. I tak tahu you ada Power Rangers ke Superman ke apa. I tak tahu apa-apa. I tak ada ambil apa-apa pun daripada you. Dan bukan I yang menjadi penyebab kepada apa yang berlaku kepada you. Boleh tak kita habiskan benda ni kat sini aje?" Luth inginkan persetujuan.
Lama Mareeya pandang Luth. Bawah mata lelaki itu sedikit gelap. Mungkin kerana keletihan dan tidak cukup tidur.
"You dah kahwin?" Soalan itu terpacul dari mulut Mareeya.
"Excuse me?" Terkejut dengan soalan itu, Luth ingin dengar sekali lagi.
"You dah kahwin ke? Or girlfriend?"
Luth terdiam sebentar. Mareeya jegil biji mata. Ada ke tidak? Eh aku tanya dia ni, dia tenung macam nak telan aku pula.
"Tak."
"Good. You nak kahwin dengan I?" Selamba kata Mareeya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro