
Bab 11
Pintu bilik Mareeya diketuk berkali-kali. Mareeya tolak bantal peluk ke sebelah. Dia merengus kasar. Sudah tahu siapa yang ketuk tengah-tengah malam macam ni.
"Kak, Mar nak tidurlah," rungut Mareeya.
"Kau biar betul, Mar? Takkan kau nak setuju kahwin dengan Luth?"
"Kenapa kalau aku nak pun? Memang aku yang propose dia dulu."
"Kau tak kenal Luth Ilyas tu siapa."
"Kak, aku tahu dia kawan kau. Tapi aku ada sebab aku sendiri untuk setuju."
"Kau jangan buat keputusan bodoh, Mar."
"Keputusan bodoh apa?"
"Kenapa kau tiba-tiba nak kahwin dengan dia? Bukan kau kenal dia pun. Kau propose dia pun waktu kau heart broken! Kau just nak ada orang isi hati kau. Ganti tempat Luqman, kan?"
Kenapa dia bawa naik nama Luqman lagi?
Mareeya peluk tubuh dan bersandar sisi di bingkai pintu.
"Kau ada good reason kenapa aku tak boleh kahwin dengan Luth?"
"Mar! Luth tu kawan aku!"
"So? Kawan aje pun. Yang kau kecoh sangat kenapa?"
"Aku... Aku tak nak kau jadi macam aku! Aku ni kakak kau. Aku nak yang terbaik untuk kau." Mardiyah cuba cari alasan.
Mareeya jongket kening sebelah. "Kau ingat tak sembilan tahun lepas, bila kau decide untuk kahwin dengan Abang Kamal? Kau dengar tak cakap aku? Aku adik kau. Aku pun nak yang terbaik untuk kau. Tapi kau tak percaya kat aku."
"Sebab tu aku nak kau elak daripada perkahwinan bodoh ni. Aku sayang kau, Mar!"
Mareeya telan air liur. Kedua-dua wajah mereka adik-beradik tegang. Tapi Mareeya cukup keras kepala. Sebagaimana si kakak, begitu juga adiknya. Mereka tahu apa yang mereka inginkan.
"Aku mungkin akan end up macam kau. Tapi aku ada reason kenapa aku buat keputusan ni," jawab Mareeya. Dia perlukan jawapan untuk semua soalannya. Dan jawapan itu ada pada Luth.
"Kau cakap dengan aku, apa reason kau?"
Mareeya menggeleng. "Kak, kita berdua letih. Please. Aku nak rehat. Aku nak tidur."
"Mar, fikirkan balik keputusan kau ni."
Mareeya hanya mendiamkan diri sebelum Mardiyah terpaksa berhenti untuk mempersoalkan keputusan Mareeya.
Aku tak nak kehilangan Luth. Aku tak nak kehilangan Luth! bentak hati Mardiyah kuat.
Pintu terkatup rapat. Mareeya naik semula ke atas katil. Mata dipejam rapat.
"Yes."
"You pernah tanya I nak kahwin dengan you ke tak waktu kat hospital. My answer is yes."
Mengingatkan kembali apa yang dikatakan Luth sebentar tadi, betul-betul mengejutkan dirinya. Tapi dia perlukan lelaki itu. Dia perlu tahu kenapa dia nampak masa depan yang dia akan minta maaf dengan lelaki itu. Dia perlu tahu kenapa Mardiyah menangis begitu. Dia perlukan kebolehannya. Dan dia yakin, Mimi betul. Mungkin Luth jawapan untuk semua tanda tanya.
Mata dipejam rapat. Selimut ditarik hingga ke dada.
"Mareeya nak tidur rumah Uncle Baha." Mareeya berdegil.
"Bulan depanlah, sayang. Mama nak beranak dah ni. Mareeya tak nak tengok adik ke?" Puas dipujuk Puan Siti, Mareeya tetap berdegil.
"Tak apalah, kak. Tinggal aje dia kat sini. Kalau akak deliver nanti, memang kita orang akan melawat pun. Baha bawa la si kecil ni nanti."
"Menyusahkan pula." Encik Mustafa garu kening.
"Tak ada yang susah pun. Ni budak-budak dah mula cuti sekolah, biarlah dia duduk sini."
"Tapi akak dah nak sampai due dah ni." Puan Siti tetap risau.
"Ya tahu. Tak apa. Baha boleh jaga Mareeya. Tak adalah akak penat nak layan kerenah dia. Kan Mareeya, kan?" Uncle Baha cubit pipi kanan Mareeya.
"Hmmm... Kalau macam tu. Kami balik dululah. Mareeya jangan nakal-nakal!" pesan Encik Mustafa.
Bayangan...
Bunyi tembakan berdentum kuat. Mareeya menggigil ketakutan. Nafasnya sesak bila lehernya dicekik kuat oleh lelaki ini. Tubuh lelaki itu berbau hamis.
"Letakkan senjata!" arah lelaki berpakaian biru gelap.
"Letakkan senjata!!!" Sekali lagi arahan diberi. Tetapi lelaki itu masih tidak mahu berbuat demikian. Pistol diacu ke arah Mareeya.
"Kau nak tengok budak ni mati ke hah?!" jerit lelaki yang mencekik Mareeya dengan lengannya.
"Lepaskan Mareeya!" jerit Uncle Baha. Tanpa memikirkan kesannya, Uncle Baha terus berlari ingin menerkam perompak itu tetapi sekali lagi dentuman berbunyi. Uncle Baha berhenti. Di depan mata Mareeya, Uncle Baha rebah ke atas lantai. Darah memenuhi lantai.
Terus perompak itu panik dan ingin melarikan diri bersama Mareeya di dalam dakapan. Dari belakang, polis berjaya menembak kaki perompak.
Bam!!! Darah terpercik. Terus tubuh Mareeya dilontar ke tepi hingga kepalanya terhantuk pada tiang dinding.
Dalam kabur mata, Mareeya terlihat susuk tubuh seorang budak lelaki sedang menyorok di balik peti sejuk gerai buah-buahan. Mata mereka bertentangan.
Mareeya, kita jumpa lagi. Mareeya terus memejamkan matanya.
Terus Mareeya terjaga daripada tidur secara mengejut. Dadanya berombak kencang. Peluh merenik di dahi. Air matanya mengalir tanpa sedar.
"Astaghfirullahalazim," ucap Mareeya. Jarum jam menunjukkan pukul 3 pagi. Dua jam lagi nak sahur.
Sejak berjumpa dengan Luth, makin kerap pula mimpi ngeri itu bertandang. Mareeya menggelengkan kepala. Dia lantas bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan muka dan mengambil wuduk.
Kita jumpa lagi? Mareeya tersentak mengingatkan mimpi itu. Apa maksud itu?
MARDIYAH berkeras untuk menunggu kelibat Luth di hospital. Sanggup dia ambil cuti hari ini semata-mata untuk bertemu dengan Luth.
"Dr. Luth ada?" tanya Mardiyah kepada jururawat yang melintasinya. Kebanyakan jururawat di situ sudah sedia maklum dengan kewujudan Mardiyah. Luth dah cukup terkenal dengan kedinginannya bersama staf. Itu sahaja sudah cukup memudahkan staf di situ mengingati Mardiyah.
"Saya tak tahu," jawab jururawat itu ringkas.
Mardiyah menanti dengan sabar lagi.
Yatt kemudiannya mendekati Mardiyah yang dia pandang dari jauh. Dia kenal susuk tubuh wanita ini.
"Ada apa yang saya boleh bantu?" tanya Yatt.
Melihatkan wajah itu, Mardiyah kenal. Muka familiar.
"Saya nak jumpa dengan Luth."
"Ada urusan apa eh dengan Dr. Luth?"
"Urusan peribadi."
Yatt berfikir sejenak. "Mungkin cik boleh call dia kalau ada urusan peribadi," cadang Yatt.
"Saya... Saya tak ada nombor dia."
Tambah pelik. "Cik kata ada urusan peribadi. Tapi cik tak ada nombor dia?"
"Dia kawan saya, tapi... Saya dah lama lost contact. So saya tak ada nombor dia," jelas Mardiyah.
Yatt tak tahu sama ada dia perlu beri nombor telefon Luth kepada Mardiyah atau tidak. Seakan tahu apa yang bermain di kepala Yatt, Mardiyah segera menggenggam jemari gadis itu.
"Boleh tak awak bagi nombor Luth dekat saya?" minta Mardiyah.
"Tapi..."
"Please?"
"Saya tak sepatutnya..."
"Please. Saya ada hal penting dengan dia," rayu Mardiyah. Yatt bingung. Mungkin dia boleh bagi aje kut?
LUTH memeriksa luka yang terdapat pada wajah pesakitnya. Ditaut dagu runcing itu sedikit ke atas dan membeleknya.
"Macam mana boleh kena ni?" tanya Luth kemudian menarik semula tangannya. Jururawat perempuan yang berada di belakangnya terus berlalu untuk mengambil sebotol vaksin.
"Saya sakat kucing saya. Tak sangka pula dia boleh cakar saya sampai macam ni," beritahu gadis muda yang berusia 15 tahun itu.
"Ikutkan hati saya, saya tak nak datang sini pun sebab dah biasa kena cakar. Tapi sebab dekat muka, lepas tu ada luka dalam kat tepi mata ni... Tu yang abah saya bawa pergi hospital juga," cerita gadis itu.
Luth senyum nipis.
"Kucing bela sendiri ke?"
"Haah."
"Kucing awak bawa pergi vaksin tak?"
"Bawa."
"Alright. Saya akan suntik vaksin kat awak just in case kucing awak ada virus or something. Sebab some cats, ada virus yang boleh berjangkit kat manusia macam sporo," jelas Luth.
"Oh. Kena cucuk ke?" tanya Hayla.
Luth sengih. "Sikit aje. Tak sakit pun. Boleh angkat lengan baju tak?"
"Boleh tak saya nak panggil abah saya?"
Luth ketawa kecil. Dia faham ada sesetengah orang yang memang gerun dengan jarum. Baik budak, mahupun yang tua.
"Boleh."
Beberapa saat kemudiannya, anak-beranak itu masuk semula ke ruangan kecil di mana Luth setia menanti.
"Saya cucuk sikit vaksin supaya langkah berjaga-jaga ya, pak cik?"
Lelaki berumur 50-an itu mengangguk. Lengan baju diselak hingga ke bahu. Luth capai alkohol dan menyapu lembut. Hayla menekap wajahnya ke lengan si abah.
"Sikit aje ni. Okey dah siap." Luth sengih lebar.
"Dah?" Hayla terkejut.
"Sudah."
"Hari tu ambil darah, lama," beritahu Hayla.
"Ambil darah memang lama sikit. Saya akan bagi antibiotik, make sure habiskan dan sapu ubat," beritahu Luth.
"Okey. Terima kasih, doktor." Lelaki tua itu berjabat tangan dengan Luth sebelum keluar.
Telefon yang disenyapkan dari pagi beberapa kali bergetar di poket kot putih. Selesai pesakit itu, dia mengeluarkan telefon dari poket. Daripada nombor yang tidak dikenali. Sudah 13 missed call yang dia dapat.
Luth jadi tertanya-tanya, siapa gerangan yang menelefonnya itu. Ada emergency ke? Cepat-cepat Luth mendail semula nombor itu.
"Helo?" sapa Luth.
"Luth!"
Mendengarkan suara itu aje, dia boleh mengagak siapa.
"Macam mana you boleh dapat nombor I?" Dingin.
"I perlu jumpa you."
"Addy, enough!" tegas Luth.
"Never!"
"I'm working." Talian dimatikan.
Berombak dada Mardiyah. Dia tinggalkan pesanan untuk lelaki itu.
Mardiyah: You tahu yang I takkan stop sampai I dapat, kan? I tau you cuti Ahad ni. See you this Sunday.
"KAU biar betul?!" Mimi terjerit kecil di corong telefon. Tak percaya dengan apa dia baru dengar. Macam mustahil aje. Mareeya ni auta kut!
"Kau ingat aku main-main ke? Aku rasa ni peluang aku kut."
"Ala, kau ni. Kenapa bawa cerita panas waktu sekarang juga? Aku call kau malam karang eh? Ni pun aku curi-curi. Aku ada round ni," bisik Mimi.
"Alright." Talian terputus.
Mimi kembali menjalankan tugasnya. Masa inilah pula ada yang tercabut branula. Macam mana la ganas sangat boleh tercabut branula ni?
"Saya pasang balik eh branula ni." Senyum Mimi ramah. Sedangkan dalam kepalanya sudah macam-macam persoalan yang timbul. Mareeya ni buat kerja gila ke apa? Apa yang dia kejarkan sangat?!
MAREEYA tidak boleh fokus dengan kerjanya. Dia tak tahu apa yang perlu dia lakukan. Betul ke keputusannya? Dia pun tak nak berakhir macam Mardiyah tapi...
"Perkahwinan bukan benda main-main, Mareeya!" tegas Mardiyah di sisi.
"I know."
"Dah tahu tapi boleh buat keputusan macam tu kenapa?!" bentak Mardiyah.
"Kak, boleh tak kau jangan pertikaikan apa yang aku buat? Aku dah 27 tau. Aku bukan kau yang buat keputusan waktu umur 22, 23 macam tu. 27 dah cukup sangat untuk aku matang dalam keputusan aku."
"Masalahnya kau ikut emosi kau. Bukan ikut kepala otak kau."
"Aku tak nak cakap pasal ni buat masa sekarang." Pedal minyak dipijak kuat membelah jalan.
Mareeya gigit tepi bibirnya. Dia tak faham kenapa kakaknya itu begitu membangkang. Patutnya dia gembira yang adiknya ambil keputusan untuk berkahwin. Nombor telefon Luth pun dia tak ada. Ah!
Telefon Mareeya berdering, menyentak lamunan. Intan? Tak pasti atas urusan apa, Intan menghubunginya.
"Helo?" Suara Intan kedengaran.
"Helo, Puan Intan."
"Mar, boleh tak saya nak jumpa awak sekejap?"
"Now?"
"If possible."
INTAN dan Mareeya duduk bertentangan. Wanita itu hadir tanpa tiga orang anak kembarnya. Tak pasti kenapa, bagaimana, di mana, dengan siapa. Persoalan itu tak penting buat masa ini.
Mareeya mengeluarkan komputer ribanya.
"Mar, saya minta jumpa awak bukan sebab kerja," beritahu Intan. Mareeya terpinga-pinga. Dia perlahan-lahan menutup kembali skrin komputer riba tanpa sepatah kata.
"Awak kenal Luth dah lama?" soal Intan.
"Errr... Tak la lama mana," jawab Mareeya jujur.
"Saya tahu awak pelik dengan tindakan saya. Tapi Luth satu-satunya adik saya. And I'm being overprotective, I know."
Mareeya masih menanti apa yang cuba disampaikan Intan.
"Luth tak pernah buat keputusan drastik. Every choice yang dia buat, mesti dia dah fikir masak-masak. Mostly apa yang jadi dalam life dia, saya tahu. Tapi tentang awak, saya tak pernah tahu. And to get married, saya tak rasa dia buat keputusan yang betul."
Mareeya menunduk.
"Mar, I'm sorry. Tapi ini just... Nonsense."
"Tapi ini life dia, kan? Macam yang puan cakap, dia tak pernah buat keputusan drastik. So, saya rasa dia pilih untuk kahwin dengan saya adalah pilihan terbaik yang dia buat untuk diri dia." Mareeya bersikap pentingkan diri buat masa sekarang.
Amboi, Mareeya. Confident betul kau jawab, kan? Kau nak kahwin dengan dia pun sebab kau ada kepentingan kau sendiri! Tapi kenapa sekarang ni semua orang sibuk pertikaikan keputusan kami berdua?!
Intan tenung wajah Mareeya dalam-dalam.
"Luth dah banyak sangat terluka, Mar. He just needs someone yang boleh buang jauh nightmare dia."
"Nightmare?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro