Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

Luth tolak cermin mata supaya tidak melorot jatuh ke hujung hidung. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 3.23 pagi. Dia masih tercegat di meja belajar untuk menghabiskan ulang kajinya.

WhatsApp daripada Mardiyah membuatkan jemarinya berhenti menulis. Dia ambil sedikit masa untuk membaca mesej itu. Belum tidur ke budak ni?

Mardiyah: Still study?

Luth: Yeap. Kenapa?

Mardiyah: Tak boleh nak tidur.

Luth: Hahaha. Rindu?

Mardiyah: Sikit. Bila you nak balik Semenanjung?

Luth: Padat sangat la sem ni, Addy. Raya tahun ni pun Kak Intan yang datang Sarawak. I tak balik Semenanjung.

Mardiyah: Hmmm. You bila ada masa, you berjalan merata. Bukannya nak balik KL.

Luth: Sebab itu aje masa yang I ada untuk release tension I. C'mon, Addy. Takkan you tak faham?

Mardiyah: Bukan tak faham. Tapi tak nak ke you spend time sikit dengan I? Just macam kat matrik dulu?

Luth: Haih... Addy. Course I bukan mudah. I need to pass this every semester.

Mardiyah: I just need a lil bit of your time.

Luth: Sorry, I tak boleh. Tapi I janji, insya-Allah satu hari nanti.

Mardiyah: Bila? Lepas you dah habis belajar? You takkan ada masa. I tahulah routine HO macam mana. Even lepas HO pun, your life akan sentiasa tak cukup masa untuk family.

Luth: Addy, I tak ada masa nak bergaduh sekarang. I ada exam esok, can you please...

Mardiyah: Oh, right. You memang sentiasa exam, sentiasa kuiz, sentiasa kelas. Sentiasa tak ada masa.

Luth tarik nafas dalam-dalam. Perempuan ni kalau lagi dilayan, lagi naik kepala. Lantas WhatsApp itu dibiarkan tidak berbalas. Mardiyah sampai tertidur-tidur menunggu balasan yang tak kunjung tiba.

"APA you buat kat sini?" tanya Mardiyah yang jelas terkejut melihat susuk tubuh lelaki yang lama dia rindui.

"I kerja sini," jawab Luth ringkas. Mukanya tidak beriak. Tidak gembira, tidak juga kecewa.

"Kau!" Mareeya menjerit kuat sambil menunjukkan jari telunjuk kepada Luth lantas membuatkan lelaki itu terpinga-pinga.

Mareeya berlari mendapatkan kolar baju Luth dan menggenggamnya kuat.

"Semua ni sebab kau! Kau yang hancurkan wedding aku! Kalau aku tak jumpa kau, benda ni semua takkan terjadi," marah Mareeya bukan kepalang. Mardiyah terkebil-kebil. Luth ke yang Mareeya maksudkan selama ini?

"Miss, please. Apa lagi ni? I tak ada kaitan dengan your life la." Luth cuba tolak tubuh Mareeya jauh darinya. Tapi genggaman Mareeya terlalu kuat. Uish budak ni, kuat bukan main. Bela saka ke apa? Sekali lagi Luth merentap lengan Mareeya dari kolar baju kemejanya. Kali ini lebih kuat dan kasar hingga Mareeya terkebelakang.

Mareeya tak mengaku kalah. Dia kembali mendapatkan Luth. Muka Luth bosan dengan drama yang tak masuk akal ini.

Yatt yang nampak pergelutan itu cepat-cepat mendekati.

"Mareeya! Mareeya!" Mardiyah menarik lengan Mareeya. Yatt juga cuba memisahkan genggaman Mareeya daripada kolar baju Luth.

"Cik! Cik tak boleh buat macam ni. Security! Security!" jerit Yatt memanggil bantuan.

"Kau bawa sial dekat aku tahu tak!" tengking Mareeya.

Melihatkan pakaian dan wajah Mareeya, dia boleh pastikan apa yang berlaku. Tangan Mareeya masih cuba mencapai Luth meskipun tubuhnya sudah ditarik Mardiyah.

"Adik you?" tanya Luth kepada Mardiyah. Kelat wajah wanita itu.

"Sorry."

"Kak, lepaslah!" Mareeya meronta minta dilepaskan.

"Mareeya! Please, jangan buat macam ni. Orang tengok malu tahu tak?"

"Malu? Kak, aku dah lebih malu daripada ni tau tak? Kalau bukan sebab lelaki tak guna ni..." Mareeya mencerlung ke arah Luth.

"I rasa you patut bawa adik you jumpa psychiatrist." Luth sudah berkira-kira untuk pergi meninggalkan mereka berdua. Mareeya rentap tangan kakaknya dan mengejar Luth. Lengan kot putih lelaki itu ditarik kasar hingga kot itu terjatuh sedikit dari bahu. Luth toleh ke belakang dengan perasaan tak puas hati.

"You nak apa lagi?"

"Aku nak kau bagi balik vision aku." Tepat pandangan mata Mareeya.

Luth ketawa sinis. Yatt terpinga-pinga. Tak faham apa yang sedang berlaku. Luth cuba ambil inisiatif lain untuk menjauhkan Mareeya dari dirinya.

"I rasa you dah boleh mula untuk hidup dalam realiti. Berhenti hidup dalam zon selesa. You cakap you boleh nampak future? Baguslah tapi sekarang you dah tak nampak semua tu, kan? Kesian. You kena tahu yang kita semua hidup setiap hari untuk hadap segala macam hal dan tak tahu apa yang akan bakal berlaku masa pada depan. Mungkin you beruntung dengan kebolehan you dulu tapi sekarang tak lagi. Tolong hidup macam orang lain yang normal." Sempat Luth menjeling ke arah Mardiyah sebelum berlalu pergi.

Boom! Setepek kena di wajah Mareeya. Tergamam dia dibuatnya. Air mata menitis perlahan.

"Mar, jomlah balik," pujuk Mardiyah. Telefon Mareeya bergetar sesaat menandakan ada pesanan masuk.

Luqman.

Cepat-cepat Mareeya membuka pesanan itu.

I'm sorry. I can't marry you.

Mareeya diam membisu dan tergamam. Dia menghantar pemergian Luth dengan ekor matanya. Yatt yang mengekori Luth sempat melihat ke arah Mardiyah dan Mareeya yang masih tercegat di situ. Orang yang lalu-lalang hanya memerhatikan drama mereka di tengah-tengah hospital. Air mata Mareeya menitik.

MARDIYAH gigit kuku. Sudah hampir 9 tahun dia tidak berjumpa dengan lelaki itu. Wajah Luth terpampang jelas di skrin komputer riba yang masih dia simpan ketika mereka masih di matrikulasi. Senyuman lelaki itu bukan main melebar. Sangat berbeza dengan sekarang. Segaris senyuman pun dia tak nampak.

Jemari kanan Mardiyah mengetuk-ngetuk komputer riba. Dia tarik nafas dalam-dalam sebelum membuka laman Facebook. Nama Luth Ilyas dicari.

Tapi sayang, profil lelaki itu masih tidak dapat dilihat. Sudah lama dia asyik melihat profil lelaki itu. Mardiyah tertanya-tanya sama ada dia perlu 'add friend' atau tidak. Mardiyah pejam mata dan mengetap bibir sambil klik kepada 'add friend'. Mungkin kini tiba masanya. Dia dan Kamal pun akan berpisah secara sah. Jantungnya berdegup laju. Luth akan terima ke eh?

Selepas 15 minit, permintaan itu masih tiada respons. Mardiyah hampa. Mungkin dia sibuk bekerja. Dia tarik telefon bimbit dan membuka aplikasi Instagram. Dia cuba nasib.

@luthilyas

Nama itu dicari lagi. Nasib baik Luth masih tidak set Instagramnya sebagai private. Saat Kamal menjumpai segala kenangan yang dia simpan kemas, Mardiyah luahkan semuanya. Rahsia yang dia simpan elok selama ini akhirnya terbongkar. Dan dia tak pernah merasakan sebebas dan setenang ini selepas berterus-terang.

Dia tenung wajah Luth yang kian berubah rupa. Dari zaman matrik hingga universiti dan seterusnya sekarang bekerja dengan salah sebuah hospital kerajaan. Laman Instagram lelaki itu selalu dia lihat dalam beberapa tahun sebelum ini. Tapi dia hanya memandang sepi, sekadar mahu tahu perkembangan.

Tetapi gambar lelaki itu tidak terlalu banyak. Tapi cukup untuk menceritakan perkembangannya meningkat dewasa. Gambar tiga orang anak kecil bersamanya ditenung lama. Gambar baru ni. Anak dia ke? Dahi Mardiyah berkerut. Hatinya sakit tiba-tiba. Luth dah kahwin? Tak pernah pula Luth muat naik gambar kahwin.

Telefon terus dijauhkan dari matanya. Dia tak sanggup untuk lihat dengan lebih lanjut. Apa yang kau fikirkan, Addy? Kau ingat kau ada peluang untuk pulang ke pangkuan dia?

JAM menunjukkan pukul 6 petang dan Luth sudah berada di rumahnya. Rumah yang mulanya berpenghuni seramai 4 orang kini hanya tinggal dia sahaja. Seorang demi seorang meninggalkan rumah itu apabila mereka mendirikan rumah tangga. Luth sendiri tidak terfikir untuk mencari penyewa baru kerana dia lebih selesa tinggal sendirian.

Air mineral diteguk. Tubuh yang sudah bersih dan solat yang sudah dia laksanakan meninggalkan dia masa lapang untuk dia terbaring dan berehat.

Dari tadi dia tidak boleh fokus dengan kerjanya. Asyik terbayang wajah Mardiyah dalam benak. Kenapa kelibat wanita itu langsung tidak boleh keluar dari kepalanya? Marah mencucuk-cucuk jiwanya. Jantung rasa macam nak meletup. Siapa sangka selepas 9 tahun mereka bertemu kembali. Kali terakhir mereka berhubung pun hanya melalui telefon di mana Mardiyah sendiri meminta untuk menamatkan hubungan mereka. Gadis itu tak tahu apa yang terpaksa dia tempuh selepas pemergiannya. Jatuh bangun, dia hanya sendiri.

Luth raup wajah. Macam mana pula boleh berkait dengan budak mental tu?

"Addy, tak kelakar." Suara Luth tajam di hujung talian.

"I tak buat lawak, Luth."

"Kenapa you tiba-tiba decide untuk break-up? Kita bukan ada masalah pun." Luth tak faham.

"Memang. Sebabkan kita tak ada masalah la, jadi masalah pada I."

"Apa lagi you nak?"

"Luth, kita tak pernah bergaduh macam couple lain bergaduh over small things. So kat sini kita tak ada rasa nak pujuk memujuk. Do what others do," terang Mardiyah.

"Bukan ke bagus kalau kita tak pernah bergaduh? Just sebab I tak pernah pujuk you, you tak pujuk I, you nak break-up?"

"No! Luth, you tak faham apa yang I nak."

"Sebab tu I tanya, apa yang you nak?"

"Luth, I nak kahwin! I nak luangkan masa dengan you. I rasa insecure bila you jauh kat sana dan I kat sini. Kawan-kawan I kebanyakan dah kahwin. Relationship kita pun dah bertahun-tahun, tapi you tak ada effort pun untuk halalkan I."

"I told you, bila I dah ready I akan meminang you. Cuma sekarang bukan waktu yang sesuai. I sendiri tak stabil lagi, macam mana I nak support you? I bukan orang senang, Addy. Yang mak bapa dia boleh tanggung. You pun tahu I tak ada mak ayah. I hanya ada seorang aje kakak yang jaga dan tanggung segala keperluan I."

"Orang lain pun tak senang, Luth. Tapi Allah dah janjikan rezeki selepas berkahwin."

"Again, that word. Yes I percaya dengan rezeki Allah. Tapi I kena buat preparation untuk kita. Bukan buta-buta kahwin macam tu aje. Unless you tak kesah kalau mas kahwin dua tiga ringgit, tak ada hantaran, tak ada pelamin, tak ada majlis besar. Kalau you kesah, okeylah. Jom kahwin."

"You sentiasa dengan alasan you! You tak letak effort masalahnya."

"What type of effort yang you nak? I studi siang dan malam to make sure I pass these paper supaya I boleh jadi doktor yang boleh jaga patients and their family. I'm doing my effort!"

"Then explain kat I macam mana kawan you yang ambil bidang perubatan pun boleh kahwin waktu tengah studi? Waktu tengah HO. You sendiri cerita dekat I."

"Addy, lain orang lain cara. Lain background. You tak tahu struggle dia macam mana."

"Then kalau dia orang boleh struggle, kenapa kita tak boleh?"

Ah, kalau cakap dengan perempuan, memang takkan habis! "I masih belum bersedia, Addy." Ah, mengaku salah ajelah. Berpanjang-panjangan macam ni memang takkan selesai masalah.

"See. You sendiri mengaku."

Luth mengeluh. Mereka sepi seketika.

"Break ajelah. I tak nampak berbaloi ke tidak I tunggu you. Bye." Talian terus dimatikan. Seperti hari-hari yang biasa pasangan bergaduh, Luth beri masa kepada Mardiyah untuk menenangkan dirinya. Dia tahu gadis itu perlukan masa. Mungkin selepas beberapa hari dia akan hubungi teman wanitanya itu semula.

Silap. Luth silap besar. Sangat besar!

Peristiwa 9 tahun lepas masih segar dalam ingatan Luth. Hanya ada seorang wanita yang pernah hadir di dalam hidupnya dan itu ialah Mardiyah. Bukan mudah untuk dia gantikan Mardiyah dengan orang lain dan itu mungkin salah satu sebab kenapa hingga kini dia belum berkahwin.

Luth memandang sepi nama friend request itu. Mardiyah. Terus dia tolak nama itu. Adalah lebih baik mereka tidak berhubung langsung. Sakit hatinya masih bersisa dan berbekas. Macam mana wanita itu boleh bertindak sebegitu? Betapa wanita itu mementingkan diri dan tidak melihat dari sudut pandangannya pun.

Tiba-tiba ada mesej masuk ke aplikasi Instagramnya. 1 request.

@mardiyahmustafa: Can we meet?

Luth ketap gigi. Dia tak tahu apa yang perlu dia lakukan.

@luthilyas: For what?

@mardiyahmustafa: Mareeya.

Oh. Pasal Mareeya. Memikirkan yang mungkin benar Mareeya perlukan bantuan, sebagai seorang doktor, Luth perlu berfikiran wajar. Dia perlu ketepikan kehidupan peribadinya dan membantu golongan yang memerlukan.

@luthilyas: Hospital.

Jawab Luth ringkas. Mardiyah senyum nipis.

@mardiyahmustafa: Sure.

MAREEYA tenung baju nikah yang dia perlu pulangkan hari ini. Segala door gift yang masih berada di dalam kotak turut sama berada di tepi dinding. Tersusun kemas.

Dulang hantaran juga masih tidak terusik. Sememangnya dia ambil beberapa hari cuti selepas hari pernikahannya. Konon nak pergi makan angin. Hah, sampai kembung perut makan angin bawah kipas bilik dibuatnya.

"Mar," tegur Puan Siti dari balik pintu.

"Hmmm."

"Dulang tu pun nak kena pulangkan hari ni, kan?" tanya Puan Siti.

Mareeya hanya mengangguk dengan muka kosong.

"Barang-barang atas dulang tu, kamu simpanlah. Mama nak cabut dulang ni." Dulang tembaga perlu dipisahkan dari kaki dan badannya sebelum dipulangkan.

"Buang ajelah barang tu," kata Mareeya dengan muka tidak beriak. Matanya masih termenung.

"Eh, apa pula? Membazirlah. Kalau tak nak simpan, bagi dekat Malek aje," cadang Puan Siti.

"Mar tak nak tengok benda tu ada dalam rumah," ujar Mareeya.

"Tapi, Mar..."

"Mar tak nak tengok sikit pun benda yang ingatkan Mar pada dia!" Suaranya tiba-tiba tinggi dan air mata mengalir di pipi.

Nasib baik anak keduanya itu sedang kecewa. Kalau tiba-tiba tinggi suara macam ni tanpa sebab, memang dah kena panggg dah dengan Puan Siti. Biadab bukan main.

Memahami akan keadaan anaknya, Puan Siti beri ruang kepada Mareeya untuk bersendirian.

Telefon yang berdering cepat-cepat dijawab. Malek dalam talian.

"Kak Mar macam mana?" tanya Malek kepada Puan Siti.

"Termenung macam tu ajelah. Mama suruh dia simpan barang hantaran, dia nak buang pula."

"Bagi Malek ajelah," ketawa Malek.

"Mama dah cakap dah. Dia marah. Katanya tak nak tengok apa pun berkaitan dengan Luqman."

"Aduh, Kak Mar pun. Dah tu kata hari ni nak pergi pulangkan barang-barang pengantin tu."

"Haah. Tapi tak tahulah Kak Mar kamu ni."

"Nak Malek tolong hantarkan ke?"

"Kamu sibuk dengan kerja, kan?"

"Tak apa, ma. Malek boleh mintak EL."

Puan Siti berfikir sejenak sebelum bersetuju.

"Kejap lagi Malek balik. Mama teman-teman la Kak Mar tu. Dia bukan boleh tinggal sendiri. Kejap lagi banjir rumah kita dengan air mata dia." Sempat Malek mengusik.

"Kamu ni!"

Malek ketawa dan mereka akhiri perbualan dengan salam.

MIMI terhendap-hendap dari balik dinding. Kak Mardiyah buat apa kat sini? Dengan Dr. Luth pula tu.

"Your favourite." Mardiyah hulur setin Nescafe Classic sejuk yang dibelinya dari kedai runcit.

Luth hanya pandang sepi tin itu. "I dah tak minum tu," jawab Luth menolak pemberian Mardiyah. Terpinga-pinga Mardiyah dibuatnya.

"Duduklah. I tak banyak masa sekarang ni," pelawa Luth.

Mardiyah sedikit tersentak dengan kata-kata Luth.

"I datang sini hanya untuk minta maaf pasal Mareeya."

"Hanya maaf?" Luth jongket kening sebelah.

"Dan pasal apa yang I buat dekat you dulu..." sambung Mardiyah.

Luth bersandar di kerusinya. "So you datang sini bukan nak minta medical advice pasal adik you?" Lelaki itu buat pekak tentang ayat kedua Mardiyah.

"Adik I tak sakit." Mardiyah mempertahankan.

"Are you really sure?"

"Yes! Yes! Adik I tak sakit." Mardiyah terkejut macam mana Luth boleh sangka yang adiknya itu sakit. Mesti dia fikir adik aku mental.

"So you percayalah dengan 'super power' dia tu?" Luth peluk tubuh.

Mardiyah terdiam. Dia ingin menegakkan keadaan adiknya tapi dia tahu lelaki itu takkan percaya. Dia juga susah untuk percaya dulu.

"Look, I cuma nak minta maaf dengan apa yang terjadi hari tu dan masa lalu kita..."

"Masa lalu kita dah tak ada. So benda tu tak payah nak minta maaf lagi ke apa. Kita dah moved on." Luth sangkal perkara itu.

Moved on?

"You dah kahwin?" soal Mardiyah.

"No." Ringkas jawapan Luth. Mardiyah tidak mampu sorok senyumannya.

"Tapi you dah," sambung Luth membuatkan Mardiyah tersentap.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro