Bab 14
Kamal tenung bekas isteri yang sedang menyuap anak bongsunya makan. Dia tahu dari raut wajah wanita itu, ada benda yang tersimpan kemas. Walaupun mereka sudah rasmi berpisah, tapi Kamal tak melepaskan peluang bila Mardiyah minta untuk bertemu. Mereka masih berkawan. Tak salah, kan?
"Nak cerita?" tanya Kamal.
"Cerita apa?" Mardiyah buat tak hairan.
"Muka you tu. I tahu you ada masalah," ujar Kamal.
"Kalau ada pun, bukan masalah you. Masalah I seorang." Sementara Qasaf membuka mulut macam anak burung tunggu makanan disuap.
"Lepas bercerai, mana pernah you ajak duduk semeja dengan I. But why today?"
"Kenapa? You fikir I nak balik dengan you? Minta maaf dengan you untuk apa yang dah jadi antara kita?"
"I don't know. You tell me."
"I'm okay. I'm fine." Mardiyah ketap bibir meskipun tubir matanya hampir merembeskan air mata.
"I lepaskan you supaya you bahagia, but not for this. You yang bersungguh-sungguh minta I lepaskan you. Bukan ke you lebih bahagia kalau tak dengan I?"
Mardiyah hela nafas berat.
"You tak payah jadi baik sangat dengan I. I cuma minta you teman I makan dengan anak-anak. Sebab sometimes dia orang ni perlukan kita bersama," dalih Mardiyah.
"Hmmm. Okay, fine. Kalau you tak nak share dengan I, it's okay. Tapi you tahu kan I selalu ada kalau you perlukan I."
Mardiyah kunci mulut.
BILA ada masa terluang, Mimi yang akan menemani Mareeya mencari barang untuk persediaan perkahwinan. Tidak banyak pun yang diperlukan Mareeya. Dia hanya menempah baju kurung moden cotton berwarna krim dan menyiapkan kad undangan perkahwinan. Sesekali Malek akan bersama mereka untuk mencari keperluannya juga.
"Ma, abah. Malek minta Mar sampaikan yang dia nak kahwin. Dia minta tolong kita pergi risik kawan dia as soon as possible. Kalau boleh, minggu depan katanya." Ayat yang terakhir itu ditokok tambah Mareeya sendiri.
Tersembur nasi dari mulut Malek mendengarnya.
"Malek!" Puan Siti menghulur tisu. Luth sengih memandang Mareeya. Muka Mareeya tak ada riak langsung menyampaikan pesanan itu. Macam robot!
"Hari tu kan dah bagi tahu mama," celah Encik Mustafa.
"Tapi dia kata mama abah buat bodoh aje. So dia takut mama dengan abah tak setuju," jawab Mareeya.
"Kak Mar!" Malek ketap gigi. Malu depan tetamu yang hadir. Shafiq ketawa kecil.
"Dah dia pun tak cakap apa-apa. Suruh kita risik anak dara orang, tapi cincin tak ada. Bukan itu aje, nama pun tak bagi tahu, mana budak perempuan tu duduk..." Puan Siti bela diri.
"Dah mama tak tanya." Malek menjawab.
"Eh, kamu yang nak kahwin, kamulah yang kena bagi tahu mama. Ada pula mama yang nak kena tanya."
"Kalau jadi, boleh kut buat kenduri serentak?" Tiba-tiba Encik Mustafa berkata. Malek jongket kening. Maksudnya lagi dua bulan?
"Tapi Malek tak cukup duit lagi untuk kenduri kalau nak saing Kak Mar," bidas Malek.
"Kenduri atas abah. Benda lain tu yang kau kena prepare sendiri."
"Kau kan tak nak buat besar-besar," perli Mareeya.
"Boleh ke kalau kita buat sekali, Luth?" Puan Siti perlukan pandangan dari pihak Luth sama.
"Saya tak kesah." Luth pandang Shafiq.
"Kami pun memang tak kesah pasal kenduri ni. Asalkan semuanya berjalan lancar. Kan, yang?" jawab Shafiq seraya memandang Intan.
"Haah. Kami mudah aje," sengih Intan.
"Bolehlah kita merisik kawan kamu tu cepat-cepat. Tapi kamu tahu ke duit hantaran dia minta berapa?" Puan Siti menyoal Malek.
"Parents dia jenis tak kesah. Banyak mana yang mampu."
"So settle kut?" ketawa Encik Mustafa.
Dah jadinya dua pengantin untuk satu kenduri.
Mimi garu kuku sementara menunggu Mareeya fitting baju. Baju biasa sangat. Hingga tukang jahit sangka baju itu dibuat untuk baju raya aje.
Mimi gusar. Sekarang baru dia tahu kenapa Luqman membatalkan perkahwinannya. Perlu ke dia beritahu Mareeya tentang keadaan Luqman yang kian tenat?
"Yaa," panggil Mimi.
"Hmmm?" Mareeya belek baju yang tersarung di tubuh.
"Er..."
Mareeya terus memandang Mimi. Melihatkan muka gelisah Mimi, dia mengerutkan dahi.
"Kenapa?"
"Errr... Takkan kau nak pakai baju kurung moden aje? Nikah kau kut." Mimi cari alasan lain. Dia tahu dia tak boleh beritahu Mareeya tentang Luqman. Berkali-kali Luqman sudah berpesan kepadanya.
"Aku ingatkan apalah tadi. Muka bukan main resah lagi. Tak lawa ke baju aku?"
"Lawa. Tapi kau tak rasa simple sangat ke?"
"Aku perlu bersungguh ke?"
Mimi menjeling. "Kau nak kahwin ke tidak?"
"Entah."
"Aku sepak kau karang."
Mareeya ketawa. "Better buat simple. Malaslah nak boom-boom sangat."
"Kalau ya pun, tunjuklah yang kau tu bersungguh sikit. Kenapa adik kau tak ikut fitting baju minggu ni?" Selalunya Malek akan ikut.
"Kursus kahwin."
"Baru nak pergi?"
"Kau tak tahu dia gelabah macam mana. Banyak benda nak kena settle. Ha, padan muka dia. Baru tahu nak kahwin ni banyak benda kena settle." Mareeya ketawa mengingatkan Malek terkejar ke sana ke mari. Mareeya dah tahu apa yang perlu dia buat, jadinya dia boleh susun jadualnya untuk selesaikan satu per satu dengan tenang.
"Aku harap kau bahagia, Yaa."
Mareeya pandang Mimi lama. Wajah sahabatnya itu kelihatan sedikit sedih.
"Aku harap aku jumpa apa yang aku cari."
"Find love."
Mareeya tidak tahu untuk jawab apa untuk itu.
"Kau masih marahkan Luqman?" soal Mimi.
"Mi, kenapa kau bawa naik nama dia?" Hilang terus mood Mareeya. Dia masuk ke ruang persalinan baju dan menanggalkan baju kurung itu.
"Aku cuma nak tahu, Yaa," kata Mimi dari balik langsir.
"Apa yang dia buat kat aku tak boleh dimaafkan. Tak mungkin aku boleh lupakan, Mi."
"Tapi kau tak pernah tahu kenapa dia buat macam tu."
"Sebab dia tak pernah usaha untuk beritahu aku kenapa."
"Tapi dia ada jumpa kau untuk bagi tahu kan..."
"Yes. Lepas tu dia buat apa?" Langsir diselak kasar. Terkejut Mimi dibuatnya.
"Baju dah okey," beritahu Mareeya kepada tukang jahit itu.
"Mungkin dia ada reason dia sendiri."
"Kenapa kau pertahankan dia? Sedangkan kau bukan kenal dia sangat pun!" Mareeya capai beg tangannya untuk membayar upah baju.
"Aku kata, mungkin. Bukan aku nak pertahankan dia... Tapi kau tak pelik ke dengan apa yang dia buat?"
Usai membayar, Mareeya terus meninggalkan butik itu dengan beg plastik di tangan. Pantas Mimi mengekori.
"Apa yang dia buat tu, jahat, Mimi!" Air mata Mareeya bergenang.
"Tapi aku sure dia tak maksudkan apa yang dia buat."
"Mimi, stop it!" bentak Mareeya.
"Aku cuma tak nak kau salahkan diri kau kemudian hari, Mareeya." Mata Mimi turut sama merah.
"Untuk apa? Dia yang salah!"
"Luqman..."
Mareeya menggeleng. Tidak mahu mendengar apa yang akan dikatakan Mimi.
"Dia dah tak cukup masa, Yaa." Terkeluar juga akhirnya. Maaf, Luqman. Mareeya berhenti melangkah dan menoleh ke belakang.
"Tak cukup masa untuk apa?"
"Dia akan balik Malaysia sebelum raya. Beraya untuk kali terakhir dengan keluarga dia."
Air mata Mimi menitik. Sedang Mareeya masih tidak faham.
HUBUNGAN Mardiyah dan Mareeya kembali hambar seperti dulu. Mardiyah langsung tidak mahu membantu Mareeya menyiapkan persediaan perkahwinannya. Jarang sekali untuk melihat mereka duduk semeja sekarang.
Dahlah sebelum ni pun hubungan mereka tak berapa nak baik, ditambah pula dengan ini. Pagi raya menjelang. Mareeya dan Mardiyah masing-masing belum keluar dari bilik mereka.
"Malek. Panggil kakak-kakak kamu turun," kata Encik Mustafa.
Cepat aje Malek naik ke bilik mereka dan pintu bilik diketuk.
"Kak, keluarlah jom. Turun bawah. Patutnya pagi-pagi raya kita nak minta maaf dengan parents kita. Bukan duduk terperap dalam bilik."
Mareeya di bilik sebelah terus buka pintu. Malek terkejut. Diketuknya bilik Kak Addy, yang keluarnya Kak Mar di sebelah. Fuh. Power.
"Kak Addy tak keluar lagi ke?" tanya Mareeya perlahan.
"Belum."
"Turunlah dulu. Kejap lagi kita orang turun."
"Alright."
Mareeya ambil keberanian untuk memulas pintu bilik Mardiyah. Mujur tidak berkunci. Qasaf dan Qistina terus menerpa ke arah Mareeya dengan senyuman lebar di bibir.
"Selamat hari raya, mak ngah!" Serentak dua budak kecil itu menjerit. Mareeya senyum.
"Selamat hari raya. Pergi turun bawah. Salam tok abah dengan mak tok."
"Okey!" Cepat aje mereka berlari turun ke bawah. Mardiyah yang baru selesai menyiapkan Qistina sebentar tadi terus mengemas baju-baju yang bersepah.
"Kak," panggil Mareeya.
"Yes?" Mardiyah cuba untuk tidak bertentang mata dengan Mareeya. Dia tak tahu bagaimana caranya untuk menerima apa yang sedang berlaku.
"Aku nak minta maaf kalau aku terkasar bahasa... Buatkan hati kau tergores. Aku tahu kau nak yang terbaik untuk aku. Aku faham niat kau." Mareeya genggam tangan Mardiyah.
"Aku nak kau bahagia." Air mata Mardiyah jatuh jua.
"Aku akan bahagia," janji Mareeya.
"Mar, aku... Aku tak boleh ada waktu wedding kau. Aku harap kau faham."
"Tapi..."
"Jangan tanya aku apa-apa sebab kau tak tahu apa-apa. Just... Faham aku yang satu ni aje."
Mareeya mengangguk walaupun dia tak tahu kenapa. Mardiyah senyum tawar.
Keadaan menjadi kekok kepada Mardiyah bila Luth datang bertandang ke rumah untuk raya yang pertama. Elok pula tu, Qistina dan Qasaf bukan main seronok lagi bermain dengan Luth.
Kalaulah Luth boleh jadi ayah dia orang... Mardiyah seka air mata yang hampir tumpah.
"Are you okay?" tanya Mareeya.
"Hmmm? Okey." Mardiyah menyibukkan diri. Mareeya pandang Luth dari dapur. Kepalanya teringatkan Luqman. Dia menggenggam penumbuk. Apa yang perlu dia buat sekarang? Masa semakin sempit, semakin terbatas, semakin singkat.
Jam 2.03 petang, telefon bimbit Mareeya berbunyi nyaring di ruang tamu. Luth yang kebetulan duduk di tepi telefon Mareeya mencapainya.
"Mimi," beritahu Luth menghulur telefon tersebut.
"Thanks."
"Helo, Mi! Selamat hari raya. Kesian dia kena kerja hari ni ya?" Senyum Mareeya nipis. Belum sempat dia menghantar pesanan raya kepada Mimi.
"Yaa, Luqman ada kat sini." Serak suara Mimi.
Pegangan telefon Mareeya perlahan-lahan longgar dan telefon jatuh ke atas lantai. Luth terkejut.
"Mareeya?"
BIBIR Luqman pucat. Hilang warna. Sungguh dia lemah. Sedangkan semalam dia bukan main sihat lagi. Selera makan naik, seri muka kembali hadir.
Rupa-rupanya kesihatan Luqman turun mendadak beberapa hari sebelum tarikh perkahwinan dia dengan Mareeya. Dan dia tak mahu Mareeya tahu. Maka, dia minta bantuan kedua-dua orang tuanya untuk menyampaikan berita itu.
Dia usaha untuk mendapatkan rawatan terbaik hingga terbang ke bumi asing. Tapi ia tetap tidak berjalan dengan lancar.
Mimi yang bertugas hanya menggeleng bila memandang Mareeya dan Luth yang baru tiba. Mareeya tahan diri daripada tidak menangis. Dia perlahan-lahan menghampiri katil Luqman.
"Luqman," sapa Mareeya.
"Hei." Luqman paksa diri untuk senyum.
"Luqman, aku minta maaf." Suara Mimi di belakang. Lelaki itu hanya mengangguk. Luth beri ruang kepada Mareeya.
"Sorry," ujar Luqman lemah. Mareeya mengangguk pantas. Air matanya sudah mengalir.
"You banyakkan rehat."
Luqman ketawa. "I akan rehat lama lepas ni."
Kedua-dua orang tua Luqman paksa diri untuk tabah. Mereka sendiri tahu pengakhirannya bagaimana.
"Maafkan I." Hanya itu yang mampu Luqman ucapkan berkali-kali.
"It's okay. It's okay." Mareeya tidak kuat. Luqman tarik laci di tepi katil dan mengeluarkan sepucuk surat untuk Mareeya.
"I minta maaf. Kenapa you tak bagi tahu I pasal ni?" Mareeya seka air mata.
"Untuk you. Apa yang I nak cakap, semua I tulis dalam ni." Luqman memaksudkan hatinya.
Mareeya menggeleng. "Get healthy. Bangun dari katil ni dan cakap dengan I. I'll wait." Hampir hilang suara Mareeya. Luth di belakang sedikit pun tidak cemburu. Dia lelaki yang matang dan memahami keadaan Mareeya. Gadis itu akan memerlukan dirinya selepas ini.
"You're the best thing ever happened to me." Keadaan Luqman makin lemah.
Kata-kata itu buatkan Mareeya tambah sedih. Selama ini dia marah tanpa tahu alasan. Dia patut dengar apa yang Luqman cuba jelaskan tempoh hari.
"You too."
Luqman senyum. "No." Dia pandang ke arah Luth.
"Jaga dia," pesan Luqman. Luth mengangguk dan senyum mesra.
"Bu. Bah..." Luqman hulur tangan kepada kedua-dua orang tuanya. Cepat aje tangan itu bersambut.
"Man penat," katanya.
"Rehat, Man," beritahu ibunya.
"Man nak tidur kejap."
Ibunya mengangguk sambil mengelap air mata. Mata Luqman perlahan-lahan dipejamkan.
"Yaa." Mimi menarik lengan Mareeya jauh sedikit dari katil.
"Kau kata dia buat kimo. Kenapa dia makin teruk?"
"Doktor cuma boleh usaha. Dia dah menderita lama sebenarnya, Yaa. Dia usaha untuk pulih. Tapi sebab dia tahu keadaan makin memburuk, dia tak berani ambil risiko untuk kau. Dia sayangkan kau," kata Mimi sebelum bunyi kecoh datang dari katil Luqman. Mareeya tahu saat itu, lelaki itu pergi untuk selamanya.
LUTH dan Mareeya menghadiri pengebumian Luqman. Sekembalinya mereka dari tanah perkuburan, Mareeya hanya menyepikan diri.
"Are you okay?" tanya Luth.
Diam.
"Mareeya."
Mareeya kesat air mata. "I nak tidur kejap." Mata dipejamkan. Itu tandanya bila perempuan tidak mahu bercakap. Luth hanya mengangguk dan cuba memahami.
Selepas menghantar Mareeya ke rumah, dia terus pulang. Mareeya perlukan masa untuk bersendirian.
Perlahan-lahan pintu bilik ditolak. Dia melangkah longlai ke katil. Kepalanya entah ke mana. Melayang bersama angin. Dia teringatkan surat yang Luqman beri.
Dibuka surat itu penuh hati-hati.
Mareeya,
Memang selaras dengan maksud nama you, indah. Sangat indah. Saat I hampir putus asa, you kept me going, Mar. I dapat kekuatan daripada Allah yang disalurkan melalui you. Kehadiran you dalam hidup I memang bawa terlalu banyak makna.
I hampir give up dengan hidup I. But the moment I jumpa you, I tahu I kena berusaha to keep you beside me. I did my very best to fight.
Dengan lawak bodoh you, keceriaan you, senyum you, tawa you... I tak pernah jumpa orang macam you. You're simply beautiful in your own way, Mar. Don't let people take away that smile, that positivity.
I banyak belajar daripada you, Mar. You tak tahu betapa bersyukurnya I berjumpa dengan you. Allah really is Great. Tapi I minta maaf, Mar. I lukakan hati you saat akhir. I tak nak pentingkan diri. Keadaan I makin teruk hari ke hari. I tak nak susahkan you, susahkan hati you. Lukakan you even more kalau you kahwin dengan I. I tak nak bagi you kebahagiaan yang sementara sedangkan seksa di kemudian hari tu lebih panjang tempohnya.
Sebab I terlalu sayangkan you, I tak sanggup untuk tengok you derita. I tahu you marah. I sedar dengan you mengenali I, satu hari akan buat you menangis juga. I minta maaf. Ini keputusan yang terbaik I buat untuk you. If you read this, that means I'm no longer here.
Tapi ingat, jauh di mata, dekat dalam hati. I'm always here. Dalam hati you. Ingat I sebagai orang yang pernah hadir dalam hidup you. I mungkin tak dapat bahagiakan you sebagaimana yang you nak, tapi I tahu akan ada orang yang dapat bahagiakan you. Sebab Allah itu Maha Mengasihi.
You banyak ubah hidup I. I couldn't thank you enough. Jangan terlalu fikirkan kandungan surat ni. Just live. Anyway, congrats on your wedding tho. Seek your own happiness, but forget me not. I'm sure your husband gonna love the amazing you more than me. Be happy.
Luqman.
Surat itu dirapatkan ke dada. Air mata mengalir laju meski ditahan. Allah...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro